Sediakan peralatan skuba, snorkel dan bersihkan bikini kerana Koh Tao menunggu, Salah satu di antara tiga pulau yang paling terkenal di Kepulauan Chumphon (suatu gugusan yang termasuk Koh Phangan dan Koh Samui). Ia terkenal dengan pantai putih Ko Hang Tao, tempat menyelam yang penuh dengan ikan dan bukit-bukau yang ditutupi hutan hijau.
Walaupun ia merupakan bahagian paling utara dan jauh dalam gugusan Chumphon, perjalanan meliputi 115km itu mudah sahaja. Anda boleh pilih sahaja di antara feri laju dan katamaran yang banyak di sana dan mungkin masukkan sekali perjalanan teksi dan bas untuk ke pelabuhan. Baca lebih lanjut di bawah…
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Surat Thani ke Koh Tao menaiki katamaran | 3 jam | RM98 | Tempah Online |
Surat Thani ke Koh Tao menaiki feri laju | 5.5 jam | RM100 | Tempah Online |
Surat Thani ke Koh Tao menaiki teksi dan feri | 5.5 jam | RM290 | Tempah Online |
Surat Thani ke Koh Tao menaiki katamaran
Tempoh Masa – 3 hingga 5 jam
Harga – RM98-RM110 (tiket kapal sahaja)
Keselesaan – 5/5
Terdapat banyak kelebihan katamaran untuk perjalanan di antara Surat Thani dan Koh Tao. Mungkin yang paling penting ialah ia merupakan perjalanan kapal yang paling laju anda boleh pilih. Masa perjalanan menaiki kapal laju ini boleh jadi sepantas 3.75 jam sahaja. Ini bermakna jika keluar dari pelabuhan pada waktu pagi (terdapat pelayaran pada jam 9 pagi) anda dapat sampai tepat pada waktunya untuk menikmati makan tengahari dengan Pad Thai di Jeti Mae Haad. Terdapat juga pelayaran pada 3:30 petang dan anda akan sampai di Koh Tao pada sebelah petang. Itu merupakan pilihan yang baik jika anda mengembara ke Surat Thani dari tempat lain di kawasan itu sebelum bergerak ke pulau-pulau tersebut.
Katamaran dikendalikan oleh Lomprayah dan merupakan perjalanan kapal paling laju di antara Surat Thani dan Koh Tao.
Tambahan pula, katamaran berlayar dari Jeti Tapee manakala pilihan yang lain berlayar dari Jeti Donsak. Jika anda lihat pada peta, Jeti Tapee lebih dekat dengan pusat Surat Thani. Anda tidak perlu berfikir tentang mendapatkan perjalanan van mini dan bas yang lama sebelum berlayar meninggalkan pelabuhan. Ia hanya sejauh 12 minit menaiki teksi dari pasar malam Surat Thani di San Chao. Dari Lapangan Terbang Surat Thani, ia mengambil 25-30 minit pemanduan sahaja untuk ke jeti itu.
Harga biasanya di sekitar RM98 untuk tiket kapal itu sahaja. Jika anda ingin masukkan sekali pengangkutan dari lapangan terbang atau hotel anda di Surat Thani, harga boleh menjadi sekitar RM120. Itulah harganya berbanding feri yang lain yang sudah tentu menunjukkan mengapa ia menjadi pilihan yang terkenal. Disebabkan itu juga kami syorkan anda menempah tiket lebih awal untuk dapatkan tempat anda. Syukurlah, 12Go.asia membolehkan anda menempah berbulan lebih awal sebelum anda tiba di Thailand. Cari tawaran dari syarikat pelancongan Lomprayah yang mengendali katamaran yang menuju ke Koh Tao.
Surat Thani ke Koh Tao menaiki feri laju
Tempoh Masa – 5.5 – 8 jam
Harga – RM100
Keselesaan – 3/5
Kebanyakan kapal yang berlayar dari Surat Thani ke Koh Tao sebenarnya berlayar dari suatu jeti yang lain di bahagian timur bandar itu. Jika anda memilih cara ini bermakna anda mempunyai lebih banyak syarikat pelancongan untuk dipilih di samping waktu pelepasan dari awal pagi hingga ke petang.
Pertama sekali, anda perlu sampai ke Jeti Donsak dahulu di mana feri anda menunggu. Ia mengambil sekitar sejam dari bandar Surat Thani. Dari lapangan terbang, anda melihat kepada pemanduan selama 80 minit. Perjalanan ini mengikut jalan 401 terus menghala ke timur menerusi ladang-ladang getah, kebun-kebun pisang dan tepi pantai yang kehijauan. Ia merupakan cara yang senang untuk mulakan perjalanan anda menuju ke Koh Tao terutamanya dengan pengangkutan yang seringkali diatur oleh syarikat kapal itu sendiri untuk memudahkan keadaan.
Feri laju berlayar dari jeti di Donsak terletak sejauh 1-1.5 jam pemanduan ke arah timur dari pusat Surat Thani.
Setelah anda tiba di Jeti Donsak, anda perlu cari feri yang betul. Feri laju kebiasaannya dikongsi oleh dua syarikat iaitu Songserm dan Seatran Discovery. Feri laju Seatran Discovery mungkin lebih laju dan selesa sedikit manakala tiket bagi feri Songserm lebih murah. Kedua-duanya mempunyai dek luaran di mana anda boleh berdiri dah lihat hutan bakau di tanah besar hilang dari pandangan dan ombak Teluk Thailand menggantikannya.
Perjalanan feri itu sendiri mengambil empat hingga lima jam tetapi boleh di lambatkan sedikit disebabkan laut berombak dan kelewatan (agak biasa terjadi dalam pilihan ini). Ia sentiasa lebih baik jika anda dapatkan tiket bas dan kapal sekaligus. Cari sahaja di 12Go.asia untuk bandingkan kesemua pilihan yang ada termasuk pengambilan di Lapangan Terbang Surat Thani dan di pusat bandar.
Surat Thani ke Koh Tao menaiki teksi dan feri
Tempoh Masa – 5.5 – 8 jam
Harga – RM290
Keselesaan – 4/5
Anda mungkin tidak menjimatkan terlampau banyak masa bertukar daripada van mini kepada teksi dalam perjalanan ke timur menuju ke pelabuhan di Donsak. Ia sebenarnya tentang meningkatkan keselesaan bagi bahagian pertama perjalanan anda di antara Surat Thani dan Koh Tao. Anda akan mendapat perjalanan yang bersih dan mewah menuju ke jeti dilengkapi dengan penghawa dingin dan air percuma. Ia mungkin merupakan pilihan yang sesuai jika duit anda membolehkannya dan anda ingin sampai ke tempat menyelam dalam keadaan segar dan bersedia.
Anda akan diambil dari mana-mana tempat yang anda pilih untuk perjalanan dari Surat Thani menuju ke bot. Ia merupakan jalan yang terus menuju ke feri laju yang dikendalikan oleh Seatran Discovery dan Songserm. Setelah anda tiba di pelabuhan, anda perlu mendapatkan tiket untuk keluar menuju ke Koh Tao yang boleh dibuat di tempat tiket syarikat-syarikat tersebut. Selain itu, anda boleh pra-tempah kedua-dua bahagian perjalanan anda lebih awal melalui 12Go. Itu patut membantu anda dapatkan tawaran terbaik menaiki teksi. Ia juga menghilangkan kesusahan membandingkan harga feri pada hari kejadian.
Koh Tao merupakan tempat menyelam yang menjadi tumpuan dengan pantai putih dihiasi batu karang dan ikan pari. Jika anda betul-betul ingin lakukannya, lihat kesemua pilihan di atas yang menjanjikan bahawa anda akan bergerak dari bandar pelabuhan Surat Thani yang sibuk ke bar-bar buluh dan pasir pantai dalam masa kurang dari sehari.
FAQ Surat Thani ke Koh Tao
Cara termurah untuk ke Koh Tao dari Surat Thani adalah dengan menaiki kombo bas dan feri yang dijalankan oleh syarikat seperti Songserm dan Seatran Discovery. Ia termasuk 1.5 jam masa pemanduan dari Surat Thani menuju ke pelabuhan di Donsak. Kemudian, anda akan naik feri untuk pelayaran merentasi Teluk Thailand menuju ke pulau. Secara ringkasnya, tiket berharga sekitar RM100 tetapi anda boleh dapat tawaran lebih kurang jika menempah lebih awal melalui 12Go.asia.
Pastikan anda cari katamaran yang dikendali oleh Lomprayah jika anda ingin tinggalkan tanah besar dan sampai ke Koh Tao secepat mungkin. Ia boleh menamatkan perjalanan dalam masa lebih sedikit sahaja dari tiga jam manakala secara puratanya, masa perjalanan boleh menjadi sekitar empat jam jika berlaku kelewatan disebabkan lautan berombak dan masa menaikkan dan menurunkan penumpang. Berita baik yang lain ialah katamaran Lomprayah berlayar dari Jeti Tapee yang berdekatan dengan pusat Surat Thani, jadi tiada perjalanan menuju ke Donsak diperlukan.
Tempoh perjalanan menaiki feri dari Surat Thani ke Koh Tao berbeza mengikut jenis feri yang anda pilih dan musim anda mengembara. Pengangkutan terpantas ialah katamaran Lomprayah yang boleh menamatkan perjalanan dalam masa tiga hingga empat jam. Manakala, feri yang berlayar dari Jeti Donsak kebiasaannya mengambil sekitar empat hingga lima jam. Jangkakan sedikit kelewatan di antara Mei dan Ogos terutamanya semasa Teluk Thailand boleh bergelora.
Secara amnya, anda tidak akan membayar lebih dari RM120 untuk feri dari Surat Thani ke Koh Tao. Katamaran oleh Lomprayah yang terkenal itu juga tidak berharga mahal hanya di sekitar RM98-RM110. Cara terbaik untuk dapatkan tawaran menarik ialah dengan menempah awal dari orang lain. Anda boleh lakukannya dengan menggunakan alat carian 12Go.asia. Hanya masukkan tarikh perjalanan dan pilih perjalanan yang terbaik bagi anda. Selesai.
Anda boleh lakukannya sendiri setelah mendarat di Lapangan Terbang Surat Thani dengan mendapatkan teksi tempatan untuk bawa anda ke Jeti Tapee atau Jeti Donsak dan menaiki kapal. Tetapi sudah tentu itu akan menjadi lebih mahal berbanding tawaran pakej dari 12Go.asia tidak termasuk lagi kesusahan yang bakal dialami. Jadi, tempat sahaja tiket-tiket tersebut lebih awal dan anda akan mendapati seseorang menunggu anda di balai ketibaan untuk membawa anda ke feri yang merentas ke Koh Tao.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: