Cara untuk ke Koh Lipe dari Langkawi

Cara untuk ke Koh Lipe dari Langkawi

Mungkin terdapat sempadan antarabangsa dan satu Selat Melaka yang lebar di antara kedua-dua tempat ini tetapi Langkawi and Koh Lipe bersambung dengan baik melalui feri dan kapal. Malah, pulau Malaysia itu merupakan salah satu tempat terbaik untuk melompat ke Taman Laut Negara Tarutao yang mana Koh Lipe merupakan sebahagian darinya dan ia terletak di selatan Thailand.

Anda boleh menghabiskan jarak 43 kilometer itu dalam masa 1.5 jam sahaja, jadi anda tidak ada masa pun untuk menghabiskan laksa-laksa pedas anda sebelum turun dan memijak tanah Siam. Dengan itu, kapal-kapal yang bergerak terus ke sana hanya dikendalikan semasa musim sibuk (November hingga awal Jun) jadi perjalanan menjadi lebih lama jika anda mengunjung semasa musim monsun.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Langkawi ke Koh Lipe menaiki feri terus1.5 jamRM120Tempah Online
Langkawi ke Koh Lipe menaiki feri bersambung4 jamRM140Tempah Online
Langkawi ke Koh Lipe menggunakan lawatan sehari24 jamRM830Tempah Online

Langkawi ke Koh Lipe menaiki feri terus

Langkawi ke Koh Lipe menaiki feri terus

Tempoh Masa – 1.5 jam (tidak termasuk tempoh berada di imigresen)
Harga –  RM120
Keselesaan – 4/5

Dalam era di mana penerbangan boleh membawa anda ke mana-mana sahaja, terdapat sesuatu yang baharu dan eksotik tentang merentasi sempadan antarabangsa dengan menaiki kapal. Tetapi itulah yang setiap pengembara yang pergi bergerak di antara Langkawi dan Koh Lipe di atas feri perlu lakukan kerana keseronokan pengembaraan itu bukan setakat tentang perjalanan dari pulau ke pulau tetapi juga dari Malaysia ke Thailand.

Kesemua itu membawa beberapa komplikasi tambahan. Walaupun rentasan feri itu sendiri hanya mengambil rata-rata 1.5 jam, terdapat juga prosedur imigresen di kedua-dua pihak yang perlu dipertimbangkan. Anda perlukan pasport untuk dicop apabila anda meninggalkan Malaysai di jeti-jeti dan anda juga perlu uruskan permit masuk ke Thailand anda apabila anda tiba di Lipe.

Kapal-kapal membawa anda dari pasir-pasir berkilauan di Langakawi ke pasir-pasir berkilauan Koh Lipe dalam 1.5 jam sahaja.

Kapal berlayar sama ada dari Jeti Kuah di bahagian tenggara Langkawi atau dari Marina Telaga Harbour di pantai barat laut. Jeti Kuah adalah pilihan yang lebih baik jika anda telah berada atau bercuti di bandar Kuah. Marina Telaga Harbour ialah pilihan yang bagus bagi sesiapa yang mengembara di sekitar Pantai Cenang yang keputihan atau mendarat di Lapangan Terbang Langkawi dan terus mencari sambungan ke kapal.

Jetty at the Koh Lipe arrival point
Selepas bertukar menaiki bot panjang anda akan dibawa ke Pantai Pattaya di Koh Lope

Setelah tiba di Koh Lipe, anda perlu turun dari feri dan bertukar menaiki bot panjang untuk sampai ke tanah kering. Mereka akan caj yuran sebanyak 50 THB (RM6.50) untuk turunkan anda di jeti sementara di Pantai Pattaya di mana pegawai imigresen Thailand bersedia untuk mengecop dokumen-dokumen anda. Oh dan jangan lupa untuk mengubah masa pada jam anda. Aneh sekali Koh Lipe dan Langkawi berada dalam zon masa yang berbeza!

Ingat bahawa feri yang bergerak terus di antara Langkawi dan Koh Lipe hanya ada semasa musim kering. Laut-laut mengganas dan tidak terdapat urusan yang cukup untuk pastikan servis berjalan seperti biasa di antara Jun dan Ogos. Pada bahagian lain, mereka juga agak sibuk semasa hujan berhenti jadi lebih baik anda menempah tempat anda seawal mungkin menggunakan alat cari di 12Go.asia.

Langkawi ke Koh Lipe menaiki feri bersambung

Langkawi ke Koh Lipe menaiki feri bersambung

Tempoh Masa – 4 – 6 jam
Harga –  RM140+
Keselesaan – 3/5

Jika kesemua kapal bergerak terus dari Langkawi ke Koh Lipe telah penuh atau anda ingin melakukan perjalanan ini ketika musim yang tidak sibuk di antara Jun dan Oktober, anda boleh cuba untuk dapatkan dua sambungan feri. Ia bukan yang terbaik: Perjalanan itu mungkin menjadi lebih mahal dan lebih lama. Akan tetapi, ia mungkin sahaja satu-satunya pilihan yang ada.

Feri bersambung melalui Satun boleh membantu anda bergerak ke Koh Lipe apabila tiada feri terus atau tempat telah penuh.

Kapal pertama yang perlu dapatkan bergerak menuju ke Satun di tanah besar Thailand. Ia berlayar dari Jeti Kuah dengan jadual pelayaran di awal pagi dan lewat petang hampir setiap hari. Secara keseluruhan, perjalanan itu mengambil sekitar 60 minit dan pemandangannya adalah menakjubkan. Lihat di arah barat untuk mencari pasir pantai dan bukit-bukit Koh Tarutao yang tidak tersentuh bergerak lalu! Destinasi anda? Jeti Pak Bara. Di sana anda perlu selesaikan kesemua presedur imigresen Thailand sebelum anda boleh bergerak lebih lanjut.

Setelah masuk ke dalam “Tanah Tersenyum” secara rasmi, anda perlu ke Koh Lipe pula. Bahagian perjalanan ini sepatutnya mudah sahaja. Terdapat banyak feri yang menyambung Satun ke pulau indah itu. Cara terpantas adalah dengan menaiki bot laju atau Kelab Bot Laju Satun Pak Bara. Ia mengambil hanya 1.5 jam untuk sampai ke Lipe. Apabila anda sampai di sana dengan kesemua cop cukup dalam pasport, anda boleh terus pergi ke bar koktel atau bermalasan di Pantai Pattaya.

Langkawi ke Koh Lipe menggunakan lawatan sehari

Langkawi ke Koh Lipe menggunakan lawatan sehari
Snorkeling ialah aktiviti terkenal dalam lawatan sehari di Koh Lipe

Tempoh Masa – Sepanjang hari
Harga –  RM830+
Keselesaan – 4/5

Lawatan teratur seperti di Langkawi-Tour.com yang membawa anda dari Langkawi ke Koh Lipe mungkin sedikit mahal tetapi ia sangat seronok. Rentasan feri dari Laut Andaman di Malaysia ke Thailand juga termasuk dalam suatu jadual perjalanan yang penuh dengan aksi. Anda mungkin tidak sedari bahawa anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan snorkeling, berenang, bergerak dari satu pantai ke pantai yang lain dan makan tengahari masakan Thailand yang lama membuatkan anda sibut sepanjang jalan.

Untuk harga yang bermula sekitar RM825 seorang anda boleh impikan servis pengambilan di mana-mana hotel di Langkawi. Anda juga akan mendapat makanan yang disediakan termasuk pelbagai aktiviti dari lawatan basikal tiga roda di kampung-kampung sibuk Koh Lipe hingga ke persinggahan waktu petang di Pantai Matahari Terbenam. Ia merupakan pilihan untuk anda jika anda merasai kesemua aktiviti penting di Koh Lipe terus dalam masa sehari.


Kebanyakan orang memilih feri terus yang cepat yang sentiasa ada dari Langkawi ke Koh Lipe semasa musim sibuk. Ia mengambil hanya 90 minit untuk gantikan pulau dengan pulau dengan sedikit masa lebih diperlukan untuk imigresen di kedua-dua belah. Selain itu, anda boleh mengikuti lawatan teratur dan menaiki kapal bersambung. Mana-mana cara sekalipun anda pasti akan ke Thailand dalam perjalanan ini!


FAQ Langkawi ke Koh Lipe

Apakah cara termurah untuk ke Koh Lipe dari Langkawi?

Kapal. Anda melihat kepada tanda harga sekitar RM125 untuk merentasi Langkawi ke Koh Lipe dengan menaiki feri terus. Ia adalah pilihan termurah kerana pilihan yang tak terus dan melalui Satun akan memerlukan tempahan dua tiket dengan dua syarikat yang berbeza. Manakala, lawatan-lawatan selalunya mempunyai harga yang sudah tentu lebih tinggi. Cara terbaik untuk mencari rentasan kapal termurah adalah dengan memasukkan tarikh perjalanan anda di 12Go.asia dan tempah di sana jauh lebih awal sebelum anda tiba di Langkawi.

Apakah cara tercepat untuk ke Koh Lipe dari Langkawi?

Pilihan feri terus di antara Langkawi dan Koh Lipe bermakna anda akan bertukar dari daratan Malaysia ke pasir pantai Thailand dalam masa 90 mnit. Tetapi itu hanya masa perjalanan di atas air. Disebabkan anda mengembara di antara dua negara dalam perjalanan ini, akan ada banyak perkara untuk diselesaikan di jabatan imigresen. Ia mungkin menambah masa menunggu di kedua-dua jeti menjadikan jumlah masa perjalanan sekitar 2-3 jam.

Apakah cara untuk ke Koh Lipe dari Langkawi?

Bagaimana lagi untuk anda pergi dari sebuah pulau tropika ke pulau tropika yang lain? Sudah tentu dengan menaiki kapal! Terdapat beberapa servis untuk dipilih dengan pelbagai syarikat yang melakukan perjalanan keluar dari dua jeti di Langkawi. Kesemua ini adalah sepanjang musim utama dari bulan November ke Jun. Jangkakan feri moden dan besar dengan ruang dek dan tempat duduk di dalam ruang dalaman. Apabila anda mendekati Lipe, anda perlu bertukar menaiki bot panjang untuk sampai ke tepi pantai. Ia tidak termasuk dalam harga kebanyakan tiket jadi pastikan ada lebih kurang 50 THB (RM6.50) dalam tangan untuk membayar pemandu.

Berapa lamakah feri dari Langkawi ke Koh Lipe?

Tidak lama pun. Hanya sekitar 90 minit cukup untuk menamatkan perjalanan dalam suasana yang biasa. Dengan itu, masa tambahan untuk menunggu perlu dijangkakan untuk melepasi imigresen dan menaiki bot panjang menuju ke tepi pantai di mana anda akhirnya sampai ke Pantai Pattaya di Koh Lipe. Sesiapa yang menaiki bot bersambung menerusi Satun akan melalui dua perjalanan di atas air dengan perjalanan pertama mengambil sekitar sejam dan yang kedua sekitar 1.5 jam.

Berapakah harga feri dari Langkawi ke Koh Lipe?

Anda biasanya boleh mendapatkan tiket feri terus dari Langkawi ke Koh Lipe dengan harga sekitar RM125. Tetapi lebih baik anda cari dan tempah lebih awal di 12Go.asia kerana harga boleh berubah dan kekosongan dalam feri cepat penuh semasa bulan-bulan sibuk. Anda juga perlu membayar 50 THB (RM6.50) untuk teksi kapal dari feri menuju ke jeti di Koh Lipe. Terdapat juga yuran kemasukan ke pulau Siam tersebut yang berharga 200 THB (RM26) seorang.

Adakah Koh Lipe mahal?

Koh Lipe hanya sedikit mahal berbanding pulau-pulau Siam yang lain. Barang-barang berharga lebih tinggi kerana kesemuanya perlu dibawa menaiki kapal dari tanah besar. Tambahan pula, terdapat ruang yang terhad dan peraturan bangunan yang ketat kerana Lipe merupakan sebahagian dari Taman Negara. Hal ini menyebabkan harga-harga hotel dan banglo pantai melambung tinggi. Akan tetapi, ia masih tidak akan melenyapkan wang anda dalam bank. Mi Pad Thai dari gerai-gerai jalanan boleh diberi dengan harga RM12 manakala bir di bar-bar matahari terbenam berharga RM16.50.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: