Cara Pergi Ke Koh Lipe dari Hat Yai

Cara Pergi Ke Koh Lipe dari Hat Yai

Perjalanan Koh Lipe ke Hat Yai merangkumi lebih daripada 140 kilometer bahagian selatan Thailand. Perjalanan itu membawa anda merentas puncak Gunung Banthat melalui hutan-hutan lama yang didiami kera yang berayun dan merentasi Laut Andaman. Tujuannya? Sudah pasti untuk menggantikan pasar-pasar malam yang sibuk dan pasar-pasar terapung yang kuat berbau rempah dengan pantai berpasir putih dan perairan jernih Asia Tenggara.

Malangnya, Koh Lipe tidak mempunyai lapangan terbang tersendiri. Itu bermaksud bahawa perjalanan ke sana sudah tentu mempunyai perjalanan atas kapal tetapi anda boleh sama ada memilih kelajuan perjalanan anda dengan sambungan peribadi ke Pelabuhan atau menyimpan sedikit baht anda dengan mengambil bas yang dikongsi.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Hat Yai Ke Koh Lipe Menaiki Van Mini Dan Bot Laju4 jamRM82Tempah Online
Hat Yai Ke Koh Lipe Menaiki Bas Mini Awam dan Feri5 jamRM74
Hat Yai Ke Koh Lipe Menaiki Teksi Dan Kapal4 jamRM310Tempah Online

Hat Yai Ke Koh Lipe Menaiki Van Mini Dan Bot Laju

Hat Yai Ke Koh Lipe Menaiki Van Mini Dan Bot Laju
Tiket gabungan van mini dan bot laju Smart En Plus boleh ditempah dalam 12Go.

Tempoh Masa – 4 – 6 jam
Harga – RM82+
Keselesaan – 4/5

Menaiki van mini dan bot laju merupakan cara paling kerap digunakan oleh para pengembara di selatan Siam untuk bergerak antara Hat Yai dan Koh Lipe. Ia merupakan suatu perjalanan yang seringkali mengambil masa 5 jam dari awal hingga tamat, walaupun beberapa pengusaha atau syarikat mampu memberi kaki anda menikmati pasir pantai Koh Lipe selepas hanya 4 jam berada di atas jalan.

Van/bas mini dan bot laju telah lama menjadi cara paling terkenal untuk melompat dari pasar terapung Hat Yai ke pesisiran kelapa sawit Koh Lipe.

Bercakap tentang pengusaha, terdapat banyak yang boleh dipilih. Smart En Plus yang dinilai tinggi sering dikira sebagai pilihan yang premium walaupun tawaran mereka berada dalam linkungan harga yang sama dengan pakej-pakej oleh Dee Travels, Sukhothai Tour dan Kelab Bot Laju Satun Pakbara. Perbezaan ketara hanya pada tempat di mana anda akan diambil di Hat Yai tetapi kita akan pergi lebih lanjut tentang itu sebentar lagi. Dengan pelbagai syarikat yang bersaing untuk mendapatkan penumpang, anda boleh jangka kadar harga yang berbeza-beza. Secara umum, apa-apa dalam linkungan RM83 adalah murah.

Kesemua bahagian awal perjalanan ini adalah di atas darat. Ia bergerak melalui Kawasan pendalaman di bahagian barat Hat Yai sebelum melalui tanah-tanah tinggi yang dihiasi dengan hutan yang padat dengan kelapa sawit dan pokok jati. Seterusnya, ia akan mengelilingi pesisiran tanah rendah di sekitar Taman Negara Mu Ko Phetra. Secara ringkasnya, anda akan ada banyak masa untuk menikmati pemandangan di luar tingkap! Kebiasaannya, jumlah masa memandu adalah sekitar 1.75 – 2 jam.

Hat Yai to Koh Lipe Pak Bara Pier
Bot laju di Jeti Pak Bara

Di Jeti Pak Bara, anda akan mendapat pemandangan pertama ke arah Laut Andaman. Di situlah kesemua bot laju berlabuh. Kapal-kapal tersebut mempunyai ruang yang cukup untuk 30-40 penumpang yang disusun dalam tiga barisan. Ia mengambil lebih kurang 1.5 jam untuk ke Koh Lipe dari tanah besar. Sebenarnya itu adalah cepat tetapi perjalanan atas kapal biasanya berbonggol jadi bersedialah jika anda seorang yang tidak biasa berada di atas air.

Cara terbaik untuk mengatur tiket kombo van mini dan kapal adalah dengan mencari dalam 12Go.asia. Hanya masukkan tarikh dan destinasi perjalanan anda dan nah, anda boleh membandingkan kesemua harga dan syarikat sepintas lalu. Tambahan pula, anda boleh melihat pengusaha yang membuat servis pengambilan di bandar Hat Yai yang berlepas dari Stesen Bas Hat Yai dan yang mana boleh membawa anda terus ke Koh Lipe dari lapangan terbang – amat sesuai jika anda terbang dari Bangkok dan ingin sampai ke pulau itu secepat mungkin.

Hat Yai Ke Koh Lipe Menaiki Bas Mini Awam dan Feri

Hat Yai Ke Koh Lipe Menaiki Bas Mini Awam dan Feri
Feri di Jeti Pak Bara bersedia untuk membawa penumpang ke Koh Lipe © Rachata Chintawong / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 5 – 7 jam
Harga – RM74-82
Keselesaan – 3/5

Anda tidak semestinya perlu mengikut aturan syarikat-syarikat pelancongan semasa perjalanan dari Hat Yai ke Koh Lipe. Anda boleh buat perjalanan dalam bahagian yang berbeza. Akan tetapi, bersedia untuk mengambil lebih masa untuk berjalan, tawar menawar dan membuat aturan. Anda juga akan mendapati bahawa sambungan bas awam tidaklah begitu selesa. Perkara baik dalam ini ialah jika anda bergerak bersendirian anda akan terasa nikmat pengembaraan itu dan boleh juga menjimatkan sedikit wang.

Mini bas awam boleh menjimatkan anda dalam perjalanan ke Koh Lipe tetapi ia mungkin juga mengambil sejam dua lebih lama.

Mula di Stesen Talad Kaset. Anda perlu mengambil teksi dari lapangan terbang ke sana jika anda mendarat di bahagian selatan. Perjalanan ke stesen tersebut mengambil masa lebih kurang 15 minit dalam trafik yang sederhana – sentiasa cuba dapatkan kadar terendah. Anda inginkan servis bas mini ke Pak Bara. Perkhidmatan tersebut berjalan setiap jam during bulan-bulan musim sibut (November – April) dengan bas terawal bergerak pada jam 8:30 pagi dan yang terakhir pada jam 6:30 petang. Tiket sepatutnya hanya sekitar RM12.50 – RM17.50. Tidak kurang dan tidak lebih.

Memandu beberapa jam melalui sawah-sawah padi dan bukit-bukit yang berkabus yang menjadi pemisah antara Hat Yai dan Laut Andaman merupakan sesuatu yang mesti dilakukan untuk sampai ke kapal-kapal tersebut. Jika anda belum pra-tempah tiket feri sahaja dengan 12Go anda perlu pergi ke kiosk dan berhentikan perjalanan anda. Suasana di pelabuhan sana boleh menjadi agak kacau-bilau jadi bersedialah untuk berbaris.

Kemudian anda akan berada dalam perjalanan seperti biasa yang diusahakan oleh syarikat-syarikat seperti Smart En Plus, Bundhaya Speed Boat dan Kelab Bot Laju Satun Pak Bara. Perjalanan atas kapal sahaja berharga lebih kurang RM62 – RM75 jika dibeli pada hari kejadian. Pada musim yang sibuk, terdapat masa berlepas sepanjang pagi dengan yang terakhir sekitar jam 3 petang. Walau bagaimanapun, kami syorkan untuk membuat tempahan lebih awal. Pulau-pulau berpasir putih dan batu-batu karang Koh Lipe menarik perhatian ribuan pengunjung, jadi tentu ada persaingan untuk mendapatkan tempat.

Hat Yai Ke Koh Lipe Menaiki Teksi Dan Kapal

Hat Yai Ke Koh Lipe Menaiki Teksi Dan Kapal
Jolly Travel merupakan penyedia perjalanan teksi dari Hat Yai ke Jeti Pak Bara.

Tempoh Masa – 4 – 6 jam
Harga – RM310+
Keselesaan – 5/5

Tiada yang lebih indah dari mendapat pemandu bersedia dan menunggu sambil memegang nama anda sebaik sahaja anda tiba di lapangan terbang Hat Yai selepas mengambil penerbangan sambungan dari Bangkok. Itulah pilihan yang ada bagi mereka yang mencari perjalanan peribadi ke jeti. Ya, ia merupakan salah satu cara termahal untuk ke pesisiran pantai tapi dengan keselesaan yang anda dapat dan hakikat bahawa anda boleh berkongsi perjalanan tersebut bersama rakan pengembaraan anda mungkin boleh menjadikan ia berbaloi.

Teksi persendirian dari lapangan terbang merupakan pilihan yang bagus jika anda tidak mahu menunggu untuk mendapatkan perjalanan ke Koh Lipe.

Sudah tentu lapangan terbang bukan satu-satunya tempat di mana anda boleh diambil. Memilih teksi dengan pemandu khas juga satu cara yang bagus untuk pergi ke kapal-kapal di Pak Bara jika anda telah memilih untuk tidak masuk ke dalam bandar. Mungkin juga lebih dekat dengan pasar terapung Khlong Hae (pusat tarikan Hat Yai yang paling dinilai tinggi). Mereka mengambil 2 – 2.5 jam untuk sampai ke jeti tetapi dengan lebih kurang perhentian dan kelambatan di samping kesejukan penghawa dingin dan tempat duduk yang selesa.

Setelah anda sampai ke pelabuhan, anda akan menyertai pengunjung-pengunjung lain menaiki feri. Di sinilah perjalanan yang ditempah awal akan menjadi berguna kerana anda boleh terus membayar yuran pelabuhan sebanyak 20 THB (RM2.60) dan terus menaiki feri. Jika tidak, anda perlu membayar tambang di salah satu pejabat tiket yang mungkin menjadi lebih sibuk semasa musim kering. Mana-mana pun ia akan mengambil 1.5 jam untuk merentasi lautan dan sampai ke Koh Lipe di mana anda akan turun dan pijak pasir-pasir putih pantai yang indah. Tidaklah teruk sangat, kan?

Koh Lipe ialah idaman untuk ramai pengembara. Itulah Siam yang anda telah lihat pada poskad dan risalah – pasir yang berkilauan, pokok-pokok kelapa yang bermalasan dan tempat tidur yang bergantung di antara batang-batang pokok. Kesemua jalan di atas adalah cara untuk anda menggantikan hab pengangkutan utama di sana, Hat Yai, dengan pantai dan teluk. Selamat menikmati perjalanan anda!


FAQ Hat Yai Ke Koh Lipe

Apakah cara paling murah untuk pergi ke Koh Lipe dari Hat Yai?

Anda mungkin dapat berjimat jika bergantung kepada jaringan bas mini awam antara Hat Yai dan Jeti Pak Bara di mana kapal-kapal berlayar ke Koh Lipe. Walau bagaimanapun, kami ingin katakan bahawa penjimatan tersebut adalah teramat sikit, hanya beberapa puluh ringgit paling banyak berbanding tiket gabungan yang boleh didapati melalui 12Go.asia. Kita bercakap tentang RM75 berbanding RM83 ditambah pula dengan kesusahan dan masa perjalanan yang lebih banyak dalam pilihan yang lebih murah.

Apakah cara terpantas untuk pergi ke Koh Lipe dari Hat Yai?

Sudah tentu tiada yang lebih pantas daripada mengambil teksi peribadi terus ke pelabuhan dan menaiki bot laju terus merentasi Laut Andaman ke pasir-pasir berkilauan pulau Koh Lipe. Hanya ingat bahawa anda perlu membayar lebih banyak untuk perjalanan sebegitu manakala bas mini oleh Smart En Plus dan Dee Travels yang dikongsi mengambil masa yang sama dengan harga yang lebih murah. Anda boleh banding dan bezakan kedua-dua pilihan tersebut di 12Go.

Apakah cara untuk pergi ke Koh Lipe dari Hat Yai?

Mudah sahaja – menaiki kapal! Bukankah anda menuju ke sebuah pulau? Akan tetapi, sebelum anda memulakan pelayaran, anda perlu sampai ke pelabuhan terlebih dahulu. Di situlah anda akan membuat pilihan pengangkutan anda. Ramai yang akan memilih van mini yang diatur dan membuat tempahan melalui 12Go.asia. Yang lain akan menuju stesen bas di Hat Yai dan dapatkan pengangkutan mereka sendiri. Mereka yang lain lebih menggemari teksi yang telah ditempah lebih awal.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk sampai ke Koh Lipe dari Hat Yai?

Dari awal hingga akhir, kebanyakan perjalanan ke syurga Koh Lipe mengambil masa sekitar 4 – 5 jam. Ini disebabkan pengatur pelancongan telah padankan masa-masa bas mini dengan kapal, jadi anda akan terus sampai Jeti Pak Bara dengan feri yang menanti ketibaan anda. Semasa musim yang sibuk, lebih baik untuk jangkakan sedikit kelewatan. Namun begitu, Koh Lipe tidak sepatutnya mengambil lebih dari 6 jam dari Hat Yai.

Bulan berapakah yang terbaik untuk melawat Koh Lipe?

Disember dan Januari di Koh Lipe adalah sangat indah. Hari-hari panas sekitar 25-30 darjah Celsius, hujan yang jarang dan laut yang tenang penuh dengan batu karang dan ikan yang menunjukkan sisi terbaik pulau itu. Walau bagaimanapun, musim sibuk secara rasmi sekitar November hingga awal Mei apabila cuaca kering dan tenang. Lebih banyak kapal beroperasi semasa bulan-bulan ini, menjadikan lebih mudah untuk bergerak dari Jeti Pak Bara dan Hat Yai berbanding bergerak semasa musim monsun.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: