Chiang Rai dan Chiang Mai merupakan dua hab bandar di utara Thailand. Kedua-dua tempat ini terletak di bawah gunung-ganang yang dipenuhi dengan hutan hujan tropika dan stupa Buddha yang keemasan di hujungnya. Tetapi masing-masing masih membawa suasana dan tarikan tersendiri. Chiang Mai mempunyai bazar malam yang riuh dan sebuah kuarter UNESCO yang lama. Chiang Rai dipenuhi dengan tempat memanjat batu, senibina keagamaan yang menarik dan suku-suku berbeza di sempadan Myanmar.
Jika boleh, anda patut masukkan kedua-duanya dalam pengembaraan anda. Untuk pergi kedua-duanya tidak sukar. Panduan ini menunjukkan kesemua pilihan yang anda boleh ambil untuk meliputi 150 km yang memisahkan kedua-dua bandar tersebut.
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Chiang Mai ke Chiang Rai menaiki bas | 3 jam | RM20 | Tempah Online |
Chiang Mai ke Chiang Rai menaiki teksi | 3 jam | RM390 | Tempah Online |
Chiang Mai ke CHiang Rai bersama sesi lawatan | 24 jam | RM610+ | Tempah Online |
Chiang Mai ke Chiang Rai menaiki bas
Tempoh Masa – 3 jam
Harga – RM20-40
Keselesaan – 4/5, depending on what class you go for
Kebanyakan pengembara ingin tukarkan kafe dan kuil lama Chiang Mai untuk kuil Chiang Rai akan menggunakan bas. Bukan sahaja ia merupakan cara paling murah untuk bergerak dari bandar ke bandar tetapi ia juga dilakukan dengan kerap. Malah, anda boleh mendapatkan sebanyak lima waktu pelepasan setiap hari dan kesemuanya dilakukan satu syarikat sahaja untuk memudahkan anda iaitu Syarikat The Green Bus.
Anda perlu ke Stesen Bas Arcade untuk dapatkan pengangkutan. Boleh sahaja untuk menaiki songthaew (bas berkongsi) yang bergerak ke atas dan bawah Jalan Kaeonawarat untuk ke sana dengan murah. Selain itu, teksi dari Bandar Lama (di mana terdapat kebanyakan hotel Chiang Mai) sepatutnya harga berharga di sekitar 100-150THB.
Syarikat The Green Bus menawarkan perjalanan ke atas sebanyak lima kali sehari dengan pelbagai bas menuju ke Chiang Rai yang mempunyai kelas tempat duduk yang berbeza.
Harga tiket anda bergantung kepada tahap keselesaan yang anda inginkan semasa dalam perjalanan. Green Bus menawarkan tiga kelas: Kelas A, Kelas X dan Kelas V. Kelas A kebiasaannya memang murah dengan harga serendah RM20 dengan tempat duduk yang biasa tetapi masih berhawa dingin. Kelas X merupakan pilihan di tengah-tengah dengan tandas di dalam bas dan kawalan persekitaran yang lebih baik. Kelas V boleh berharga RM40 atau lebih dan anda mendapat tempat duduk berbaring dan ruangan kaki yang luas.
Perjalanan itu sendiri mengikut jalan-jalan kampung. Ia membawa anda menerusi kawasan yang dipenuhi dengan puncak-puncak Taman Negara Khun Chae dan bukit-bukau Taman Negara Doi Luang. Banyak yang anda boleh nikmati dari pemandangan ke luar tingkap walaupun masa perjalanan boleh bertambah dengan banyak semasa kesesakan lalu lintas. Di bahagian Chiang Rai, anda turun sama ada di Terminal 1 atau Terminal 2. Namun, kebiasaannya Terminal 1 yang menjadi tumpuan oara pengembara kerana ia lebih dekat dengan pusat bandar yang sibuk dan pasar-pasar malam.
Chiang Mai ke Chiang Rai menaiki teksi
Tempoh Masa – 3 jam
Harga – RM400-720
Keselesaan – 5/5
Jika anda belum menggunakan baht anda pada colok dan rempah kari Siam dari bazaar malam Chiang Mai, anda mungkin mempunyai jumlah yang cukup untuk mendapatkan teksi di antara Chiang Mai dan Chiang Rai. Ia merupakan cara yang paling mewah dan selesa untuk lakukan perjalanan di antara kedua-dua bandar di utara itu. Anda mendapat seluruh kenderaan itu untuk diri sendiri dilengkapi dengan penghawa dingin, tempat duduk yang empuk dan pemandu yang berdedikasi. Ya, ia seperti mempunyai pemandu tersendiri…
Tiada cara yang lebih selesa untuk bergerak dari Chiang Mai ke Chiang Rai selain memiliki kenderaan sendiri, tetapi satu tip adalah untuk membahagikan kos tersebut.
… Dan itu bermakna bahawa anda akan membayar lebih mahal. Jangkakan kenderaan yang lebih kecil berharga sekitar RM480 dan SUV yang lebih besar & van mini berharga sekitar RM720. Satu kelebihan ialah harga tersebut untuk keseluruhan kenderaan itu bagi sepanjang perjalanan tersebut. Lebih banyak orang yang bersama anda, lebih banyak kos yang anda boleh bahagikan. Jadi, ia mungkin berbaloi untuk dipertimbangkan jika anda mengembara bersama keluarga atau berjaya menarik rakan-rakan penginapan anda untuk pergi ke Chiang Rai untuk meneroka Segi Tiga Emas itu dan berjumpa dengan suku-suku yang ada di sana!
Perjalanan dalam kenderaan persendirian kebiasaannya mengikut jalan yang sama dengan bas. Walau bagaimanapun, ia kereta berpintu lima yang pantas jadi anda boleh melakukan perjalanan tersebut lebih cepat. Jarang sekali masa perjalanan mengambil lebih dari tiga jam, malah ia mungkin sahaja lebih pendek dari itu. Cuma anda perlu bersedia untuk merasai banyak selekoh kerana jalan-jalan gunung itu sangat beralun!
Chiang Mai ke CHiang Rai bersama sesi lawatan
Tempoh Masa – Sepanjang hari, atau beberapa hari – terpulang kepada anda
Harga – RM610+
Keselesaan – 4/5
Satu cara lain untuk bergerak di antara Chiang Mai dan Chiang Rai ialah dengan lawatan sepanjang hari atau beberapa hari. Ya, anda akan bergerak dari satu bandar ke bandar yang lain tetapi anda juga akan meneroka dan mengembara melalui landskap utara Thailand yang terpencil dan indah di sepanjang jalan. Anda akan melihat budaya-budaya asli dan keindahan semula jadi yang memukaukan.
Kesemua lawatan mempunyai harga yang berbeza tetapi jarang untuk dapat yang lebih rendah dari RM620. Anda juga boleh keluarkan wang lebih sedikit untuk membuat suatu jadual perjalanan bagi beberapa hari termasuk penginapan di rumah-rumah panjang di atas gunung dan berkhemah sebelum sampai ke Chiang Rai. Sudah tentu terdapat banyak masa untuk diisi dengan perjumpaan bersama suku Karen yang berleher panjang, kawasan perlindungan gajah, mandi dalam kolam air panas dan menaiki lembah-lembah yang melihat ke arah Myanmar. Suatu pengalaman yang amat luar biasa!
Apa-apa sahaja yang anda pilih untuk ke Chiang Rai dari Chiang Mai, anda pasti akan menikmati perjalanan itu. Ia membawa anda menerusi jalan-jalan gunung hingga ke tempat-tempat melihat pemandangan yang indah dan jalan yang dikelilingi hutan untuk ke lembah yang terpencil. Pastikan anda bersedia dengan kamera anda!
FAQ Chiang Mai ke Chiang Rai
Dengan menaiki bas. Lihat tawaran syarikat The Green Bus yang termurah iaitu Kelas A mereka. Tiket boleh dibeli di Stesen Arcade di Chiang Mai tetapi kami syorkan anda menempah lebih awal melalui 12Go.asia. Dengan membuat sedemikian, anda dapat memastikan perjalanan anda berada di sekitar RM20.
Memandu dari bandar ke bandar yang lain kebiasaannya mengambil sekitar tiga jam. Walau bagaimanapun, anda mungkin boleh melakukannya lebih pantas dengan mendapatkan servis teksi persendirian. Banyak syarikat yang boleh dipilih tetapi Jed Yord, Glassflower dan Smart En Plus adalah di antara yang paling terkenal. Kesemua itu boleh ditempah melalui 12Go dan mereka boleh membawa ke Chiang Rai dalam 2.5 jam atau lebih sedikit sahaja.
Ikut sahaja jalan raya dan bersedia untuk merasai jalan-jalan gunung kerana kesemua cara untuk ke Chiang Rai dari Chiang Mai adalah melalui darat. Kedua-dua bandar ini mempunyai lapangan terbang tersendiri tetapi mereka terlalu dekat untuk diadakan apa-apa bentuk penerbangan. Ini bermakna bahawa bas dan teksi ialah pilihan yang ada walaupun beberapa pengembara mungkin ingin lakukan perjalanan tersebut sebahagian dari lawatan yang telah diatur menerusi taman-taman negara dan bandar-bandar tersorok. Anda boleh tempah pengangkutan terus dengan menggunakan laman 12Go.asia.
Biasanya anda akan membayar sekitar RM400 untuk teksi yang paling kecil. Ia boleh memuatkan seramai empat orang jadi anda melihat kepada RM100 seorang jika anda mampu memenuhkan kenderaan tersebut. Kereta yang lebih besar dan van mini boleh mencecah sehingga RM720 tetapi itu bermakna anda boleh menjemput lebih ramai penumpang. Lebih baik anda gunakan alat carian di 12Go.asia untuk banding dan bezakan tawaran dari kesemua syarikat pengangkutan yang ada sebelum anda menempah.
Bas biasa yang ditawar oleh syarikat The Green Bus yang bergerak di antara Chiang Mai dan Chiang Rai berharga sekitar RM20. Itu ialah kelas ekonomi mereka (Kelas A). Kelas X dan Kelas V menawarkan lebih kemewahan tetapi anda akan membayar sekitar RM30 dan RM40. Van mini persendirian boleh memuatkan 7 – 14 orang merupakan pilihan selain bas. Ia berharga sekitar RM720 tetapi boleh dibahagikan bersama penumpang-penumpang yang lain.
Berita baik bagi mereka yang tidak mempunyai wang lebih untuk dapatkan teksi ialah jaringan bas di antara Chiang Mai dan Chiang Rai tidaklah terlalu perlahan berbanding dengan kereta. Malah, kedua-duanya mengambil sekitar tiga jam. Ia boleh juga mengambil lebih lama jika terdapat kesesakan lalu lintas lebih-lebih lagi jika berada di jalan-jalan gunung yang berbelok-belok dengan beberapa tempat yang hanya mempunyai satu lorong sahaja.
Sudah tentu boleh! Tinggalkan Chiang Mai awal pagi dan anda boleh mengembara seharian suntuk menerusi utara Thailand. Tempat-tempat persinggahan termasuk Wat Rong Khun (Kuil Putih Chiang Rai yang misteri), lawatan ke tempat Sungai Khong bertemu sempadan Laos & Myanmar dan kawasan tinggalan Siam lama di Chiang Saen. Ia merupakan cara yang bagus untuk pergi dari A ke B di samping melihat beberapa pemandangan terbaik di kawasan itu.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: