Ah, Kah Samui – sebut nama sahaja sudah tentu terbayang pantai putih bersih, pokok kelapa tinggi dan rentak irama muzik reggae dimainkan di tepi laut. Jika anda berminat untuk menukar suasana riuh ibu kota Bangkok kepada syurga di tepi laut ini, pastikan anda terus membaca.
Panduan ini merangkumi seluruh pilihan pengangkutan yang dapat membantu anda ke Pantai Chaweng dari Khaosan Road. Perjalanan sejauh 473 kilometer ini dihuraikan melalui beberapa cara, tempoh dan kos yang berbeza.
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Bangkok ke Koh Samui Menggunakan Kapal Terbang | 1 jam | RM290 | Tempah online |
Bangkok ke Koh Samui Menggunakan Kapal Terbang dan Feri | 7.5 jam | RM210 | Tempah online |
Bangkok ke Koh Samui Menggunakan Bas dan Feri | 12 jam | RM100 | Tempah online |
Bangkok ke Koh Samui Menggunakan Keretapi dan Feri | 15 jam | RM190 | Tempah online |
Bangkok ke Koh Samui Menggunakan Kapal Terbang
Tempoh Masa – Lebih satu jam
Harga – RM290
Keselesaan – 5/5
Tidak mustahil untuk menggantikan pemandangan bangunan pencakar langit di Bangkok dengan pemandangan indah pantai Koh Samui dalam masa hanya lebih satu jam. Terima kasih kepada hubungan penerbangan antara dua bandar ini. Kedua-duanya mempunyai lapangan terbang yang membolehkan kita semua bergerak terus tanpa mana-mana hentian.
Anda akan sedar yang syarikat Bangkok Airways beroperasi di kebanyakan laluan penerbangan di rantau ini. Mereka mendominasi pasaran dengan 15 penerbangan sehari untuk laluan ini sahaja! Waktu terawal untuk anda naiki kapal terbang adalah sekitar jam 6 pagi. Paling lambat pula adalah jam 8 malam. Pilihan waktu yang lain selalunya selang sejam dari pagi hingga ke petang.
Ambil penerbangan tanpa henti dari Bangkok ke Koh Samui menggunakan khidmat Bangkok Airways jika anda ingin menikmati pantai yang indah dan pergi menyelam di Selat Siam dengan pantas.
Kesemua hubungan dari lapangan terbang utama Bangkok iaitu Suvarnabhumi. Berita baik jika anda tiba di Thailand dengan penerbangan jarak jauh. Anda tidak perlu tukar lapangan terbang dan boleh terus ke pantai Koh Samui dari situ. Pastikan anda bajetkan sedikit masa untuk ambil beg, lepas stesen imigrasi dan check-in semula.
Idea bernas lain adalah jika anda menempah tiket untuk penerbangan ini seawal mungkin. Dengan lambakan penerbangan yang ditawarkan, tiada masalah untuk tempah tiket. Namun, harga ketika musim bercuti sememangnya akan lebih mahal. Jadi, tempat tiket anda sekurang-kurangnya 90 hari lebih awal untuk lebih selamat. 12Go.asia mempunyai platform carian mudah yang boleh digunakan untuk membandingkan semua harga penerbangan terus ke Koh Samui.
Bangkok ke Koh Samui Menggunakan Kapal Terbang dan Feri
Tempoh Masa – 8 jam setengah
Harga – RM210+
Keselesaan – 4/5
Tidak mustahil untuk anda pilih cara penerbangan selain penerbangan terus ke Koh Samui. Bangkok adalah hub utama untuk penerbangan domestik ke serata Thailand. Selepas anda mendarat di Surat Thani, anda perlu naik feri pula. Perjalanan ini akan memakan lebih banyak masa berbanding terus ke Koh Samui tetapi anda dapat kurangkan kos perjalanan – penjimatan sebanyak RM270 ke atas itu perkara biasa.
Gabungkan laluan udara dan feri jika anda nak jimatkan wang dan inginkan waktu perjalanan yang singkat dari Bangkok ke Koh Samui.
Sebab utama untuk kadar yang murah ini datang daripada penggunaan syarikat penerbangan kos rendah dari Lapangan Terbang Don Mueang di utara ibu kota Bangkok. Harga tiket jauh lebih murah daripada harga premium yang ditawarkan di BKK. Syarikat penerbangan seperti Nok Air dan AirAsia dapat membawa anda ke bandar seperti Surat Thani atau Chumphon.
Kedua-dua bandar ini merupakan pilihan baik untuk ke Koh Samui. Anda juga boleh menempah tawaran kombo menggunakan 12Go yang menggabungkan semua tiket perjalanan ini dalam satu resit. Ini bermakna anda boleh menikmati servis ketibaan di lapangan terbang terus ke bot atau feri dan perjalanan laluan laut merentasi Selat Siam terus ke pulau Koh Samui.
Bangkok ke Koh Samui Menggunakan Bas dan Feri
Tempoh Masa – 12-15 jam
Harga – RM100+
Keselesaan – 3/5
Perhatian kepada para backpackers dan pengembara bajet – bas menawarkan kedua-dua kelebihan dari segi kos dan keselesaan untuk ke pulau indah Koh Samui. Pilihan ini adalah antara pilihan terbaik jika anda ingin jimat Thailand Baht untuk dibelanjakan di Koh Samui nanti. Anda juga dapat bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam masa kurang daripada sehari.
Bas menawarkan harga mesra bajet untuk menikmati pantai Koh Samui yang bertaraf dunia.
Terdapat lambakan syarikat untuk dipilih apabila anda ingin merancang pengembaraan bas berserta bot ke pulau Koh Samui. Antara paling popular dan mewah tentunya adalah Lomprayah. Syarikat ini menawarkan servis bas VIP dengan penghawa dingin dan tempat duduk yang boleh dibaringkan. Bot yang ditawarkan juga adalah bot katamaran yang pantas. Jika anda lebih kepada pilihan bajet, ambil Songserm Tour dan Krungsiam Tour yang berlepas daripada Terminal Southern Bus, Khaosan Road atau kawasan Hua Lamphong.
Jalan perjalanan yang anda pilih juga berbeza dari segi jarak. Semua ini bergantung sama ada anda akan ke Chumphon dan akan mengambil bot katamaran merentas Selat Siam (pemandangan yang lebih indah), atau terus ke Surat Thani dan bergerak terus ke Koh Samui dari sana. Kedua-dua ini merupakan pilihan yang sama baik dengan jumlah masa perjalanan termasuk feri berjumlah lebih kurang 11 jam.
Bangkok ke Koh Samui Menggunakan Keretapi dan Feri
Tempoh Masa – 15-17 jam
Harga – RM190-250
Keselesaan – 4/5
Untuk pengembaraan Thailand sebenar, tak sah jika anda tak gunakan keretapi. Kurang pelepasan karbon dan pemandangan lebih indah? Sudah tentu! Cara ini menjadi pilihan yang popular untuk sesiapa yang ingin menggantikan kesesakan dan hiruk pikuk trafik dengan pemandangan pantai.
Pengembaraan keretapi sehari suntuk boleh juga dilakukan tetapi anda boleh jimatkan kos hotel dan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengambil feri ke Koh Samui jika anda gerak pada waktu malam. Terdapat tiga pilihan berlepas setiap petang. Sebenarnya waktu 6.30 petang dan 7.30 malam adalah waktu paling popular untuk keretapi malam. Anda boleh tempah tempat tidur klasik bertirai di kelas kedua atau dapatkan ruang anda sendiri di kelas pertama dengan tambahan sedikit wang.
Rasai keseronokan mengembara. Bangun tidur di atas keretapi sambil melalui pergunungan karst di Thailand dalam perjalanan ke Koh Samui.
Tiket keretapi merupakan tiket anda untuk lalu terus melalui pusat selatan tengah Thailand untuk ke Surat Thani. Selepasa anda terjaga dari tidur, anda perlu bergerak ke jeti Donsak di timur, atau terus ke jeti Tapee yang lebih dekat dengan stesen. Jeti Donsak adalah di mana kebanyakan bot berlabuh untuk ke Koh Samui (yang mengambil masa selama 1 jam setengah). Untuk jeti Tapee pula, bot besar jenis katamaran pula berlabuh (yang mengambil masa lebih cepat; 45 minit).
Care terbaik adalah dengan menempah tiket anda di 12Go.asia untuk dapatkan tiket keretapi. Platform ini menawarkan kombo termasuk keretapi, pemindahan ke jeti dan perjalanan bot itu sendiri. Anda juga boleh tuntut tiket anda di pusat tuntutan tiket hanya seberang jalan dari stesen Hua Lamphong sendiri di ibu kota.
Seperti mana anda dapat lihat, tak susah pun sebenarnya untuk gantikan riuh bandaraya Bangkok untuk ke kawasan pantai Koh Samui. Ramai pengembara ikut pilihan-pilihan popular seperti yang tertera di atas sama ada melalui laluan darat, laluan udara atau laluan laut untuk menikmati pantai paling unik di dunia.
FAQ Bangkok ke Koh Samui
Servis bas menawarkan pilihan paling murah untuk ke selatan Thailand iaitu Koh Samui. Ya, ianya lebih lama daripada laluan udara tetapi jauh lebih murah berbanding kapal terbang. Tambahan lagi apabila anda tempah sendiri kos perjalanan feri sendiri melalui kombo di 12Go.asia.
Ketatkan tali pinggang keledar anda dan nikmati penerbangan kerana ia hanya mengambil masa 1 jam! Ya, hanya 65 minit masa anda akan diambil untuk perjalanan ke pantai Koh Samui dari lampu neon Bangkok. Semestinya ini adalah suatu kemewahan untuk pengembara yang sanggup berbelanja lebih untuk tempat duduk premium. Penerbangan tanpa henti melalui Bangkok Airways dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi. Berminat? Tempah tiket anda dengan bantuan 12Go.asia.
Terdapat dua pilihan perjalanan sama ada melalui darat atau melalui udara untuk pengembara Thailand ini. Dengan laluan darat, anda dapat jimatkan wang. Anda akan dibawa merentas bandar di selatan melalui keretapi atau bas backpacker sebelum perlu menukar mod pengangkutan kepada bot atau feri. Dengan laluan udara pula, anda lebih cepat tiba di lokasi untuk yang tak sabar hendak mandi di pantai Koh Samui tetapi lebih mahal. Semua pilihan laluan ini boleh dibandingkan menggunakan portal tempahan dalam talian, 12Go.asia.
Tiada feri dari Bangkok ke Koh Samui. Anda perlu gerak ke jeti yang mempunyai hubungan pengangkutan dengan pulau Koh Samui dan dapatkan khidmat bot atau feri. Yang paling dekat dengan Bangkok adalah Chumphon di mana katamaran pantas Lomprayah akan membawa anda rentas laut di bawah 4 jam. Surat Thani pula mempunyai dua jeti dan bot laju akan membawa anda merentas laut selama 1 jam 45 minit sahaja.
Semuanya bergantung kepada apa yang anda inginkan. Kebanyakan orang suka persekitaran Koh Samui yang lebih senyap dan mempunyai lebih banyak kemudahan berbanding Phuket. Ini bermakna pantai yang lebih tenang dan kena dengan jiwa seorang backpackers. Banyak lagi kawasan yang boleh diterokai di pulau Koh Samui tak seperti pulau Phuket di tengah Laut Andaman itu. Lihat Pantai Samrong, Tanjung Tongson dan pemandangan tepi laut berbatu di tenggara pulau. Pilihan pula adalah Bophut dan Lamai yang lebih meriah.
Musim bercuti utama di selatan Thailand bermula sekitar tahun baru di mana Selat Siam menjadi tarikan pelancong dari Januari hingga April. Masa inilah hujan semakin kurang dan sinaran matahari menyinari bumi Siam. Purata suhu seharian lebih kurang 28 °C. Untuk lebih jimat, anda boleh melawat Koh Samui pada bulan Mei, Jun dan Julai. Akan ada sedikit hari hujan tetapi selalunya renyai-renyai sahaja dan tidak berterusan. Kadar hotel rendah, harga tiket penerbangan murah dan jumlah pengunjung pula tidak ramai dan semakin berkurangan pada waktu ini.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: