Cara untuk ke Koh Phangan dari Bangkok

Cara untuk ke Koh Phangan dari Bangkok

Perjalanan dari Bangkok ke Koh Phangan merupakan perjalanan yang telah dibuat oleh jutaan pengembara saban tahun. Ia membawa anda keluar dari ibu kota yang penuh dengan tuk-tuk dan pencakar lagit ke sebuah pulau yang dikenali sebagai salah satu tempat paling hedonistik di dunia kerana ia merupakan tempat Pesta Bulan Penuh. Di sebalik pesta sepanjang malam di pantai terdapat juga pasir-pasir yang berkilauan, lagun snorkeling, studio yoga dan tempat menyelam. Jadi, mudah untuk fahami mengapa ramai yang membuat perjalanan ini.

Panduan ini menunjukkan pilihan perjalanan yang terbaik di antara Bangkok dan Koh Phangan dengan memberitahu yang paling murah, pantas dan selesa bagi perjalanan sejauh 775 km dari bandar ke pulau itu.

PengangkutanMasaHargaTiket
Bangkok ke Koh Phangan menaiki kapal terbang dan feri7 jamRM210Tempah Online
Bangkok ke Koh Phangan menaiki bas dan feri10 jamRM120Tempah Online
Bangkok ke Koh Phangan menaiki keretapi dan feri16 jamRM230Tempah Online
Bangkok ke Koh Phangan menaiki teksi dan feri13 jamRM1100Tempah Online

Bangkok ke Koh Phangan menaiki kapal terbang dan feri

Bangkok ke Koh Phangan menaiki kapal terbang dan feri

Tempoh masa – 7 hingga 15 jam, bergantung kepada destinasi sambungan
Harga – RM210 – RM600, dengan perjalanan melalui Koh samui menjadi yang termahal
Keselesaan – 4/5

Terdapat timbunan pilihan untuk terbang di antara Bangkok dan Koh Phangan walaupun pulau pesta tersebut tidak mempunyai lapangan terbang tersendiri (pada waktu sekarang – perhatikan sahaja tempat ini!). Menaiki penerbangan bermakna anda akan memilih mana-mana tempat ketibaan yang berdekatan sama ada di tanah besar Thailand atau pulau lain di Teluk Thailand. Kemudian, anda akan bertukar menaiki kapal menuju ke Phangan. Syukurlah, 12Go.asia memudahkan anda untuk dapatkan tiket kombo bagi kedua-dua bahagian tersebut dengan alat carian yang menyambungkan ketibaan penerbangan dengan pelabuhan feri.

Untuk mendarat di tempat paling dekat dengan Koh Phangan dan berikan anda perjalanan feri terpendek, pastikan anda mencari penerbangan ke Koh Samui. Ramai yang mencari penerbangan ini semasa musim sibuk (November-Mac). Ini bermakna ia akan berharga lebih mahal tetapi sepatutnya masih mempunyai banyak pilihan dengan Bangkok Airways yang popular mengendalikan kebanyakan penerbangan keluar dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi. Setelah anda tiba di Lapangan Terbang Samui, anda perlu ke Jeti Big Buddha untuk dapatkan kapal menuju ke Thong Sala. Paling cepat, perjalanan itu boleh ditamatkan dalam masa tujuh jam sahaja.

Terdapat beberapa pilihan bagi mereka yang ingin menaiki kapal terbang dan feri untuk ke Koh Phangan dari Bangkok.

Anda boleh juga ke Surat Thani di sebelah tanah besar. Itulah merupakan hab yang besar untuk perjalanan menuju ke pulau-pulau Siam apabila anda tiba di Bangkok. Jadi, terdapat banyak pilihan untuk ke Koh Phangan. Ia bersambung dengan ibu kota melalui syarikat-syarikat penerbangan yang mesra bajet seperti AirAsia dan Nok Air, jadia ia mungkin menjadi lebih murah.

Donsak Pier in Surat Thani
Jeti Donsak di Surat Thani mengambil sekitar 1 jam 30 minit dari lapangan terbang jika bergerak menaiki bas/teksi © Lifestyle Travel Photo / Shutterstock.com

Anda patut rancang untuk diambil di lapangan terbang dan bergerak menaiki bas menuju ke jeti yang sedikit ke arah timur. Selain itu, anda boleh terbang masuk ke Nakhon Si Thammarat dan pergi ke arah utara menuju ke pelabuhan. Pilihan-pilihan ini kebiasannya mengambil sekitar 9 hingga 13 jam secara keseluruhan.

Anda perlu sentiasa cuba menempah lebih awal untuk dapatkan tawaran terbaik bagi penerbangan pendek. Terutama sekali selepas November apabila musim Pesta Bulan Penuh bermula dan lebih ramai yang mencari tiket untuk ke arah selatan menuju ke pantai yang disinari cahaya dan penuh dengan pokok kelapa.

Bangkok ke Koh Phangan menaiki bas dan feri

Bangkok ke Koh Phangan menaiki bas dan feri
Lomprayah merupakan pilihan bas dan feri yang paling selesa untuk ditempah melalui 12Go.asia

Tempoh masa – 10 – 17 jam
Harga – RM120+
Keselesaan – 3/5

Konvoi-konvoi bas masih boleh tinggalkan kesibukan Bangkok untuk ke pantai di bahagian selatan. Koh Phangan merupakan salah satu destinasi utama disebabkan ia tidak mempunyai lapangan terbang tersendiri. Kelebihannya? Anda mendapat pilihan yang banyak bagi syarikat dan pengendali bas dan anda boleh pilih dari mana-mana tempat pelepasan dalam ibu kota.

Banyak bas yang sambungkan Bangkok dengan Koh Phangan dan mereka merupakan cara paling murah untuk tukarkan banda dengan laut.

Kebanyakan bas bergerak dari Terminal Bas Selatan di Sai Tai Mai, tetapi anda tidak perlu tinggalkan pasar jalanan dan warung mi di Jalan Khaosan untuk dapatkan bas anda. Banyak bas VIP yang berlepas dari kawasan Bangkok yang terkenal menawarkan perkhidmatan di sebelah pagi atau semalaman yang menjimatkan kos penginapan satu malam di hotel. Antara nama-nama besar dalam perniagaan ini ialah Lomprayah, Songserm, Krungsiam Tour dan Feri Raja.

Bangkok ke Koh Phangan menaiki bas dan feri
Tempat duduk dalam feri Lomprayah dari Jeti Donsak (Surat Thani) ke Jeti Thong Sala (Koh Phangan)

Sudah tentu anda perlu bertukar menaiki kapal disebabkan Koh Phangan adalah sebuah pulau. Kebiasaannya ini dilakukan di Surat Thani. Di sana, anda akan dibawa terus ke Jeti Donsak dan seterusnya menaiki kapal menuju ke tempat ketibaan di Thong Sala. Bagi memudahkan kesemua ini, lebih baik anda dapatkan tiket kombo dari 12Go. Ia menjamin setiap perjalanan anda dan menggabungkan kesemua bahagian dalam satu tempahan sahaja.

Bangkok ke Koh Phangan menaiki keretapi dan feri

Bangkok ke Koh Phangan menaiki keretapi dan feri
Keretapi semalaman bergerak dari Bangkok ke Surat Thani mengambil sekitar 12 jam © Pratan Saetang / Shutterstock.com

Tempoh masa – Sekitar 16 jam, tetapi kebiasaannya semalaman
Harga – RM230-300
Keselesaan – 4/5

Terdapat berita yang amat baik bagi mereka yang suka menaiki keretapi demi ke Koh Phangan yang penuh dengan pokok kelapa kerana Surat Thani terletak di garisan utama yang bergerak ke selatan dari Bangkok. Ia juga merupakan tempat pertukaran utama bagi perjalanan menuju ke pulau-pulau di Teluk Thailand. Ia membuka peluang kepada perjalanan kombo keretapi dan feri terus menuju ke tempat Pesta Bulan Penuh.

Gunakan keretapi semalaman menuju ke Surat Thani untuk pastikan anda tiba di Koh Phangan awal pagi.

Pengembaraan ini kebiasaannya bermula dengan perjalanan semalaman dari Stesen Hua Lamphong di tengah-tengah ibu kota. Ia mengambil masa sekitar 12 jam tetapi juga memberikan pemandangan yang cantik terhadap gunung-ganang yang menunjukkan selatan Thailand pada waktu pagi. Dari stesen keretapi, anda akan bertukar terus menaiki kapal di Donsak dan akan tiba di Koh Phangan tepat pada waktu makan tengahari bagi menikmati pulut mangga di pantai.

Mungkin kelebihan utama menaiki kapal terbang ialah anda boleh memilih kawasan tempat tidur. Ia datang dengan kedua-dua kelas pertama dan kedua tetapi masing-masin lebih selesa berbanding bas semasa dalam perjalanan ke arah selatan. Disebabkan itu, lebih baik anda membuat tempahan seawal mungkin. Alat cari di 12Go memudahkan proses ini. Mereka juga menawarkan tempat memungut tiket yang berdekatan dengan platform di Hua Lamphong.

Bangkok ke Koh Phangan menaiki teksi dan feri

Bangkok ke Koh Phangan menaiki teksi dan feri
Anda boleh beli tiket gabungan Glassflower (teksi/van) dan Songserm (feri) melalui 12Go

Tempoh masa – 13 – 15 jam
Harga – RM1100-1400
Keselesaan – 4/5

Untuk tingkatkan tahap keselesaan dalam perjalanan ke pelabuhan feri di Surat Thani, anda boleh menambah kos perjalanan dan dapatkan teksi persendirian. Ia bukanlah pilihan paling murah tetapi ia memudahkan. Anda boleh diambil di mana-mana sahaja yang anda pilih dalam Bangkok dan anda akan mendapat ruang bagi kesemua ahli kumpulan dan barangan anda. Anda juga tidak akan mengalami persinggahan yang banyak seperti bas. Tambahan pula, teksi memudahkan kerana ia membawa anda terus ke jeti tanpa perlu bertukar menaiki kenderaan lain sebelum anda dapat menaiki feri menuju ke Koh Phangan.

Anda perlu menempah tiket feri secara berasingan untuk merentasi teluk menuju ke pulau pesta itu. Ia tidak dijual secara kombo dengan syarikat-syarikat teksi tetapi kedua-duanya boleh ditempah melalui 12Go.asia. Jika tempoh perjalanan kedua-dua pengangkutan itu digabungkan, anda akan melihat jumlah perjalanan menjadi 13-15 jam secara keseluruhan. Walaupun ia lebih mahal, ingat bahawa kos tersebut boleh dibahagikan di antara kesemua orang yang berkongsi teksi tersebut.

Pakailah cat neon, bersihkan habuk dari peralatan pesta dan bersedia untuk minum koktel baldi di antara pertunjukkan-pertunjukkan bunga api dan DJ pantai. Kesemua pilihan di atas boleh membawa anda ke tempat pesta Thailand yang tulen di Koh Phangan. Sudah tentu terdapat pantai yang aman dengan pasir putih dan lagun snorkelin yang jernih jika anda lebih sukakan itu!


FAQ Bangkok ke Koh Phangan

Apakah cara termurah untuk ke Koh Phangan dari Bangkok?

Kombo bas dan feri sudah tentu merupakan pilihan termurah untuk ke Koh Phangan dari Bangkok. Ia mungkin bukanlah pilihan yang paling selesa tetapi tiket bermula serendah RM115. Terdapat pelbagai pilihan lain yang berlepas dari Jalan Khao San, Terminal Bas Selatan dan Hua Lamphon yang melalui Surat Thani pada kebiasaannya.

Apakah cara terpantas untuk ke Koh Phangan dari Bangkok?

Walaupun Koh Phangan tidak mempunyai lapangan terbang tersendiri, penerbangan masih menjadi cara paling cepat untuk ke pulau tersebut. Anda boleh kurangkan masa perjalanan ke arah selatan itu dengan meninggalkan bas semalaman dan keretapi demi penerbangan sejam dari landasan ke landasan. Selepas itu, anda boleh bersama dengan orang lain menaiki feri di jeti. Cara terpantas biasanya adalah dengan mendarat di Koh Samui tetapi dengan harga yang lebih sedikit.

Cara untuk ke Koh Phangan dari Bangkok?

Pilih sahaja! Mungkin anda ingin kurangkan kos dan ambil bas klasik pilihan para pengembara sebelum bertukar menaiki feri. Mungkin anda lebih gemar menikmati keretapi semalaman menuju ke Surat Thani dan kemudian bertukar menaiki feri. Atau anda tidak sabar untuk melompat ke dalam air laut di Pantai Haad Rin dan mulakan Pesta Bulan Penuh yang hanya boleh dilakukan melalui penerbangan pantas dari BKK? Apa-apa sahaja pilihan anda, anda boleh banding dan bezakan serta tempah menggunakan alat carian 12Go.asia yang mudah.

Berpakah harga untuk ke Koh Phangan dari Bangkok?

Harga perjalanan anda menuju ke pulau Koh Phangan yang direndami sinaran matahari bergantung kepada pilihan pengangkutan dan tarikh perjalanan anda. Musim sibuk di antara November dan Mac merupakan tempoh yang paling mahal dengan kombo kapal terbang dan feri menjadi cara yang paling mahal (amat sukar untuk bayar kurang dari RM200!). Bas pula boleh berharga sekitar RM115.

Apakah cara untuk ke Koh Phangan dari Bangkok menaiki keretapi?

Pertama: dapatkan keretapi malam dari Stesen Hua Lamphong menuju ke Surat Thani. Kedua: bergerak menuju ke Jeti Donsak dari stesen keretapi tersebut. Ketiga: dapatkan feri merentasi Teluk Thailand menuju ke Koh Phangan. Berita gembira? Kesemua itu boleh ditempah pada masa yang sama menggunakan servis carian dan tempahan atas talian di 12Go.asia. Mudah sahaja.

Berapa hari yang diperlukan di Koh Phangan?

Bergantung kepada apa yang anda ingin lakukan. Ramai yang singgah ke Koh Phangan semata-mata untuk pesta pada hujung minggu terutamanya apabila Pesta Bulan Penuh sedang berlaku di Haad Rin. Terdapat mereka yang lain datang untuk dapatkan matahari, pantai dan laut Asia Tenggara. Anda boleh jumpa kesemua itu di bahagian utara menuju ke Thong Nai Pan dan Hat Salad di mana anda dengan mudah boleh menikmati dua minggu berjemur di antara bot-bot nelayan yang lusuh dan bilik-bilik persalingan yang diperbuat dari buluh.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: