Cara untuk ke Koh Lipe dari Bangkok

Cara untuk ke Koh Lipe dari Bangkok

Bila bercakap tentang meninggalkan Bangkok yang sibuk demi menikmati pemandangan yang lain, hanya beberapa negara sahaja yang dapat menyaingi Thailand dalam percutian di pulau-pulau yang indah. Antara pulau yang paling memukaukan ialah Koh Lipe, segugus pulau kecil dan terpencil tetapi bak syurga tropika jauh di bahagian selatan. Ia mengambil perjalanan sejauh 800km dari Bangkok tetapi merupakan syurga dunia yang amat berbaloi.

Koh Lipe merupakan pulau kecil yang tidak mempunyai lapangan terbang tersendiri, jadi ia memerlukan perjalanan menaiki feri yang sekejap untuk sampai ke pantai Koh Lipe yang berkilauan. Terdapat beberapa cara untuk lakukan perjalanan ini dari penerbangan hinggalah menaiki kereta api atau bas jarak jauh. Teruskan membaca di bawah untuk mengetahui kesemua pilihan pengangkutan yang ada.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Bangkok ke Koh Lipe menaiki kapal terbang, van dan feri 7 jamRM200Tempah Online
Bangkok ke Koh Lipe menaiki keretapi, van dan feri 22 jamRM200Tempah Online
Bangkok ke Koh Lipe menaiki bas, van dan feri18 jamRM190Tempah Online

Bangkok ke Koh Lipe menaiki kapal terbang, van dan feri

Bangkok ke Koh Lipe menaiki kapal terbang, van dan feri
Pesawat AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai © Chanawat Phadwichit / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 7-8 jam
Harga – Tiket bermula dari RM200 jika anda beli lebih awal
Keselesaan – 4/5

Walaupun ia boleh menjadi lebih mahal, anda pasti dapat kurangkan masa perjalanan melalui penerbangan dan mengelak perjalanan di atas jalan. Beberapa syarikat penerbangan Siam melakukan perjalanan dari Bangkok ke Hat Yai yang berada di selatan. Pilihan termurah kebiasaannya adalah dengan AirAsia Thai, Lion Air Thai dan Nok Air. Kesemuanya berlepas dari Lapangan Terbang Don Don Mueang. Syarikat penerbangan Thai Smile mempunyai pelepasan dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok. Tempoh masa penerbangan adalah di sekitar 90 minit. Sudah tentu ia berbaloi untuk membuat tempahan lebih awal kerana harga sememangnya mengikut jumlah tempat yang tersedia. Anda bertuah jika dapat menjumpai tempahan murah pada saat-saat akhir semasa musim sibuk atau ketika hari minggu cuti di Thai

Bangkok to Koh Lipe by Satun Pakbara Club
Kelab Bot Laju Satu Pakbara boleh membawa anda dari Lapangan Terbang Hat Yai ke Koh Lipe

Anda boleh terbang dari Bangkok sama ada ke Lapangan Terbang Hat Yai atau Trang

Setelah tiba dari Hat Yai anda perlu menaiki van atau bas untuk ke Jeti Pak Bara untuk bertukar menaiki feri dan bergerak ke Koh Lipe. Kapal terakhir akan berlayar meninggalkan Pak Bara sekitar 2 petang atau 3 petang (bergantung kepada musim), jadi anda perlu mengambil penerbangan awal pagi meninggalkan Bangkok

Jumlah masa perjalanan adalah di sekitar 7 – 8 jam termasuk masa menunggu di lapangan terbang ketibaan dan jeti. Walaupun anda perlu menaiki beberapa pengangkutan berbeza, tempahan bagi tiket gabungan boleh dibuat dengan mudah di 12Go.asia

Jika penerbangan menuju ke Hat Yai telah penuh, pilihan lain adalah untuk terbang ke Lapangan Terbang Trang dengan AirAsia, Lion Air Thai atau Nor Air. Setelah tiba di salah satu lapangan terbang, anda perlu menunggu sedikit untuk menaiki van mini yang akan membawa anda ke jeti untuk menaiki feri yang telah dijadualkan.

Bangkok ke Koh Lipe menaiki keretapi, van dan feri

Bangkok ke Koh Lipe menaiki keretapi, van dan feri
Keretapi, van dan feri dari Bangkok ke Koh Lipe mengambil lebih kurang 23 jam © Sallehudin Ahmad / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 22 jam semalaman
Harga – Tiket bermula dari RM200, keretapi terpantas dari RM365
Keselesaan – 4/5

Keretapi boleh memberikan perjalanan yang lebih santai dan tenang. Perjalanan keretapi semalaman itu merupakan pengalaman yang amat berlainan dari penerbangan dan secara umumnya lebih murah. Walaupun jumlah masa perjalanan boleh mencecah hingga 20+ jam secara keseluruhan, kebanyakannya hanyalah waktu tidur. Dengan waktu pelepasan pada tengahari atau sebelah petang dari Stesen Hua Lamphong di Bangkok, anda dapat mengelak dari kesesakan pada waktu pagi untuk sampai ke lapangan terbang. Anda juga mampu menyimpan sedikit Baht dengan tempoh penginapan yang kurang satu malam di hotel Bangkok.

Walaupun anda boleh sahaja menempah tempat duduk di kelas kedua, namun ia lebih baik jika anda menggunakan sedikit Baht tambahan untuk dapatkan tempat tidur bagi perjalanan yang lama itu. Tempat tidur kelas kedua oleh Thai Railway sudah cukup selesa tetapi anda boleh dapatkan tempat tidur tersendiri dengan kelas pertama. Ini akan menjadikan kos sama seperti penerbangan, atau lebih, tetapi anda akan sampai dengan mewah dan segar untuk perjalanan selebihnya menuju ke Koh Lipe.

Jangan risau jika anda terlupa untuk membawa makanan bagi perjalanan yang itu. Terdapat gerabak makan dan perkhidmatan makan di tempat duduk tetapi dengan harga yang melambung. Apabila anda turun di Stesen Hat Yai, terdapat masa untuk anda makan pagi sebelum van mini bersedia membawa anda menuju ke jeti.

Bangkok ke Koh Lipe menaiki bas, van dan feri

Bangkok ke Koh Lipe menaiki bas, van dan feri

Tempoh Masa – 18-20 jam semalaman
Harga – Tiket bermula dari RM190
Keselesaan – 3/5

Satu pilihan lain yang menjimatkan kos ialah kombo bas dan feri dari Bangkok ke Koh Lipe. Ia merupakan cara yang paling murah di antara ketiga-tiga ini, tetapi anda perlu pertimbangkan kos dan keselesaannya. Ia merupakan perjalanan semalaman yang lama dan bagi sesetengah orang, ia mungkin agak sukar. Anda dapat tempat duduk berbaring yang selesa tetapi ia tidak seperti keselesaan tempat tidur keretapi dan anda mempunyai ruang yang sedikit sahaja untuk renggangkan kaki anda semasa dalam perjalanan. Anda juga akan mengalami beberapa persinggahan.

Apa yang menarik ialah ia lebih cepat berbanding perjalanan menaiki keretapi dan berlepas dari tempat yang mudah dicapai di Jalan Khao San seperti servis yang dikendali oleh Jolly Travel. Anda boleh mencari masa dan harga yang ada serta menempah tiket gabungan bas dan feri di 12Go.

Sevis bas semalaman ini kebiasaannya berlepas lewat petang untuk membuat anda sampai di Koh Lipe tepat-tepat semasa waktu makan tengahari. Walaupun ia tidak secepat penerbangan atau selesa seperti keretapi semalaman, bas boleh menjadi suatu anugerah bagi para pengembara yang terikat dengan bajet semasa musim yang sibuk. Harga penerbangan boleh melambung semasa hujung minggu yang sibuk dan keretapi boleh terjual dengan cepat.

Ketiga-tiga ini merupakan pilihan yang baik bergantung kepada keperluan anda dari segi masa, keselesaan dan kos keseluruhan. Ketibaan di Koh Lipe sudah tentu merupakan sebahagian dari perjalanan tersebut. Bagi pengembara yang sukakan perjalanan keretapi, perjalanan semalaman yang santai melalui selatan Thailand merupakan suatu kemestian tanpa mengira kos. Penerbangan boleh membawa anda dengan cepat dan kemudiannya perlahan (dengan pengangkutan yang lain). Selamat menikmati perjalanan anda!


FAQ Bangkok ke Koh Lipe

Apakah cara termurah untuk ke Koh Lipe dari Bangkok?

Melainkan anda menempah lebih awal untuk dapatkan tiket penerbangan yang murah, pilihan termurah kemungkinan ialah bas dan feri. Pilih dari pelbagai bas biasa, ekspres dan VIP yang berlepas dari Jalan Khao San or di Terminal Bas Selatan Thailand.

Anda boleh kurangkan pilihan dan hanya memilih perjalanan terbaik dengan tiket gabungan di 12Go.asia. Dengan jarak sejauh 800km, anda boleh jangkakan perjalanan semalaman yang lama dan mungkin mengambil masa di sekitar 13 – 20 jam bergantung kepada jumlah persinggahan yang dibuat semasa dalam perjalanan. Anda juga perlu bertolak ansur dari segi tahap keselesaan dan ruang persendiran.

Apakah cara terpantas untuk ke Koh Lipe dari Bangkok?

Sudah tentu anda perlu ambil penerbangan jika anda kesuntukan masa. Ia merupakan satu-satunya cara yang boleh membawa anda sampai ke pantai Koh Lipe yang indah dari ibu kota itu dalam hari yang sama. Terdapat pelbagai syarikat penerbangan tambang murah yang boleh dipilih dengan kebanyakannya berlepas dari Lapangan Terbang Don Mueang.

Anda perlu bergerak awal untuk pastikan anda sempat mendapatkan feri terakhir menuju ke Koh Lipe pada waktu petang. Setelah mendarat, anda akan ke jeti dengan menaiki van atau bas dari Lapangan Terbang Hat Yai atau Trang bagi mendapatkan feri tersebut. Kombo perjalanan kapal terbang, van dan feri ini sebenarnya tidak sesukar yang difikirkan. Tempah sahaja tiket secara atas talian di 12Go.asia yang meliputan keseluruhan perjalanan tersebut.

Apakah cara untuk ke Koh Lipe dari Bangkok?

Ia merupakan suatu perjalanan yanf lama dari Bangkok kerana pulah tersebut terletak di hujung selatan Siam. Bagi mengelakkan perjalanan semalaman, anda boleh terbang ke Trang atau Hat Yai dan bertukar menaiki van dan feri untuk ke Koh Lipe. Cari di laman sesawang 12Go.asia untuk dapatkan jadual yang menyeluruh berserta harga dan menempah tiket. Untuk pilihan mesra bajet yang lain, lihat pilihan bas dan keretapi yang termasuk sambungan menaiki van dan feri.

Adakah Koh Lipe sesak?

Koh Lipe mempunyai dua keadaan yang amat berbeza mengikut musim. Musim kering yang bermula dari Disember merupakan waktu paling disukai oleh para pelancong untuk pergi ke pulau tersebut. Jangkakan harga yang lebih mahal untuk penginapan anda jika anda tidak menempah lebih awal.

Bar dan restoran sibuk ketika itu dan ia merupakan waktu yang terbaik untuk snorkelling dan selaman. Jika anda datang hujung April, suasana sibuk itu berkurangan dengan adanya hujan. Persekitaran menjadi lebih tenang tetapi terdapat kekurangan iaitu banyak bar dan restoran yang tutup semasa musim yang tidak sibuk. Cuaca juga boleh memberi kesan kepada aktiviti sukan air.

Adakah Koh Lipe mahal?

Untuk kebiasaan Thailand, Koh Lipe secara amnya lebih mahal berbanding pulau-pulau selatan yang lain. Ia merupakan pulau terpencil berdekatan sempadan Thailand – Malaysia dan hampir kesemua barang perlu dibawa masuk melalui kapal. Hal itu menjadikan harga barangan keperluan seperti peralatan mandi dan makan luar lebih mahal. Tambahan pula, ia merupakan pulau tropika kecil yang disinari cahaya matahari dan industri utamanya ialah pelancongan. Hal ini menjadikan harga lebih tinggi berbanding biasa walaupun terdapat banyak pilihan untuk setiap bajet termasuk restoran murah, bir murah dan kedai makan tempatan yang tersorok dari kawasan pelancongan.

Adakah Koh Lipe sesuai untuk pelancong?

Koh Lipe mempunyai Pantai Pattaya tersendiri (tetapi tidak serupa dengan pantai senamanya di tanah besar) dan sebuah “Walking Street” yang menjadi tempat tumpuan bagi aktivity pelancongan Koh Lipe. Bagi sebuah pulau kecil, terdapat banyak kemudahan yang mesra pengguna seperti restoran barat, bar, banglo murah dan resort butik dengan suasana yang tenang. Selain itu, mudah juga untuk mencari suasana sunyi di Pntai Sanom yang tidak dikenali ramai atau meneroka teluk dengan menaiki kayak.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: