Dinamakan sempena penyu laut yang berenang merentasi Teluk Thailand yang jernih, Koh Tao merupakan alternatif yang lebih santai berbanding Koh Samui yang mewah dan Koh Phangan yang hedonistik. Ia terletak sekitar 65 km di utara Kepulauan Chumphon dan kelihatan seperti pulau terbiar dengan pantainya yang penuh dengan pokok kelapa dan teluk-teluk tersembunyi di samping tempat-tempat menyelam yang terbaik di negara tersebut. Kapal merupakan pilihan yang pasti untuk bergerak di antara Koh Samui dan Koh Tao dengan beberapa pilihan yang berbeza mengikut masa, kos dan syarikat yang tersedia.
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Koh Samui ke Koh Tao menaiki katamaran | 1.5 jam | RM74 | Tempah Online |
Koh Samui ke Koh Tao menaiki feri laju | 2 jam | RM74 | Tempah Online |
Koh Samui to Koh Tao with a bKoh Samui ke Koh Tao menaiki feri biasa dan feri laju melalui Koh Phangan | 6 jam | RM82 | Tempah Online |
Koh Samui ke Koh Tao menyewa bot laju persendirian | 1.5 jam | RM4100+ | Tempah Online |
Koh Samui ke Koh Tao menaiki katamaran
Tempoh Masa β 1.5 jam (rentasan sahaja)
Harga β RM74
Keselesaan β 5/5
Gantikan spa dan hotel Koh Samui dengan bar buluh dan suasana desa di Koh Tao dalam masa kurang dari dua jam. Ia boleh dilakukan dengan menaiki katamaran yang pantas. Ia dikendali oleh syarikat pelancongan Lomprayah yang merupakan salah satu syarikat yang dinilai tinggi. Mereka menawarkan kapal-kapal moden, servis tempahan tiket yang mudah (kesemuanya boleh dilakukan secara atas talian melalui 12Go.asia) dan pakej yang termasuk pengangkutan dari lobi hotel anda ke kapal.
Kapal paling laju dan moden ialah katamaran yang ditawar oleh syarikat pelancongan Lomprayah.
Disebabkan ia merupakan pilihan yang terkenal dalam kalangan para pengembara yang merentasi Teluk Thailand, terdapat beberapa pelayaran dalam sehari. Semasa musim sibuk, kapal-kapal Lomprayah akan berlayar seawal 8 pagi dari Jeti Pralan berdekatan dengan kawasan kotel di Maenam dengan pelayaran tambahan sekitar jam 12:30 tengahari. Anda juga boleh mendapatkan katamaran Lomprayah pada 11:15 pagi dan 5:30 petang (biasanya inilah pelayaran terakhir) dari Jeti Nathon jauh di sebelah pantai barat Koh Samui.
Kapal-kapal ini merupakan yang terbaik untuk bergerak di antara Koh Samui dan Koh Tao. Mereka mempunyai tempat duduk dalaman berhawa dingin, kedai di atas kapal dan dua kawasan dek yang luas di mana anda boleh melihat pulau-pulau tropika yang lain berlalu pergi. Tempat adalah mengikut βsiapa cepat dia dapatβ. Dengan 100 THB tambahan anda boleh menikmati ruang VIP di atas dengan lebih banyak tempat duduk yang mewah dan dengan 200 THB tambahan anda akan menikmati ruang rehat di mana anda boleh duduk di atas kerusi kulit sepanjang perjalanan tersebut.
Seperti kebanyakan servis feri, pilihan Lomprayah untuk ke Tao berlabuh di jeti Mae Haad. Dari sana, mudah sahaja untuk dapatkan teksi menuju ke destinasi anda dalam pulau tersebut atau anda boleh dapatkan pilihan yang termasuk pengangkutan sekali.
Koh Samui ke Koh Tao menaiki feri laju
Tempoh Masa β 2 β 2.5 jam
Harga β RM74
Keselesaan β 4/5
Koh Samui ke Koh Tao boleh dilakukan dalam satu pagi yang sama jika anda memilih untuk menaiki feri laju. Namun, ia bukanlah selaju katamaran walaupun namanya sebegitu tetapi ia masih boleh membawa anda dari suatu pulau ke pulau yang lain dalam tempoh masa yang anda tidak dapat habiskan pulut mangga pun sambil menikmati pemandangan Teluk Thailand di bahagian kanan.
Menaiki pengangkutan yang lebih perlahan sedikit merupakan pilihan yang bagus bagi mereka yang tidak biasa berada di atas laut. Kapal yang lebih besar dan perlahan ini tidak beralun sebanyak katamaran semasa berlayar di atas air. Ia lebih sesuai untuk mengelakkan mabuk laut dan ia lebih tenang. Suatu berita baik kerana anda dapat menikmati pemandangan pantai Koh Phangan dan puncak Taman Marin Negara Mu Koh Angthong yang kehijauan berlalu pergi.
Feri laju berharga kurang sedikit sahaja berbanding katamaran tetapi merupakan perjalanan yang lebih santai.
Terdapat dua syarikat utama yang melakukan perjalanan menggunakan feri laju ini. Pertamanya ialah Seatran Discovery. Mereka mempunyai kapal yang moden dengan tempat duduk yang beralas dan dek yang besar. Mereka juga merupakan pilihan yang lebih mahal tetapi dengan perjalanan yang lebih cepat dan tempat pelayaran di Jeti Bangrak di utara Samui yang seringkali dipilih oleh orang ramai. Keduanya ialah Songserm. Mereka berlayar dari Jeti Nathon di bahagian barat dan mengambil masa lebih sedikit untuk berlabuh di Mae Haad dalam Koh Tao.
Secara keseluruhannya, terdapat tiga pilihan bagi feri laju di antara kedua-dua pulau tersebut setiap hari. Ia boleh habis ditempah dengan cepat semasa musim sibuk di antara November dan Mac, jadi lebih baik anda tempah secara atas talian menggunakan 12Go jauh lebih awal sebelum anda berlepas untuk ke tempat menyelam dan batu-batu karang.
Koh Samui ke Koh Tao menaiki feri biasa dan feri laju melalui Koh Phangan
Tempoh Masa β 6 t-o 7 jam
Harga β RM80-140
Keselesaan β 3/5
Pulau Thailand yang penuh dengan pokok kelapa berada dalam imaginasi anda? Tidak sabar untuk meneroka tempat-tempat indah yang teluk itu tawarkan? Apa kata anda buatkan jadual perjalanan anda sendiri. Boleh sahaja dilakukan kerana terdapat banyak feri yang menyambungkan Koh Samui dengan Koh Phangan dengan dari sana menuju ke Koh Tao.
Anda boleh pastikan kos rendah dan nikmati perjalanan tersebut sepenuhnya dengan menaiki feri biasa yang dikendali oleh Feri Raja. Ia berlayar dari Lipa Noi yang terletak di hujung tenggara pulau tersebut dan berlabuh di Thon Sala dalam Koh Phangan beberapa jam kemudian. Anda perlu pilih jika anda ingin bermalam di tempat Pesta Bulan Penuh itu atau tidak (disyorkan kerana suasana di sana amat hebat) atau hanya berada di sana sehari. Kedua-duanya boleh dilakukan kerana pelayaran terakhir menuju ke Koh Tao adalah pada jam 5 petang bersama Seatran Discovery.
Sudah tentu dengan melompat di antara pulau-pulau akan menambah masa dengan perjalanan seharian dan mengheret beg anda ke mana-mana sahaja anda pergi. Ia bukanlah yang terbaik tetapi ia memberi peluang kepada anda untuk menjejakkan kaki ke sebuah lagi destinasi pelancongan di Thailand. Anda boleh permudahkan keadaan dengan menggunakan 12Go.asia untuk menempah dan mengatur kesemua bahagian perjalanan tersebut.
Koh Samui ke Koh Tao menyewa bot laju persendirian
Tempoh Masa β 1.5 jam+, bergantung kepada persinggahan yang anda lakukan
Harga βRM4,100+
Keselesaan β 5/5
Bagi mereka yang sentiasa mengembara, sewaan bot laju persendirian merupakan peluang untuk anda bergerak di antara Koh Samui dan Koh Tao dengan bergaya. Seperti namanya, ia digunakan untuk anda dan hanya anda seorang sahaja. Ini bermakna harganya yang tinggi itu boleh dibahagikan dengan ahli pengembaraan anda (kebiasaannya ia adalah untuk sekurang-kurangnya empat orang, dengan caj bagi penumpang tambahan).
Kelebihannya termasuk pengambilan di hotel anda di mana-mana sahaja atas pulau tersebut. Anda tidak perlu menempah teksi untuk ke sana. Anda juga boleh buat suatu jadual perjalanan khas untuk hari anda. Ya, ia bukan sahaja tentang bergerak dari A ke B kerana kebiasannya harga akan termasuk persinggahan di Pulau Nang Yuan yang sesuai untuk dimuat naik dalam Instagram dan pusat-pusat snorkelling di Mango Bay. Ia menjanjikan pengembaraan sebenar di Teluk Thailand walaupun anda perlu mengeluarkan wang lebih!
Apa-apa sahaja pilihan anda untuk bergerak di antara Koh Samui dan Koh Tao, anda boleh jangka untuk pasti menjejakkan kaki di pulau Teluk Thailand itu. Ia terkenal dengan tempat-tempat menyelam, tetapi setelah melihat jerung dan batu-batu karang, anda boleh juga menikmati hutan, mendaki dan merasai suasana malam di sana. Selamat berlayar!
FAQ Koh Samui ke Koh Tao
Feri laju yang menyambungkan Koh Samui dan Koh Tao ditawarkan oleh Songserm yang selalu menjadi pilihan paling murah. Ini disebabkan ia lebih perlahan di antara kedua-dua bot laju dan mengambil sekitar 2.5 jam untuk bawa anda dari pantai ke pantai. Anda boleh banding dan bezakan harga bagi perjalanan ini dengan mudah di 12Go.asia.
Jika anda tidak sabar untuk mendapatkan tangki selaman dan menikmati keindahan batu karang dan pantai-pantai Koh Tao, carilah katamaran Lomprayah. Ia menawarkan perjalanan paling pantas dengan tempoh perjalanan selama 1.5 jam sahaja di atas air. Sudah tentu anda perlu mengambil kira sedikit masa lebih untuk bergerak di antara hotel anda dan jeti tetapi ia adalah sekejap sahaja disebabkan saiz Koh Tao yang kecil.
Dengan menaiki bot laju persendirian tanpa sebarang persinggahan bagi snorkelling sepanjang perjalanan tersebut anda boleh lakukak perjalanan itu sekitar sejam sahaja. Namun, kebanyakan penumpang akan menaiki feri komersial dan yang terpantas ialah katamaran Lomprayah. Ia boleh lakukan perjalanan dalam 1.5 jam dan boleh ditempah secara atas talian di 12Go.asia.
Dengan menaiki bot. Terdapat air laut selebar 65 km untuk direntasi sebelum anda boleh melihat batu-batu karang tersebut! Anda hanya perlu pilih feri yang mana anda ingin naik. Lihat 12Go.asia bagi kesemua pilihan bot laju dan katamaran dari pelbagai syarikat yang berbeza.
Koh Tao telah lama menjadi tempat tarikan para penggemar skuba. Ia disaksikan oleh batu-batu karang, kapal-kapal karam dan teluk yang dipenuhi jerung. Namun, aktiviti daalm air hanya sebahagian dari pengalaman itu. Terdapat juga pantai-pantai keemasan dari Sai Daeng ke Sai Nuan di samping gunung-ganang yang dihiasi hutan-hutan berkabus dan suasana malam dengan bar buluh hingga ke pagi. Ia mempunyai sesuatu bagi semua orang. Jawapan: Sudah tentu!
Berikan sekurang-kurangnya lima hari di Koh Tao jika anda ingin dapatkan kelayakan PADI kerana anda perlu tamatkan latihan selaman dan latihan-latihan lain yang mungkin mengambil sedikit masa. Jika tidak, ia masih baik untuk berikan sekurang-kurangnya tiga atau empat hari di sana. Banyak yang boleh dilakukan dari snorkelling di Shark Bay ke mendaki Chalok Bay.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: