Cara untuk ke Koh Phangan dari Phuket

Cara untuk ke Koh Phangan dari Phuket

Perjalanan dari Phuket ke Koh Phangan merupakan perjalanan dari pulau terbesar Thailand ke destinasi pesta terbesarnya. Anda akan gantikan pondok berwarna pastel dan pasar makanan di bandar Phuket dengan pasir pantai dan DJ yang bersemangat hingga ke pagi di Teluk Thailand.

Dalam suatu garis lurus, jarak di antara kedua-dua tempat tersebut adalah sejauh 257 km. Terdapat pilihan bagi menaiki penerbangan ke Koh Samui dan kemudian bertukar menaiki feri merentasi selat. Anda juga boleh mengambil bas melalui hutan-hutan yang meluas di tengah-tengah Thailand sebelum bertukar menaiki kapal. Panduan ini menunjukkan kesemua pilihan pengangkutan yang ada bagi perjalanan anda dari Phuket ke ibu kota Pesta Bulan Penuh.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Phuket ke Koh Phangan menaiki kapal terbang dan feri3 jamRM330Tempah Online
Phuket ke Koh Phangan menaki bas dan feri8 jamRM70Tempah Online
Phuket ke Koh Phangan menaiki teksi dan feri6 jamRM940Tempah Online

Phuket ke Koh Phangan menaiki kapal terbang dan feri

Phuket ke Koh Phangan menaiki kapal terbang dan feri
Anda tidak boleh terbang terus memasuki Koh Phangan tetapi anda boleh terbang ke Koh Samui dan ambil feri yang sekejap dari sana © Supakit_N / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 3 hingga 5 jam dengan perjalanan yang baik
Harga – Sekitar RM320
Keselesaan – 5/5

Bangkok Airways melakukan penerbangan di antara Phuket dan pulau-pulau di Teluk Thailand. Malangnya, tiada cara untuk terus ke Koh Phangan disebabkan ketiadaan lapangan terbang di sana! Malah, anda perlu merancang perjalanan untuk sampai ke destinasi percutian iaitu Koh Samui.

Suatu berita baik ialah terdapat sebanyak enam penerbangan setiap hari semasa musim sibuk yang bermula dari November. Penerbangan terawal berlepad pada 9:45 pagi dan yang terakhir pada 7:50 malam. Waktu penerbangan sekejap sahaja dalam linkungan 55 minit. Ini bermakna anda boleh berehat di antara pokok-pokok kelapa Koh Samui sebelum anda sempat habis mengecat warna neon pada badan anda bagi Pesta Bulan Penuh.

Samakan waktu penerbangan dan feri anda dan anda akan mendapat perjalanan yang mengambil masa kurang dari separuh hari.

Dari lapangan terbang Koh Samui, perjalanan akan diteruskan ke pelabuhan di mana kapal-kapal akan berlayar menuju ke Koh Phangan. Suatu berita baik lagi ialah Jeti Bangrak hanya sejauh 15 minit perjalanan teksi dari terminal. Jika anda memilih untuk tawar-menawar bagi pengangkutan anda sendiri setelah mendarat, anda boleh jangkakan harga berada di sekitar 600 THB bagi perjalanan tersebut. Disebabkan itulah lebih baik anda cari tiket kombo melalui 12Go.asia. Mereka akan menjamin anda mendapat harga yang lebih baik termasuk penerbangan, teksi dan feri dalam satu pakej yang sama.

Phuket ke Koh Phangan menaiki kapal terbang dan feri
Feri Seatran Discovery dalam perjalanan menuju ke Koh Phangan

Mungkin feri paling mudah untuk diambil adalah bersama Seatran Discovery hanya disebabkan ia berlayar dari Bangrak. Feri-feri lain seperti yang dikendali oleh Lomprayah (katamaran yang laju) dan Feri Raja (kapal murah yang lebih perlahan) berlayar dari jeti-jeti lain di Koh Samui walaupun ia jauh sedikit dari lapangan terbang. Perjalanan dari pulau ke pulau biasanya mengambil sekitar 30 minit.

Rahsianya di sini adalah untuk samakan waktu perjalanan anda. Jika anda pastikan ada mendarat dan terus bersambung dengan pelayaran harian feri (Seatran Discovery mempunyai feri yang berlayar pada 1 tengahari dan 4:30 petang) anda boleh menamatkan perjalanan dari Phuket ke Koh Phangan dalam masa kurang dari tujuh jam. Mereka yang terbang lebih lambat akan tersekat di Koh Samui tanpa sebarang feri untuk dinaiki hingga ke pagi.

Phuket ke Koh Phangan menaki bas dan feri

Phuket ke Koh Phangan menaki bas dan feri
Bas VIP Lomprayah sememangnya selesa

Tempoh Masa – 8 – 10 jam
Harga – RM70-140
Keselesaan – 3/5

Baiklah, perjalanan dari Phuket ke Koh Phangan dengan menaiki bas dan kapal bukanlah pilihan bagi mereka yang ingin bergerak cepat. Ia mengambil masa 10 jam untuk merentasi lautan Thailand dari pulau ke pulau. Ini disebabkan walaupun jalan raya dibuat dengan baik, terdapat gunung-gangan, hutan-hutan dan sungai yang perlu dielak semasa dalam perjalanan. Kelebihannya? Anda akan mendapat banyak pemandangan di luar tingkap!

Bas bergerak melalui hutan-hutan dan puncak selatan Thailand menuju ke jeti di sebelah Teluk Thailand itu.

Ia merupakan bas VIP yang besar. Bas yang paling selesa ialah bas dua tingkat yang dikendali oleh Lomprayah dan memiliki ruang kaki yang lebih luas dan penghawa dingin yang bagus. Dengan itu, hampir kesemua syarikat menawarkan perjalanan dengan kawalan persekitaran dan tempat duduk yang luar. Ia berlepas dari Terminal Bas 2 Phuket atau Lapangan Terbang Phuket tetapi anda boleh bayar lebih untuk dapatkan teksi terus ke stesen dari hotel-hotel di Patong, Karon, Rawai dan resort-resort lain.

Lomprayah Catamaran
Katamaran Lomprayah akan membawa anda dari Surat Thani ke Koh Phangan dengan pantas

Sesi pemanduan bagi perjalanan ini mengambil sekitar empat atau lima jam. Destinasinya ialah Surat Thani di sebelah Teluk Thailand. Anda tidak akan berada lama di sana tetapi kebanyakan feri berlayar dari Jeti Donsak ke arah timur bandar. Ia termasuk kapal Feri Raja yang murah dan perlahan di samping kapal-kapal Seatran Discovery yang laju. Kapal yang paling laju dari tanah besar menuju ke pulau ialah kapal Lomprayah yang bergerak dari Jeti Tapee berdekatan pusat bandar Surat Thani.

Disebabkan ini merupakan cara paling terkenal untuk ke Koh Phangan dari Phuket, kami sarankan anda menempah lebih awal. Lebih-lebih lagi jika anda ingin menaiki katamaran Lomprayah yang laju atau untuk lakukan perjalanan semasa musim sibuk (Disember – Februari).

Phuket ke Koh Phangan menaiki teksi dan feri

Phuket ke Koh Phangan menaiki teksi dan feri
Andaman Taxis mempunyai beberapa kenderaan untuk dipilih yang boleh membawa anda dari Phuket ke Surat Thani

Tempoh Masa – 6 – 9 jam
Harga – RM940+
Keselesaan – 4/5

Bagi mereka yang sentiasa mengembara, anda boleh mulakan pengembaraan di pulau dengan memilih teksi persendirian yang membawa anda terus merentasi negara itu dengan bergaya setelah anda habis menikmati matahari di pasir putih dan hotel mewah Kata Noi. Terdapat banyak kelebihan. Pertamanya, seseorang akan mengambil anda dari mana-mana tempat penginapan di Phuket. Kedua, anda akan bergerak dengan selesa dalam kenderaan berhawa dingin, mempunyai kerusi yang empuk dan ruangan kaki yang luas. Ketiga, anda tidak perlu menunggu para penumpang yang lain jadi perjalanan menuju ke jeti di Surat Thani boleh mengambil masa yang lebih pendek berbanding bas.

Anda boleh sahaja mengatur perjalanan teksi persendirian menuju ke jeti di mana feri akan berlayar ke Koh Phangan tetapi harga sudah tentu lebih mahal bagi kemewahan yang anda dapat.

Sudah tentu semua ini akan meningkatkan harga. Tidak mudah untuk mencari tawaran di bawah RM800 bagi perjalanan ini. Tambahan pula, ia tidak termasuk tiket feri yang anda perlu beli secara berasingan melalui syarikat pelancongan seperti 12Go.asia (pilih katamaran Lomprayah untuk mendapatkan kapal yang paling selesa). Kelebihannya hanyalah anda boleh membahagikan kos dengan ahli pengembaraan anda kerana harga teksi adalah bagi keseluruhan kenderaan tersebut dan bukannya setiap orang.

Pastikan anda minta pemandu untuk membawa anda terus ke Jeti Donsak jika anda hanya mahu menaiki apa-apa kapal selain katamaran Lomprayah. Ia hanya sejauh 50 km dari Surat Thani di mana pelbagai kapal akan berlayar ke Koh Phangan.

Pengembaraan dari Phuket ke Koh Phangan merupakan perjalanan yang dibuat oleh ribuan pengunjung setiap tahun. Ia menyambungkan satu hab pesta yang dikelilingi oleh pantai dengan hab pesta yang lain dan menjadikan Thailand sentiasa hidup. Hari ini anda boleh terbang, layar dan pandu dari pulau ke pulau mengikut kesesuaian anda.


FAQ Phuket ke Koh Phangan

Apakah cara termurah untuk ke Koh Phangan dari Phuket?

Anda boleh berjimat dengan menaiki bas dan feri di antara Phuket dan Koh Phangan. Ia dilakukan beberapa kali setiap hari dengan sambungan dari pulau terbesar Siam ke jeti-jeti di Teluk menggunakan jalan sebelum bertukar menaiki kapal. Jika anda mempunyai bajet yang kecil, carilah tawaran dari syarikat-syarikat seperti Feri Raja dan Phantip 1970. Ia merupakan pilihan termurah dan kedua-duanya boleh ditempah melalui 12Go.asia.

Apakah cara terpantas untuk ke Koh Phangan dari Phuket?

Jika anda merancang dengan baik, cara terpantas untuk tinggalkan Phuket dan pantai Andaman demi pulau-pulau di timur Thailand adalah melalui penerbangan. Bangkok Airways melakukan sebanyak enam servis setiap hari di antara Lapangan Terbang Phuket dan Koh Samui semasa musim sibuk. Setelah mendara, anda perlu bertukar menaiki kapal untuk ke Phangan jadi pastikan anda tiba dengan satu petang untuk digunakan. Secara keseluruhannya, anda melihat kepada perjalanan yang boleh menjadi secepat lima jam sahaja.

Bolehkah anda terbang dari Phuket ke Koh Phangan?

Bukanlah secara terus. Anda boleh terbang ke Koh Samui dari Phuket dengan adanya penerbangan yang kerap oleh Bangkok Airways. Ia melakukan perjalanan dalam masa 55 minit dan terdapat sebanyak enam penerbangan untuk dinaiki setiap hari. Sudah tentu anda perlu menempah tiket feri untuk bawa anda dari Samui ke Phangan tetapi ia boleh dibuat dalam satu tempahan yang sama termasuk teksi menuju ke pelabuhan melalui 12Go.

Bolehkah anda dapatkan kapal dari Phuket ke Koh Phangan?

Tidak. Lihat sahaja pada peta. Perjalanan menaiki kapal dari Phuket ke Koh Phangan memerlukan anda bergerak ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Anda akan berada dalam perjalanan selama berminggu-minggu! Walaupun ia nampak seperti suatu pengembaraan yang sebenar di Asia Tenggara, kami syorkan anda memilih kombo bas dan kapal. Dengan mengikuti jalan ke arah timur Phuket (yang bersambung dengan tanah besar melalui jambatan), anda akan menuju ke Surat Thani dan menaiki feri di sana. Ia akan mengurangkan tempoh perjalanan kepada 8 hingga 10 jam. Keseluruhan perjalanan ini boleh dibuat melalui 12Go.asia.

Lebih baik ke Phuket atau Koh Phangan?

Sukar untuk dijawab. Seperti kata-kata orang Siam, kedua-dua pulau ini “sama tapi tidak serupa”. Phuket mempunyai tempat pesta seperti Patong dan jalan-jalan di bandar Phuket. Namun, kesemua itu diimbangkan dengan resort mewah di Kata Noi dan Rawai di mana terdapat lambakan villa sepanjang pantai. Phangan juga seperti itu juga tetapi dengan suasana yang lebih sesuai bagi pengembara dengan adanya bar buluh, pesta hostel dan studio yoga. Ia dikenali dengan Pesta Bulan Penuh tetapi mempunyai kawasan yang senyap dan tenang di bahagian utara.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: