Cara untuk ke Koh Lipe dari Krabi

Cara untuk ke Koh Lipe dari Krabi

Perjalanan dari Krabi ke Koh Lipe merupakan suatu anugerah. Ia membawa anda merentasi Laut Andaman lebih dari 177 km di mana terdapat pulau-pulau terbiar dan batu-batu karang. Anda akan bergerak dari bandar yang sibuk di mana tuk-tuk dan hotel pantai menghadap lautan terus ke sebuah pulau di sempadan Malaysia. Ia terkenal dengan lagun snorkelling dan jalan masuk ke Taman Marin Negara Tarutao. Panduan ini akan membantu anda untuk merancang perjalanan. Ia mengandungi kesemua pilihan yang ada termasuk feri terus dan kapal sesuai untuk semua jenis bajet dan pengembara.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Krabi ke Koh Lipe menaiki feri laju4.5 jamRM330Tempah Online
KrabKrabi ke Koh Lipe menaiki van dan kapal7 jamRM160Tempah Online
Krabi ke Koh Lipe menaiki teksi dan kapal4 jamRM580Tempah Online

Krabi ke Koh Lipe menaiki feri laju

Krabi ke Koh Lipe menaiki feri laju
Tigerline Travel merupakan pilihan terbaik bagi feri laju

Tempoh Masa – 4.5 jam
Harga – RM330+
Keselesaan – 4/5

Perjalanan yang hampir sama dengan suatu jalan lurus dari Krabi ke Koh Lipe adalah dengan menaiki bot laju bersama Tigerline. Ia bergerak terus merentasi Laut Andaman dari utara ke selatan. Namun, ia bukanlah betul-betul lurus. Terdapat beberapa persinggahan di pulau-pulau yang lain seperti Koh Lanta atau Koh Phi Phi di sepanjang jalan. Ia akan menambah sedikit masa bagi perjalanan tersebut tetapi akan masih melihat sekitar empat hingga lima jam sebelum anda boleh melompat di atas pasir pantai Taman Marin Negara Tarutao.

Kesemua pelayaran bermula dari Jeti Klong Jilad. Ia merupakan tempat yang paling mudah untuk dicapai jiak anda menetap di salah satu asrama atau hotel di bandar Krabi. Selain itu, anda boleh juga menempah tiket bagi pengangkutan dari penginapan di Ao Nang dan Railay (walaupun harga bot panjang jarang disertakan sekali) bersama Tigerline melalui 12Go.asia.

Tigerline Travel Ferry
Menaiki feri di Jeti Klong Jilad

Feri laju oleh Tigerline membolehkan anda bergerak di antara Krabi dan Koh Lipe tanpa memerlukan tempoh pemanduan yang lama di atas darat.

Anda juga akan menikmati sedikit tahap keselesaan dalam perjalanan ini. Tigerline Travel mengendalikan kapal moden berhawa dingin dengan ruang tempat duduk yang banyak termasuk ruang luaran. Ruangan luar tersebut sesuai jika anda ingin duduk di atas dek dan lihat pulau-pulau Andaman berlalu pergi. Beberapa pemandangan dalam perjalanan dari Krabi ke Koh Lipe amat berbaloi untuk dilihat!

Setelah tiba di Koh Lipe, feri akan berlabuh sedikit jauh dari Pantai Pattaya. Tiada pelabuhan yang tetap di sana, jadi anda perlu bertukar menaiki bot panjang untuk sampai ke tepi pantai. Terdapat kos tambahan sekitar 50 THB (RM6) untuknya. Mudah sahaja untuk sampai ke daratan dengan adanya jeti plastik tetapi anda mungkin diminta untuk terjun ke dalam air dan bergerak ke pantai.

Krabi ke Koh Lipe menaiki van dan kapal

Krabi ke Koh Lipe menaiki van dan kapal
Smart En Plus merupakan salah satu syarikat yang menawarkan tiket kombo van dan kapal

Tempoh Masa – Sehingga 7 jam
Harga – RM160-250
Keselesaan – 4/5

Ia merupakan perjalanan yang jauh dari Krabi ke Koh Lipe. Disebabkan itulah ramai pengembara yang memilih untuk menambah perjalanan bas ke suatu kawasan lebih jauh di selatan untuk mengurangkan perjalanan atas kapal tersebut. Kebiasaannya, anda akan mengembara di atas jalan ke Jeti Hat Yao atau Jeti Pakbara. Jeti Hat Yao berdekatan dengan bandar Trang manakala Jeti Pakbara merupakan jeti utama bagi feri dan bot laju yang menuju ke Koh Lipe dan bersambung dengan Satun dan selatan bandar Hat Yai.

Sudah tentu jumlah masa pemanduan bergantung kepada jeti yang anda pilih. Jeti yang seringkali dipilih untuk bertukar menaiki kapal ialah Jeti Pakbara. Perjalanan ke sana mengambil sekitar tiga atau empat jam dan mungkin lebih lama jika terdapat kesesakan semasa meninggalkan Krabi. Manakala, perjalanan ke Jeti Hat Yai mengambil sekitar tiga jam. Perjalanan itu boleh menjadi suatu pengembaraan kerana ia memasuki kampung-kampung terpencil dan perkampungan nelayan termasuklah hutan-hutan yang lebat.

Seating in a Silaphat Transfer boat
Tempat duduk di dalam salah satu kapal Silaphat Transfer untuk ke Koh Lipe dari Pakbara

Ambil bas dari Krabi ke arah selatan sama ada menuju ke Trang atau Satu dan anda boleh mengurangkan tempoh perjalanan di atas bot untuk ke Koh Lipe.

Penting untuk samakan perjalanan anda dengan waktu pelayaran feri yang menuju ke Koh Lipe agar anda tidak tersadai di tanah besar. Syukurlah, mudah sahaja dengan menggunakan 12Go dengan seluruh pakej kapal dan bas digabungkan dalam satu tempahan sahaja. Anda hanya perlu membuat pilihan feri yang mana anda ingin naiki untuk merentas Laut Andaman…

Satu pilihan di Jeti Hat Yao ialah feri Tigerline. Ia dilakukan dengan kapal moden yang hanya berlayar sekali sahaja dalam sehari di sebelah petang. Untuk waktu pelayaran yang lebih banyak dan kebiasaannya lebih murah, anda perlu bergerak dari Jeti Pakbara. Ia termasuk feri laju dan seangkatan dengannya yang dikendali oleh Smart En Plus dan Jolly Travel. Terdapat juga bot laju yang untuk anda sahaja tetapi ia lebih mahal dan laju.

Krabi ke Koh Lipe menaiki teksi dan kapal

Krabi ke Koh Lipe menaiki teksi dan kapal
Andaman Taxis merupakan salah satu syarikat yang boleh membawa anda dari Krabi ke jeti pilihan anda.

Tempoh Masa – 4 – 7 jam
Harga – RM580
Keselesaan – 5/5

Ya, teksi anda berharga lebih mahal berbanding bas untuk ke jeti. Namun, terdapat beberapa nota di situ. Pertamanya, anda boleh membahagikan kos dengan kumpulan anda kerana harganya yang sektiar RM440 atau lebih itu untuk ke jeti sebenarnya ialah harga untuk keseluruhan kenderaan tersebut. Kedua, anda membayar lebih untuk kemewahan dan kemudahannya. Teksi akan mengambil anda di mana-mana sahaja dalam Krabi atau Ao Nang dan membawa anda terus ke feri dengan kurangnya jumlah persinggahan dan ruangan kaki yang banyak.

Bahagian paling sukar ialah untuk menggabungkan perjalanan teksi dan kapal dari Krabi ke Koh Lipe kerana anda perlu samakan waktu ketibaan anda di Jeti Hat Yao atau Pakbara dengan waktu pelayaran feri. Disebabkan inilah penting untuk menyemak jadual lebih awal menggunakan 12Go.asia atau tempah sahaja tiket kombo yang termasuk kedua-dua pengangkutan tersebut. Terdapat kapal pada sebelah petang yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat seperti Smart En Plus, Bot Laju Bundhaya dan Kelab Bot Laju Satun Pakbara yang boleh bantu anda sampai ke Koh Lipe sesuai dengan masa untuk mendapatkan segelas bir di Pantai Matahari Terbenam.

Terdapat batu-batu karang, pulau-pulau Robinson Crusoe, tepian pantai yang berbatu, hutan-hutan tebal dan gunung-ganan yang memisahkan Koh Lipe dari Krabi. Akan tetapi, kesemua itu bukanlah halangan bagi seorang pengembara yang ingin lakukan perjalanan ini dari tanah besar ke pulau dalam masa hanya lima atau tujuh jam. Jumpa anda di atas pasir putih di sana!


FAQ Krabi ke Koh Lipe

Apakah cara termurah untuk ke Koh Lipe dari Krabi?

Tinggalkan bot terus dan dapatkan kombinasi bas dan feri jika anda ingin jimatkan duit sebanyak yang mungkin untuk bir Chang anda di pantai-pantai Koh Lipe. Ia merupakan pilihan termurah dengan harga sekitar RM200 seorang. Tempoh perjalanan adalah di sekitar tujuh jam dari suatu titik ke titik. Pergi ke 12Go.asia untuk banding dan bezakan kesemua pilihan anda bagi perjalanan ini termasuk kapal dari kedua-dua Jeti Hat Yao dan Jeti Pakbara.

Apakah cara terpantas untuk ke Koh Lipe dari Krabi?

Dengan ketiadaan kapal terbang yang menuju terus ke Koh Lipe (kerana tiada lapangan terbang pun di syurga tropika ini), feri terus merupakan pengangkutan terpantas. Ia boleh membuat perjalanan itu dalam 4.5 jam sahaja tetapi biasanya mengambil sekitar lima jam atau lebih disebabkan laut berombak dan persinggahan di Koh Phi Phi dan Koh Lanta. Hanya ingat bahawa tiketnya bukanlah yang paling murah tetapi boleh cuba tempah lebih awal di 12Go untuk pastikan anda mendapat harga yang rendah.

Apakah cara untuk ke Koh Lipe dari Krabi?

Sudah tentu cara yang boleh menjamin anda dapat bermalas-malasan di Pantai Pattaya Koh Lipe selepas mendarat di Lapangan Terbang Krabi adalah dengan mendapatkan pengangkutan dan tiket kapal melalui 12Go.asia. Dengan membuat sedemikian, anda akan mempunyai seorang pemandu menunggu anda balai ketibaan dengan kenderaan yang menuju terus ke kapal. Ia mungkin bermakna anda akan menuju jauh ke selatan untuk dapatkan feri di Satun. Ia juga boleh bermakna anda hanya akan ke Jeti Klong Jilad untuk dapatkan bot laju Tigerline.

Berapa jauhkah Krabi dari Koh Lipe?

Jika anda melukis garis lurus dari Krabi ke Koh Lipa ia akan berukuran sekitar 177 km. Walau bagaimanapun, perjalanan di antara kedua-dua pusat tumpuan di selatan Thailand kebiasaannya mengambil lebih banyak jarak dari itu. Jika anda menaiki bas, ia akan bergerak sekitar 300 km sebelum sampai ke jeti di Satun di mana para penumpang akan naiki kapal. Feri terus pun akan berlayar lebih jauh dengan batu-batu karang yang perlu dielak semasa dalam perjalanan.

Berapa hari yang diperlukan di Koh Lipe?

Kami katakan sekurang-kurangnya lima hari di Koh Lipe. Sesetengah orang singgah sekejap sahaja tetapi mesti pulang dengan hati yang berat. Secara amnya, ia bukanlah pulau yang mudah dicapai di Siam. Anda akan mengalami perjalanan selama tujuh jam dari Krabi. Jadi, ambillah sedikit masa, nikmati suasana santai dan bermalas-malasan di Pantai Matahari Terbenam. Sudah tentu jika anda berada lebih lama di sana, Koh Lipe tidak akan menghampakan anda. Terdapat ekspedisi selaman di Taman Marin Negara Tarutao dan kehidupan malam yang seronok setelah anda puas berehat.

Bulan berapa yang sesuai untuk ke Koh Lipe?

Bergantung kepada definisi “sesuai” anda. Disember atau Januari mempunyai cuaca yang terbaik. Kedua-dua bulan ini mempunyai hari yang kering dan cahaya matahari manakala Laut Andaman tenang dan jelas. November merupakan permulaan musim sibuk jadi anda mungkin akan mengalami hujan jika anda tiba pada waktu itu tetapi harga perjalanan dan hotel akan menjadi lebih murah. Jumlah pengunjung dan harga juga kebiasaannya akan turun di penghujung musim utama di sekitar Mac dan April. Musim panas adalah semasa monsun di mana perjalanan feri dari Krabi ke Koh Lipe akan dihentikan terus.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: