Cara untuk ke Koh Samui dari Surat Thani

Cara untuk ke Koh Samui dari Surat Thani

Perjalanan dari bandar Surat Thani di tanah besar ke pinggir pantai pulau Koh Samui merupakan salah satu perjalanan yang ribuan pengembara lakukan setiap tahun. Kebanyakan mereka akan membuat niat untuk pergi bercuti dan berehat di salah satu pulau idaman paling terkenal di Asia yang mempunyai lambakan hotel lima bintang, vila yang mewah dan teluk yang dilindungi dengan pokok-pokok kelapa. Syukurlah, perjalanan ini sepatutnya mengambil masa yang singkat sahaja.

Terdapat lebih 80 kilometer yang memisahkan antara kedua-dua tempat ini dan pelbagai syarikat pelancongan menawarkan perkhidmatan bas dan feri. Ia semestinya suatu perjalanan terus dari A ke B yang boleh dilakukan dalam satu pagi sahaja. Inilah masanya untuk mula impikan kelapa sejuk, tempat tidur tergantung dan matahari terbenam yang sinonim dengan Samui.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Surat Thani ke Koh Samui menaiki katamaran2 jamRM74Tempah Online
Surat Thani ke Koh Samui menaiki feri laju3 jamRM70Tempah Online
Surat Thani ke Koh Samui menaiki feri biasa4 jamRM29Tempah Online

Surat Thani ke Koh Samui menaiki katamaran

Surat Thani ke Koh Samui menaiki katamaran
Katamaran dari Lomprayah adalah laju dan selesa

Tempoh Masa – Sekitar 2 jam
Harga – RM74
Keselesaan – 5/5

Tiada cara yang lebih pantas untuk meninggalkan pelabuhan Surat Thani yang panas dan sampai ke syurga tropika Koh Samui selain menaiki katamaran. Feri-feri ini adalah cara yang paling cepat, baru dan selesa untuk lakukan perjalanan ini. Ia melakukan perjalanan ini dari jeti ke jeti dalam tempoh masa sekitar 1 jam 45 minit sahaja. Anda akan menikmati jus mangga dan bermain dengan air di Pantai Chaweng sebelum anda boleh sebut sawadee krap!

Untuk jadikan ia lebih mudah dan tenang, terdapat satu syarikat yang mengendalikan kapal-kapal ini: Lomprayah. Seringkali dinilai tinggi oleh para penumpang, mereka merupakan yang terbaik di antara yang terbaik dalam industri pelancongan dengan kepakaran dalam jalan-jalan premium pergi dan balik ke pulau-pulau teluk seperti Koh Samui. Mereka dikenali dengan kecekapan dalam servis tiket, masa ketibaan yang tepat dan pelayaran yang lancar. Kapal-kapal mereka juga wajar diberi penghargaan. Di dalamnya terdapat baris-baris tempat duduk yang selesa dalam kabin awam yang berhawa dingin. Di luar terdapat kawasan dek yang berangin di mana anda boleh berkumpul dengan para pengembara yang lain untuk melihat hutan-hutan bakau lalu semasa anda berlayar.

Lomprayah Catamaran - Seating Options
Beberapa pilihan tempat duduk yang terdapat di dalam katamaran Lomprayah

Bayar lebih sedikit untuk menikmati katamaran berkelajuan tinggi dan servis Lomprayah yang bertaraf tinggi apabila bergerak dari Surat Thani ke Koh Samui.

Tidak seperti pilihan-pilihan yang lain dalam senarai ini, servis-servis Lomprayah berlayar dari Jeti Tapee. Ia terletak di bahagian timur laut bandar jadi anda tidak memerlukan perjalanan yang lama untuk sampai ke kapal. Mereka yang datang terus dari Lapangan Terbang Surat Thani juga boleh berada di pelabuhan dalam masa 30 minit sahaja.

Sambungan dari Surat Thani ke Koh Samui dengan Lomprayah boleh ditempah secara atas talian melalui 12Go.asia. Ia bermaksud bahawa anda boleh mendapatkan tempat anda jauh lebih awal sebelum para pengembara bersesak (jangkakan ini semasa musim sibuk seperti Disember, Januari dan Februari). Ia juga bermaksud bahawa anda boleh mengatasi perjalanan dari tengah bandar, lapangan terbang dan hotel tempatan untuk sampai ke kapal tepat pada masanya.

Surat Thani ke Koh Samui menaiki feri laju

Surat Thani ke Koh Samui menaiki feri laju
Seatran Discovery (dalam gambar) dan Songserm merupakan pilihan terkemuka untuk feri-feri berkelajuan tinggi menuju ke Koh Samui

Tempoh Masa – 1.5 jam (rentasan sahaja), 3-5 jam termasuk pemindahan
Harga – RM70
Keselesaan – 4/5

Pengangkutan paling biasa antara Surat Thani dan Koh Samui ialah feri berkelajuan tinggi. Tetapi jangan biarkan nama itu menipu anda kerana ia bukan sepantas katamaran. Ya, rentasan dari tanah besar ke pulau hanya selama 1.5 jam. Akan tetapi, kapal-kapal berlayar dari jeti di Donsak yang lebih jauh di timur pesisiran pantai dari Surat Thani. Ia bermaksud anda perlu memandu lebih lama sebelum sauh diangkat.

Akan tetapi, ia masih merupakan pilihan yang terkenal untuk para pengembara yang ingin menjimatkan sedikit baht untuk sesi-sesi urutan dan koktel tetapi masih ingin sampai ke Samui tanpa membazirkan sehari di atas jalan. Kebanyakan perjalanan mengambil masa antara tiga hingga lima jam secara keseluruhan termasuk perjalanan van mini dari pusat bandar Surat Thani atau lapangan terbang tempatan, masa menunggu di pelabuhan dan perjalanan merentasi air laut Teluk Thailand.

Seatran Discovery Seating
Di atas feri laju Seatran Discovery ini anda boleh merasai angin yang membuai-buai dalam perjalanan ke Koh Samui

Feri laju mungkin melakukan rentasan dalam 1.5 jam tetapi ia berlayar dari suatu jeti yang sedikit jauh dari Surat Thani.

Dua nama terkenal yang menawarkan pengangkutan berkelajuan tinggi ialah Seatran Discovery dan Songserm. Seatran Discovery bermegah dengan kapal-kapal moden. Mereka akan membawa anda ke tepi pantai di utara Samui, ke Jeti Bangrak. Ia merupakan pilihan yang bagus jika anda inginkan hotel di perkampungan nelayan Bophut atau Pantai Lamai yang cantik. Perkhidmatan Songserm akan menurunkan anda di Nathon di bahagian pantai barat pulau. Ia pilih yang baik untuk mencapai tempat-tempat yoga di tepi pantai di selatan pulau dan resort-resort Maenam yang lebih senyap.

La sentiasa merupakan idea yang baik untuk menempah tiket feri berkelajuan tinggi anda dari Surat Thani ke Koh Samui seawal yang mungkin. Bukan sahaja disebabkan permintaan yang tinggi terutamanya dari bulan November ke hadapan, tetapi membuat tempahan melalui perkhidmatan seperti 12Go menjadikannya lebih mudah untuk menambah pengangkutan dari bandar ke pelabuhan dan teksi ke hotel anda sebaik sahaja anda tiba.

Surat Thani ke Koh Samui menaiki feri biasa

Surat Thani ke Koh Samui menaiki feri biasa
Jika anda ingin menyimpan sedikit wang, menaiki feri biasa (perlahan) merupakan pilihan yang baik

Tempoh Masa – Sekitar 4 jam
Harga – RM30-50
Keselesaan – 3/5

Jika anda mempunyai sedikit masa lebih untuk diluangkan dan tidak mahu meluangkan wang lebih dari jumlah dalam bajet, feri biasa adalah cara terbaik untuk bergerak antara Surat Thani dan Koh Samui tahun ini. Ya, ia merupakan kapal paling perlahan tetapi ia juga yang termurah. Jangkakan tiket feri sahaja berada sekitar RM30. Manakala, pakej yang termasuk pengangkutan ke jeti berharga sekitar RM50. Hal ini sepatutnya meninggalkan wang yang lebih dari cukup untuk sesi menyelam PADI dan Muay Thai, kan?

Feri biasa akan membawa anda dari Jeti Donsak di tanah besar ke satu daripada dua jeti di pantai barat Koh Samui.

Perjalanan biasanya bermula dengan pengambilan di bandar Surat Thani atau di lapangan terbang. Kemudian, anda akan bergerak melalui tepi pantai di tanah besar terus ke Jeti Donsak di antara barisan pokok kelapa dan bakau. Akhir sekali, anda menunggu seketika di sana sebelum menaiki kapal untuk merentas ke Lipa Noi atau Nathon di Samui. Semua sekali mengambil masa perjalanan sekitar empat hingga lima jam. Ingat bahawa anda akan tiba di pantai barat pulau jadi bagus jika anda mempunyai tiket yang termasuk teksi untuk ke hotel anda. Kebanyakan hotel berada di tepi pantai di bahagian timur dan utara pulau.

Seating on a Raja Ferry
Tempat duduk dalaman yang luas di dalam Feri Raja bergerak menuju ke Koh Samui

Feri yang biasa juga luas dan besar. Terdapat kawasan dalaman dan luaran untuk berehat semasa dalam perjalanan dengan dek terbuka di bahagian atas untuk menikmati pemandangan Teluk Thailand bergerak lalu. Kapal-kapal ini dikendalikan oleh dua syarikat di luar Jeti Donsak. Kedua-dua mereka mempunyai nilai yang sama tinggi tetapi kebiasaannya Feri Raja yang meletakkan Phantip 1970 di tempat tertinggi untuk perkhidmatan.

Ia tidak jauh untuk ke Koh Samui dari Surat Thani. Malah, perjalanan 80 kilometer ini boleh dilakukan dalam hanya beberapa jam. Tambahan pula, terdapat pelbagai syarikat yang berbeza dan kapal-kapal yang menunggu untuk membantu anda membuat perjalanan ini jadi anda akan dimanjakan dengan pelbagai pilihan dalam perjalanan ke kedai-kedai makanan laut di Bophut dan bar-bar pantai di Chaweng.


FAQ Surat Thani ke Koh Samui

Apakah cara termurah untuk ke Koh Samui dari Surat Thani?

Feri-feri biasa yang dikendalikan oleh Phantip 1970 dan Feri Raja adalah yang termurah untuk tinggalkan tanah besar ke arah Koh Samui. Walau bagaimanapun, tidak terdapat banyak beza antaranya dan pilihan berkelajuan tinggi jadi anda mungkin ingin menaikkan kos beberapa ringgit untuk memberi lebih banyak pilihan untuk perjalanan tersebut. Oh, kesemua tiket boleh dibandingkan dengan mudah melalui 12Go.asia.

Apakah cara terpantar untuk ke Koh Samui dari Surat Thani?

Katamaran! Pengangkutan dari bandar ke pulau yang terkenal ini dikendalikan oleh Lomprayah dan mengambil masa kurang dari dua jam untuk menghabiskan perjalanan anda. Di atas kertas, ia mungkin kelihatan lebih lama dari feri laju, tetapi tidak. Katamaran berlayar dari jeti di tengah-tengah Surat Thani, jadi anda tidak akan membazirkan masa menaiki van mini sebelum berada di atas air. Pergi ke 12Go untuk menempah perjalanan anda dengan Lomprayah sebelum kesemua tempat diambil!

Cara untuk ke Koh Samui dari Surat Thani?

Sedikit daratan dan Teluk Thailand yang luas memisahkan Surat Thani dan Koh Samui. Ini bermakna anda memerlukan gabungan memandu dan menaiki kapal untuk menukarkan pasar-pasar malam dengan pantai-pantai yang indah. Anda bernasib baik kerana terdapat banyak pilihan dari katamaran yang laju ke kapal-kapal berkelajuan tinggi. Kesemua ini boleh ditempah termasuk pemindahan dan teksi di 12Go.asia.

Berapa lamakah feri dari Surat Thani ke Koh Samui?

Tempoh yang diluangkan di atas feri bergantung kepada syarikat yang anda pilih. Kapal-kapal Lomprayah adalah yang tercepat tetapi mereka tidak mempunyai masa rentasan yang paling pendek. Kenapa? Kerana mereka berlayar dari jeti yang lebih dekat dengan bandar, jadi jumlah jarak yang dilalui adalah lebih sedikit. Walau bagaimanapun, ia akan mengambil kurang dari dua jam sebelum anda turun di Samui. Feri-feri lain bergerak keluar dari Jeti Donsak mengambil masa sekitar 1.5-2 jam secara keseluruhannya.

Cara untuk ke feri dari Lapangan Terbang Surat Thani?

Terdapat cara yang mudah dan susah. Cara mudah adalah dengan membuat tempahan yang termasuk perjalanan dari balai ketibaan ke feri. Ia boleh dilakukan sekejap sahaja melalui 12Go.asia dan pasti membuang stres daripada pertukaran-pertukaran tersebut. Selain itu, anda boleh pergi ke sana sendiri, tetapi kami ingatkan anda bahawa teksi di lapangan terbang boleh menjadi mahal dan sukar dicari.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk ke Koh Samui dari Lapangan Surat Thani?

Pilih katamaran laju yang dikendalikan oleh Lomprayah dan anda boleh lupakan kapal terbang dan bertemu dengan pokok-pokok kelapa di Koh Samui dalam masa kurang dari tiga jam. Itu merupakan cara paling cepat kerana jeti itu lebih dekat ke terminal. Cara-cara yang lain boleh mengambil sekitar tiga hingga lima jam.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: