Cara untuk ke Koh Phangan dari Koh Samui

Cara untuk ke Koh Phangan dari Koh Samui

Dari suatu syurga tropika ke syurga tropika yang lain, perjalanan dari Koh Samui ke Koh Phangan merupakan satu lompatan pendek sahaja merentasi laut biru Teluk Thailand. Pulau-pulau ini makin menjadi destinasi percutian paling terkenal di Thailand semenjak sedekad yang lalu.

Di sana terdapat Samui dengan Pantai Chaweng berpasir putih dan resort spa Bo Phut. Di sana terdapat Phangan, tuan rumah kepada Pesta Bulan Penuh dan tepi pantai yang penuh dengan pokok kelapa. Bergerak dari suatu pulau ke suatu pulau merupakan perubahan yang jelas kepada jadual perjalanan. Tambahan pula, terdapat pelbagai cara untuk anda lakukan perjalanan ini termasuk feri laju yang menamatkan 31km itu sekelip mata sahaja…

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Koh Samui ke Koh Phangan menaiki feri laju45 minRM25Tempah Online
Koh Samui ke Koh Phangan menaiki katamaran30 minRM53Tempah Online
Koh Samui ke Koh Phangan menaiki feri biasa1.5 jamRM20Tempah Online

Koh Samui ke Koh Phangan menaiki feri laju

Koh Samui ke Koh Phangan menaiki feri laju
Feri Songserm selesa dan selamat

Tempoh Masa – 45 minit (kapal sahaja)
Harga – RM25-41
Keselesaan – 4/5

Banyak kapal yang bergerak terus di antara Koh Samui dan Koh Phangan termasuk dalam kategori berkelajuan tinggi. Walau bagaimanapun, ia bukan cara terpantas untuk bergerak dari jeti ke jeti di sana (untuk itu, lihat katamaran di bawah). Namun, ia boleh lakukan perjalana itu dalam 40-45 minit secara purata, jadi ia tidak akan mencuri banyak masa anda yang boleh digunakan di Pantai Haad Rin.

Tukarkan pantai Samui yang berkilauan dengan pesisiran pantai Phangan yang lebat dengan hutan dalam 45 minit sahaja dengan menaiki feri berkelajuan tinggi.

Cari servis yang dilakukan oleh Songserm dan Seatran Discovery. Mereka merupakan syarikat yang dinilai tinggi dan menawarkan tiket bagi perjalanan merentasi selat. Terdapat sedikit sahaja perbezaan di antara kedua-duanya. Kapal Songserm berlayar dari Jeti Nathorn di bahagian barat Koh Samui, manakala Seatran Discovery membuat perjalanan dari kawasan banglo dan hotel yang terkenal di Bangrak di bahagian utara.

Bahagian paling susah adalah untuk pergi ke dan bergerak dari kedua-dua tempat dalam perjalanan feri anda. Syukurlah, anda boleh mudahkan kesemua itu dengan memilih salah satu perjalanan kombo 12Go.asia. Ia berharga lebih sedikit di sekitar RM90 secara keseluruhan tetapi ia menjanjikan servis pengambilan dan penurunan di mana-mana tempat penginapan di kedua-dua pulau. Anda akan mempunyai seorang pemandu yang menunggu anda di lobi hotel di belah Samui, dan sebuah teksi untuk membawa anda ke Pelabuhan Thong Sala di Koh Phangan. Senang, bukan?

Koh Samui ke Koh Phangan menaiki katamaran

Koh Samui ke Koh Phangan menaiki katamaran
Katamaran Lomprayah merupakan piilhan terpantas (dan paling seronok) untuk ke Koh Phangan dari Koh Samui

Tempoh Masa – 30 minit (kapal sahaja)
Harga – RM53 berserta pengambilan di hotel
Keselesaan – 5/5

Salah satu sebab untuk memilih katamaran di antara Koh Samui dan Koh Phangan adalah kerana ia dilakukan oleh Lomprayah. Mereka merupakan syarikat pelancongan yang paling dipandang tinggi dengan perjalanan feri di Teluk Thailand dan mempunyai khidmat pelanggan yang dinilai tinggi, sistem tiket yang cekap dan masa memuat dan memunggah yang laju di pelabuhan.

Katamaran merupakan pilihan yang pantas dan selesa untuk bergerak keluar dari Koh Samui menuju ke Koh Phangan.

Wajarlah, harga mereka bukanlah yang paling murah. Anda akan membayar sekitar RM53 – RM58 untuk perjalanan dari pantai ke pantai. Walau bagaimanapun, anda mendapat kelebihan dari segi keselesaan, pergerakan yang laju di antara kedua-dua pulau tersebut dan pengambilan dari dua tempat pelepasan. Terdapat Jeti Nathon di bahagian barat dan Jeti Pralan yang berdekatan dengan kawasan hotel di Maenam. 12Go menawarkan tiket gabungan feri dan pengangkutan lain yang mampu menjadikan perjalanan anda mudah dari banglo ke mana-mana tempat di atas.

Secara keseluruhan, Lomprayah melakukan lima servis ke Koh Phangan setiap hari. Yang terawal berlayar sekitar 8 pagi. Yang paling lewat berlayar pada 5:30 petang. Disebabkan katamaran merupakan pilihan berkelajuan tinggi, perjalanan merentasi lautan ke titik ketibaan di Thong Sala hanya mengambil 30 minit. Ini bermaksud masa pergerakan lebih pendek dan masa untuk menghadap sinaran matahari di Pantai Haad Rin lebih lama.

Koh Samui ke Koh Phangan menaiki feri biasa

Koh Samui ke Koh Phangan menaiki feri biasa
Jika anda mudah mabuk laut dan inginkan kapal yang perlahan, anda patut pertimbangkan untuk bergerak dengan Feri Raja

Tempoh Masa – 1.5 jam
Harga – RM20
Keselesaan – 4/5

Jika anda sukakan perjalanan bot yang berangin bersama pemandangan menghadap pantai-pantai tropika dan pokok-pokok kelapa, anda mungkin ingin mengambil feri biasa yang melakukan perjalanan lebih lama. Feri yang lebih perlahan ini berlayar dari bucu barat daya Koh Samui di Jeti Lipa Noi. Ia lebih besar dari katamaran dan mengambil sekitar 1.5 jam sebelum berlabuh di pelabuhan Thong Sala.

Feri biasa mungkin bukan cara tercepat tetapi ia kebiasaannya merupakan pilihan pengangkutan termurah dari Koh Samui ke Koh Phangan

Feri Raja merupakan syarikat utama yang melakukan perjalanan ini. Anda boleh menempah tiket bersama mereka melalui 12Go.asia sekaligus dengan pakej yang termasuk perjalanan bas mini dari dan ke lobi hotel anda di kedua-dua tempat (ia berharga sedikit mahal di sekitar RM70 satu hala).

Secara amnya, feri perlahan menjadi pilihan termurah untuk tinggalkan Samui demi Phangan. Tiket berharga di sekitar RM20 yang pasti boleh meninggalkan lebihan wang bagi anda gunakan untuk cat neon dan koktel baldi semasa Pesta Bulan Penuh.

Selamat berlayar! Hanya perjalanan menaiki katamaran selama 30 minit sahaja memisahkan anda dengan Koh Phangan yang indah dan penuh dengan keseronokan. Tiada perkara lain untuk dilakukan selain memakai pelindung matahari, sediakan bikini & seluar pendek dan buat tempahan. Jumpa anda di Pesta Bulan Penuh!


FAQ Koh Samui ke Koh Phangan

Apakah cara termurah untuk ke Koh Phangan dari Koh Samui

Jika anda kesempitan baht, anda akan menjumpai banyak perkara yang anda akan suka dengan menaiki feri perlahan. Ia sebenarnya tidaklah perlahan pun dengan perjalanan dari jeti ke jeti mengambil sektiar 1.5 jam. Tambahan pula, anda mempunyai masa untuk mengucapkan selamat tinggal ke Koh Samui dari dek atas dan lihat pokok-pokok kelapa Koh Phangan semakin mendekat. Pilihan ini sepatutnya hanya berharga sekitar RM20 tetapi anda mungkin ingin membayar lebih sedikit apabila menempah di 12Go.asia untuk mengambil sekali pengangkutan menuju ke kapal di Lipa Noi.

Apakah cara terpantas untuk ke Koh Phangan dari Koh Samui?

Katamaran menawarkan pilihan terpantas untuk tinggalkan suatu pulau demi pulau yang lain. Ia bergerak laju merentasi lautan di Teluk Thailand dari utara Koh Samui ke jeti Thong Sala dalam masa kurang dari 35 minit. Kebiasaannya ia mengambil lebih lama dari itu disebabkan perjalanan dari hotel ke jeti. Secara ringkasnya, boleh sahaja untuk lakukan perjalanan tersebut dalam masa kurang dari dua jam jika anda menempah tiket kombo melalui 12Go.asia.

Apakah cara untuk ke Koh Phangan dari Koh Samui?

Sudah tentu dengan menaiki bot! Kita sedang bercakap dengan dua pulau dan ini bermaksud bahawa menaiki feri bagi merentasi 31km laut biru Teluk Thailand semestinya menjadi pilihan. Syukurlah, terdapat beberapa syarikat berbeza yang lakukan perjlanan ini. 12Go.asia membolehkan anda membanding dan membezakan kesemua itu dengan mudah sama ada anda ingin berjimat untuk Pesta Bulan Penuh dan mencari pilihan termurah atau anda ingin sampai ke Koh Phangan secepat yang mungkin.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk ke Koh Phangan dari Koh Samui?

Kesemua itu bergantung kepada syarikat feri yang anda pilih. Yang terpantas di antara mereka ialah Lomprayah. Mereka mempunyai katamaran yang boleh membawa anda tinggalkan Koh Samui menuju ke Koh Phangan dalam masa 30 minit sahaja. Kemudian, terdapat syarikat seperti Seatran Discovery dan Songserm. Feri berkelajuan tinggi mereka boleh lakukan perjalanan itu dalam 45 minit. Akhir sekali, pilihan paling perlahan ialah Raja Feri yang bergerak selama 1.5 jam dari jeti ke jeti. Anda mungkin akan mahu menambah lebih kurang sejam lagi untuk perjalanan menaiki teksi dari dan ke hotel atau asrama anda di kedua-dua pulau.

Cara untuk ke Koh Phangan dari Lapangan Terbang Koh Samui?

Cara terbaik untuk ke tempat Pesta Bulan Penuh dari Lapangan Terbang Koh Samui adalah dengan menempah tiket kombo di 12Go.asia yang termasuk teksi dari balai ketibaan menuju ke jeti. Ia mungkin lebih baik untuk anda keluarkan wang tambahan dan pilih di antara feri laju atau katamaran kerana mereka berlayar dari utara Samui yang lebih dekat dengan tempat anda mendarat. Jika anda telah menempah tiket feri sahaja, pastikan anda menggunakan teksi pra-bayar di terminal. Mereka menawarkan perjalanan terus ke jeti Bangrak dan Nathon (masing-masing 400THB dan 800THB).

Yang mana lebih baik, Koh Samui atau Koh Phangan?

Jangan tanya! Kedua-duanya adalah berbeza. Kedua-duanya menakjubkan! Koh Phangan boleh dikatakan sebaga Ibiza bagi Thailand disebabkan pesta-pesta yang dilakukan setiap kali bulan penuh. Pergi ke Haad Rin untuk merasai pengalaman tersebut bersama 40,000 orang lain. Manakala, Koh Samui lebih mesra keluarga, dan mempunyai R&R. Pantai-pantai timurnya adalah yang paling terkenal dari Lamai ke Chaweng tetapi utara Maenam mempunyai hotel-hotel mewah dengan pokok pain di pantai. Destinasi anda sememangnya bergantung kepada apa yang anda inginkan dalam pengembaraan Thailand anda.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: