Cara untuk ke Koh Samui dari Krabi

Cara untuk ke Koh Samui dari Krabi

Jadi, anda ingin menggantikan pantai barat dengan pulau-pulau di timur? Puncak-puncak Andaman yang penuh dengan hutan untuk ke pantai berpasir putih di Teluk Thailand? Lihat sahaja pada panduan ini. Ia menunjukkan kesemua cara utama yang anda boleh ambil untuk ke Koh Samui dari Krabi. Ia merupakan perjalanan yang akan membawa anda melalui 200 km kawasan pendalaman dan lautan biru. Anda akan memasuki ladang-ladang getah, hutan, kawasan bakau dan tepi pantai dalam perjalanan dari A ke B. Selain itu, anda boleh tinggalkan semua itu dan pergi melalui udara jika bajet anda membolehkannya.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Krabi ke Koh Samui menaiki kapal terbang1 jamRM330Tempah Online
Krabi ke Koh Samui menaiki bas dan feri4.5 jamRM86Tempah Online
Krabi ke Koh Samui menaiki teksi persendirian dan feri3.5 jamRM880Tempah Online

Krabi ke Koh Samui menaiki kapal terbang

Krabi ke Koh Samui menaiki kapal terbang
Penerbangan terus dari Krabi ke Koh Samui merupakan cara paling pantas dan selesa © Supakit_N / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 50 minit
Harga – RM330+
Keselesaan – 5/5

Tinggalkan landasan Lapangan Terbang Krabi dan anda akan mendarat di Koh Samui dalam masa kurang dari sejam. Ya, ia hanya mengambil 50 minit di udara untuk anda melompat dari bandar itu ke pulau dengan menaiki kapal terbang. Setakat ini itulah cara terpantas dan sudah tentunya pilihan yang baik bagi mereka yang tidak ingin bazirkan masa sebelum dapat menikmati pasir Pantai Chaweng.

Duduk dan rehat selama 50 minit dalam penerbangan di antara Krabi dan Koh Samui untuk perjalanan sejauh 200 km.

Sudah tentu anda akan membayar lebih untuk kemewahan penerbangan dari segi keselesaan dan kelajuannya. Malah, menaiki kapal terbang menuju ke pulau tersebut kebiasaannya berharga sekitar RM330. Syukurlah, Bangkok Airways yang merupakan satu-satunya syarikat yang melakukan penerbangan ini mempunyai elaun beg (20kg) yang percuma. Tambahan pula, anda boleh pastikan kos rendah dengan menempah lebih awal menggunakan servis tempahan tiket seperti 12Go.asia.

Ingat bahawa terdapat satu penerbangan sahaja setiap hari. Ia kebiasaannya akan berlepas pada 1:45 tengahari bermakna anda tidak perlu risau untuk pergi ke lapangan terbang awal. Tambahan pula, waktu pelepasan itu membolehkan anda bergerak dari Koh Phi Phi dan Koh Lanta ke Krabi untuk menaiki kapal terbang. Ingat, penerbangan di antara Krabi dan Koh Samui hanya dilakukan semasa musim kering Thailand. Tiada penerbangan dilakukan di antara May dan hujung Oktober.

Krabi ke Koh Samui menaiki bas dan feri

Krabi to Koh Samui by bus and ferry

Tempoh Masa – 4.5 ke 7 jam, bergantung kepada feri pilihan anda
Harga – RM85-120
Keselesaan – 3/5

Kombo bas dan feri membolehkan anda bergerak melalui daratan dan lautan sepanjang perjalanan dari Krabi ke Koh Samui. Ia merupakan cara yang paling banyak dipilih untuk bergerak dari bandar pelabuhan itu ke pulau. Bukan hanya disebabkan tempat terhad dalam penerbangan yang hanya satu itu, tetapi disebabkan kos pilihan ini hanya sebahagian dari tiket penerbangan iaitu hanya lebih sedikit dari RM80 secara purata!

Anda akan mendapat banyak syarikat untuk dipilih. Mungkin pilihan terbaik ialah Lomprayah. Mereka mengendali bas VIP yang besar dan berhawa dingin merentasi pantai Teluk Thailand selama dua jam. Kemudian anda boleh menaiki katamaran yang laju yang berlayar di antara Jeti Tapee di Surat Thani dan Jeti Nathon di Koh Samui dalam masa 55 minit.

Seatran Discovery Seating
Di atas feri laju Seatran Discovery ini anda boleh merasai angin yang membuai-buai dalam perjalanan ke Koh Samui

Jika boleh, dapatkan katamaran yang dikendali oleh Lomprayah kerana ia merupakan kapal paling laju dan selesa dalam perjalanan di antara Krabi dan Koh Samui.

Pilihan terpantas seterunya ialah bot laju Seatran Discovery. Ia mempunyai masa perjalanan di sekitar lima jam. Akhirnya, terdapat feri biasa yang dikendali oleh Phantip 1970 dan Songserm. Feri itulah yang paling perlahan di antara yang lain dan mereka tidak mempunyai tempat duduk moden dan kemudahan yang sama seperti pesaing mereka. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai tiket paling murah dan kedua-duanya berlayar dari Jeti Donsak.

12Go kebiasaannya ialah alat terbaik untuk digunakan bagi merancang perjalanan dari Krabi ke Koh Samui dengan gabungan bas dan kapal. Ia mempunyai alat carian yang mudah dan membolehkan anda membandingkan harga dan servis syarikat-syarikat yang berbeza. Anda juga boleh menambah pengangkutan ke stesen bas dari hotel di Ao Nang atau Lapangan Terbang Krabi dengan satu klik sahaja.

Krabi ke Koh Samui menaiki teksi persendirian dan feri

Krabi ke Koh Samui menaiki teksi persendirian dan feri
Kereta persendirian BangkokTaxi24 boleh ditempah melalui 12Go

Tempoh Masa – 3.5 – 4 jam
Harga – RM880+
Keselesaan – 4/5

Jangan berputus asa disebabkan harga yang melambung kerana harga teksi dari Krabi ke jeti Donsak atau Surat Thani adalah untuk seluruh kenderaan tersebut. Tambahan pula, anda boleh menempah melalui 12Go.asia dan dapatkan pakej yang termasuk tiket feri menuju ke Koh Samui. Jadi? Cara ini adalah pilihan terbaik jika anda bergerak dengan keluarga atau secara berkumpulan dan boleh membahagi kos dengan penumpang yang lain.

Taxi persendirian mungkin lebih mahal tetapi anda boleh berkongsi kos dengan ahli pengembaraan anda dan nikmati tahap keselesaan yang tinggi dalam kenderaan berhawa dingin dalam perjalanan itu.

Salah satu kelebihan utama jika anda mempunyai pemandu dan kenderaan sendiri untuk perjalanan di atas darat menuju ke teluk ialah anda boleh diambil di mana-mana sahaja yang anda inginkan. Cara ini amat sesuai untuk sesiapa yang mendarat di Lapangan Terbang Krabi dan bagus jika anda menginap di sekitar Pantai Ao Nang hingga ke bahagian barat bandar.

Sebagai tambahan kepada pengambilan di terminal atau pintu hotel, anda boleh meminta teksi membuat persinggahan semasa dalam perjalanan. Malah, anda dibenarkan membuat persinggahan selama 30 minit bermakna anda boleh berhenti untuk mengambil gambar di bawah gunung-ganang Taman Negara Than Bok Khorani apabila anda keluar dari Krabi atau menikmati makan tengahari dengan Pad Thai dan kelapa sepanjang perjalanan di atas lebuhraya 44 menuju ke Surat Thani.

Siam mempunyai dua pantai yang amat berlainan dan Krabi & Koh Samui membolehkan anda merasai kedua-duanya. Bergeraklah melalui hutan-hutan dan ladang getah di sekitar Siam dari barat ke timur dan anda boleh menikmati keindahan Pantai Chaweng dan Kampung Bophut yang tulen selepas empat jam mengembara. Terbang ke sana dan anda boleh lakukan perjalanan ini dalam 55 minit sahaja. Kesemua ini terpulang kepada anda!


FAQ Krabi ke Koh Samui

Apakah cara termurah untuk ke Koh Samui dari Krabi?

Beberapa kombo bas dan feri tertentu boleh memastikan kos di sekitar RM80 dalam perjalanan ke Koh Samui dari Krabi. Cara terbaik untuk mencarinya adalah dengan melihat 12Go.asia. Anda hanya perlu masukkan tarikh perjalanan anda dan cari. Anda boleh membandingkan kesemua tawaran dari pelbagai syarikat berbeza yang mengendali van mini, bas VIP, katamaran dan feri untuk perjalanan ini.

Apakah cara terpantas untuk ke Koh Samui dari Krabi?

Boleh sahaja merentasi Thailand sejauh 30,000 kaki untuk perjalanan ini dalam masa kurang dari sejam. Hal ini disebabkan Bangkok Airways melakukan penerbangan setiap hari di antara Lapangan Terbang Krabi dan Lapangan Terbang Koh Samui. Ia berlepas pada 1:45 tengahari dan tiba di Samui pada 2:35 petang. Kekurangan cara ini ialah ia merupakan cara paling mahal untuk bergerak ditambah pula dengan penerbangan yang dilakukan hanya semasa musim sibuk dari November hingga Mei.

Cara untuk ke Koh Samui dari Krabi?

Pertama sekali, pilih di antara pengangkutan udara dan darat. Penerbangan mengambil masa lebih rendah tetapi dengan harga yang lebih mahal dan hanya mempunyai satu penerbangan sahaja setiap hari. Jika anda ingin terus berada di daratan, anda perlu mendapatkan pakej dengan syarikat pelancongan. Bas VIP dan katamaran milik Lomprayah adalah yang paling terkenal tetapi anda boleh juga menempah tiket feri laju dengan Seatran Discovery or feri biasa dengan Songserm. Kesemua ini boleh dibandingkan mengggunakan alat carian 12Go.asia.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk ke Koh Samui dari Krabi?

Ia amat bergantung kepada cara yang anda pilih untuk bergerak dari pantai di Laut Andaman ke pantai di Teluk Thailand. Anda boleh berlepas dari Lapangan Terbang Krabi dan mendarat di Samui dalam masa kurang dari sejam dengan menaiki penerbangan. Selain itu, perjalanan atas darat yang menggabungkan bas mini, bas VIP dan feri ke pelbagai jeti di pulau tersebut boleh mengambil sekitar empat hingga tujuh jam.

Berapa lamakah perjalanan feri dari Krabi ke Koh Samui?

Tiada feri yang terus dari Krabi ke Koh Samui. Cara pertama adalah dengan memandu melalui bahagia tengah selatan Thailand untuk menaiki feri. Ini bermakna anda perlu merentasi kawasan pendalaman yang penuh dengan kelapa sawit, gunung-ganang dan ladang getah selama 120 minit. Selepas itu barulah anda akan tiba di jeti. Tempoh masa merentas lautan dari sana bergantung kepada feri yang anda pilih. Katamaran Lomprayah boleh lakukannya dalam masa 55 minit hingga 1.5 jam. Kapal yang lain boleh mengambil dua jam atau lebih.

Bolehkah anda terbang dari Krabi ke Koh Samui?

You sure can. Bangkok Airways have a monopoly on the route, but they still sell tickets for the relatively reasonable price of RM330-400, including a single item of checked baggage per passenger. From runway to runway, the flight is about 55 minutes. Departures are in the early afternoon, meaning you’ll emerge from the arrival hall in Koh Samui around 4pm. Flights aren’t available in the low season, and it’s always wise to book in advance for the high season via 12Go.asia.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: