Kedua-dua Krabi dan Koh Phi Phi merupakan tempat persinggahan utama dalam perjalanan di sekitar bahagian Andaman Siam. Salah satu (Krabi) merupakan bandar pantai yang santai di mana banyak hotel di sekitar pasir pantai kekuningan yang dilindungi oleh tebing dalam latar belakangnya. Tempat satu lagi pula (Koh Phi Phi) merupakan pulau yang meriah dengan bar-bar buluh, pertunjukkan bunga api, lagun yang dipenuhi ikan dan pokok-pokok kelapa.
Setiap tahun, ribuan pengunjung akan membuat perjalanan di antara kedua-duanya. Ia hanya merupakan perjalanan sejauh 50 km dalam suatu garis lurus, jadi anda boleh jangka untuk berjalan di Jeti Tonsai yang sibuk di Koh Phi Phi selepas hanya beberapa jam di atas air. Panduan ini akan membantu anda merancang perjalanan itu dengan kesemua maklumat berkenaan kapal dan pilihan tempahan yand anda ada bagi menggantikan tanah besar dengan pulau itu.
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Krabi ke Koh Phi Phi menaiki feri biasa | 2 jam | RM45 | Tempah Online |
Krabi ke Koh Phi Phi menaiki feri laju | 1.5 jam | RM49 | Tempah Online |
Krabi ke Koh Phi Phi menaiki bot laju berkongsi | 1 jam | RM110 | Tempah Online |
Krabi ke Koh Phi Phi menaiki bot laju persendirian | 1 jam | RM1000 | Tempah Online |
Krabi ke Koh Phi Phi menaiki feri biasa
Tempoh Masa – 2 jam (feri sahaja)
Harga – RM45-60
Keselesaan – 4/5
Feri berkelajuan biasa berlayar meninggalkan Krabi secara kerap sepanjang pagi bermula dari 9 pagi. Pelayaran terakhir adalah di sebelah petang sekitar jam 3 petang. Ini merupakan perjalanan menaiki feri besar yang lebih perlahan. Walaupun namanya sebegitu, ia mengambil hanya dua jam sebelum ia berlabuh di bawah tebing-tebing lasak di Koh Phi Phi Don.
Kelebihan pilihan ini sebenarnya ialah kos. Feri biasa yang paling murah dari Krabi ke Koh Phi Phi hanya berharga RM45. Ia adalah separuh dari tambang bot laju. Dalam erti kata yang lain, anda boleh berjimat dengan bir Chang yang sejuk itu di atas pasir putih Pantai Dalum apabila anda tiba di sana!
Feri biasa hanya mengambil dua jam dengan harga murah dan berlepas dengan kerap. Tiada apa yang kita tidak suka!
Perjalanan itu sendiri adalah lurus sahaja. Pergi ke jeti sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu pelayaran. Kemudian, naik feri dan terus berlayar. Kami sarankan anda mencuba tempat duduk di dek luaran. Feri tersebut bergerak menuju ke arah selatan menerusi Andaman yang luas. Di sebelah timur, anda mungkin dapat melihat batu-batuan di pulau Koh Jum. Di sebelah barat pula terdapat bentuk Ko Yao Yai yang merupakan salah satu permata yang tidak disentuh di kawasan itu.
Jika anda ingin menaiki feri biasa dari hotel di Krabi atau berdekatan Ao Nang, lebih baik anda menempah pakej yang termasuk pengangkutan ke Jeti Klong Jilad. Ia akan memastikan anda sampai tepat pada masanya untuk menaiki feri. Selain itu, kapal yang dikendali oleh Chaokoh Travel Center juga berlayar dari Jeti Nopparat thara di Ao Nang itu sendiri. Kesemua pilihan ini boleh dicari dan ditempah lebih awal melalui alat carian 12Go.asia.
Krabi ke Koh Phi Phi menaiki feri laju
Tempoh Masa – 1.5 jam
Harga – RM49+
Keselesaan – 4/5
Kadangkala anda boleh mendapatkan perjalanan feri laju dengan harga yang sama dengan feri biasa. Jika boleh, anda perlu lakukannya! Ia dikendali oleh Songserm yang dinilai tinggi dan kebiasaannya mampu mengurangkan masa perjalanan anda. Cara terbaik untuk dapatkan tawaran terbaik adalah dengan melayari 12Go seawal mungkin sebelum pengembaraan anda lebih-lebih lagi jika anda menuju ke pantai-pantai Koh Phi Phi semasa musim sibuk di antara Disember dan April.
Pendekkan masa perjalanan anda sebelum tiba di pantai Koh Phi Phi yang indah dengan menempah tiket feri laju untuk berlayar keluar dari Krabi.
Tempat pelayaran dan pemandangan dari feri tersebut sama sahaja dengan yang anda dapat jika menaiki feri biasa. Anda perlu ke Jeti Klong Jilad yang luas di bahagian selatan Krabi lebih kurang 30 minit hingga sejam sebelum waktu pelayaran. Kemudian anda akan merentas di antara pokok-pokok bakau dan pulau yang disinari mentari dalam perjalanan ke selatan melalui Teluk Phang Nga menuju ke Koh Phi Phi.
Anda boleh juga mendapatkan tiket kombo di terminal Lapangan Terbang Krabi bagi feri tersebut. Ia merupakan suatu idea yang bagus jika anda mendarat di selatan Bangkok atau Chiang Mai atau anda dari penerbangan yang lama dan ingin terus ke bar Mai Thai dan tempat tidur tergantung di Koh Phi Phi. Servis pengambilan akan berada di luar balai ketibaan manakala perjalanan menuju ke jeti akan mengambil sekitar 25-30 minit.
Krabi ke Koh Phi Phi menaiki bot laju berkongsi
Tempoh Masa –1 jam
Harga – RM110
Keselesaan – 3/5
Sepanjang musim utama, terdapat satu sahaja perjalanan bot laju berkongsi di antara Krabi dan Koh Phi Phi. Ia dilakukan oleh syarikat Koh Phi Phi Kanichta Tour yang keluar dari Krabi River Marina. Ia terletak berdekatan dengan hotel dan penginapan di bandar Krabi tetapi ia juga mengambil perjalanan selama 25 minit dari Ao Nang atau Lapangan Terbang Krabi. Anda boleh jangka untuk membayar dua kali ganda harga feri biasa bagi pilihan ini.
Waktu pelayaran adalah pada jam 9:15 pagi dan ia mengambil sekitar 60 minit dari awal hingga akhir. Ini menjadikannya pilihan terpantas untuk ke Koh Phi Phi kerana ia membawa anda sampai ke Pantai Tonsai tepat pada masanya untuk dapatkan telur dadar Siam dan jus mangga bagi makan pagi sambil menikmati pemandangan laut Andaman. Kekurangannya? Bot laju merupakan pilihan yang agak ganas. Ombak yang kecil sudah cukup untuk menggoyangkan bot tersebut dan kebiasaannya ia tidak mempunyai ruang yang banyak untuk beg.
Krabi ke Koh Phi Phi menaiki bot laju persendirian
Tempoh Masa – 1 jam atau sepanjang hari dengan lawatan
Harga – Sekitar RM1000
Keselesaan – 3/5
Terdapat dua pilihan bagi mereka yang ingin bergerak dengan gaya mewah dan merentasi Andaman menuju ke Koh Phi Phi dengan cepat. Anda boleh tawar-menawar dengan pemilih bot tempatan dan syarikat pelancongan untuk dapatkan bot laju anda sendiri keluar dari Krabi. Anda juga boleh memilih untuk mengikut lawatan bot laju yang telah dirancang. Pilihan pertama itu sedikit mahal tetapi anda akan sampai ke Jeti Tonsai dalam 60 minit atau kurang. Pilihan kedua pula akan mengambil masa sepanjang hari. Walau bagaimanapun, ia merupakan suatu pengembaraan kerana anda akan meneroka pantai-pantai gah Koh Phi Phi, teluk-teluk tersembunyi di sekitar pantai di bahagian utara dan juga melihat Teluk Maya dari jauh.
Lawatan kebiasaannya bergerak dari jeti di Railay atau Ao Nang. Dari sana, ia akan terus menuju ke Taman Negara Hat Nappharat Thara-Mu Ko Koh Phi Phi untuk keseronokan seharian. Persinggahan-persinggahan untuk aktiviti snorkel, berenang dan berjemur juga dimasukkan sekali termasuk makan tengahari yang telah disediakan dan pemandu pelancong berbahasa inggeris. Manakala, perjalanan menaiki kapal kecil dan laju boleh memuatkan sebilangan penumpang sahaja. Ia merupakan pilihan yang tepat bagi sekumpulan pengembara kerana boleh dibahagikan kosnya.
Tebing-tebing Koh Phi Phi yang penuh dengan batu-batuan memanggil-manggil di sepanjang Krabi. Di sana, anda mampu melihat matahari terbenam dari langit yang berwarna merah jambu dan jingga meliputi Laut Andaman, pantai putih yang berkilauan dan pesta-pesta malam yang dihiasi dengan pertunjukkan bunga api. Syukurlah, terdapat banyak pilihan untuk bergerak di antara kedua-duanya termasuk bot laju dan feri klasik.
FAQ Krabi ke Koh Phi Phi
Mudah sahaja untuk pastikan bajet terjaga bagi perjalanan yang terkenal ini. Feri biasa mampu lakukan perjalanan ini dalam masa dua jam sahaja. Tambahan pula, sukar untuk anda keluarkan duit yang banyak. Harga boleh menjadi serendah RM45 bagi rentasan itu sahaja. Beberapa kos tambahan mungkin diperlukan bagi menaiki teksi menuju ke pelabuhan tersebut.
Anda perlu menambah sedikit pada bajet perjalanan dan keluarkan beberapa baht untuk dapatkan bot laju. Ia akan keluar meninggalkan bandar Krabi dan sampai ke Koh Phi Phi dalam tempoh sejam sahaja. Ia adalah separuh dari tempoh masa perjalanan bagi feri biasa. Lebih baik jika anda menempah tiket lebih awal bagi perjalanan yang laju itu melalui 12Go.asia. Terdapat tempat yang terhad dan harga boleh melambung tinggi semasa musim sibuk.
Perjalanan dari Krabi ke Koh Phi Phi merupakan loncatan dari tanah besar ke sebuah pulau. Tanpa sebarang lapangan terbang di pulau bermakna anda perlu menaiki feri. Anda hanya perlu bertanya kepada diri anda feri mana yang anda inginkan. Lihat 12Go.asia untuk cari dan bandingkan pelbagai pilihan yang ada. Terdapat bot laju yang berharga lebih mahal tetapi mampu menghabiskan keseluruhan perjalanan dalam masa sejam sahaja. Selain itu, anda boleh dapatkan feri biasa yang boleh memuatkan lebih ramai penumpang dan berharga lebih murah.
Tempoh rentasan feri biasa dari Krabi ke Koh Phi Phi adalah selama dua jam tetapi hanya tempoh di atas air sahaja. Anda perlu pertimbangkan tempoh perjalanan dari Lapangan Terbang Krabi atau pantai Ao Nang, waktu menunggu di terminal feri dan sedikit urusan pembayaran kemasukan di Koh Phi Phi (400 THB).
Tambang berbeza mengikut feri dan syarikat. Secara purata, anda boleh jangka untuk membayar sekitar RM45 dan jarang sekali melebihi RM74 bagi rentasan menaiki feri biasa atau feri laju. Mudah sahaja untuk semak kos perjalanan dari Krabi ke Koh Phi Phi bagi tarikh perjalanan anda. Hanya pergi ke 12Go.asia dan cari.
Sudah tentu, ya! Ia merupakan salah satu pulau Siam yang paling ikonik. Ia menyerlah di Lautan Andaman seperti gergasi. Hutan-hutan hijau kelihatan di tebing-tebing. Gunung-ganang mencucuk langit. Terdapat pantai-pantai tersembunyi dan teluk-teluk yang boleh diteroka di samping pantai Loh Dalum dan Tonsai yang panjang dengan bar-bar reggae di hadapan laut. Ia juga merupakan taman negara dengan pelbagai batu karang dan lagun yang penuh dengan jerung-jerung dan penyu laut.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: