Pasir pantai yang putih, batu karang yang berwarna-warni, haiwan-haiwan laut yang menarik dan bukit bukau yang padat dengan hutan β apa lagi cara terbaik untuk lari daripada kesibukan Bangkok? Mujurlah hari ini mudah sahaja untuk kita gantikan ibu kota Siam tersebut dengan keindahan pantai Koh Tao.
Panduan ini menunjukkan beberapa cara yang tersohor untuk melalui jarak 400 kilometer yang memisahkan dua tempat tersebut. Terdapat feri, penerbangan, bas dan juga kereta api yang menawarkan tiket ke Tao bagi pengembara-pengembara yang mempunyai bajet dan gaya tersendiri. Jom kita mulakan.
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Bangkok ke Koh Tao Menggunakan Kapal Terbang dan Feri | 8.5 jam | RM190 | Tempah Online |
Bangkok Ke Koh Tao Menggunakan Kereta Api Dan Feri | 18 jam | RM200 | Tempah Online |
Bangkok ke Koh Tao Menggunakan Bas dan Feri | 8 jam | RM100 | Tempah Online |
Bangkok ke Koh Tao Menggunakan Kapal Terbang dan Feri
Tempoh Masa β 8.5-12 jam, bergantung kepada sambungan kapal terbang dan feri
Harga β RM190-410+
Keselesaan β 5/5
Kombo menaiki kapal terbang dan feri merupakan cara tercepat untuk menggantikan suasana bandar dengan pantai Koh Tao. Tambahan pula, penumpang yang memilih cara ini mempunyai pilihan yang luas. Penerbangan dari Bangkok pergi ke pelbagai destinasi dengan sambungan ke pulau-pulau di Teluk Thailand. Walaupun tiada penerbangan terus ke Koh Tao, beberapa penerbangan bersambung lebih diminati dan semua ini boleh ditempah dengan mudah di 12Go.asia.
Cara pertama adalah mendapatkan penerbangan pendek bersama Bangkok Airways dari lapangan terbang Suvarnabhumi yang besar. Mereka mampu membawa anda terus ke Koh Samui. Terdapat banyak hotel spa yang mewah dan pantai-pantai yang diselubungi dengan buluh di sana, jadi anda mungkin mahu mengambil sedikit masa berjalan-berjalan sebelum menyambung perjalanan anda. Selain itu, anda boleh mendapatkan pengangkutan dari terminal kedatangan dan terus menuju ke salah satu daripada tiga jeti, di mana bot laju akan membawa anda selama dua jam terus ke Koh Tao β pastikan anda mencari katamaran Lomprayah untuk perjalanan tercepat.
Kalau anda pentingkan masa, pilihlah untuk terbang dan menaiki feri untuk ke tempat menyelam di Koh Tao.
Makin banyak syarikat penerbangan termasuk penerbangan bajet (lihat Nok Air dan AirAsia) mempunyai laluan dari Bangkok ke Surat Thani. Itu merupakan hab serantau untuk pergi ke tempat-tempat seperti Koh Tao, jadi di sana akan ada banyak sambungan ke syarikat-syarikat feri seperti Seatran Discovery bagi mereka yang tiba awal pagi. Ia juga merupakan salah satu cara termurah antara yang lain-lain.
Syarikat penerbangan tambang murah Nok Air dan AirAsia juga mempunyai laluan ke lapangan terbang Chumphon. Penerbangan-penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang yang merupakan lapangan terbang domestik berserta hab penerbangan pendek dan ia juga merupakan sambungan tercepat sebelum bertukar menaiki feri. Pilihan yang lain adalah ke lapangan terbang Nakhon Si Thammarat yang mengambil masa lebih dari sejam tetapi menawarkan jalan ke Jeti Donsak dan pelbagai perjalanan menaiki kapal ke Koh Tao.
Bangkok Ke Koh Tao Menggunakan Kereta Api Dan Feri
Tempoh Masa β 18 jam
Harga β RM200 (kelas kedua), RM300 (kelas pertama)
Keselesaan β 4/5
Tidak semestinya perlu untuk berpisah dengan tanah untuk bergerak dari Bangkok ke Koh Tao. Thai Railways menawarkan perkhidmatan yang menuju ke arah barat dari stesen Hua Lamphon di bandar terus ke Surat Thani. Di sana anda akan bertukar landasan dan menuju ke arah timur sama ada ke Jeti Tapee atau Jeti Donsak untuk menaiki feri ke pulau.
Gunakan perkhidmatan semalaman kereta api dari Bangkok untuk tiba awal di feri dan sampai ke Koh Tao tepat pada masanya untuk dapatkan sarapan pagi!
Di atas kertas, cara kereta api dan kapal merupakan yang paling lama. Namun begitu, disebabkan anda boleh mendapatkan pelepasan semalaman dari Bangkok, anda boleh bergerak waktu malam dan rancang untuk sampai ke Koh Tao tepat pada masanya untuk dapatkan makan tengah hari di pantai. Pastikan anda mendapatkan perkhidmatan keluar dari bandar jam 6:30 petang, 7:30 petang atau 10:50 malam untuk tidur dalam gerabak dan menikmati pemandangan pantai dan tanah lapang Siam semasa bangun dari tidur. Perbezaan harga dalam perjalanan ini adalah antara tempat tidur kelas pertama atau kedua. Kelas kedua merupakan kuarters yang dikongsi dilengkapi dengan langsir dan kelas pertama merupakan gerabak persendirian dengan singki.
Cara terbaik untuk merancang perjalanan seperti ini adalah untuk mencari tiket gabungan menggunakan 12Go. Mereka bukan sahaja menjamin pengangkutan anda sekali dengan servis pengambilan di stesen dan suatu tempat pra-tempah semasa di atas feri di luar Surat Thani, tetapi terdapat juga pejabat berdekatan stesen Hua Lamphong bagi memudahkan anda untuk mengambil tiket kereta api anda.
Bangkok ke Koh Tao Menggunakan Bas dan Feri
Tempoh Masa β 8-15 jam
Harga β RM100-210
Keselesaan β 3/5
Tidak boleh dinafikan lagi bahawa bas merupakan cara termurah untuk menggantikan kesibukan bar para pengembara dan pasar-pasar di Bangkok dengan kilauan laut dan keunikan batu karang Koh Tao. Semestinya menggunakan lebuh raya Siam menuju ke selatan akan mengambil masa yang lebih lama berbanding dengan penerbangan. Namun begitu, terdapat banyak syarikat yang anda boleh pilih menggunakan cara iniβ¦
Setelah dicuba dan diuji, Lomprayah terbukti merupakan pilihan paling mewah berbanding yang lain. Mereka menggunakan bas-bas yang moden dan bersih selain mempunyai sambungan feri dari tanah besar ke Koh Tao tercepat. Perjalanan dari Surat Thani ke pantai-pantai tersebut boleh mengambil kurang dari empat jam. Cari bas yang berlepas dari daerah Jalan Khaosan di Bangkok setiap 6 pagi dan 9 malam.
Memilih untuk bermalaman di dalam bas bermakna anda boleh mendapatkan feri-feri awal pagi dan sampai ke Koh Tao untuk berjalan seharian.
Syarikat-syarikat lain termasuk Paradive Travel dan Songserm bergerak melalui Chumphon atau Surat Thani sebelum bertukar menaiki kapal. Bercakap tentang kapal⦠syarikat-syarikat ini mempunyai sambungan yang lebih lambat. Anda boleh jangkakan jumlah tempoh perjalanan dari Bangkok ke pulau sekitar 12-15 jam menggunakan perkhidmatan mereka, tetapi harga mereka jugalah antara yang terendah.
Antara perkara utama yang anda perlu tentukan adalah sama ada untuk mendapatkan bas menuju ke Chumphon atau Surat Thani dan jenis feri yang anda ingin naiki bagi melengkapkan perjalanan anda. Mujurlah kesemua pilihan yang ada terdapat dalam 12Go.asia di mana anda boleh juga pra-tempah sebelum orang lain.
Para pengembara yang lebih gemar memilih air jernih dan pusat menyelam PADI Koh Tao berbanding Bangkok yang sibuk bertuah kerana terdapat pelbagai cara untuk bergerak di antara kedua-dua tempat tersebut. Sama ada anda memilih untuk terbang di udara atau menikmati jalan darat Siam, anda boleh membayangkan diri anda memasuki satu sisi jurang syurga setelah mengharungi perjalanan yang kurang dari sehari.
FAQ Bangkok ke Koh Tao
Bas masih merupakan cara pengangkutan paling murah. Anda boleh bergerak dari penginapan di Jalan Khaosan ke bandar-bandar seperti Surat Thani atau Chumphon di mana mudah untuk pergi ke jeti feri dan anda biasanya akan menjejakkan kaki di pantai-pantai Koh Tao dalam masa kurang dari 14 jam. Tambahan pula, harga termurah adalah sekitar RM105 bermakna anda boleh menggunakan baht selebihnya untuk kursus menyelam setelah anda tiba di sana.
Sudah semestinya dengan penerbangan. Walaupun Koh Tao mungkin terlampau kecil untuk mempunyai lapangan terbang sendiri, tetapi anda boleh mengurangkan jarak perjalanan dari Bangkok sebanyak 410km jika menaiki kapal terbang. Destinasi terdekat ialah Koh Samui tetapi mempunyai harga yang lebih mahal sedikit. Anda juga boleh terbang ke Chumphon, Surat Thani atau Nakhon Si Thammarat, di mana semuanya mempunyai sambungan ke feri untuk pergi ke pulau-pulau tersebut. Satu cara mudah untuk membuat tempahan adalah melalui 12Go.asia yang menawarkan tiket kombo yang melancarkan pergerakan dari lapangan terbang ke pelabuhan.
Gunakan kemudahan carian di 12Go.asia untuk melihat pelbagai pilihan bagi para pegembara yang ingin meninggalkan Grand Palace dan menikmati pasir putih di pantai-pantai kepulauan Chumphon. Terdapat kombo kapal terbang dan feri, bas semalaman yang ada sambungan ke kapal, dan kereta api yang meninggalkan ibu kota demi ke selatan Thailand sebelum sampai ke Koh Tao.
Anda boleh pilih! Koh Samui adalah yang paling diminati ramai. Bukan sahaja ia merupakan tempat yang paling dekat bagi sesiapa sahaja yang bergerak ke Koh Tao dari Bangkok, tetapi ia juga merupakan pulau yang cantik. Terdapat pantai-pantai yang berkilauan dan hotel bertaraf 5-bintang. Lapangan Terbang Chumphon merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan penerbangan yang pendek sebelum menaiki feri. Surat Thani dan Nakhon Si Thammarat pula mempunyai pilihan kapal yang pelbagai untuk ke Koh Tao.
Koh Tao bukan merupakan pulau yang termahal antara pulau-pulau di Siam tetapi ia juga bukan yang termurah. Purata kos harian adalah sekitar 1000 TBH (RM150) dengan makanan jalanan, bir pada waktu petang dan penginapan dengan harga yang baik. Anda juga akan melihat bahawa Koh Tao merupakan salah satu tempat di Asia Tenggara yang mempunyai kursus menyelam PADI dengan harga yang berpatutan beserta pakej beginner yang bermula sekitar RM290! Satu perkara: Teksi di Koh Tao boleh jadi agak mahal, jadi anda mungkin ingin membuat perjalanan yang telah diatur pergi dari dan balik ke hotel anda menggunakan 12Go.asia.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: