Cara untuk ke Koh Tao dari Phuket

Cara untuk ke Koh Tao dari Phuket

Terletak di kedua-dua belah semenanjung Thai, perjalanan dari Phuket ke Koh Tao bukanlah suatu yang mudah. Akan tetapi, ia masih berbaloi untuk anda jejakkan kaki di salah satu pulau yang tidak terlalu terkenal di negara itu dan mempunyai pantai-pantai yang indah termasuk beberapa tempat selaman skuba yang berwarna-warni.

Phuket dan Koh Tao terpisah sejauh 290 km dengan tanah besar dan Teluk Thailand di antara mereka. Ini bermakna perjalanan di antara kedua-duanya akan menggunakan dua jenis pengangkutan dan boleh mengambil sekitar sehari. Ini adalah semua maklumat yang diperlukan untuk melakukan perjalanan tersebut sama ada anda ingin menaiki kapal, bas, teksi atau kapal terbang.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Phuket ke Koh Tao menaiki bas dan katamaran9 hRM120Tempah Online
Phuket ke Koh Tao menaiki bas dan feri laju9.5 hRM120Tempah Online
Phuket ke Koh Tao menaiki kapal terbang dan kapal6 hRM620Tempah Online
Phuket ke Koh Tao menaiki teksi dan kapal7 hRM210Tempah Online

Phuket ke Koh Tao menaiki bas dan katamaran

Phuket ke Koh Tao menaiki bas dan katamaran

Tempoh Masa – 9 jam
Harga – RM120
Keselesaan – 5/5

Jika anda merupakan pengembara yang inginkan kesenangan dan keselesaan, jadi tiket kombo bas dan kapal daripada salah satu syarikat terkenal yang disenarai dalam 12Go mungkin merupakan pilihan terbaik bagi anda. Salah satu syarikat terkenal yang melakukan perjalanan ini ialah Lomprayah yang dipuji kerana pengurusan waktunya dan pengangkutan yang dijaga baik.

Tiket kombo bas dan kapal di antara Phuket dan Koh Tao akan membuatkan perjalanan anda lancar.

Apabila anda tempah dengan Lomprayah, mereka akan mengatur perjalanan anda dari awal hingga akhir. Anda boleh duduk dan nikmati sahaja perjalanan tersebut. Kebiasaannya terdapat satu pelayaran sahaja setiap hari yang berlayar pada 10 pagi. Namun, beberapa pelayaran tambahan mungkin dilakukan semasa musim yang sibuk (Disember hingga Mac). Perjalanan itu bermula dengan perjalanan bas selama 5 jam dari bandar Phuket ke Jeti Tapee di Surat Thani. Dengan yuran tambahan, syarikat tersebut boleh mengatur pengambilan dari hotel di tengah bandar atau lapangan terbang. Lomprayah boleh menjaminkan anda bergerak dengan selesa dengan bas-bas dan bas mini yang moden berhawa dingin dan mempunyai tempat duduk yang luas.

Lomprayah Catamaran - Seating Options
Beberapa pilihan tempat duduk yang terdapat di dalam katamaran Lomprayah

Apabila anda tiba di jeti, perhatian anda akan terus tertumpu ke arah katamaran, sebuah kapal berhawa dingin dan mempunyai kerusi yang empuk. Terdapat juga pilihan untuk bertukar kepada VIP jika anda inginkan ruang kaki yang lebih luas. Selepas persinggahan di Koh Samui dan Koh Phangan untuk memuat naik dan menurunkan penumpang, anda akan tiba di Jeti Mae Haad di Koh Tao. Secara keseluruhannya, perjalanan tersebut mengambil sekitar tiga hingga empat jam.

Phuket ke Koh Tao menaiki bas dan feri laju

Seatran Discovery Seating
Di atas feri laju Seatran Discovery ini anda boleh merasai angin yang membuai-buai dalam perjalanan ke Koh Samui

Tempoh Masa – 9.5 jam
Harga – RM120
Keselesaan – 4/5

Seatran Discovery merupakan satu-satunya pesaing Lomprayah yang melakukan perjalanan di antara Phuket dan Koh Tao dan menawarkan pengalaman yang sama. Perbezaan utama di antara kedua-dua syarikat ini adalah tempat pelayaran di Phuket, waktu pelayaran dan jenis kapal yang digunakan. Seatran Discovery juga dipuji kerana pengurusan masanya dan boleh dipercayai walaupun bas-bas mereka bukanlah yang baharu. Tiket gabungan bagi kedua-dua syarikat tersebut boleh ditempah lebih awal melalui laman pelancongan yang dipercayai seperti 12Go.asia.

Bas Seatran Discovery menuju ke Jeti Donsak bertolak lebih awal daripada Lomprayah iaitu sekitar 9 pagi dan mengambil masa 5 jam. Bas bertolak dari Teminal Bas Phuket 2 yang terletak sejauh 4.8km di utara bandar dan boleh dicapai dengan menaiki teksi, tuk-tuk atau songthaew tempatan yang berwarna merah jambu (lori “pick up” dengan bahagian belakang yang terbuka). Setelah anda tiba di jeti, para penumpang akan bertukar menaiki feri laju yang akan berlayar selama empat jam menuju ke Jeti Mae Haad di Koh Tao. Anda boleh memilih untuk duduk di dalam bilik berhawa dingin atau di tempat duduk luaran jika anda ingin berjemur! Walaupun ia tidaklah begitu kerap, kapal boleh terkesan akibat cuaca jadi bersedialah untuk pertukaran waktu pelayaran terutamanya pada musim hujan dari Julai hingga Oktober.

Phuket ke Koh Tao menaiki kapal terbang dan kapal

Phuket ke Koh Tao menaiki kapal terbang dan kapal
Koh Samui Airport is the closest airport to Koh Tao © SUPAKIT_N / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 6 jam
Harga – sekitar RM620
Keselesaan – 4/5

Jika anda perjalanan bas yang lama bukanlah sesuatu yang anda inginkan, anda boleh pertimbangkan untuk menaiki penerbangan. Disebabkan ia merupakan pulau yang kecil, Koh Tao tidak mempunyai lapangan terbang tersendiri. Anda perlu mendapatkan penerbangan ke Koh Samui di sebelahnya. Bangkok Airways merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang melakukan perjalanan di antara kedua-dua pulau ini dan menawarkan satu penerbangan pada waktu pagi untuk membolehkan para penumpang mendapatkan perjalanan kapal pada hari yang sama.

Anda akan menjimatkan tiga jam dari tempoh perjalanan anda dengan menaiki penerbangan.

Apabila anda tiba di Koh Samui, anda boleh menikmati beberapa hari di sana sebelum bertolak ke Koh Tao. Sebagai salah satu pulau maju di semenanjung Chumphon, mudah sahaja untuk berada di sana selama beberapa hari dengan adanya pantai-pantai yang mengagumkan.

Phuket to Koh Tao by Seatran
Seatran Discovery boleh membawa anda bagi bahagian kedua perjalanan tersebut dari Koh Samui ke Koh Tao

Apabila anda sudah bersedia untuk menuju ke Koh Tao, pergi sahaja ke salah satu jeti. Maenum Samui di bahagian barat laut dipenuhi dengan kapal-kapal Lomprayah yang moden. Jeti Bangrak Seatran di sebelah timur laut pula dipenuhi dengan feri laju Seatran Discovery. Anda boleh bandingkan waktu pelayaran dan harga bagi tarikh perjalanan anda dengan mudah di 12Go untuk mencari syarikat yang terbaik bagi anda. Perjalanan kapal di antara Koh Samui dan Koh Tao mengambil sekitar dua jam dan tiba di Jet Mae Haad yang merupakan terminal feri utama di pulau tersebut. Teksi dan tuk-tuk akan menunggu di sana untuk membawa anda ke hotel. Pastikan anda cuba dapatkan harga terbaik!

Phuket ke Koh Tao menaiki teksi dan kapal

Phuket ke Koh Tao menaiki teksi dan kapal
Teksi Andaman boleh membawa anda dari Phuket ke Jeti Tapee dan boleh ditempah melalui 12Go.asia

Tempoh Masa – 7 jam
Harga – RM200-330
Keselesaan – 5/5

Untuk menikmati tahap keselesaan terbaik, mudah sahaja untuk aturkan perjalanan dari hotel anda di Phuket atau dari Lapangan Terbang Phuket menuju ke salah satu terminal feri. Bukan sahaja anda boleh pilih waktu pengambilan tetapi anda boleh juga berhenti bila-bila masa, kawal penghawa dingin dan mainkan lagu kesukaan anda. Kelebihan-kelebihan ini datang dengan harga yang lebih tinggi berbanding perjalanan di antara Phuket dan Koh Tao yang lain. Namun, ia lebih dari berbaloi.

Apabila anda tiba di terminal, Jeti Donsak bagi Seatran Discovery atau Jeti Tapee bagi Lomprayah, anda akan berlayar menaiki feri selama lima jam untuk sampai ke jeti utama di Koh Tao. Feri terawal berlayar sekitar tengahari dari Jeti Tapee dengan beberapa pelayaran yang lain pada waktu petang dari Donsak. Kedua-dua syarikat menawarkan harga tiket dan tahap keselesaan yang sama dengan bilik-bilik berhawa dingin, tempat duduk yang empuk dan beberapa TV bagi keseronokan anda.

Ucapkan selamat tinggal kepada Phuket dan lakukan perjalanan anda menuju ke pulau Koh Tao yang indah dengan cara-cara ini. Sama ada anda memilih kapal, kapal terbang atau teksi kami doakan anda selamat tiba!


FAQ Phuket ke Koh Tao

Apakah cara termurah untuk ke Koh Tao dari Phuket?

Bas dan kapal merupakan cara termurah untuk bergerak dari Phuket ke Koh Tao. Lomprayah dan Seatran Discovery menawarkan tiket kombo bagi perjalanan tersebut yang termasuk perjalanan dari bandar Phuket ke Jeti Mae Haad dengan harga sekitar RM120. Hanya berbeza beberapa ringgit sahaja di antara kedua-duanya tetapi lebih baik anda semak di 12Go.asia untuk dapatkan harga yang tepat bagi tarikh perjalanan anda.

Apakah cara terpantas untuk ke Koh Tao dari Phuket?

Perjalanan menaiki kapal terbang dan kapal dari Phuket menuju ke Koh Tao dan melalui Koh Samui merupakan cara terpantas dengan tempoh perjalanan selama 6 jam sahaja. Mungkin agak sukar untuk aturkan kesemua waktu pengangkutan anda kerana tiada tiket kombo yang ditawarkan bagi perjalanan kapal terbang dan feri. Namun, kedua-duanya boleh ditempah melalui 12Go secara berasingan.

Apakah cara untuk ke Koh Tao dari Phuket?

Kebanyakan orang yang mengembara dari Phuket ke Koh Tao menggunakan gabungan perjalanan bas dan kapal dengan adanya tiket kombo oleh Lomprayah dan Seatran Discovery. Untuk membuatkan anda lebih selesa, teksi boleh diatur untuk menggantikan bas bagi perjalanan tersebut dengan harga yang lebih mahal. Selain itu, anda boleh tempah tiket penerbangan di antara Phuket dan Koh Samui bersama Bangkok Airways melalui 12Go.asia termasuk dengan perjalanan kapal dari Koh Samui ke Koh Tao.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk ke Koh Tao dari Phuket?

Perjalanan di antara Phuket dan Koh Tao mungkin bukanlah perjalanan paling lama di Thailand tetapi anda mungkin masih perlu memberi tempoh sehari bagi perjalanan tersebut. Jika anda ingin cara termurah, anda perlu korbankan tempoh perjalanan yang pendek kerana perjalanan kapal dan bas boleh mengambil sekitar 9-10 jam. Pilihan menaiki kapal terbang atau teksi pula boleh mengurangkan beberapa jam dari tempoh perjalanan anda. Harga dan waktu berbeza-beza bagi perjalanan ini dan boleh dibandingkan melalui 12Go.asia.

Apakah cara untuk ke Koh Tao dari Lapangan Terbang Phuket?

Perjalanan dari Lapangan Terbang Phuket ke Koh Tao tidaklah begitu berbeza dari perjalanan dari bandar Phuket. Syarikat Lomprayah yang terkenal itu melakukan pengambilan dari lapangan terbang sebagai sebahagian daripada pakej bas dan kapal mereka. Selain itu, anda boleh ambil penerbangan terus dari Lapangan Terbang Phuket ke Lapangan Terbang Koh Samui di mana anda akan menaiki feri untuk ke Koh Tao. Terokai kesemua pilihan yang ada bagi perjalanan anda di antara Lapangan Terbang Phuket dan Koh Tao dengan mudah di 12Go.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: