Cara untuk ke Koh Chang dari Bangkok

Cara untuk ke Koh Chang dari Bangkok

Shh! Koh Chang merupakan suatu rahsia. Shangri-La tersorok yang terletak di bahagian timur Teluk Thailand kebiasaannya tidak diberi perhatian oleh para pengunjung tidak seperti Koh Samui dan Koh Phi Phi yang sentiasa dikunjung. Terdapat beberapa pondok yang dibuat dari buluh dan resort yang tenang di pesisiran pantai baratnya. Terdapat juga bar reggae dan pantai berbaru kelikir yang dilindungi oleh pokok-pokok kelapa. Kesemua itu menjadikannya tempat percutian terbaik dari suasana sibuk dan riuh di Bangkok. Jika anda ingin keluar dari ibu kota Siam itu untuk pantai-pantai yang penuh dengan pokok-pokok kelapa dan kehijauan bukit-bakau Koh Chang, teruskan membaca. Panduan ini akan memberitahu kesemua pilihan pengangkutan anda termasuk penerbangan, feri, bas dan teksi.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Bangkok ke Koh Chang menaiki kapal terbang, bas dan feri3 jamRM330Tempah Online
Bangkok ke Koh Chang menaiki bas dan feri7 jamRM62Tempah Online
Bangkok ke Koh Chang menaiki teksi persendirian dan feri6 jamRM580Tempah Online

Bangkok ke Koh Chang menaiki kapal terbang, bas dan feri

Bangkok ke Koh Chang menaiki kapal terbang, bas dan feri
Kapal terbang Bangkok Airways mendarat di Lapangan Terbang Trat (Chang bermaksud gajah dalam bahasa Thailand) Β© Foodforthoughts / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 3 – 4 jam
Harga – RM330+
Keselesaan – 4/5

Tidak sabar untuk disinari cahaya di Pantai Klong Prao di Koh Chang atau berdansa mengikut irama reggae di Pantai Lonely? Cara terpantas untuk ke pulau tersebut dari Bangkok adalah dengan menaiki kapal terbang. Namun, Koh Chang tidak mempunyai lapangan terbang tersendiri. Oleh itu, penerbangan akan mendarat di hab serantau Trat. Ia berlepas empat kali sehari ketika musim sibuk (November-April) dan dua kali sehari semasa musim tidak sibuk (Jun ke Oktober).

Cara terpantas untuk bertukar kepada Koh Chang dari Bangkok, dari menara-menara besar kepada pasir berkilauan, adalah dengan memilih penerbangan dan kemudian bertukar menaiki feri.

Satu-satunya syarikat yang membuat penerbangan ini ialah Bangkok Airways. Kapal-kapal terbang mereka berlepas dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi menjadikannya pilihan yang amat baik bagi para pengembara yang ingin terus pergi ke pantai-pantai dan laut biru Chang setelah mendarat di β€œTanah Senyuman”. Penerbangan sambungan adalah pendek dan hanya mengambil 60 minit sebelum menyentuh landasan di bahagian timur.

Feri pengangkutan dengan Koh Chang dalam latar belakang
Feri pengangkutan dengan Koh Chang dalam latar belakang

Sudah tentu perjalanan untuk sampai ke Lapangan Terbang Trat ialah separuh dari cabaran yang ada. Dari sana, anda perlu pergi ke Jeti Ao Thammachat. Anda patut tawar menawar ketika mendapatkan teksi tetapi tidak ramai pemandu yang ada dan harganya boleh menjadi agak tinggi.

Pengangkutan persendirian yang telah ditempah lebih awal adalah lebih baik terutamanya jika anda bergerak dengan keluarga atau secara berkumpulan. Anda boleh membahagikan kos tersebut. Akan tetapi, yang seringkali dipilih ialah van mini dan feri. Mereka boleh mengatur perjalanan anda ke pelabuhan termasuk rentasan itu sendiri. Tambahan pula, mereka beroperasi mengikut jadual yang telah diselaraskan dengan penerbangan masuk Bangkok Airways.

Perjalanan ke jeti mengambil 20 minit. Seterusnya, terdapat masa menunggu untuk menaiki feri sebelum merentas selat yang sempit itu menuju ke utara Koh Chang selama 30 minit. Kesemua itu ditambah kepada jumlah masa di udara, di atas darat and merentasi lautan ialah 3 – 4 jam.

Bangkok ke Koh Chang menaiki bas dan feri

Bangkok ke Koh Chang menaiki bas dan feri
Mama Travel Tour merupakan salah satu pilihan bafi bas/bas mini

Tempoh Masa – 7 – 9 jam
Harga – RM60-100
Keselesaan – 3/5

Jarak lebuhraya Siam dari Bangkok ke Jeti Thammachat di Trat adalah kurang dari 400 km. Oleh itu, anda boleh memandu hingga ke tempat di mana kapal berlayar menuju ke Koh Chang. Perjalanan itu akan mengambil masa sekitar empat hingga lima jam dan bergerak melalui resort hedonistik di Pattaya dan hutan-hutan di Chanthaburi

Bas mengambil masa lebih lama untuk ke jeti feri di Trat berbanding kapal terbang tetapi ialah pilihan termurah untuk ke Koh Chang dari Bangkok

Terdapat beberapa pilihan untuk anda gunakan. Yang seringkali dipilih oleh para pengembara di Siam adalah dengan menaiki van mini berkongsi. Ia mempunyai ruang bagi 14 orang dan bergerak terus dari satu tempat ke satu tempat tanpa sebarang persinggahan untuk mengambil penumpang lain setelah meninggalkan Bangkok. Kemudian anda mempunyai bas yang sedikit besar dikenali sebagai bas ekspres atau VIP. Ia mempunyai lebih banyak ruang tetapi juga lebih perlahan dan kurang selesa. Anda juga boleh bergantung kepada sambungan bas tempatan Siam yang berlepas dari Stesen Ekkamai tetapi kami tidak mengesyorkan anda berbuat begitu kerana ia sedikit sukar untuk ditempah dan disuaikan dengan masa pelayaran feri.

Bangkok ke Koh Chang menaiki bas dan feri
Sebuah feri kereta dalam perjalanan menuju ke Koh Chang Β© BBbirdZ / Shutterstock.com

Terdapat beberapa syarikat pelancongan yang boleh dipilih apabila mencari pengangkutan untuk ke Trat. Perbezaan utama di antara mereka ialah tempat pelepasan dari Bangkok. Triple T Travel mempunyai van mini yang bergerak dari Terminal Van Baharu Mochit di Chatuchak dan Stesen Ekkamai. Bas-bas Burapha berlepas dari terminal Lapangan Terbang Suvarnabhumi. Manakala, Mama Travel & Tour berlepas dari kawasan pesta dan pelancongan terkenal Jalan Khaosan

Sudah tentu lebih baik anda mendapatkan tiket kombo melalui servis seperti 12Go.asia untuk memudahkan perjalanan anda. Mereka akan pastikan sambungan van mini atau bas ke jeti sesuai dengan masa pelayaran. Mereka juga boleh menambah tiket feri dan mengatur perjalanan teksi terus ke pintu hotel anda di Koh Chang. Hello pantai!

Bangkok ke Koh Chang menaiki teksi persendirian dan feri

Bangkok ke Koh Chang menaiki teksi persendirian dan feri
Limo Thailand oleh Datum merupakan syarikat teksi yang menawarkan perjalanan dari Bangkok ke hotel anda di Koh Chang

Tempoh Masa – 6 – 7 jam
Harga – RM580
Keselesaan – 5/5

Campak sahaja beg anda ke dalam bonet teksi, rehat dan nikmati pemandangan. Itulah perjalanan yang para pengembara dapat dengan menaiki teksi persendirian dari Bangkok ke Koh Chang. Ia adalah mudah, selamat dan selesa dengan tawaran untuk mengambil anda di mana-mana sahaja dalam ibu kota Siam itu, dari terusan pasar Wang Lang ke pencakar langit Silom. Anda juga akan turun betul-betul berdekatan dengan jeti di Trat, menjadikan pertukaran menaiki feri lebih mudah. Selepas itu, anda akan merentas ke utara Chang.

Satu keburukan yang jelas bagi pilihan ini ialah harga. Akan tetapi, sekumpulan pengembara atau sekeluarga boleh membahagikan kos di antara mereka. Tambahan pula, harga teksi bukan sahaja untuk seluruh pengangkutan tersebut tetapi boleh juga termasuk tiket kapal dan pengangkutan ke hotel anda di Koh Chang. Ini pilihan yang amat menarik terutamanya jika anda ingin ke resort yang jauh di Pantai Long (sesuai bagi peminat pesta reggae & matahari terbenam) atau Bang Bao (sesuai untuk peminat scuba) di bahagian selatan. Satu cara yang bagus untuk mencari tiket murah dan membuat tempahan seawal mungkin adalah dengan menggunakan 12Go.

Koh Chang mungkin bukan pulau Thailand yang paling mudah untuk dicapai dari Bangkok, tetapi itulah di antara keunikannya. Pulau berpantai putih dan berbatu kelikir ini sebahagian besarnya masih tidak disentuh dan tidak sesak termasuklah hutan-hutan dan perkampungan nelayannya. Ia sudah tentu berbaloi dengan perjalanan separuh hari merentasi udara, darat dan laut!


FAQ Bangkok ke Koh Chang

Apakah cara termuah untuk ke Koh Chang dari Bangkok?

Bas dan kapal bersambung untuk menawarkan perjalanan yang mesra dompet dari Bangkok ke Koh Chang. Kita bercakap tentang kos keseluruhan perjalanan berada di sekitar RM82. Malah, anda mungkin boleh jadikannya lebih murah jika anda mencari lebih awal dan memilih syarikat pelancongan termudah melalui 12Go.asia.

Apakah cara terpantas untuk Koh Chang dari Bangkok?

Penerbangan selama sejam dari lapangan terbang BKK ke Trat membolehkan anda menjauhi perjalanan yang lama di atas jalan dari Bangkok ke jeti feri. Dari terminal, anda perlu sampai ke pelabuhan dengan menaiki teksi atau bas dan seterusnya menaiki kapal menuju ke Koh Chang. Hasilnya? Perjalanan anda adalah selama 4 – 5 jam dari awal hingga akhir.

Apakah cara untuk ke Koh Chang dari Bangkok?

Pergi ke 12Go.asia, masukkan tarikh perjalanan anda dan cari. Anda akan jumpa pelbagai cara dan pilihan untuk gantikan pasar lambak dan makanan jalanan Bangkok dengan pulau Koh Chang yang indah. Antara cara yang terkenal adalah dengan menaiki van mini dan bas dari ibu kota tersebut ke pesisiran pantai dan bertukar menaiki feri. Selain itu, terdapat juga teksi persendiran untuk ke pelabuhan dan penerbangan dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi ke Trat sebelum anda menaiki kapal menuju ke pulau tersebut.

Bolehkah anda terbang dari Bangkok ke Koh Chang?

Tidak, tetapi anda boleh sampai ke Lapangan Terbang Trat. Jeti utama bagi feri-feri yang berlayar ke Koh Chang dekat sahaja dari sana, hanya mengambil 20 minit masa memandu. Walau bagaimanapun, anda boleh jangka untuk membayar lebih banyak untuk kemudahan menaiki kapal terbang dari BKK. Terdapat satu syarikat penerbangan sahaja yang melakukan perjalanan ini (Bangkok Airways) dan tempat duduk boleh terjual dengan cepat semasa musim sibuk.

Berapakah harga untuk ke Koh Chang dari Bangkok?

Terdapat beberapa pilihan untuk menyesuaikan bajet yang berbeza bagi perjalanan dari Bangkok ke Koh Chang. Mereka yang mempunyai bajet kecil mungkin mahukan sambungan bas besar dari Jalan Khaosan terus ke pelabuhan. Mereka yang mempunyai banyak baht untuk digunakan boleh mendapatkan tiket Bangkok Airways menuju ke Trat. Selain itu, anda boleh juga bayar lebih sedikit untuk perjalanan menaiki teksi yang boleh menjadi murah jika anda bergerak secara berkumpulan.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk ke Koh Chang dari Bangkok?

Kesemua itu bergantung kepada cara pilihan anda. Menaiki penerbangan boleh membantu kurangkan masa perjalanan dan jadikannya sekitar empat jam. Anda mungkin mengambil sekitar 5 – 6 jam secara keseluruhan jika menaiki kereta dan bas untuk ke pelabuhan feri berdekatan dengan Trat. Apa kata anda gunakan kemudahan carian di 12Go.asia untuk banding dan bezakan pilihan anda dan pilih yang terbaik.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: