Panduan ini boleh membantu anda menukarkan semangat dan kesibukan ibu kota Thailand dengan pantai berkilauan di pulau terbesar dan paling terkenal di negara itu. Dengan maklumat tentang cara paling cepat, murah dan jarang digunakan untuk ke Phuket dari Bangkok, ia memberitahu kesemua perkara yang para pengembara perlu tahu untuk pergi ke pantai Andaman dari Jalan Khaosan yang riuh.
Dengan jarak hanya sekitar 840 km di antara kedua-duanya, anda boleh menamatkan perjalanan itu dalam satu pagi sahaja jika anda menaiki kapal terbang. Selain itu, anda boleh jimatkan baht untuk bir Chang sejuk sambil melihat matahari terbenam di Phuket dan memilih perjalanan yang lebih lama tetapi lebih murah.
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Bankok ke Phuket menaiki kapal terbang | 1.5 jam | RM140 | Tempah Online |
Bangkok ke Phuket menaiki bas | 12 jam | RM78 | Tempah Online |
Bangkok ke Phuket menaiki keretapi dan bas | 16 jam | $40 | Tempah Online |
Bangkok ke Phuket menaiki teksi (pengangkutan persendirian) | 12 jam | $390 | Tempah Online |
Bankok ke Phuket menaiki kapal terbang
Tempoh Masa – 1.5 jam (tempoh penerbangan sahaja)
Harga – daripada RM140 hingga RM400 satu hala – tempah lebih awal untuk mendapat penjimatan lebih banyak.
Keselesaan – 5/5
Terdapat lebih banyak penerbangan dari Bangkok ke Phuket dari kacang dalam hidangan Pad Thai anda. Ia merupakan pilihan terkenal yang menyambungkan ibu kota Siam dengan pulau terbesarnya dan dipilih oleh penduduk tempatan dan para pengembara yang inginkan cara terpantas untuk ke matahari, laut dan pantai.
Terdapat banyak syarikat penerbangan yang lakukan perjalanan ini. Syarikat penerbangan tambang rendah seperti Nor Air dan Thai Lion Air biasanya mempunyai tiket paling murah. Seterusnya, terdapat servis yang lebih premium seperti Bangkok Airways & Thai Smile dan semua ini termasuk elaun baggasi jadi ia mungkin menjadi tawaran yang lebih baik jika anda telah menyimpang terlebih banyak baju Aloha.
Bergantung kepada lapangan terbang mana yang anda berlepas, anda akan mendapat pilihan syarikat penerbangan yang berbeza.
Ingat bahawa terdapat dua lapangan terbang di Bangkok. Hab tempatan dan serantau di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang (DMK) mempunyai pilihan yang paling murah. Namun begitu, ia lebih mudah untuk mendapatkan penerbangan sambungan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi (BKK) yang lebih besar jika anda perjalanan yang lama dan ingin mengambil pergi ke pantai dengan cepat. Anda boleh mencari dengan mudah dan menemukan kesemua penerbangan serta menempah tiket dari kedua-dua lapangan terbang di Bangkok melalui 12Go.asia.
Tempoh perjalanan kebiasaannya sekitar 1.5 jam dari waktu berlepas hingga ke pendaratan. Anda akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket di sebelah utara pulau. Lihat keluar tingkap semasa anda sedang mendarat untuk saksikan pemandangan pasir pantai yang putih dan pokok-pokok kelapa yang menakjubkan. Setelah anda tiba di lapangan terbang, terdapat kiosk teksi pre-bayar sebelum keluar dari lapangan terbang dengan harga yang telah ditetapkan ke kebanyakan resort dan pantai Phuket yang terkenal.
Bangkok ke Phuket menaiki bas
Tempoh Masa – sekitar 12-15 jam
Harga – RM77-RM120 bergantung kepada kelas pengangkutan anda
Keselesaan – 4/5
Bas berlepas secara kerap dari Bangkok untuk hampir kesemua pulau di bahagian selatan termasuklah Phuket. Malah, ia merupakan salah satu pulau Siam yang mempunyai sambungan yang baik. Ini bermakna anda mempunyai banyak waktu pelepasan dalam sehari dengan pelbagai syarikat dan tahap keselesaan berbeza.
Kebanyakannya akan berlepas dari Terminal Bas Selatan di Sai Tai Mai. Sebuah teksi ke sana dari hab pengembara Jalan Khaosan berharga sekitar 200 THB (RM25). Selain itu, beberapa bas semalaman berlepas dari Stesen Sombat Tour di Chatuchak yang lebih mudah dicapai dari pusat bandar.
Terdapat pelbagai penyedia berbeza yang melakukan perjalanan di antara Bangkok dan Phuket. Di antara syarikat yang dinilai tinggi termasuk Sombat Tour, Transport Co, Bus Express dan Phuket travel dengan yang terakhir itu mempunyai tiket kelas VIP yang menawarkan ruangan kaki tambahan, snek, hiburan TV dan penghawa dingin sepanjang perjalanan.
Ia sentiasa lebih baik jika anda menempah tiket bas dari Bangkok ke Phuket lebih awal secara atas talian. Lebih-lebih lagi semasa musim sibuk di antara November dan Mac apabila para pengembara ingin tinggalkan bandar demi pantai yang indah. Gunakan alat carian di 12Go.asia untuk bandingkan harga dan membuat tempahan anda sebelum berlepas.
Tiada feri yang diperlukan untuk membawa anda menuju ke Phuket. Pulau tersebut mungkin dikelilingi lautan biru tetapi ia juga bersambung dengan tanah besar melalui jambatan. Destinasi anda kemungkinan besar ialah Terminal Bas Phuket 2. Ia terletak di bahagian barat pulau tersebut yang hanya lebih sedikit di utara bandar Phuket dan berdekatan Jeti Rassada untuk sambungan ke pulau-pulau Andaman yang lain. Ia juga hanya sejauh 30 minit perjalanan dari resort pantai Patong yang terkenal. Hati-hati dengan teksi di Phuket kerana ia boleh menjadi teramat mahal jadi lebih baik anda membuat pra-tempahan lebih awal.
Bangkok ke Phuket menaiki keretapi dan bas
Tempoh Masa – 16+ jam
Harga – RM160-200
Keselesaan – 3/5
Malang sekali, tiada landasan keretapi yang bergerak terus dari kuil-kuil keemasan Bangkok ke pantai-pantai berkilauan Phuket. Walau bagaimanapun, para penggemar keretapi tidak perlu bersusah hati kerana anda boleh tukarkan ibu kota Thai itu dengan pulau tersebut dengan menaiki keretapi menuju ke Surat Thani dan seterusnya bertukar menaiki bas untuk lengkapkan perjalanan tersebut.
Ia sudah tentu bukan cara terpantas untuk ke bahagian selatan tetapi ia boleh menjadi cara yang paling menyeronokkan.
Pilih sahaja waktu pelepasan awal pagi dari stesen Hua Lamphong yang besar dan sibuk di ibu kota itu (syurga untuk memerhati gelagat orang ramai). Dengan itu, anda akan keluar melalui sawah padi dan menamatkan perjalanan dengan pemandangan puncak-puncak gunung yang berkabus di Teluk Thailand.
Anda boleh juga memilih keretapi semalan yang mengambil masa lebih lama tetapi akan membawa anda masuk ke Phuket lebih awal pada waktu pagi. Anda juga mungkin akan mempunyai masa yang lebih untuk menikmati air laut Adaman sebelum petang.
Sambungan dari Surat Thani ke Phuket mengambil sekitar lima jam. Anda boleh menempah dengan beberapa pengendali bas biasa atau mini yang kebanyakannya akan berlepas dari bandar Surat Thani. Perjalanan menaiki tuk-tuk dari stesen keretapi tersebut mungkin diperlukan. Anda boleh jangka untuk membayar sekitar RM47 untuk tiket menghala keluar.
Mendapatkan tempahan keretapi Siam boleh menjadi agak sukar jika anda bukan dari sana. Di sinilah servis seperti 12Go menjadi amat berguna. Ia boleh mengambil alih kesemua urusan dan anda hanya perlu mengambil tiket anda di luar stesen apabila anda tiba di sana.
Bangkok ke Phuket menaiki teksi (pengangkutan persendirian)
Tempoh Masa – 12 jam
Harga – RM1600
Keselesaan – 5/5
Jika anda ingin melompat masuk ke pantai Phuket yang dilindungi oleh pokok-pokok kelapa dari Bangkok dengan bergaya, anda boleh pertimbangkan menaiki teksi persendirian. Ia tidak akan menjadi cara yang paling murah tetapi anda dijamin keselesaan dan kemudahan. Anda boleh diambil di mana-mana sahaja dalam bandar dan diturunkan di mana-mana sahaja dalam Phuket. Ini bermakna anda akan bergerak dari pintu ke pintu, dari suatu hotel mewah ke hotel mewah yang lain.
Tambahan pula, pengangkutan persendirian kebiasaannya merupakan kereta mewah dengan tempat duduk kulit, berhawa dingin dan air minuman. Harga diberikan bagi keseluruhan kenderaan tersebut jadi ia boleh menjadi pillihan yang bagus jika anda bergerak dengan keluarga atau dalam kumpulan yang besar.
Terdapat lambakan cara untuk ke Phuket dari Bangkok. Sama ada anda ingin merentasi Laut Andaman menaiki kapal terbang, bas atau keretapi anda boleh jangka untuk menikmati pulau terbesar Thailand dengan pantainya yang indah dan laut birunya.
FAQ Bangkok ke Phuket
Disebabkan terdapat banyak syarikat penerbangan tambang murah yang melakukan penerbangan dari Bangkok ke Phuket, anda mungkin dapat lihat bahawa penerbangan ialah cara paling murah untuk sampai ke pulau itu. Namun, anda perlu kira sekali kos tambahan bagi teksi di kedua-dua tempat dan elaun baggasi tambahan jika diperlukan. Kesemua itu boleh menambah kos hingga menjadikan bas VIP cara termurah berbanding yang lain. Anda boleh bandingkan kesemua pilihan dengan mudah di 12Go.asia.
Sudah tentu dengan penerbangan! Tiada bas atau keretapi yang boleh menyamai penerbangan 1.5 jam dari Bangkok ke Phuket. Ia adalah penting untuk memastikan anda berlepas dari lapangan terbang Bangkok yang mana satu. Ia boleh jadi di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang yang lebih kecil di bahagian utara bandar tersebut atau Lapangan Terbang Suvarnabhumi di bahagian barat. Tiket di kedua-dua lapangan terbang tersebut boleh ditempah secara atas talian di 12Go.asia di mana anda boleh membanding dan membezakan waktu pelepasan yang berbeza sepanjang hari.
Tiada keretapi yang bergerak terus di antara Phuket dan Bangkok. Namun, anda boleh mendapatkan perjalanan kombo menaiki bas dan keretapi yang melalui Surat Thani jika anda ingin menikmati pengalaman menaiki keretapi Siam dan bergerak melepasi gunung-ganang dan hutan-hutan di sekeliling anda.
Kesemua itu bergantung kepada jenis pengangkutan yang anda pilih. Penerbangan mengambil hanya 1.5 jam bermakna jumlah tempoh perjalanan adalah di sekitar 4 jam dari pintu ke pintu apabila anda kira sekali masa menunggu di ruang berlepas dan pertukaran setelah sampai. Manakala, bas dan keretapi pula mengambil 12-16 jam dan boleh juga menjadi semalaman.
Phuket merupakan tempah yang menakjubkan dengan pantai yang berkilauan dan lautan biru dengan majlis keramaian di Patong dan pasar-pasar yang berwarna-warni. Anda pasti akan mahukan sekurang-kurangnya tiga atau empat hari untuk menikmati suasana santai di pantai dan hedonism yang didorong oleh bir sebelum menaiki feri menuju ke pulau-pulau penting yang lain seperti Koh Phi Phi. Walau bagaimanapun, anda boleh sahaja menikmati keseluruhan percutian itu di Phuket dengan villa yang mewah dan hotel resort indah yang pelbagai di sana.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: