Cara untuk ke Ayutthaya dari Bangkok

Cara untuk ke Ayutthaya dari Bangkok

Kebanyakan pengembara di Bangkok menikmati beberapa hari di ibu kota Thailand tersebut bagi merasai jalan-jalan dan kawasan perairan di bandar tersebut yang sentiasa sibuk sebelum mencari pengembaraan baharu. Dalam panduan ini, kita akan melihat cara-cara untuk meninggalkan Bangkok dan bergerak sejauh 80km ke utara menuju ke Ayutthaya, bekas ibu kota Siam dan bandar yang mempunyai banyak tinggalan bersejarah, kuil-kuil Buddha dan biara-biara yang menakjubkan.

Artikel ini merangkumi kesemua aspek termasuk tempoh perjalanan, kos dan pilihan pengangkutan yang memudahkan tempahan dan perjalanan anda ke Ayutthaya.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
BangkoBangkok ke Ayutthaya menaiki bas mini2 jamRM37Tempah Online
Bangkok ke Ayutthaya menaiki keretapi2 jamRM8Tempah Online
Bangkok ek Ayutthaya menaiki teksi1.5 jamRM210Tempah Online

Bangkok ke Ayutthaya menaiki bas mini

Bangkok ke Ayutthaya menaiki bas mini
Salah satu bas mini 12Go yang boleh ditempah melalui 12Go.asia.

Tempoh Masa – Kurang dari 2 jam
Harga – tiket bermula dari RM37 jika anda menempahnya lebih awal secara atas talian
Keselesaan – 4/5

Mudah sahaja untuk mendapatkan bas mini (van) dan bergerak dari Bangkok menuju ke Ayutthaya. Bas mini bergerak keluar dari Stesen Makkasan di Bangkok setiap 30 minit dari 6 pagi hingga 5 petang setiap hari. Perjalanan tersebut mengambil sekitar 1.5 jam tetapi anda perlu berikan lebih kurang 30 minit masa tambahan jika anda ingin bergerak semasa waktu puncak di Bangkok (7:30 pagi – 9 pagi dan 5 petang – 7 petang).

Bagi tahap keselesaan pula, bas-bas mini tersebut boleh dikatakan bas yang bahari dengan tempat duduk bagi 9 orang dan berhawa dingin yang pasti membuatkan perjalanan anda lebih baik. Jika anda mempunyai bagasi yang besar, mungkin lebih baik jika anda menempah dua tempat duduk kerana ruang simpanan beg adalah agak kecik dan anda mungkin akan meletakkan beg di atas peha sahaja.

Tiket bas anda menuju ke Ayutthaya bermula sekitar RM37 dan boleh ditempah secara atas talian lebih awal melalui 12Go.asia. Untuk menaiki bas mini, anda perlu tunjukkan baucar PDF 12Go anda yang boleh dicetak atau disimpan sebagai gambar. Bas mini anda akan berada di terminal landasan keretapi di Lapangan Terbang Makkasain dan anda perlu tiba di sana sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu pelepasan bagi mengelakkan sebarang kekecewaan kerana bas tersebut tidak akan menunggu mereka yang lambat. Bersedialah untuk duduk dan nikmati perjalanan anda menuju ke Ayutthaya!

Bangkok ke Ayutthaya menaiki keretapi

Bangkok ke Ayutthaya menaiki keretapi
Stesen Keretapi Hua Lamphong di Bangkok

Tempoh Masa – Di antara 1 jam 20 minit dan 2 jam
Harga – Tiket satu hala bermula serendah RM8 sahaja
Keselesaan – 4/5

Perjalanan menuju ke Ayutthaya dengan menaiki keretapi mungkin merupakan cara terbaik untuk bergerak keluar ke arah utara dari bandar tersebut! Bukan sahaja ia merupakan salah satu cara termurah untuk mengembara tetapi anda juga dapat menikmati pemandangan-pemandangan yang indah semasa dalam perjalanan. Tempoh masa perjalanan anda bergantung kepada jenis keretapi yang anda pilih sama ada yang biasa, rapid, ekspress atau keretapi ekspress khas dan perjalanan keretapi yang paling lama mengambil sekitar 2 jam dan yang terpantas mengambil hanya 1 jam 17 minit.

Keretapi keluar meninggalkan Stesen Hua Lamphong di Bangkok seawal 5:30 pagi dan tempat membeli tiket ke Ayutthaya yang selalu dipilih adalah di stesen semasa hari perjalanan anda. Pergi ke kaunter tiket dan minta tiket pergi balik. Anda mungkin akan diminta untuk menunjukkan pasport bagi membeli tiket tersebut jadi pastikan anda memegangnya. Selain itu, anda boleh juga gunakan Sistem tempahan online di 12Go tetapi anda mesti lakukannya dengan cepat kerana mudah sahaja untuk kesemua tiket keretapi ditempah habis semasa musim sibuk.

Bangkok ke Ayutthaya menaiki keretapi
Stesen Keretapi Ayutthaya

Harga tiket berbeza mengikut kelas yang ada pilih tetapi tiket Kelas Kedua adalah di sekitar RM8-RM24 manakala tiket Kelas Kedua dengan penghawa dingin adalah di sekitar RM28-RM44 satu hala. Secara umumnya, makin laju keretapi tersebut semakin tinggi harga tiketnya. Anda perlu ingat bahawa keretapi yang bergerak keluar dari stesen Bangkok kebiasaannya mempunyai kelewatan dan kadangkala tempoh perjalanan tersebut boleh bertambah sebanyak 30 minit bergantung kepada kelancaran keretapi-keretapi yang sebelum itu.

Apabila anda tiba di Stesen Ayutthaya anda perlu keluar dari bangunan tersebut dan ikut papan tanda menuju ke jeti. Dari sana, anda perlu ambil feri (berharga kurang dari RM0.80) untuk merentasi sungai di mana anda akan melihat kebanyakan pusat tarikan Ayutthaya. Selain itu, anda boleh dapatkan tuk-tuk di jambatan. Anda boleh cuba dapatkan tempat duduk di tepi tingkap bagi perjalanan menuju ke utara tersebut dan nikmati pemandangannya!

Bangkok ek Ayutthaya menaiki teksi

Bangkok ek Ayutthaya menaiki teksi
Salah satu van VIP 9 orang oleh Team Holiday boleh ditempah melalui 12Go.

Tempoh Masa – 1 jam 20 minit
Harga – Tiket satu hala bermula dari RM210
Keselesaan – 5/5

Jika anda mencari cara terpantas untuk keluar dari bandar, anda boleh pertimbangkan untuk menaiki kereta persendirian atau teksi dari Bangkok ke Ayutthaya. Perjalanan tersebut mengambil hanya lebih sedikit dari sejam jika anda bergerak bukan pada waktu sesak (sekitar 7:30 pagi – 9 pagi dan 5 petang – 7 petang) atau anda perlu menambah lagi 30 minit jika anda keluar pada waktu tersebut.

Sebelum menaiki teksi, pastikan mereka mempunyai meter (sebagai tanda ia teksi yang sah dan berlesen) atau anda patut tawar-menawar harga tambang sebelum anda bergerak. Salah satu cara untuk dapatkan teksi bermeter adalah sama ada di lapangan terbang atau anda minta tempat penginapan anda aturkannya lebih awal. Anda boleh juga tempah online di 12Go dan bandingkan harga beserta ulasan penumpang lain.

Teksi satu hala ke Ayutthaya dari tengah Bangkok boleh berharga sekitar RM200 tetapi jika anda tidak bergerak berseorangan, anda boleh bahagikan kos tersebut. Jika anda berlepas dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, anda boleh jangkakan tambang yang lebih murah sedikit. Perjalanan teksi pergi balik dengan satu tempat persinggahan pilihan anda sepatutnya berharga sekitar RM400 walaupun anda mungkin akan sedikit tergesa-gesa kerana pemandu ingin sampai ke Bangkok pada suatu masa yang ditetapkan. Anda akan bergerak menaiki teksi dalam keadaan selesa dan terus menuju ke utara.


FAQ Bangkok ke Ayutthaya

Apakah cara termurah untuk ke Ayutthaya dari Bangkok?

Cara termurah untuk bergerak dari Bangkok ke Ayutthaya adalah dengan menaiki keretapi. Tiket satu hala bermula serendah RM8 dan boleh bertambah hingga RM140 – lihat di 12Go.asia dan anda boleh dapatkan harga bagi pelbagai pilihan yang berbeza.

Apakah cara terpantas untuk ke Ayutthaya dari Bangkok?

Cara terpantas untuk ke Ayutthaya dari Bangkok adalah dengan menaiki teksi dan perjalanan tersebut mengambil sekitar 1 jam 20 minit. Cara terbaik untuk dapatkan teksi dari Bangkok adalah dengan menempah bersama syarikat teksi persendirian lebih awal melalui laman web pelancongan 12Go yang menawarkan banyak tempat pengambilan dan jenis pengangkutan. Anda juga boleh membandingkan dengan waktu perjalanan dan harga bagi kertapi dan bas mini berkongsi.

Berapakah harga keretapi dari Bangkok ke Ayutthaya?

Keretapi dari Bangkok ke Ayutthaya bergantung kepada waktu pelepasan, kelajuan keretapi dan jenis tiket. Anda boleh pilih di antara yang biasa, ekspress, rapid dan espress khas termasuk Kelas Pertama, Kedua dan Ketiga. Tiket termurah adalah semurah RM2 manakala yang termahal adalah sebanyak RM140 – lihat di 12Go dan anda akan menjumpai harga, masa dan ulasan bagi pelbagai pilihan yang ada.

Apakah cara untuk ke Ayutthaya dari Bangkok dengan menaiki keretapi?

Keretapi berlepas dari Stesen Hua Lamphong di Bangkok setiap hari seawal 5:30 pagi hingga lewat petang. Stesen MRT Hua Lamphong memudahkan anda untuk capai dengan menggunakan keretapi bawah tanah. Sebelum anda pergi ke stesen, anda boleh pra-tempah tiket secara atas talian melalui 12Go. Mereka membolehkan anda bandingkan harga, masa perjalanan dan ulasan dari para pengembara.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: