Cara ke Krabi dari Phuket

Cara ke Krabi dari Phuket
Restoran The Grotto di Pantai Railay, Krabi Β© fokke baarssen / Shutterstock.com

Kedua-dua bandar pantai yang diminati ramai ini menghadap satu sama lain dari dua hujung Teluk Phang Nga yang berlawanan. Amat sukar untuk menafikan mengapa mereka menjadi destinasi pelancongan paling terkenal di Siam. Seluruh kawasan itu dihias indah dengan pulau-pulau di mana pantai-pantai berwarna-warni ditutupi pokok-pokok kelapa dan gunung-ganang yang melebar dari lautan biru. Di bahagian timur ialah Krabi dengan hotel-hotel mewah Ao Nang dan tempat memanjat batu Railay. Di bahagian barat, Phuket menarik perhatian dengan Patong dan pasir-pasir Karon.

Meliputi jarak 60 kilometer yang memisahkan antara kedua-duanya merupakan suatu yang mudah. Kesemua kapal, bas dan teksi melakukan perjalanan dari Phuket ke Krabi dengan pelbagai harga dan tahap keselesaan yang berbeza. Jom kita tengok…

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Phuket ke Krabi menaiki feri biasa8 jamRM83Tempahan Online
Phuket ke Krabi menaiki bot laju2.5 jamRM150Tempahan Online
Phuket ke Krabi menaiki van mini berkongsi3.5 jamRM83Tempahan Online
Phuket ke Krabi menaiki teksi3 jamRM350Tempahan Online
Phuket ke Krabi menaiki bas tempatan3.5 jamRM21–

Phuket ke Krabi menaiki feri biasa

Phuket ke Krabi menaiki feri biasa
Sebuah feri Pusat Pelancongan Chaokoh merentasi Laut Andaman

Tempoh Masa – Sehingga 8 jam
Harga – RM83
Keselesaan – 4/5

Jika anda melukis suatu garisan lurus dari Phuket ke Krabi ia akan melalui Teluk Phang Nga. Itulah jalan yang dilalui oleh feri dan pemandangan di sana sangat cantik! Dari pantai-pantai selembut bedak di Koh Yao Noi ke tebing pulau-pulau Koh Phi Phi terdapat pelbagai pemandangan yang pasti membuat anda terpegun dan menangkap jutaan gambar di sepanjang jalan. Baguslah begitu kerana perjalanan itu boleh mengambil selama lapan jam secara keseluruhan.

Sebab bagi perjalanan yang lama ini? Anda perlu membuat pertukaran menaiki kapal di pelabuhan dalam Koh Phi Phi itu sendiri. Feri berlayar dari Jeti Rassada di sisi tenggara Phuket pada waktu pagi dan tiba di Phi Phi sekitar tengahari. Anda boleh bersiar-siar di jeti atau berehat di Pantai Tonsai yang bersebelahannya sahaja. Ia merupakan cara yang bagus untuk memecahkan masa menunggu yang lama tetapi bermaksud anda perlu membayar yuran kemasukan sebanyak 400 THB (RM53) di pulau itu.

Tonsai Pier
Jeti Tonsai di Koh Phi Phi Β© Siraj Ahmad / Shutterstock.com

Kapal mungkin bukan cara tercepat untuk bergerak di antara Phuket dan Krabi tetapi sudah pasti ia menawarkan pemandangan-pemandangan ke arah pulau-pulau dan pantai tropika yang menakjubkan.

Terdapat pelbagai pilihan apabila memilih kapal yang keluar dari Phuket untuk permulaan perjalanan tetapi kami syorkan anda tetap dengan Pusat Pelancongan Chaokoh. Boleh sahaja menempah tiket perjalanan dengan mereka melalui 12Go.asia yang akan membawa anda terus ke Krabi. Mereka juga mengendali kapal dua tingkat dengan ruang terbuka di atas untuk melihat pulau-pulau semasa berlayar. Masa pelayaran dari Phi Phi ke Krabi ada dari 1:30 petang dan 3:30 petang jadi anda boleh jangka untuk sampai ke bandar Krabi pada waktu petang. Tempat ketibaan anda ialah Jeti Klong Jilad. Di sana teksi, van mini dan songthaew tempatan menawarkan perjalanan ke pertengahan bandar Krabi. Selain itu, anda boleh mendapatkan feri dari Phi Phi yang pergi terus ke Pantai Ao Nang (resort hotel utama Krabi).

Phuket ke Krabi menaiki bot laju

Phuket ke Krabi menaiki bot laju
Tiket menaiki bot laju Koh Yao Sun Smile boleh dibeli melalui 12Go.asia

Tempoh Masa – 2.5 jam
Harga – RM150
Keselesaan – 3/5

Mereka di Koh Yao Sun Smile melakukan perjalanan bot laju yang pergi terus dari Phuket ke Krabi. Ia merupakan antara pilihan terpantas untuk merentasi lautan dengan masa perjalanan sekitar 2.5 jam dari pelabuhan ke pelabuhan. Kebiasaannya terdapat satu pelayaran sahaja setiap hari. Ia berlayar pada jam 9:30 pagi dari Jeti Bang Rong di barat laut Phuket yang merupakan lokasi yang bagus untuk mereka yang tiba di lapangan terbang tempatan. Terminal hanya sejauh 25 minit pemanduan dari sana.

Bot laju adalah pesaing untuk pengangkutan terpantas untuk merentasi lautan dari Phuket ke Krabi.

Perjalanan itu bukanlah yang perlahan dan penuh dengan pemandangan yang anda mungkin impikan di atas kapal-kapal yang lebih besar. Pergerakan yang laju dan mengepam adrenalin adalah apa yang anda akan dapat di atas bot laju. Malahan, pengembara yang mudah mabuk laut, membawa beg yang banyak atau ingin menikmati pemandangan semasa berlayar perlu menjauhkan diri dari pilihan ini. Ia tidak mempunyai ruang yang banyak dan perjalanannya terkenal dengan pergerakan yang berbonggol-bonggol.

Kami syorkan anda menempah lebih awal jika anda betul-betul ingin menaiki bot laju di antara Phuket dan Krabi. Ia kerana bot-bot ini tidak mampu membawa lebih dari 20-30 penumpang pada suatu masa. Lebih baik anda menjamin tempat anda sebelum kesemuanya diambil terutamanya semasa musim cuti di antara November dan Mac. Untuk lakukan itu, hanya pergi ke 12Go.asia dan dapatkan tempahan. Hanya bersedia untuk membayar harga premium berbanding menaiki feri yang lebih perlahan.

Phuket ke Krabi menaiki van mini berkongsi

Phuket ke Krabi menaiki van mini berkongsi

Tempoh Masa – 3.5 – 4 jam
Harga – RM80-100
Keselesaan – 4/5

Pilihan yang murah dan cepat untuk bergerak di sekitar selatan pantai Thailand dari Phuket ke Krabi adalah dengan memilih van mini berkongsi. Dikendalikan oleh Shuttle Lapangan Terbang Krabi, ia mengambil sekitar 3.5 – 4 jam untuk menamatkan perjalanan tersebut. Tempat pengambilan yang biasa adalah di Lapangan Terbang Phuket yang merupakan suatu berita baik jika anda ingin mendarat di Bangkok dan terus ke pantai-pantai Krabi. Jika anda mengembara dari hotel atau resort, boleh juga untuk menempah perjalanan dengan pengangkutan dari hotel anda dalam satu tiket melalui 12Go.

Van mini berkongsi bergerak ke seluruh pesisiran pantai dari Phuket ke Krabi dan mengambil sekitar empat jam dari awal hingga akhir.

Van mini berkongsi dari Phuket ke Krabi merupakan pilihan yang diminati ramai kerana ia mengambil masa yang kurang berbanding feri. Anda tidak perlu singgah di Koh Phi Phi, hanya perjalanan sehala dari barat ke timur. Jalan-jalan di sana diselenggara dengan baik untuk perjalanan itu berjaya. Pertama sekali, anda akan mengikut jalan 402 ke bahagian atas tengah Phuket dan merentasi tanah besar. Dari sana, Lebuhraya 4 membawa anda ke ladang getah di bahagian luar bandar dan gunung-ganang yang pesat dengan hutan terus ke Krabi.

Kesemua kenderaan mempunyai penghawa dingin dan mampu menampung seramai sembilan orang penumpang. Satu sisi buruk adalah anda mungkin membuat beberapa persinggahan di hotel-hotel Ao Nang atau Krabi untuk menurunkan semua orang apabila anda tiba di sana. Satu sisi baik pula, ia bermakna anda akan dibawa betul-betul di hadapan pintu tempat penginapan anda yang seterusnya.

Phuket ke Krabi menaiki teksi

Phuket ke Krabi menaiki teksi
Salah satu kereta persendirian BangkokTaxi24 tersedia untuk ditempah melalui 12Go

Tempoh Masa – Sekitar 3 jam
Harga – RM350+
Keselesaan – 5/5

Anda mungkin perlu mengeluarkan lebih RM330 untuk bergerak dari go-go bar Phuket ke tempat urut tepi pantai di Krabi dalam perjalanan anda. Ia mungkin kelihatan banyak tetapi terdapat beberapa perkara yang anda perlu ingat. Pertama sekali: Ia merupakan kadar untuk keseluruhan kenderaan itu. Dalam kumpulan empat orang, ia hanya RM82.50 seorang yang merupakan harga feri atau van mini berkongsi untuk seorang. Yang kedua: teksi mempunyai tahap keselesaan yang tinggi dengan dalaman yang berhawa dingin, air percuma dan tempat duduk berlapis adalah kebiasaan.

Ditambah pula dengan kemudahan diambil dan diturunkan di mana-mana sahaja yang anda inginkan. Oh dan teksi mengambil masa yang lebih sekejap untuk bergerak melalui hutan-hutan dan pokok-pokok bakau untuk sampai ke Krabi. Tanpa sebarang persinggahan atau penumpang lain yang naik, anda boleh bergerak dari A ke B dalam masa kurang dari tiga jam bergantung kepada trafik. Semestinya suatu berita yang baik jika anda hanya ingin merendam kaki anda di dalam air-air jernih Pantai Railay atau Ao Nang!

Phuket ke Krabi menaiki bas tempatan

Phuket ke Krabi menaiki bas tempatan
Bas tempatan di Phuket Β© Nataliia Sokolovska / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 3.5 jam
Harga – RM21
Keselesaan – 3/5

Pilih produk tempatan dan jimat besar, itulah mantra semasa dalam perjalanan dari Phuket ke Krabi. Pilih bas tempatan yang boleh membawa anda merentasi pulau terbesar Thailand dan letakkan anda di tengah-tengah pasar ikan di Krabi dalam masa 3.5 jam sahaja. Ia berlepas dari Terminal Bas 2 Phuket beberapa kali sepanjang hari. Pelepasan awal bermula sekitar 7 pagi dengan yang terakhir meninggalkan bandar sekitar 10 malam.

Jangan datang mengharapkan tahap keselesaan limosin. Ia adalah bas-bas besar dan dikongsi yang digunakan oleh kedua-dua penumpang Thailand dan pengembara antarabangsa. Selalu terdapat persaingan untuk tempat, penghawa dinginnya bukan yang terbaik dan tempat duduknya tidak seempuk teksi. Yang mengimbangkan situasi-situasi ini adalah harganya. Sudah tentu ini merupakan cara paling murah untuk pergi ke Krabi dari Phuket. Hanya beberapa ringgit sahaja diperlukan untuk membeli tiket di kiosk tiket di stesen!


Pergi dari Phuket ke Krabi boleh menjadi suatu pengembaraan. Ambillah kapal-kapal melalui Koh Phi Phi dan anda akan lihat pulau-pulau ikonik di Laut Andaman sepanjang jalan dengan pantainya yang berwarna kekuningan dan bar-bar matahari terbenam. Bergerak di atas darat adalah dengan melalui hutan-hutan, ladang-ladang getah dan gunung-ganang. Bersemangat?


FAQ Phuket ke Krabi

Apakah cara paling murah untuk ke Krabi dari Phuket?

Sudah tentu dengan menaiki bas tempatan. Ia menang dari segi harga dengan tiket semurah RM20. Tambahan pula, tempoh perjalanan adalah lebih kurang sama dengan van mini dengan jumlah masa sekitar tiga jam. Keselesaan adalah satu-satunya keburukan bas tempatan. Ia merupakan pengangkutan awam, jadi ia boleh menjadi sedikit sibuk dan panas. Namun air-air Pantai Ao Nang yang menyegarkan menunggu di seberang sana.

Apakah cara terpantas untuk ke Krabi dari Phuket?

Pergi ke 12Go.asia dan dapatkan tempat anda di atas bot laju jika anda ingin ke Krabi dari Phuket secepat mungkin. Masa perjalanan boleh mencapai 2.5 jam sahaja. Cara ini akan membawa anda terus merentasi lautan ke jeti di Ao Nang dan bandar Krabi. Tempat pelayaran adalah di Bang Rong yang hanya sejauh 25 minit memandu dari Lapangan Terbang Phuket.

Apakah cara untuk ke Krabi dari Phuket?

Itu ialah pilihan anda. Satu cara adalah dengan merentasi laut. Itu merupakan suatu pengembaraan tetapi ia boleh mengambil sedikit masa. Jangkakan perjalanan untuk mengambil sekitar lapan jam jika anda bergerak melalui pulau-pulau tropika untuk bertukar pengangkutan di pelabuhan Koh Phi Phi. Selain itu, terdapat juga bot laju yang boleh menggugurkan jantung yang berharga lebih mahal tetapi sampai dalam masa kurang dari 2.5 jam. Pilihan atas darat yang lebih pantas termasuk van mini berkongsi dan teksi persendirian. Mereka mengikut jalan utama di sekitar bahagian atas Laut Andaman ke Krabi. Kedua-duanya boleh ditempah lebih awal melalui 12Go.asia.

Bagaimana untuk ke Krabi dari Lapangan Terbang Phuket?

Cara terbaik adalah dengan mengatur pengangkutan persendirian melalui 12Go.asia. Penyedia-penyedia seperti BangkokTaxi24 dan Teksi Andaman akan mempunyai pemandu yang sedia menunggu anda keluar dari balai ketibaan. Untuk memastikan kesemuanya adalah lebih murah anda boleh menaiki salah satu van mini berkongsi dan memilih pengambilan di lapangan terbang. Anda juga boleh bergerak dari terminal ke Stesen Bas Phuket dan menaiki bas tempatan yang akan ke Krabi di sana.

Berapa lamakan perjalanan menaiki kapal dari Phuket ke Krabi?

Kapal yang biasa di antara Phuket dan Krabi kebiasaannya bergerak mengikut masa pulau. Dalam erti kata lain, ia bukan yang paling cepat! Malah, perjalanan dari jeti ke jeti melalui cara ini boleh mengambil masa selama lapan jam atau lebih. Hal ini bukan disebabkan masa lama yang diambil untuk merentasi Laut Andaman tetapi kurangnya feri yang berlayar terus ke sana. Pada sisi yang lain, terdapat juga pilihan bot laju. Ia berlayar sekali sehari dan menghabiskan perjalanan dalam masa kurang dari 2.5 jam. Tetapi jangan impikan perjalanan yang tenang!

Berapakah harga perjalanan menaiki kapal dari Phuket ke Krabi?

Harga berbeza mengikut syarikat tetapi anda mungkin membayar sekitar RM83 untuk tiket menaiki kapal berkelajuan biasa yang pergi ke Krabi dari Phuket. Cara terbaik adalah dengan menempah melalui 12Go.asia. Dengan melakukan itu anda pasti akan ada kesemua pengangkutan yang betul semasa anda bergerak melalui Koh Phi Phi dalam perjalanan. Ia juga merupakan cara yang baik untuk mengalahkan orang ramai dalam mendapatkan masa pelepasan terbaik semasa musim sibuk. Untuk pengangkutan yang lebih cepat dengan menaiki bot laju, anda melihat kepada harga sekitar RM153 atau lebih untuk setiap orang sehala.

Bagaimana untuk ke Krabi dari Phuket menaiki bas?

Anda boleh mendapatkan perjalanan menaiki bas mini atau bergerak menaiki bas tempatan. Bas mini menjaminkan keselesaan dan selalunya mengambil anda di tempat-tempat terpilih di atas pulau. Bas tempatan adalah jauh lebih murah (tiket serendah RM20 atau lebih rendah!) tetapi mungkin mengambil masa yang lebih lama dan hanya berlepas dari terminal bas Phuket berhampiran bandar Phuket.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: