Cara untuk ke Koh Phangan dari Surat Thani

Cara untuk ke Koh Phangan dari Surat Thani

Kesibukan Surat Thani sebenarnya disebabkan para pengunjung yang bergerak ke pulau-pulau cantik di Teluk Thailand. Ia bermaksud anda boleh membuat perjalanan di atas jalan yang baik apabila bergerak dari Surat Thani ke Koh Phangan. Bas-bas, feri-feri dan pelbagai syarikat pelancongan bersedia untuk membawa anda dari bandar ke pantai yang penuh dengan pokok kelapa dan persembahan bunga api Pesta Bulan Penuh. Hanya tinggal untuk anda memilih di antara kapal-kapal berkelajuan tinggi, katamaran dan bas-bas VIP untuk perjalanan sejauh 110 kilometer itu.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Surat Thani ke Koh Phangan menaiki bas dan katamaran3.5 jamRM110Tempah Online
Surat Thani ke Koh Phangan menaiki bas dan feri berkelajuan tinggi4 jamRM54Tempah Online
Surat Thani ke Koh Phangan menaiki bas VIP dan feri3.5 jamRM62Tempah Online
Surat Thani ke Koh Phangan menaiki bas dan feri biasa4.5 jamRM58Tempah Online
Surat Thani ke Koh Phangan menaiki teksi dan feri4 jamRM140Tempah Online

Surat Thani ke Koh Phangan menaiki bas dan katamaran

Surat Thani ke Koh Phangan menaiki bas dan katamaran
Jika anda bergerak dari Lapangan Terbang Surat Thani pilihan yang terbaik ialah bas dan katamaran Lomprayah

Tempoh Masa – 3.5 jam
Harga – RM110
Keselesaan – 5/5

Mengapa berlengah-lengah di Surat Thani apabila anda boleh bermalas-malasan di atas pasir Pantai Mae Haad? Mengambil kombo bas dan katamaran dari Surat Thani ke Koh Phangan memastikan lebih rendah masa menunggu dan lebih banyak masa untuk berjemur di tepi pantai. Semua ini boleh terjadi disebabkan sambungan bot yang paling laju daripada pilihan-pilihan yang ada (rentasannya sahaja mengambil hanya 2.5 jam) dan terdapat pengangkutan mudah dari Lapangan Terbang Surat Thani ke jeti.

Dari Lapangan Terbang Surat Thani ke pasir pantai Koh Phangan yang lembut dalam masa kurang dari empat jam adalah yang terpantas anda boleh harapkan.

Perjalanan itu dilakukan oleh syarikat pelancongan Lomprayah yang dinilai tinggi. Mereka bukan yang termurah tetapi mereka mendapat pengiktirafan untuk kecekapan dan kelajuan. Perkhidmatan pengambilan oleh van mini hanya di perhentian Lomprayah di terminal ketibaan. Dari sana, anda akan bergerak terus ke Jeti Tapee di mana kesemua katamaran yang laju akan bergerak ke pulau-pulau tersebut. Kebiasaannya terdapat satu pelayaran di awal pagi (sekitar 8 pagi) dan satu lagi di sebelah petang (sekitar 2:30 petang).

Lomprayah Catamaran - Seating Options
Beberapa pilihan tempat duduk yang terdapat di dalam katamaran Lomprayah

Perjalanan feri itu sendiri adalah cepat dan tenang. Kapal-kapal mempunyai tempat duduk dengan banyak barisan kerusi dan penghawa dingin. Walau bagaimanapun, ketika cuaca yang baik (dan selalunya itulah keadaannya di kawasan ini!) kebanyakan penumpang akan mendapatkan tempat di bahagian dek luaran atas atau bawah. Dengan melakukan itu, anda merasai percikan-percikan air masin Teluk Thailand semasa anda bergerak ke arah timur menghala ke Koh Phangan. Anda boleh melihat kawasan pokok bakau di tanah besar semasa dalam perjalanan itu.

Anda akan sampai di Thong Sala di sebelah barat daya Koh Phangan. Dari sana anda boleh memilih untuk mendapatkan teksi atau songthaew (bas tempatan yang dikongsi) ke mana-mana tempat yang anda tuju (jangkakan harga dalam sekitar 150 THB (RM20) untuk ke tempat pesta Haad Rin). Selain itu, anda boleh juga tempah tiket kombo yang termasuk pengangkutan ke hotel anda di pulau tersebut melalui 12Go.asia. Sudah tentu itu merupakan pilihan termudah berbanding yang lain!

Surat Thani ke Koh Phangan menaiki bas dan feri berkelajuan tinggi

Surat Thani ke Koh Phangan menaiki bas dan feri berkelajuan tinggi
Jika anda ingin pergi menaiki feri berkelajuan tinggi anda boleh memilih di antara syarikat-syarikat seperti Songserm dalam gambar di atas

Tempoh Masa – 4 – 5.5 jam
Harga – RM55-85
Keselesaan – 4/5

Pilihan di kelas pertengahan yang kebanyakan pengembara akan pilih ialah feri berkelajuan tinggi. Sebenarnya ia mengambil sedikit lama daripada katamaran tetapi nama mereka wajar diketahui kerana ia lebih cepat berbanding kapal biasa. Anda memerlukan tiket yang termasuk perjalanan ke jeti di Donsak yang berdekatan semasa bergerak dari Surat Thani ke Koh Phangan. Perjalanan itu akan menambah sekitar sejam ke masa perjalanan menjadikan jumlahnya sekitar lima jam.

Feri berkelajuan tinggi adalah cepat, berpatutan dan bergerak beberapa kali sehari di antara Surat Thani dan Koh Phangan.

Anda akan mendapat pilihan beberapa syarikat semasa dalam perjalanan. Songserm dan Seatran discovery adalah yang terbaik berbanding yang lain. Mereka melakukan perjalanan terus dari tanah besar ke Koh Phangan. Mereka juga melakukan tiket kombo yang mudah diurus termasuk pengambilan sama ada di Jalan Talad Mai di Surat Thani atau lapangan terbang kawasan itu. Boleh sahaja mendapatkan tiket-tiket tersebut dalam satu tempahan melalui 12Go.

Pergerakan di atas darat kebiasaannya dengan menaiki van mini dengan 12 tempat duduk atau bas ulang alik terbuka dengan tempat duduk yang selari. Manakala, kapal mempunyai banyak barisan dengan empat tempat duduk yang dipisahkan dengan satu lorong di tengah bersama dengan kawasan luaran yang kecil di belakang. Ia ialah pilihan yang bagus untuk melihat pulau-pulau yang berlalu pergi apabila Koh Phangan menjadi semakin dekat dengan kaki langit!

Surat Thani ke Koh Phangan menaiki bas VIP dan feri

Surat Thani ke Koh Phangan menaiki bas VIP dan feri
Menaiki bas VIP ke jeti kebiasaannya adalah tidak lebih mahal berbanding menaiki bas biasa

Tempoh Masa – 3.5 – 4.5 jam
Harga – RM60-85
Keselesaan – 4/5

Phantip 1970 yang telah lama beroperasi menawarkan perjalanan dari Surat Thani ke pulau tropika Koh Phangan. Daripada menaiki bas mini ke pelabuhan, mereka menawarkan bas VIP dengan lebih banyak tempat duduk yang berhawa dingin. Boleh sahaja untuk dapatkan perjalanan sama ada dari suatu tempat yang ditetapkan di bandar atau dengan menggunakan servis pengambilan di hotel pilihan anda (tetapi ia akan berharga mahal sedikit).

Anda akan mengikut jalan yang sama dengan kombo bas-feri seperti yang telah disebutkan di atas iaitu bergerak selama 1.5 jam ke arah timur ke Jeti Donsak sebelum menaiki kapal. Bercakap tentang kapal, kapal-kapal Phantip adalah lebih besar dan mempunyai banyak dek dengan ruang yang luas untuk anda berlegar di bahagian luar dan dalam kapal. Keburukannya hanya ia mungkin sedikit perlahan dan menambah masa perjalanan kerana rentasannya di atas air sahaja selama dua jam sehala.

Surat Thani ke Koh Phangan menaiki bas dan feri biasa

Surat Thani ke Koh Phangan menaiki bas dan feri biasa
Bergerak menaiki feri biasa tidak semestinya lebih perlahan, tetapi ia juga tidak semestinya lebih murah © OlegD / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 4.5 – 7 jam
Harga – RM58
Keselesaan – 3/5

Tidak tergesa-gesa untuk terbaring di atas tempat tidur gantung dan mula menikmati koktel kelapa anda? Jangan risau. Naik sahaja feri berkelajuan biasa dari Surat Thani dan nikmati suasana pulau yang perlahan. Seperti kebanyakan perjalanan dari bandar ke pantai-pantai tropika Koh Phangan, anda perlu ke Jeti Donsak dengan menaiki van mini atau bas terlebih dahulu.

Kemudian terus bergerak menaiki Feri Raja. Mereka merupakan penyedia servis feri yang telah lama beroperasi untuk perjalanan ke sekitar Teluk Thailand dengan kepakaran dalam kapal-kapal besar yang pergi di antara tanah besar dan tempat-tempat percutian terkenal. Jangkakan perjalanan ini untuk mengambil masa sedikit lama di antara empat hingga enam jam. Masa menunggu semasa musim sibuk akan bertambah disebabkan pengunjung yang ramai. Akan tetapi, harga mereka agak murah dengan tiket serendah RM60 untuk perjalanan itu.

Surat Thani ke Koh Phangan menaiki teksi dan feri

Surat Thani ke Koh Phangan menaiki teksi dan feri
Jika anda menaiki teksi ke jeti anda mempunyai lebih banyak pilihan tempat ambilan berbanding bas

Tempoh Masa – 4 – 6 jam
Harga – RM135 seorang
Keselesaan – 4/5

Anda boleh dapatkan tempat dalam van mini berkongsi dalam perjalanan dari Surat Thani ke Jeti Donsak jika anda mengutamakan ruangan kaki dan privasi. Ia boleh menampung 10-12 orang tetapi boleh juga ditempah untuk sekumpulan pengembara untuk jadikan ia sebuah pengangkutan persendirian. Selepas memandu ke pelabuhan, anda akan bertukar menaiki salah satu feri terkenal. Kebiasaannya pilihan yang ada adalah di antara kapal-kapal laju Seatran Discovery atau kapal Phantip dan Feri Raja yang lebih perlahan sedikit.

Anda boleh melambai ke tanah besar Siam dengan pilihan-pilihan sedia ada untuk bergerak di antara Surat Thani dan Koh Phangan. Kesemua itu membawa anda ke air-air berkilauan Teluk Thailand. Ada yang bergerak cepat. Ada yang memberi masa untuk anda menikmati suasana. Tetapi kesemua sekali akan membawa anda menyeberangi laut untuk sampai ke pulau-pulau yang penuh dengan parti lewat malam, studio yoga dan pantai-pantai yang indah.


FAQ Surat Thani ke Koh Phangan

Apakah cara termurah untuk ke Koh Phangan dari Surat Thani?

Feri berkelajuan biasa kebiasaannya merupakan pilihan termurah untuk bergerak di antara Surat Thani dan Koh Phangan. Lebih baik anda pertimbangkan itu sebagai sebahagian tiket yang termasuk perjalanan bas ke pelabuhan di tanah besar. Kebiasaannya adalah lebih murah dan mudah untuk menempah keseluruhan perjalanan tersebut dalam satu pakej melalui 12Go.asia.

Apakah cara terpantas untuk ke Koh Phangan dari Surat Thani?

Katamaran Lomprayah lazimnya merupakan cara terpantas dari pertengahan Thailand ke pulau-pulau di Teluk Thailand. Ia mengambil masa lebih sedikit daripada dua jam untuk merentasi ke jeti Thong Sala di barat daya Phangan dan ini adalah lebih cepat berbanding bot laju. Tambahan pula, ia berlayar dari Jeti Tapee (lebih dekat berbanding Donask ke pertengahan Surat Thani) dan dikendalikan oleh salah satu syarikat pelancongan yang termasyhur di kawasan itu dengan penilaian yang tinggi menunjukkan kastam anda berada dalam jagaan yang rapi.

Cara untuk pergi ke Koh Phangan dari Surat Thani?

Anda mempunyai beberapa pilihan apabila meninggalkan bazar dan gunung-ganang Surat Thani untuk pasir kuning dan kolam infiniti Koh Phangan. Semua perjalanan termasuk menaiki kapal kerana anda akan ke sebuah pulau, bukan? Anda hanya perlu memilih sama ada anda inginkan bot laju atau kapal penumpang yang perlahan, sama ada anda ingin bergerak cepat atau lambat dan jika anda ingin memulakan rentasan feri anda dari bandar atau Jeti Donsak yang berdekatan. Carilah kesemua pilihan anda di 12Go.asia sekarang.

Berapa lamakah perjalanan feri dari Surat Thani ke Koh Phangan?

Tempoh masa yang anda perlu luangkan di atas kapal bergantung kepada servis yang anda pilih atau anda ingin bayar. Tawaran premium dari Lomprayah menjanjikan anda mampu menikmati pasir pantai Koh Phangan dalam masa hanya 2.5 jam selepas keluar dari Jeti Tapee di Surat Thani. Cara-cara yang lain mengambil masa yang lebih sama tetapi berlayar dari Jeti Donsak yang berjarak sekitar sejam memandu dari bandar. Anda boleh banding, lihat harga dan buat tempahan untuk kedua-dua pilihan melalui alat carian 12Go.asia.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk ke Koh Phangan dari Lapangan Terbang Surat Thani?

Percaya atau tidak, 3.5 jam sahaja yang diperlukan untuk meninggalkan kawasan dalaman Lapangan Terbang Surat Thani dan berenang di lautan berkilau Koh Phangan. Akan tetapi, itu hanya masa terpantas yang boleh dicapai dan jika anda memilih katamaran yang berlayar dari Jeti Tapee. Dengan menambah sejam atau dua jam kepada masa perjalanan membuka lebih banyak pilihan yang lain dengan pengangkutan ke Donsak untuk menaiki kapal Phantip 1970, Seatran dan Songserm.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: