Koh Samet berbentuk seperti pencabut gabus dan terletak di lautan jernih Teluk Thailand. Ia mempunyai pasir pantai yang lembut dan laut yang berwarna biru-kehijauan. Disebabkan ia merupakan pulau yang paling dekat dengan Bangkok, ia menjadi salah satu destinasi terkenal di antara penduduk-penduduk tempatan di ibu kota Siam.
Penggemar pesta dan matahari bergerak pada hujung minggu dan waktu cuti untuk menikmati Pantai Diamond dan meminum bir di bar-bar Ao Pai. Mereka biasanya bergerak menaiki kereta dan kemudiannya bertukar menaiki feri. Koh Samet teramat dekat dengan BKK jadi tidak berbaloi untuk bayar bagi penerbangan kerana hanya 160 km yang memisahkan kedua-duanya. Teruskan membaca bagi mendapatkan maklumat tentang cara membuat perjalanan itu bagi menikmati tempat tidur tergantung, snorkeling dan pantai itu sendiriβ¦
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Bangkok ke Koh Samet menaiki bas dan feri | 4 jam | RM70 | Tempah Online |
Bangkok ke Koh Samet menaiki teksi dan feri | 4 jam | RM450 | Tempah Online |
Bangkok ke Koh Samet menaiki bas awam dan feri | 5 jam | RM40 | β |
Bangkok ke Koh Samet menaiki bas dan bot laju | 4 jam | RM530 | Tempah Online |
Bangkok ke Koh Samet menaiki bas dan feri
Tempoh Masa β 4 β 5 jam
Harga β RM70
Keselesaan β 4/5
Cara paling biasa digunakan untuk ke Koh Samet dari Bangkok bermula dengan perjalanan menaiki bas menuju ke bahagian tenggara ibu kota. Perjalanan ini mengikuti jalan raya 7 yang mengelilingi Teluk Thailand melalui Pattaya dan Chon Buri menuju ke jeti Sri Ban Phe di Rayong. Di situlah tempat feri berlayar untuk ke syurga pantai dan teluk Koh Samet.
Salah satu kelebihan kombo bas dan feri ialah waktu pelepasan dari Bangkok kebiasaannya pada awal pagi. Ini bermakna anda akan berlabuh di Koh Samet setelah lima jam dengan masa sehari suntuk untuk anda berjemur.
Anda boleh tukar kesibukan Jalan Khaosan demi suasana Robinson Crusoe di Koh Samet dalam masa sekitar lima jam apabila menaiki bas dan feri.
Pakej yang paling banyak dicari bagi perjalanan ini adalah dengan syarikat seperti Travel Mart. Mereka mengatur bas ala-ala van mini yang boleh memuatkan 12-14 orang keluar dari Jalan Khaosan di Bangkok yang merupakan hab pengembara yang utama di bandar tersebut. Tambahan pula, ia termasuk rentasan menaiki feri dan kebiasaannya ditujukan kepada pelancong antarabangsa jadi anda boleh berkongsi cerita dengan pengunjung yang sama seperti anda semasa dalam perjalanan ke pulau tersebut.
Kami syorkan anda menempah tiket seawal mungkin bagi perjalanan menaiki bas dan kapal ke Koh Samet. Ribuan penduduk tempatan Bangkok ingin pergi ke pantai-pantai di sana pada hujung minggu dan waktu cuti. Ini bermakna pengangkutan dan tiket seringkali habis ditempah seperti Pad Thai di warung Jalan Chatuchak. Oleh itu, kemudahan tempahan atas talian melalui 12Go.asia merupakan satu anugerah!
Bangkok ke Koh Samet menaiki teksi dan feri
Tempoh Masa β 4 jam
Harga β RM450+
Keselesaan β 5/5
Satu cara untuk meningkatkan tahap keselesaan apabila menukarkan pasar jalanan Bangkok dengan pantai Koh Samet adalah dengan memilih teksi persendirian untuk bergerak ke pelabuhan. Ia merupakan pilihan tentu memerlukan duit lebih dengan harga untuk ke jeti di sekitar RM400. Namun, ingat bahawa anda boleh bahagi dengan ahli pengembaraan anda disebabkan harga tersebut adalah untuk keseluruhan teksi dan bukannya setiap orang.
Terdapat tahap keselesaan yang lebih jika menaiki teksi untuk ke jeti manakala tiket kombo boleh membuat pertukaran daripada kereta kepada feri menjadi mudah.
Kebiasaannya ia merupakan kenderaan yang berhawa dingin dengan tempat duduk yang empuk berserta air percuma. itu membuatkan mereka lebih baik berbanding bas apabila kita bercakap tentang perjalanan ke Koh Samet dari Bangkok dengan bergaya. Anda akan mempunyai pemandu tersendiri bermakna anda boleh minta untuk membuat persinggahan.
Lebih baik anda dapatkan pakej menggunakan servis tempahan tiket seperti 12Go untuk memudahkan pertukaran daripada kereta ke feri semasa di pelabuhan. Dengan membuat sedemikian, mudah untuk mendapatkan perjalanan dengan syarikat teksi yang bagus seperti Glassflower, PGS, Team Holiday dan MCC Van termasuk rentasan feri yang ditawarkan oleh Koh Kaew Phitsadan dan lain-lain.
Bangkok ke Koh Samet menaiki bas awam dan feri
Tempoh Masa β 5 β 6 jam
Harga β Serendah RM40
Keselesaan β 3/5
Anda inginkan pengembaraan? Anda suka berinteraksi dengan penduduk tempatan? Ingin berlatih ucapkan sawadee krap dan kas? Apa kata anda buat dapatkan bas awam yang bergerak dari Bangkok ke jeti feri di Rayong? Ia mungkin lebih sibuk dari bas-bas pelancongan tetapi mempuyai suasana yang lebih tulen.
Sertai penduduk tempatan Siam dalam perjalanan ke hotel dan teluk di Koh Samet dengan menggunakan bas awam untuk keluar dari ibu kota.
Ia berlepas dari Terminal Bas Timur di Ekkamai dan Terminal Bas Selatan. Anda boleh menaiki tuk-tuk atau teksi untuk merentasi bandar sebelum anda dapat membeli tiket di stesen. Pastikan anda dapatkan tiket yang membawa anda terus ke Koh Samet. Anda boleh lakukan ini sebagai sebahagian kombo bas dan feri.
Anda boleh jangka untuk menaiki bas VIP yang besar atau van min. Kebiasaannya ia mempunyai penghawa dingin dan hiburan dalam kenderaan. Destinasi anda ialah Jeti Ban Phe yang boleh dicapai setelah empat atau lima jam. Selepas itu, feri akan mengambil 30 β 45 minit untuk merentas ke Jeti Nadan jauh di bahagian utara Koh Samet.
Bangkok ke Koh Samet menaiki bas dan bot laju
Tempoh Masa β 4-5 jam
Harga β Lebih kurang RM530 tetapi pastikan anda tawar-menawar!
Keselesaan β 3/5
Bot laju persendirian akan memendekkan rentasan yang sememangnya sudah pendek dari tanah besar Siam ke Koh Samet menjadikannya sekitar 15 β 20 minit. Ia boleh membawa anda terus ke pelbagai destinasi di pulau tersebut sama ada Pantai Sai Kaew yang keputihan atau Pantai Wong Duean di selatan yang tidak begitu terkenal. Ia jarang dilakukan secara kerap dalam sehari tetapi hanya mengambil alih apabila perkhidmatan feri-feri utama terhenti di sebelah petang.
Dari segi harga, anda melihat lebih kurang RM400 untuk sewaan bot itu sahaja. Disebabkan itulah ia jarang menjadi pilihan yang berbaloi dipertimbangkan melainkan anda tiba lambat di jeti Ban Phe atau memang inginkan keseronokan menaiki bot laju. Tambahan pula, anda perlu mengatur perjalanan bas menuju ke marina sendiri. Ia boleh dibuat sama ada dengan perjalanan menaiki van mini dari Jalan Khaosan atau bas awam dari Ekkamai, Terminal Bas Selatan Bangkok atau Lapangan Terbang Suvarnabhumi.
Koh Samet merupakan permata Teluk Thailand. Ia mungkin merupakan salah satu tempat terdekat dengan Bangkok untuk menikmati matahari, pantai dan air laut dengan suasana santai, pesta reggae, warung kelapa dan teluk yang indah. Ia juga mudah untuk dicapai. Terdapat pelbagai bas dan kapal yang membuat perjalanan dalam masa empat hingga enam jam sebelum anda boleh memasuki syurga dunia tersebut.
FAQ Bangkok ke Koh Samet
Bas awam boleh membawa anda ke jeti Ban Phe berdekatan Rayong dengan harga serendah 155 THB (kurang dari RM20!). Gabungkannya dengan kapal paling murah dan tempah lebih awal melalui 12Go.asia, anda akan mendapat harga yang mesra dompet dengan jumlah sekitar RM40 untuk perjalanan lengkap dari Bangkok ke Koh Samet.
Menaiki teksi persendirian boleh mempercepatkan perjalanan dari Bangkok ke Rayong di mana terletaknya jeti feri. Dari sana, anda akan percepatkan lagi perjalanan dengan memilih bot laju. Namun, ia jauh lebih mahal berbanding feri biasa dan hanya memotong 10-20 minit dari tempoh perjalanan. Anda juga tidak boleh tempah lebih awal melalui 12Go bermakna anda akan bazirkan masa yang boleh digunakan untuk berjemur dengan mencari harga murah di pelabuhan.
Disebabkan Koh Samet teramat dekat dengan Bangkok, tidak masuk akal untuk mendapatkan apa-apa penerbangan. Jadi, pilihan anda hanyalah teksi persendirian dari lapangan terbang, bas awam dari pelbagai stesen berbeza di bandar atau van mini pengembara yang keluar dari Jalan Khaosan. Kemudian anda perlu bertukar menaiki feri untuk membuat rentasan pendek menuju ke pulau tersebut. Kesemua pilihan dan syarikat pelancongan yang ada boleh dibandingkan melalui alat carian 12Go.asia.
Anda hanya akan membayar lebih sedikit dari RM400 untuk keseluruhan perjalanan dari Bangkok ke pelabuhan dan seterusnya ke Koh Samet. Dengan menggunakan 12Go.asia, anda boleh dapatkan gabungan teksi dan feri untuk harga sejumlah RM440. Ia mungkin kelihatan seperti banyak tetapi harga tersebut adalah untuk seluruh teksi yang boleh memuatkan empat orang penumpah atau lebih. Tambahan pula, teksi boleh mengambil anda dari mana-mana sahaja dalam ibu kota itu jadi anda tidak perlu keluarkan duit tambahan untuk dapatkan tuk-tuk menuju ke terminal bas sebelum anda ke pulau.
Jika anda melukis suatu garis lurus pada peta di antara ibu kota Siam yang sibuk dan Koh Samet, jaraknya adalah di sekitar 160 km. Dengan mengikuti lebuhraya utama yang melalui hujung Teluk Thailand untuk pergi ke kapal dari bandar (anda perlu naiki bas), anda melihat kepada jarak sekitar 200 km ditambah dengan rentasa feri sejauh 5 km.
Tanyalah mana-mana penduduk tempatan Bangok dan mereka akan katakan bahawa Koh Samet merupakan suatu syurga dunia. Pulau tersebut telah lama menjadi destinasi para penduduk bandar yang ingin menikmati pasir pantai dan air laut. Ia mempunyai suasana yang tenang dan pesta reggae seperti di pantai-pantai Thailand yang lain dengan jarak hanya sejauh empat atau enam jam dari pusat bandar. Jadi, sudah tentu berbaloi bagi anda untuk ke Koh Samet jika anda inginkan air laut jernih, sesi snorkeling, berjemur, skuba dan lain-lain!
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: