Cara untuk ke Koh Tao dari Chumphon

Cara untuk ke Koh Tao dari Chumphon

Perjalanan dari tanah besar Thailand di Chumphon ke pantai-pantai berkilauan dan lautan biru Koh Tao hanyalah sejauh 80km. Ini menjadikannya rentasan feri terpendek bagi para pengembara yang ingin ke tempat menyelam di sekitar teluk tersebut. Tambahan pula, ia merupakan pilihan yang mudah jika anda bergerak ke selatan dari Bangkok menaiki kapal terbang, keretapi atau bas kerana Koh Tao tidak mempunyai lapangan terbang tersendiri.

Setakat ini cara terpantas untuk menggantikan bandar dengan bar-bar kelapa dan tempat tidur tergantung adalah dengan menaiki feri. Feri-feri tersebut dikendali oleh syarikat-syarikat terkenal dan boleh digabungkan dengan pengangkutan dari Lapangan Terbang Chumphon, stesen keretapi tempatan atau hotel-hotel di bandar Chumphon itu sendiri.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Chumphon ke Koh Tao menaiki katamaran1.5 jamRM100Tempah Online
Chumphon ke Koh Tao menaiki feri biasa1.75 jamRM80Tempah Online
Chumphon ke Koh Tao menaiki feri malam6 jamRM40Tempah Online

Chumphon ke Koh Tao menaiki katamaran

Chumphon to Koh Tao by catamaran
Katamaran Lomprayah merupakan cara terpantas untuk ke Koh Tao dari Chumphon © OlegD / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1.5 jam (rentasan sahaja), 3-4 jam (dengan sambungan)
Harga – Sekitar RM100
Keselesaan – 5/5

Antara pengangkutan yang banyak dicari dan melakukan perjalanan di antara Chumphon dan Koh Tao ialah katamaran yang dikendali oleh Lomprayah. Moden, bersih, selesa dan sudah tentu laju. Ia kebiasaannya merupakan pengangkutan yang paling awal habis ditempah semasa musim sibuk di sekitar November. Rentasan tersebut mengambil sekitar 1.5 jam menggunakan kapal laju ini dan merupakan tempoh perjalanan terpendek yang terus ke Jeti Mae Haad di Koh Tao.

Kapal-kapal ini berlayar sekali sehari dari Pantai Thung Makham Noi. Ia berada 36km di bahagian tenggara dari stesen keretapi. Dari lapangan terbang di Chum Kho, anda melihat kepada perjalanan di sekitar 1.25 jam. (Ingat bahawa katamaran Lomprayah berlayar awal. Ini bermakna sesiapa sahaja yang merancang untuk melalui Lapangan Terbang Chumphon dari Bangkok perlu mendapatkan penerbangan awal atau bersedia untuk bermalam di tanah besar sebelum dapat bergerak ke Koh Tao.)

Lomprayah Catamaran - Seating Options
Beberapa pilihan tempat duduk yang terdapat di dalam katamaran Lomprayah

PIlih katamaran Lomprayah untuk memastikan anda mendapat perjalanan feri yang cepat dan dipercayai di antara tanah besar Thailand dan pantai Koh Tao yang bersinar.

Lomprayah meminta para penumpang untuk bersedia dan tunggu di jeti sekurang-kurangnya 30 minit sebelum kapal dijadualkan untuk berlayar. Hal ini untuk memberi ruang masa untuk memasukkan beg dan menaikkan para penumpang, jadi ia adalah penting untuk tepati masa. Syukurlah, tiket kombo menjadikan kesemua itu mudah. Ia membolehkan anda menempah pengangkutan dari hotel anda di Chumphon, stesen keretapi dan lapangan terbang termasuk dengan tiket feri, jadi anda boleh jangka untuk sampai di pelabuhan dengan masa yang cukup.

Perjalanan itu sendiri sudah senang dan terus merentasi lautan ke arah tenggara. Namun, anda tidak dapat menikmati banyak pemandangan kerana pulau-pulau tropika yang lain di Kepulauan Chumphon (Koh Phangan dan Koh Samui) terdapat lebih jauh di selatan. Dengan itu, katamaran mempunyai tempat duduk yang selesa dan kawasan kabin yang berhawa dingin untuk membantu perjalanan menjadi lebih mudah.

Chumphon ke Koh Tao menaiki feri biasa

Chumphon ke Koh Tao menaiki feri biasa

Tempoh Masa – 1.75 jam (rentasan sahaja)
Harga – Sekitar RM80
Keselesaan – 4/5

Jika anda bukan dalam keadaan tergesa-gesa untuk menarik tangki skuba dan mula menyelam di Koh Tao, anda boleh pertimbangkan untuk menaiki feri yang lebih perlahan. Ia dikendali oleh syarikat pelancongan Songserm yang telah lama membuat perjalanan ke pulau-pulau yang berbeza di sekitar Teluk Thailand. Kapal yang digunakan tidaklah lincah atau baru seperti katamaran tetapi anda akan lihat bahawa ia adalah lebih murah. Tambahan pula, ia mungkin akan membantu semasa musim sibuk semasa pengangkutan-pengangkutan laju telah habis ditempah. Mereka juga menawarkan lebih banyak waktu pelayaran kepada para pengembara yang terus melalui Chumphon dari stesen keretapi atau lapangan terbang.

Feri biasa tidak sepatutnya mengambil masa lebih lama untuk bawa anda ke Koh Tao tetapi ia mungkin meninggalkan anda sedikit wang lebih.

Dengan itu, kapal-kapal Songserm berlayar awal pagi. Syarikat itu menawarkan pengangkutan dari pusat bandar menggunakan van untuk terus ke pelabuhan yang mengambil masa sekitar 30-35 minit. Kemudian, anda akan menaiki feri yang mengambil sekitar dua jam untuk merentas laut (lebih lama jika laut berombak). Gabungkan kesemua itu dan anda boleh jangka untuk tiba di Jeti Mae Haad di Koh Tao lewat pagi. Ada sesiapa mahukan pulut mangga?

Kelebih yang paling jelas dengan memilih Songserm daripada Lomprayah ialah harga tiket. Bagi perjalanan ini, anda akan membayar sekitar RM80 untuk ke Tao dan mungkin lebih rendah jika anda pra-tempah melalui 12Go.asia. Ini tentu boleh menjimatkan anda demi kursus-kursus PADI itu dan bir Chang selepas menyelam!

Chumphon ke Koh Tao menaiki feri malam

Chumphon ke Koh Tao menaiki feri malam

Tempoh Masa – 6 jam (rentasan sahaja)
Harga – Sekitar RM40
Keselesaan – 2/5

Terdapat satu lagi pilihan bagi para pengembara yang ingin melompat dari Chumphon ke Koh Tao: Bot Malam Talay Sub. Ia berlayar meninggalkan tanah besar pada 11 malam dan dijadualkan untuk tiba di Jeti Mae Haad awal pagi (sekitar 5 pagi). Walau bagaimanapun, berhati-hati dengan jadualnya kerana kelewatan boleh terjadi disebabkan cuaca buruk dan ia sering berlaku bagi pilihan ini.

Feri malam merupakan suatu pengalaman berbeza, cuma janganlah jangkakan tahap keselesaan seperti pelayaran enam jam.

Salah satu kelebihan utama memilih feri malam untuk ke Koh Tao dari Chumphon adalah waktu pelayaran yang lewat. Ini bermakna bahawa anda mudah untuk bertukar dari keretapi atau pengangkutan darat yang lain. Sebenarnya itulah sebab mengapa servis ini masih dilakukan kerana digunakan oleh para pengembara yang datang melalui Bangkok dari Sukhothai dan Chang Mai yang terletak jauh di bahagian utara Thailand.

Sedikit pesangan, jangan harapkan tahap kemewahan yang tinggi. Ia bukanlah kapal bertaraf tinggi. Malah, ia merupakan cara yang paling tidak selesa untuk pergi dari A ke B. Terdapat ruangan tidur bercampur bagi para penumpang yang disertakan dengan tilam nipis. Di samping itu, kapal tersebut bergerak perlahan dan membawa kereta, muatan dan pelbagai barang lain. Melihat sisi baiknya pula, anda akan tiba awal di Koh Tao. Anda dapat menyegarkan badan di Pantai Sairee tanpa orang lain. Oh dan anda tidak perlu mengeluarkan duit bagi penginapan satu malam!


Koh Tao menarik minat para pengembara dengan menjanjikan air laut yang jernih dan batu karang di mana ikan pari dan ikan parrot berenang. Di sana terdapat pantai-pantai juga seperti Sairee dan syurga snorkelling Teluk Jansom. Berminat? Terdapat feri laju dan perlahan termasuklah kapal malam yang boleh membawa anda ke sana dari Chumphon.


FAQ Chumphon ke Koh Tao

Apakah cara termurah untuk ke Koh Tao dari Chumphon?

Mungkin feri malam. Tiket berharga sekitar 300-350 THB (sehingga RM40) dan ia akan menjimatkan kos anda bagi penginapan satu malam. Di tempat kedua merupakan feri biasa yang dikendali oleh Songserm. Kebanyakan pengembara rela membayar lebih untuknya kerana ia berlayar pada waktu pagi dan mempunyai tempat duduk yang agak selesa dan berhawa dingin. Pergi sahaja ke 12Go.asia untuk mencari dan melihat waktu pelayaran mereka pada sebelah pagi.

Apakah cara terpantas untuk ke Koh Tao dari Chumphon?

Lomprayah mengendali kapal terpantas di antara Chumphon dan Koh Tao. Ia boleh bergerak merentas teluk menuju ke Jeti Mae Haad dalam masa kurang dari 1.5 jam. Walau bagaimanapun, pastikan anda mengambil kira perjalanan dari lapangan terbang, bandar Chumphon atau stesen keretapi yang boleh menjadikan masa perjalanan tiga atau empat jam. Bagi memudahkan keadaan, kesemua kapal Lomprayah boleh dibuat pra-tempahan melalui 12Go.

Berapakah harga feri dari Chumphon ke Koh Tao?

Kos feri bergantung kepada feri yang anda ingin naik. Merentas dengan menaiki katamaran Lomprayah kebiasaannya merupakan pilihan termahal tetapi tidak terlalu mahal. Jangkakan harga di sekitar RM80 – RM100. Songserm menawarkan tiket disekitar RM60 – RM80. Selain itu, terdapat juga feri malam yang merupakan pilihan termurah di sekitar RM40 tetapi dengan tahap keselesaan yang tidak boleh dibandingkan. Anda boleh banding dan bezakan tiket dan harga menggunakan alat carian di 12Go.asia.

Berapa lamakah perjalanan feri dari Chumphon ke Koh Tao?

Feri pada waktu siang mengambil masa sekitar satu atau dua jam untuk bergerak dari jeti di Chumphon ke jeti Koh Tao. Dikirakan sekali pengangkutan dari lapangan terbang setempat atau stesen keretapi, ia akan mengambil sekitar tiga hingga empat jam secara keseluruhan. Feri malam lebih besar dan perlahan. Ia mengambil enam jam di atas lautan dengan berlayar pada 11 malam dan tiba di pelabuhan pada 5 pagi.

Cara untuk ke Koh Tao dari Lapangan Terbang Chumphon?

Terdapat berita baik bagi mereka yang mendarat di Lapangan Terbang Chumphon yang ingin terus ke lautan biru Teluk Thailand. Fame Tour dan empat lagi syarikat yang lain menawarkan pengambilan di terminal. Mereka akan membawa anda terus ke kapal yang mengambil masa sejam untuk memandu ke arah selatan menuju ke jeti. Kami syorkan anda menempah tiket gabungan feri dan pengangkutan lain menggunakan 12Go.asia untuk mengelakkan tawar menawar dengan pemandu teksi tempatan!

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: