Cara Pergi Ke Chiang Mai Dari Bangkok

Cara Pergi Ke Chiang Mai Dari Bangkok

Mengembara dari Bangkok ke Chiang Mai bermakna anda akan mengembara melalui pusat tarikan Thailand yang terkenal dengan senyuman. Anda akan tinggalkan bangunan pencakar langit di ibukota dan digantikan dengan bukit yang penuh dengan penempatan, bazar yang meriah dan disertai dengan elemen kuil Siam. Perjalanan ini juga suatu bentuk pengembaraan yang istimewa di mana anda akan meneroka hutan rimba yang didiami gajah dan juga merentas sawah padi jauh mata memandang.

Perjalanan ke Chiang Mai dari Bangkok adalah sejauh 690 kilometer dan kebiasaannya mengambil masa selama sehari atau semalam jika dibuat menggunakan jalan darat.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Bangkok ke Chiang Mai Menggunakan Kapal Terbang3 hRM82Tempahan Online
Bangkok ke Chiang Mai Menggunakan Keretapi11 hRM120Tempahan Online
Bangkok ke Chiang Mai Menggunakan Bas10 hRM62Tempahan Online
Bangkok ke Chiang Mai Menggunakan Teksi9.5 hRM1200Tempahan Online

Bangkok ke Chiang Mai Menggunakan Kapal Terbang

Bangkok ke Chiang Mai Menggunakan Kapal Terbang

Tempoh Masa – 1 jam setengah (tempoh perjalanan)
Harga – Semurah RM80 hingga RM500, bergantung kepada tarikh anda membuat tempahan
Keselesaan – 5/5

Jangan risau – terdapat banyak penerbangan antara Bangkok dan Chiang Mai setiap hari. Manakan tidak. Hubungan penerbangan ini adalah antara bandar terbesar di Thailand. Sudah tentu laluan ini popular di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong untuk meneroka tanah hutan rimba di utara Thailand.

Jumlah penerbangan seminggu boleh mencecah hingga 450 perjalanan daripada ibu kota Thailand ini ke Chiang Mai, bandar kedua terbesar. Jadi, persaingan antara syarikat penerbangan membantu memberi kelebihan kepada pengguna dari segi kos yang rendah. Kadar purata untuk kos penerbangan di rantau Thailand hanyalah dari RM160 hingga RM200 satu hala. Untuk lebih jimat, anda perlu menempah tiket sekurang-kurangnya 90 hari lebih awal dan pilihlah syarikat penerbangan kos rendah seperti Nok Air atau AirAsia.


Jika anda bawa bagasi atau beg besar, anda mungkin perlukan servis lebih premium melalui syarikat seperti Bangkok Airways atau Thai Airways di mana beg check-in akan disertakan sekali dengan harga tiket.

Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menawarkan khidmat ke Chiang Mai dari dua lapangan terbang utama Bangkok.

Anda mempunyai dua pilihan untuk berlepas dari Bangkok. Lapangan terbang DMK atau dikenali sebagai Don Mueang International menguruskan kebanyakan penerbangan dalam negeri seperti perjalanan ke Chiang Mai. Terdapat juga khidmat penerbangan ke Chiang Mai dari BKK iaitu lapangan terbang Suvarnabhumi yang lebih utama.

Jika anda mendarat di Bangkok melalui penerbangan jarak jauh seperti dari Eropah, Amerika Syarikat atau Timur Tengah, lebih baik jika anda gunakan lapangan terbang utama ini.

Dari pelepasan ke ketibaan, penerbangan dari Bangkok ke Chiang Mai akan mengambil masa selama 1 jam 10 minit hingga 1 jam 20 minit. Ini bermakna laluan udara adalah yang paling pantas jauh berbanding pilihan lain. Anda akan tiba di lapangan terbang Chiang Mai yang berada di tenggara bandar. Kemudian, anda akan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit menggunakan teksi untuk tiba di bandar utama di mana hotel anda terletak.

Bangkok ke Chiang Mai Menggunakan Keretapi

Bangkok ke Chiang Mai Menggunakan Keretapi
Walaupun lebih lambat berbanding kapal terbang, pemandangan perjalanan keretapi dari Bangkok ke Chiang Mai jauh lebih indah © Sompopsrinophan / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 11 hingga 13 jam
Harga – RM120-250
Keselesaan – 4/5

Tanya sahaja sesiapa yang pernah menaiki keretapi dari Bangkok ke Chiang Mai. Sudah tentu anda akan menerima jawapan yang sama – pengalaman yang tidak boleh dilupakan! Ya, ia mengambil masa selama 12 jam purata dan harganya lebih kurang sama dengan menaiki kapal terbang. Namun, ada sebab lain mengapa anda perlu pilih keretapi berbanding kapal terbang.

Bukan sahaja cara ini lebih menjaga alam sekitar tetapi anda juga akan melihat nadi Asia Tenggara di luar tingkap anda. Dalam perjalanan ke Chiang Mai, anda akan melihat pemandangan hijau sawah padi diikuti dengan gunung-ganang di ufuk dan hutan rimba di mana gajah dan hidupan liar lain tinggal. Anda juga akan lihat kuil terkenal dengan monyet iaitu Lop Buri yang boleh ditatapi dari dalam keretapi kerana salah satu perhentian laluan keretapi ini dekat dengan kuil tersebut.

Bangkok ke Chiang Mai Menggunakan Keretapi
Katil keretapi malam ini tidak terlalu lebar jadi awas untuk orang yang tinggi © Amnat Phuthamrong / Shutterstock.com

Pilih keretapi malam jika anda ingin lihat pemandangan matahari terbit di sebalik pergunungan utara Thailand apabila anda bangun tidur.

Walaupun dengan pemandangan indah, kebanyakan pengembara akan mengambil laluan singkat dengan menggunakan salah satu daripada tiga servis keretapi malam ini. Ini akan menjimatkan kos hotel dan anda dapat sampai di Chiang Mai dengan lebih awal. Keretapi ini berlepas dari stesen besar Hua Lamphong pada jam 6:10 petang, 7:35 petang dan 10:00 malam. Keretapi yang berlepas pada 6:10 petang akan menggunakan keretapi buatan China yang moden dan akan mempunyai ruangan tidur yang selesa.

(Pastikan anda bawa bersama penutup mata – lampu akan dibuka sepanjang malam!)

Jika mengembara pada musim pelancong, amat penting untuk anda tempah perjalanan keretapi anda seawal mungkin terutamanya untuk laluan popular seperti keretapi malam BKK-Chiang Mai. 12Go.asia memudahkan anda membuat tempahan dengan borang penempahan dalam talian, perbandingan harga dan pusat pengambilan tiket hanya di luar stesen keretapi.

Bangkok ke Chiang Mai Menggunakan Bas

Bangkok ke Chiang Mai Menggunakan Bas
Nakhoncal Air Bus menawarkan perjalanan bas yang selesa antara Bangkok ke Chiang Mai © nitinut380 / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 10 hingga 12 jam
Harga – RM60-140
Keselesaan – 3/5

Jika anda ingin mengembara dengan bajet yang rendah atau hendak merasai pengalaman sebagai backpacker, perjalanan menggunakan bas mungkin sesuai untuk anda. Terdapat beberapa perjalanan setiap jam dari ibu kota Thailand ke Chiang Mai di mana lambakan syarikat bas dan pengedar tiket yang membantu mengurangkan harga.

Untuk laluan darat, bas merupakan pilihan yang lebih cepat kerana bas tidak berhenti kerap dan bergerak lebih pantas daripada keretapi. Namun, keselesaan anda mungkin sedikit tergadai di mana tidur anda kurang terjaga berbanding keretapi. Pemandangan juga kurang romantik berbanding keretapi. Untuk tiba lebih awal dengan kos rendah, anda perlu berkorban juga sekali-sekala.

Bas adalah pilihan paling murah untuk pengembara yang ingin memilih laluan darat dari Bangkok ke Chiang Mai.

Pastikan anda semak kualiti dan review daripada syarikat bas sebelum anda membuat tempahan. Rangkaian bas Thailand pula sangatlah tidak terkawal. Ada sesetengah bas yang menipu kononnya mereka menawarkan servis VIP tetapi sebaliknya yang berlaku. Ada juga yang sememangnya berbaloi. 12Go boleh membantu anda menyemak status syarikat bas ini. Ia membantu menyenaraikan operator paling popular di laluan ini seperti Tara Tour and Travel, Nakhonchai Air Bus dan Sombat Tour. Review pengguna juga disertakan bersama supaya anda lebih yakin dengan pilihan anda.

Bas dari Bangkok ke Chiang Mai berlepas daripada beberapa stesen berbeza. Antara yang paling popular dengan penduduk setempat adalah Terminal Bas Mo Chit yang terletak di utara bandar Bangkok. Sementara itu, para pengembara backpackers pula selalu menggunakan servis yang berlepas dari kawasan yang popular dengan hostel dan suasana malam iaitu di Khaosan Road.

Bangkok ke Chiang Mai Menggunakan Teksi

Bangkok ke Chiang Mai Menggunakan Teksi
Van mini BangkokTaxi24 yang boleh ditempah di laman 12Go.asia

Tempoh Masa – 9 jam 30 minit
Harga – RM1200
Keselesaan – 4/5

Perjalanan teksi dari Bangkok ke Chiang Mai bukannya perkara yang biasa didengari. Kenapa? Mungkin ia disebabkan oleh jarak antara dua bandar ini yang sejauh 690 kilometer! Jadi, ia bukanlah cara paling jimat untuk mengembara. Tambahan pula, kos perjalanan ini selalunya sangat tinggi melebihi bas dan keretapi dan membuatkan ia bukannya pilihan utama pelancong dan para backpackers.

Namun, ada juga yang akan mengambil pilihan terutamanya untuk kumpulan yang besar atau keluarga dan anda inginkan pengangkutan yang mudah. Jangkaan kos untuk teksi boleh mencecah sehingga RM1300. Jika dikongsi sama rata dengan semua orang dalam kumpulan anda, ianya tidaklah terlalu mahal.

Pengangkutan peribadi ini lebih eksklusif dan anda dapat berlepas dari mana-mana tempat di Bangkok sama ada di lobi hotel anda di Chic Silom atau terminal lapangan terbang Suvarnabhumi sejurus selepas anda mendarat.

Teksi mungkin pilihan yang mahal, tetapi teksi menawarkan servis dari segi fleksibiliti dan hentian di tarikan istimewa antara Bangkok dan Chiang Mai.

Bonus lain dalam mengambil servis teksi ke Chiang Mai adalah perjalanan anda akan lebih fleksibel. Pilihan anda bagus jika anda ingin ke arah bandar berkabus di utara Thailand ini tetapi tidak mahu terlepas pemandangan dan tarikan istimewa di sepanjang jalan. Jadi, pastikan anda tanya dahulu pemandu anda tambahan kos untuk hentian-hentian seperti bandar kuil Ayutthaya atau kuil monyet Lopburi.

Perjalanan dari Bangkok ke Chiang Mai adalah salah satu perjalanan paling menarik di negara tak lekok dengan senyuman ini. Mana-mana pun jenis pengangkutan yang menjadi pilihan, sudah tentu akan menikmati perjalanan dengan pengalaman unik menanti anda bersama dengan pengembara lain. Apabila anda tiba di destinasi Chiang Mai, anda dapat meneroka bandar penuh sejarah dan dipenuhi dengan struktur purba yang indah.


FAQ Bangkok ke Chiang Mai

Apakah cara paling murah untuk ke Chiang Mai dari Bangkok?

Bas dari Bangkok ke Chiang Mai sudah tentu pilihan paling murah berbanding semua. Sebab itu jugalah kenapa kebanyakan pengembara backpackers dan pelancong bajet menggunakan bas sebagai pilihan utama. Kebanyakannya akan memilih bas VIP atau bas pelancong yang ditetapkan untuk lebih selesa. Tempoh perjalanan pula berjumlah sekitar 10 hingga 12 jam. Lihat platform tempahan 12Go.asia yang menawarkan pilihan untuk berlepas dari beberapa pilihan stesen di sekitar ibu kota.

Apakah cara paling pantas untuk ke Chiang Mai dari Bangkok?

Dengan jarak sejauh 700 kilometer antara dua bandar ini, tak terkejut jika pilihan penerbangan adalah cara paling pantas. Anda boleh tiba di lokasi dari Bangkok ke Chiang Mai dengan hanya mengambil masa selama 1 jam lebih manakala laluan darat mengambil masa selama sekurang-kurangnya 10 jam.

Bagaimanakah cara untuk ke Chiang Mai dari Bangkok?

Terdapat beberapa jenis pengangkutan yang ada untuk membawa anda dari tempat Istana Besar di Bangkok ke kuil Lanna di bandar purba Chiang Mai. Cara terbaik adalah dengan membandingkan pilihan anda menggunakan 12Go.asia. Satu carian sahaja akan membawa anda kepada perbandingan antara bas VIP, kapal terbang, keretapi dan malahan untuk teksi peribadi juga.

Adakah terdapat pilihan keretapi ke Chiang Mai dari Bangkok?

Ya, dan perjalanan keretapi ini adalah perjalanan paling popular di Asia Tenggara! Ia akan membawa anda terus ke dalam nadi dan jantung Thailand di mana anda akan melepasi bandar seperti Lop Buri dan pergunungan karst di utara. Perjalanan anda boleh dibuat sama ada pada waktu siang atau malam. Gunakan 12Go untuk tempah tiket anda lebih awal dan ambil tiket anda di lokasi ditetapkan hanya di luar stesen keretapi Bangkok.

Berapakah harga keretapi ke Chiang Mai dari Bangkok?

Ia bergantung kepada tempat duduk dan jenis keretapi yang anda pilih. Cara paling selesa adalah dengan menggunakan khidmat keretapi malam yang berlepas pada pukul 6.10 petang. Harga tiket adalah di sekitar RM125 untuk kelas kedua dan RM210 untuk kelas pertama. Tempat duduk standard di siang hari antara Bangkok dan Chiang Mai pula berharga di sekitar RM116.

Berapakah harga penerbangan ke Chiang Mai dari Bangkok?

Anda mungkin terkejut jika dapat tahu bahawa kos penerbangan dalam negeri dari Bangkok ke Chiang Mai boleh menjadi semurah RM80. Namun, ia jarang berlaku dan sememangnya tawaran paling berbaloi. Selalunya, harga tiket akan berjumlah di sekitar RM120 hingga RM 210 satu hala. Pastikan anda ambil kira tambahan kos bagasi kepada tempahan anda kerana hanya sesetengah syarikat penerbangan sahaja akan memasukkan kos ini sebagai standard. Jangan risau. Perbandingan tiket penerbangan boleh dibuat untuk tarikh berbeza dengan syarikat penerbangan berlainan dengan menggunakan 12Go.asia.

Bilakah masa terbaik untuk melawat Chiang Mai?

Musim kering di utara Thailand selalunya bermula sekitar November dan ini bermakna cuaca yang panas dan terang dengan sinaran cahaya matahari hampir setiap hari. Jadi, ini adalah masa terbaik untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan bazar beli-belah dan melawat tempat menarik di sekitar Chiang Mai. Anda juga perlu tahu bahawa musim pembakaran bermula pada bulan Januari dan tamat pada bulan April. Tempoh ini adalah di mana petani akan membakar tanian dan akan membuatkan udara tercemar. Lebih baik jika anda tunggu hingga bulan Jun, Julai dan Ogos. Bulan tersebut merupakan musim hujan monsun tetapi hujan selalunya datang dan berakhir dengan cepat. Tak ramai akan melancong ketika musim ini dan selalunya kadar hotel lebih murah.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: