Cara untuk ke Koh Lanta dari Phuket

Cara untuk ke Koh Lanta dari Phuket

Bar-bar buluh yang menghidangkan mango lassi, pantai-pantai tersorok yang penuh dengan pokok kelapa, lagu-lagu reggae dan matahari terbenam yang paling indah anda pernah lihat. Kesemua itu menunggu di pulau Koh Lanta yang mengagumkan yang hanya di hadapan Teluk Phang Nga sedikit dari Phuket. Ia cepat menjadi tempat tarikan di pantai barat daya Thailand dan mudah dicapai dengan menaiki kapal. Jumlah jarak perjalanan atas air adalah sejauh 68 kilometer dari tepi pantai ke tepi pantai bermakna ia mengambil sekitar tiga hingga empat jam secara purata. Panduan ini menunjukkan kesemua cara untuk ke Lanta dari Phuket dengan cara membuat tempahan dan perkara yang perlu dijangkakan.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Phuket ke Koh Lanta menaiki feri4.5 jamRM120Tempah Online
Phuket ke Koh Lanta menaiki bot laju berkongsi1.5 jamRM170Tempah Online
Phuket ke Koh Lanta menaiki bas dan kapal7 jamRM75
Phuket ke Koh Lanta menaiki teksi5.5 jamRM620Tempah Online

Phuket ke Koh Lanta menaiki feri

Phuket ke Koh Lanta menaiki feri
Untuk ke Koh Lanta dari Phuket dengan menaiki feri anda perlu singgah di Koh Phi Phi terlebih dahulu

Tempoh Masa – 4.5 – 5 jam
Harga – RM120
Keselesaan – 4/5

Lihat sahaja pada peta dan anda akan melihat perairan biru Laut Andaman yang luas memisahkan Phuket dari Koh Lanta. Mana-mana garisan lurus antara kedua-dua tempat tersebut merentasi sekitar 68 kilometer air laut, jadi pergerakan menaiki feri merupakan pilihan yang jelas. Ia juga merupakan cara yang paling diminati ramai untuk melompat antara pulau-pulau dengan ribuan pengunjung mendapatkan tiket kapal setiap tahun

Feri berkelajuan biasa dikendalikan oleh syarikat-syarikat seperti Phi Phi Cruiser, Andaman Wave Master dan Ao Nang Travel & Tour. Mereka mempunyai pelbagai pilihan pelayaran di sebelah pagi dan petang, tetapi disebabkan kapal-kapal berlayar dari Jeti Rassada di Phuket juga menuju ke kepulauan Phi Phi. Oleh kerana mereka amat dikenali ramai (terima kasih kepada Leonardo DiCaprio dan The Beach!) anda mudah untuk mencari tiket yang ada. Malang sekali, untuk mereka yang pergi ke Koh Lanta ia bermaksud bahawa anda perlu bertukar menaiki kapal di Koh Phi Phi Don semasa dalam perjalanan

Ao Tonsai Pier at Koh Phi Phi
Jeti Ao Tonsai di Koh Phi Phi boleh menjadi sedikit sesak semasa musim sibuk

Terdapat pertukaran dalam perjalanan menaiki feri normal antara Phuket dan Koh Lanta di pulau Koh Phi Phi yang terkenal dengan pesta

Kesemua itu termasuk dalam masa perjalanan. Malahan, perjalanan biasa mengambil sebanyak lima jam termasuk menunggu di pelabuhan Koh Phi Phi jika terdapat kapal yang bergerak lambat. Suatu kelebihan adalah tiket-tiket servis ini merupakan pilihan yang paling murah. Ia merupakan sebahagian daripada berapa yang diperlukan untuk mendapatkan bot laju tersendiri, contohnya dengan harga serendah RM100.

Jangan terkejut jika anda mulakan perjalanan anda di atas kapal besar yang mempunyai banyak tingkat tetapi tamat dengan menaiki kapal yang lebih kecil. Feri-feri besar bergerak dari Phuket ke Phi Phi sebelum bertukar menaiki kapal-kapal kecil yang pergi dari Phi Phi ke Koh Lanta. Ketibaan di jeti Ban Saladan adalah di bahagian utara pulau. Perjalanan teksi dari sana ke hotel anda mudah untuk diatur melalui penjual tiket semasa dalam perjalanan menuju ke destinasi akhir. Selain itu, anda boleh menempah tiket kombo untuk kapal, feri dan pemindahan di Phuket melalui 12Go.asia.

Phuket ke Koh Lanta menaiki bot laju berkongsi

Phuket ke Koh Lanta menaiki bot laju berkongsi
Bot laju dari Kelab Bot Laju Satun Pak Bara adalah selamat dan dipercayai

Tempoh Masa – 1.5 – 2 jam (rentasan sahaja)
Harga – RM170-250
Keselesaan – 3/5

Jika anda ingin cepat untuk tinggalkan Phuket dan terus baring di atas tempat tidur tergantung di Teluk Kantiang, bot laju ialah penyelamat anda. Perjalanan merentasi air yang laju boleh membawa dari jeti ke jeti dalam masa kurang dari dua jam. Ingat, ia bukan perjalanan yang paling selesa dan sudah pasti bukan pilihan untuk anda jika mudah berasa mabuk laut.

Bot laju lebih kecil dan boleh menampung sekitar 40 penumpang berbanding dengan feri yang setaraf. Ia juga direka khas untuk merentasi ombak-ombak Laut Andaman. Satun Travel dan Kelab Bot Laju Satun Pak Bara melakukan perjalanan yang kebanyakannya berlayar dari Jeti Rassada sama ada pada 8 pagi, 8:30 pagi atau 11 pagi

Berlayar terus merentasi Laut Andaman ke Koh Lanta dalam hanya 1.5 jam dengan pilihan bot laju yang pantas.

Keburukan memilih bot laju adalah berlipat dua kali ganda. Ia mungkin lebih baik untuk mengambil nafas di sisi feri-feri besar jika anda mudah merasa mabuk laut atau mempunyai banyak beg pakaian. Yang kedua adalah kos: anda akan membayar sekurang-kurangnya RM170 untuk mengurangkan masa perjalanan anda ke Koh Lanta ke dua jam sahaja.

Disebabkan kebanyakan bot laju berlayar pada waktu pagi, ia tidak mudah diambil atau didapatkan bagi mereka yang pergi ke Lapangan Terbang Phuket pada waktu pagi. Dengan itu, tiket kombo yang termasuk perkhidmatan pengambilan di mana-mana resort dan tempat di sekitar pulau tersebut boleh ditembah melalui 12Go bermakna anda boleh jangkakan seseorang akan menunggu ketibaan anda dengan pengangkutan menghala terus ke pelabuhan.

Phuket ke Koh Lanta menaiki bas dan kapal

Phuket ke Koh Lanta menaiki bas dan kapal
Menaiki bas tempatan ke Krabi dan menaiki kapal dari sana merupakan pilihan yang paling murah © Denis Costille / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 7 jam
Harga – RM75-90
Keselesaan – 2/5

Lebih sukakan bergerak di atas daratan? Sukakan pengembaraan di atas jalan raya melalui gunung-ganang yang menawan? Ingin pastikan kos yang rendah? Kombinasi bas dan kapal mungkin menambah masa perjalanan dengan banyak untuk bergerak dari Phuket ke Koh Lanta. Walau bagaimanapun, ia bermakna bahawa perjalanan menaiki feri adalah lebih pendek dengan kadar yang lebih rendah.

Langkah pertama: Dapatkan tiket menaiki bas tempatan dari Phuket ke bandar Krabi. Ia akan membawa anda terus ke utara dan timur mengelilingi Teluk Phang Nga. Ia merupakan pemanduan sekitar 2.5 jam. Langkah kedua: Bergerak ke pelabuhan feri di Krabi di mana anda boleh menaiki servis yang pergi ke selatan Koh Lanta. Tidak seperti kapal yang terus dari Phuket, ia tidak singgah di Phi Phi dan hanya mengambil dua jam sahaja secara keseluruhannya.

Phuket ke Koh Lanta menaiki teksi

Phuket ke Koh Lanta menaiki teksi
Kenderaan persendirian dari syarikat Teksi Andaman berharga sekitar RM580 dan boleh ditempah melalui 12Go.asia

Tempoh Masa – 5.5 jam
Harga – RM620
Keselesaan – 5/5

Kedua-dua Phuket dan Koh Lanta ialah pulau. Tetapi mereka juga bersambung dengan tanah besar Siam melalui jambatan atau feri kenderaan yang biasa. Ia membolehkan perjalanan teksi di antara kedua-duanya yang mungkin boleh menjadi pilihan yang jimat jika anda bergerak dalam satu kumpulan yang cukup besar untuk memenuhkan sebuah kereta.

Perjalanan teksi di antara Phuket dan Koh Lanta dibolehkan dengan adanya jambatan dan feri kenderaan yang menyambung pulau-pulau ini dengan tanah besar.

Anda boleh jangkakan untuk membayar sekitar RM620 untuk keseluruhan perjalanan tersebut. Tempoh perjalanan ini mengambil masa lima jam jika bergerak dari pintu ke pintu terutamanya apabila anda membahagikan di antara sembilan orang (had sebuah van mini). Caj tambahan juga ada untuk kumpulan-kumpulan yang ingin bergerak di luar masa perkhidmatan feri kenderaan (ia biasanya beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam).

Sudah tentu, salah satu kelebihan memilih teksi ialah servis pengambilan di bahagian Phuket. Sama ada anda mendarat di Lapangan Terbang Phuket atau baru sahaja habis menetap di hotel tepi pantai di Patong, pengangkutan anda akan datang pada masa yang telah anda tetapkan. Anda juga boleh turun di mana-mana tempat dalam Lanta. Berita baik untuk mereka yang dalam perjalanan ke syurga bulan madu Teluk Kantiang di bahagian selatan.

Koh Lanta merupakan pulau yang mudah diminati. Pantai-pantai bersinar yang dikelilingi dengan pokok pain di pantai barat. Terdapat bandar-bandar pesta dengan persembahan bunga api di kawasan-kawasan seperti Klong Khong. Di sana terdapat matahari terbenam yang memukau di Pantai Long dan juga hotel-hotel mewah di Kantiang. Tambahan pula, pulau tersebut mudah untuk dicapai dengan kapal-kapal, feri-feri dan teksi-teksi seperti yang disebut di atas.


FAQ Phuket ke Koh Lanta

Apakah cara termurah untuk pergi ke Koh Lanta dari Phuket?

Cubalah perkhidmatan feri biasa yang berlayar dari Jeti Rassada dahulu. Tidak mustahil untuk mendapatkan harga yang murah untuk tarikh perjalanan pilihan anda. Kadar adalah amat mudah untuk disemak dalam 12Go.asia. Selain itu, anda boleh pilih dan suaikan untuk mengatur suatu perjalanan menaiki bas-bas tempatan ke Krabi dan kemudiannya menaiki feri dari sana. Tetapi ia mungkin menjimatkan beberapa ringgit sahaja dan mengambil masa selama tujuh jam dari awal hingga akhir.

Apakah cara terpantas untuk ke Koh Lanta dari Phuket?

Bot laju. Ia boleh bergerak merentasi seluruh Teluk Phang Nga secepat 1.5 jam semasa dalam perjalanan dari Phuket ke Koh Lanta sepertimana yang mungkin difahami melalui namanya. Ia memakan lebih sedikit dari bajet perjalanan dengan harga tiket kebiasaannya sekitar RM205. Tambahan pula, ia mungkin bukan pilihan terbaik jika mudah mabuk laut.

Cara ke Koh Lanta dari Phuket?

Feri adalah cara pengangkutan utama yang menyambung tanah besar Thailand dengan teluk-teluk dan pantai-pantai malas Koh Lanta. Terapi anda juga mempunyai pilihan menaiki bot laju, teksi dan juga kombo bas & kapal. Syukurlah, alat carian di 12Go.asia memudahkan untuk membanding dan menempah. Hanya masukkan tarikh perjalanan anda dan tengok pilihan yang ada.

Berapa lamakah perjalanan feri dari Phuket ke Koh Lanta?

Secara amnya, terdapat empat jam masa perjalanan bermula dari saat anda keluar dari Jeti Rassada hingga anda tiba di Ban Saladan dalam Koh Lanta. Kebiasaannya ia termasuk tiga jam menaiki kapal kerana terdapat pertukaran di Koh Phi Phi yang perlu dipertimbangkan semasa dalam perjalanan. Selain itu, sambungan bot laju dari pantai ke pantai boleh tamatkan perjalanan dalam masa kurang dari dua jam.

Berapakah harga feri dari Phuket ke Koh Lanta?

Harga feri berbeza dari syarikat ke syarikat dan mengikut musim. Walau bagaimanapun, biasanya anda akan membayar RM125 untuk perjalanan anda. Ia mungkin akan menjadi sedikit mahal jika anda inginkan pengangkutan dari Lapangan Terbang Phuket ke pelabuhan. Lebih baik jika anda mendapatkan tiket seawal mungkin kerana tempat di dalam bot akan penuh. Jadi carilah waktu pelepasan yang sesuai untuk anda di 12Go.asia untuk mengalahkan para pengunjung yang lain.

Berapa hari yang anda perlukan di Koh Lanta?

Anda boleh mengambil masa berminggu-minggu untuk menikmati pasir-pasir empuk Pantai Tenang, Pantai Long dan Teluk Kantiang (tiga yang terbaik) dan tidak berasa bosan. Terdapat juga taman-taman negara yang dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa, hotel bulan madu dan air terjun yang kuat untuk membuatkan anda sibuk di samping kehidupan pada waktu malam yang riang di sekitar Klong Kong. Jika anda terdesak untuk masa, beberapa hari sahaja sudah cukup untuk menikmati pulau tersebut tetapi kami syorkan anda untuk hanya berada di bahagian utara kerana ia mudah untuk dicapai dari jeti feri di Ban Saladan.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: