Cara untuk ke Hua Hin dari Bangkok

Bangkok to Hua HinCara untuk ke Hua Hin dari Bangkok

Walaupun ramai pengunjung di Thailand laju menuju ke pulau-pulau di bahagian selatan, mereka ketinggalan menikmati keindahan bandar-bandar resort di tanah besar. Hanya sejauh 145km di selatan Bangkok, anda boleh berada di Hua Hin dalam masa tiga jam setelah tiba di Thailand.

Kebiasaannya perjalanannya mudah sahaja jika anda memilih menaiki bas terus atau pengangkutan persendirian. Para pengembara yang mempunyai bajet yang kecil mungkin ingin memilih untuk menaiki keretapi walaupun memerlukan usaha yang lebih sedikit bagi menjayakan perjalanan ini.

Di sini kami pecahkan kesemua pilihan anda ke dalam bahagian-bahagian yang mudah difahami.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Bangkok ke Hua Hin menaiki bas4 jamRM46Tempah Online
Bangkok ke Hua Hin menaiki van mini3.5 jamRM29Tempah Online
Bangkok ke Hua Hin menaiki keretapi4 jamRM8Tempah Online
Bangkok ke Hua Hin menaiki kenderaan persendirian2.5 jamRM270Tempah Online
Bangkok ke Hua Hin dengan menyewa kereta2.5 jamRM100Tempah Online

Bangkok ke Hua Hin menaiki bas

Bangkok ke Hua Hin menaiki bas
Bas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi digunakan bagi membawa para penumpang ke Hua Hin ยฉ nitinut380 / Shutterstock.com

Tempoh Masa โ€“ 4 jam
Harga โ€“ RM46 seorang
Keselesaan โ€“ 5/5

Sama ada anda berada di tengah-tengah Bangkok atau di salah satu lapangan terbang antarabangsanya, perjalanan ke Hua Hin menaiki bas adalah salah satu cara yang paling mudah, selesa dan tidaklah terlalu lama.

Bas terus dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi mengambil masa kurang dari 4 jam untuk tiba di pantai-pantai Hua Hin.

Jika anda tiba dengan menaiki kapal terbang, anda perlu ke balai ketibaan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di mana anda akan menjumpai banyak bas moden berhawa dingin yang mempunyai ruang bagi 24 orang menunggu anda untuk ke Hua Hin. Bas-bas ini berlepas setiap jam seawal 6:30 pagi hingga 6:30 petang. Jika penerbangan anda berakhir di Don Mueang, mudah sahaja untuk dapatkan bas awam #555 di luar lapangan terbang yang mengambil sekitar sejam untuk sampai ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Bagi mereka yang sudah berada di tengah bandar, syarikat Tara Tour and Travel menawarkan perjalanan bas setiap hari dari pejabatnya di pusat bandar Bangkok. Anda boleh tempah perjalanan bas anda berbulan atau beberapa hari lebih awal sebelum perjalanan anda melalui 12Go.asia.

Bangkok ke Hua Hin menaiki van mini

Bangkok ke Hua Hin menaiki van mini
Van mini di Mo Chit ยฉ hayachanta, Cheevarut / Shutterstock.com

Tempoh Masa โ€“ 3-4 jam
Harga โ€“ tiket berada di sekitar RM30-RM65
Keselesaan โ€“ 3/5

Dengan kelebihan untuk mengambil anda di tempat-tempat terpilih dan harga & masa perjalanan yang lebih rendah, van mini yang memuatkan 12 orang merupakan suatu lagi pilihan untuk ke Hua Hin dari Bangkok. Walaupun ini merupakan pilihan yang paling murah dan mempunyai perjalanan yang terus, tetapi van mini lebih sempit berbanding dengan bas dan ruangan bagasi juga terhad. Jadi, jika anda sukar untuk membawa beg kecil dan inginkan ruangan anda tersendiri, ia mungkin pilihan yang sesuai bagi anda.

Pelbagai syarikat yang melakukan perjalanan ini termasuk Pengangkutan Nor Neane, Mama Travel dan JKP Mochit di mana kesemuanya bermula dari Terminal Bas Selatan (Sai Tai Mai) di Bangkok. Jika anda tidak berada di bahagian tersebut, lebih baik anda aturkan pengambilan dari salah satu lokasi yang berada berdekatan tengah bandar. Ini termasuk Jalan Khao San, kawasan kejiranan Ekkamai atau Terminal Van Baharu Mo Chit yang terletak di utara tengah bandar. Tiket boleh ditempah pada hari tersebut. Namun, jika anda ingin pastikan tempat anda terjamin di tempat pengambilan anda, tempahlah lebih awal dengan laman pelancongan 12Go.asia yang dipercayai.

Bangkok ke Hua Hin menaiki keretapi

Bangkok ke Hua Hin menaiki keretapi
Stesen Keretapi Hua Hin merupakan pusat tarikan yang penting di Hua Hin ยฉ sarayuth3390

Tempoh Masa โ€“ Sekurang-kurangnya 4 jam, tetapi kelewatan boleh berlaku
Harga โ€“ Tiket berharga di sekitar RM8-RM36 bagi tempat duduk dari Kelas Pertama hingga Kelas Ketiga
Keselesaan โ€“ 2/5

Jika pengembaraan bagi anda adalah untuk bersama dengan penduduk tempatan dan merasai budaya yang baharu, jadi Hua Hin sepatutnya menjadi tempat yang wajib bagi anda. Ia mungkin bukanlah perjalanan yang paling selesa atau cepat, tetapi anda boleh berjumpa dengan orang-orang yang menarik sepanjang perjalanan tersebut dan menikmati pemandangan luar bandar Thailand yang indah sebelum anda tiba di stesen keretapi Hua Hin yang dikatakan sebagai stesen tertua di Siam!

Keretapi berlepas dari Hua Lamphong, stesen keretapi Bangkok yang paling sibuk. Jika anda tinggal dalam bandar itu, teksi tidak akan berharga lebih dari beberapa ringgit sahaja. Dari Lapangan Terbang Don Mueang, anda perlu menaiki bas A1 dan MRT untuk sampai ke sana dalam masa beberapa jam. Dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, anda perlu ke tingkat bawah tanah di mana Keretapi Lapangan Terbang akan bawa anda ke Stesen Makkasan dan anda akan dapatkan MRT untuk ke Hua Lamphong.

Bangkok ke Hua Hin menaiki kenderaan persendirian

Bangkok ke Hua Hin menaiki kenderaan persendirian
Kenderaan persendirian oleh syarikat Hua Hin Cars yang boleh ditempah melalui 12Go

Tempoh Masa โ€“ 2.5 jam bergantung kepada trafik
Harga โ€“ Sekitar RM270 bagi kereta empat orang, anda boleh jangkakan harga lebih mahal untuk servis VIP
Keselesaan โ€“ 5/5

Walaupun perjalanan menaiki kenderaan persendirian untuk ke Hua Hin dari Bangkok merupakan pilihan yang paling mahal, ia merupakan pilihan yang paling selesa. Dengan menaiki kenderaan persendirian, anda boleh pilih bila anda ingin bertolak, bila anda ingin lakukan persinggahan demi ke tandas dan bawa sebanyak bagasi yang anda inginkan. Anda juga akan dibawah dari pintu ke pintu dari hotel anda di Bangkok hingga ke hotel anda di Hua Hin. Anda tidak perlu fikir tentang apa-apa selain daripada bahawa anda akan tiba pada masanya.

Tiada pengangkutan awam menuju ke Hua Hin semasa waktu malam, jadi jika anda tiba melalui penerbangan lewat malam dan ingin terus menuju ke pasir pantai, kenderaan persendirian merupakan satu-satunya pilihan bagi anda. 12Go.asia boleh mengaturkan kenderaan persendirian bagi anda. Hanya beritahu di mana anda ingin diambil dan mereka akan aturkan yang lain.

Bangkok ke Hua Hin dengan menyewa kereta

Bangkok ke Hua Hin dengan menyewa kereta
Tempat menyewa kereta di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang ยฉ Sihasakprachum / Shutterstock.com

Tempoh Masa โ€“ 2-3 jam
Harga โ€“ Kadar harga harian bermula dari RM100 dan termasuk insurans
Keselesaan โ€“ 5/5

Anda ingin meneroka Hua Hin sendiri? Mungkin lebih berbaloi jika anda sewa kereta dari lapangan terbang sebaik sahaja anda mendarat. Dengan ini, anda boleh nikmati kebebasan semasa dalam perjalanan anda dan sepanjang percutian anda. Kesemua syarikat yang terkenal menawarkan sewaan kereta termasuk Avis, Europcar dan Hertz. Kesemua syarikat ini memerlukan Lesen Memandu Antarabangsa semasa ketibaan dan anda perlu berumur lebih dari 21 tahun.

Pemanduan dari Bangkok ke Hua Hin mudah sahaja dengan papan tanda jalan raya yang ditulis dalam kedua-dua bahasa Thailand dan Inggeris. Ingat, mereka memandu di sebelah kiri! Jika anda tidaklah terlalu penat dari penerbangan anda, terdapat beberapa perkara yang anda boleh saksikan semasa dalam perjalanan termasuk kuil abad ke-12 di Petchaburi, pasar terapung Damnoen Saduak atau stupa gergasi yang dikenali sebagai Phra Pathom Chedi.


Tidak kira apa-apa pun gaya perjalanan atau bajet anda, kami harapkan anda menjumpai cara terbaik untuk bergerak ke Hua Hin supaya anda boleh menikmati percutian anda.


FAQ Bangkok ke Hua Hin

Apakah cara termurah untuk ke Hua Hin dari Bangkok?

Jika anda tidak kisah untuk korbankan keselesaan, perjalanan menaiki keretapi untuk ke Hua Him sudah tentu merupakan cara paling murah. Anda tidak akan membayar lebih dari RM8 bagi tempat duduk Kelas Ketiga dan boleh dapatkan duduk bersama penduduk tempatan. Jika keselesaan merupakan aspek yang penting bagi perjalanan anda, anda boleh pilih tiket Kelas Pertama dengan tambahan RM20 lagi. Mudah sahaja untuk bandingkan harga abgi kesemua pilihan ini di 12Go.asia.

Apakah cara terpantas untuk ke Hua Hin dari Bangkok?

12Go boleh mengaturkan kenderaan persendirian yang akan membawa anda pintu ke pintu dari Bangkok ke Hua Hin dalam masa 2.5 jam. Selain anda dapat menyewa kereta anda sendiri dan bergerak ke bandar resort tersebut, ia merupakan cara terpantas dan menawarkan kelebihan.

Apakah cara untuk ke Hua Hin dari Bangkok?

Terdapat pelbagai cara untuk ke Hua Hin dari Bangkok dan 12Go merupakan alat yang paling bagus untuk tunjukkan kesemua pilihan bagi anda. Bagi perjalanan yang paling laju dan selesa, anda melihat kepada sewaan kereta atau tempahan teksi persendirian di mana kedua-duanya adalah pilihan yang paling mahal. Pilihan termurah adalah dengan menaiki keretapi dari Hua Lumphong bersama penduduk-penduduk tempatan. Bagi perjalanan yang sederhana, bas dan van mini bergerak dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan dari tempat-tempat yang berbeza di sekitar bandar dengan harga sekitar RM41.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk ke Hua Hin dari Bangkok?

Walaupun pilihan terpantas (kenderaan persendirian) boleh membawa anda ke sana dalam masa 2.5 jam, trafik di bandar tidak boleh dijangka dan ia bergantung kepada waktu perjalanan anda. Jika anda telah menempah van mini atau bas melalui 12Go.asia, masa perjalanan anda akan menjadi sekitar 3 jam. Perjalanan keretapi amat tidak boleh dijangka dan boleh mengambil sehingga empat jam. Anda juga perlu kira sekali perjalanan menuju ke dan dari stesen keretapi yang boleh mengambil sekitar sejam di kedua-dua belah.

Berapakah harga teksi untuk ke Hua Hin dari Bangkok?

Teksi dari Bangkok ke Hua Hin berharga sekitar RM250 hingga RM410 bergantung kepada servis yang anda pilih. 12Go mempunyai senarai teksi peribadi dari tahap teksi ekonomi hingga ke SUV mewah dan boleh memuatkan tidak kisah berapa-berapa pun jumlah penumpang.

Berapa lamakah perjalanan teksi ke Hua Hin dari Bangkok?

Teksi dari Bangkok ke Hua Hin boleh mengambil sekitar 2.5 jam bergantung kepada trafik dan waktu perjalanan anda. Jika boleh, elakkan perjalanan semasa waktu puncak dan hujung minggu.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: