Cara untuk ke Koh Phi Phi dari Phuket

Cara untuk ke Koh Phi Phi dari Phuket

Jadi anda ingin ke Koh Phi Phi? Pilihan yang bagus. Pulau yang mempunyai tebing-tebing besar dan hutan-hutan hijau yang meluas bermula dari Laut Andaman yang jernih. Ia berada di atas sana dengan tempat-tempat yang pasti memukaukan di Siam. Ribuan pengembara datang ke sana setiap tahun untuk mencari pasir-pasir putih, hotel di tepi pantai dan bar koktel di bawah pokok-pokok kelapa.

Kebanyakan mereka bergerak dari Phuket. Ia merupakan titik permulaan terdekat di kepulauan tersebut. Tambahan pula, ia mempunyai lapangan terbang tersendiri dan banyak sambungan ke kapal-kapal yang bergerak sejauh 50 kilometer merentasi Teluk Phang Nga ke jeti-jeti Phi Phi. Panduan ini akan membantu anda mencari, membanding dan menempah kesemua pilihan pengangkutan yang membuat perjalanan ini.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Phuket ke Koh Phi Phi menaiki feri biasa2 jamRM58Tempah Online
Phuket ke Koh Phi Phi menaiki bot laju1 jamRM100Tempah Online
Phuket ke Koh Phi Phi menaiki bas dan feri7 jamRM83Tempah Online

Phuket ke Koh Phi Phi menaiki feri biasa

Phuket ke Koh Phi Phi menaiki feri biasa
Andaman Wave Master merupakan syarikat tersohor untuk perjalanan ke Koh Phi Phi dari Phuket

Tempoh Masa – 2 – 4 jam
Harga – RM58+
Keselesaan – 5/5

Dengan hanya melihat peta pesisiran Laut Andaman sepintas lalu akan menunjukkan sekitar 50km air laut yang menjadi pemisah antara Phuket dan Koh Phi Phi. Kedua-dua adalah pulau, tetapi satu bersambung dengan tanah besar melalui jambatan dan yang lagi satu terletak di penghujung selatan Teluk Phang Nga yang indah. Akan tetapi, perjalanan dari jeti ke jeti adalah antara yang paling terkenal di kawasan tersebut, jadi anda akan lebih banyak feri yang melakukan perjalanan tersebut.

Antara pilihan-pilihan tersebut, feri berkelajuan biasa yang menjadi pilihan utama untuk kebanyakan pengunjung. Feri-feri tersebut adalah besar, mempunyai pelbagai dek dengan kawasan luaran dan dalaman, tempat duduk berhawa dingin dan enjin yang berkuasa tinggi. Syarikat-syarikat seperti Andaman Wave Master mempunyai kapal-kapal yang mampu menampung lebih 450 penumpang. Namun, mereka bukan satu-satunya syarikat yang melakukan perjalanan tersebut. Terdapat juga Songserm, Seatran Phuket, Ao Nang Travel & Tour dan Phi Phi Cruiser yang juga merupakan pilihan yang terkenal.

Phuket to Koh Phi Phi by normal ferry
Kawasan duduk berhawa dingin di dalam feri Andaman Wave Master Β© Subodh Agnihotri / Shutterstock.com

Pelbagai syarikat feri menawarkan pelayaran atas kapal-kapal besar dari Jeti Rassada di Phuket ke Phi Phi sepanjang pagi dan petang.

Kebanyakan feri berlayar keluar dari Jeti Rassada. Anda akan melihat ia keluar dari barat daya Phuket. Mudah sahaja untuk pergi ke Phuket itu sendiri. Walau bagaimanapun, sudah semestinya lebih baik untuk dapatkan tiket yang termasuk dengan perjalanan teksi jika anda tinggal sedikit jauh seperti di tempat parti Patong atau terbang terus ke Lapangan Terbang Phuket dan ingin sampai terus ke Phi Phi. Anda boleh lakukan itu dengan bantuan 12Go.asia. Hanya cari pakej yang termasuk perkhidmatan teksi di Phuket.

Perjalanan itu sendiri mengambil masa antara dua hingga empat jam. Tetapi pasti susah untuk anda berasa bosan disebabkan pemandangan yang teramat cantik. Anda akan dapat melihat pokok-pokok kelapa pulau Ko Yao Yai di bahagian utara. Di bahagian selatan, cuba cari batu-batu yang mungkin akan muncul secara mendadak dari Laut Andaman. Sebahagian feri juga akan mengelilingi Koh Phi Phi apabila anda semakin hampir dengan destinasi. Ia merupakan pulau yang menjadi terkenal disebabkan Leonardo DiCaprio dalam filem The Beach!

Phuket ke Koh Phi Phi menaiki bot laju

Phuket ke Koh Phi Phi menaiki bot laju
Bot laju di Phuket Β© SORANAT7 / Shutterstock.com

Tempoh Masa – Hanya lebih sedikit dari 1 jam
Harga – RM100-170
Keselesaan – 3/5

Jika anda tidak boleh menunggu untuk menangkap gambar bot panjang di Teluk Tonsai dan berenang mencari β€œnanas laut” di Pantai Monyet (salah satu pantai paling menarik di Koh Phi Phi), sudah tentu tiada pilihan selain bot laju. Ia laju dan berharga sedikit mahal tetapi jangan teragak-agak walau seketika. Ya, keseluruhan perjalanan dari Phuket ke Phi Phi boleh dilakukan hanya lebih sedikit dari satu jam dengan menaiki bot laju!

Bot laju bukan sahaja patut diberi pertimbangan kerana ia laju. Anda juga akan jumpa banyak servis dari pelbagai lokasi di Phuket yang melakukan perjalanan ini. Dari Jeti Ao Chalong di selatan pulau tersebut ke Jeti Bang Rong di utara, terdapat banyak tempat-tempat pelayaran. Itu merupakan berita baik jika anda ingin melangkaui perjalanan panjang ke Jeti Rassada untuk mendapatkan feri-feri yang lebih besar atau ingin mengelak kumpulan-kumpulan penumpang yang ramai.

Kurang dari 80 minit diperlukan untuk gantikan kesibukan Phuket dengan keindahan bukit-bukit hijau Koh Phi Phi jika anda menaiki bot laju.

Satu peringatan: Menaiki bot laju boleh jadi cara yang amat berbonggol-bonggol. Begitu juga untuk perjalanan ini. Laut Andaman mungkin kelihatan tenang apabila ia sampai ke tepi Pantai Rawai di Phuket tetapi ombak sentiasa menjadi lebih ganas apabila tiba di pertengahan laut. Kesudahannya? Anda lebih baik menaiki bot besar jika anda mudah mabuk laut.

Tonsai Pier
Jeti Tonsai, Koh Phi Phi Β© Siraj Ahmad / Shutterstock.com

Titik ketibaan di Koh Phi Phi berakhir di tempat yang sama dengan feri-feri utama. Anda akan turun di Jeti Tonsai. Ia berada di hujung kampung utama, dengan kafe-kafe, tempat makan dan pelbagai hotel dalam jarak berjalan kaki. Oh dan pastikan untuk memiliki 20 THB (RM2.60) dalam tangan untuk membayar yuran pemulihan di limbungan bot yang dikenakan kepada semua orang.

Phuket ke Koh Phi Phi menaiki bas dan feri

Phuket ke Koh Phi Phi menaiki bas dan feri
Pandangan udara Koh Phi Phi

Tempoh Masa – 7 – 8 jam
Harga – RM83+
Keselesaan – 2/5

Pilihan lain yang boleh diambil oleh para pengembara yang mempunyai lebih banyak masa adalah sambungan ke Koh Phi Phi melalui bandar Krabi. Anda boleh mendapatkan bas tempatan dengan harga sekitar RM20 dari terminal bas Phuket. Ia mengambil masa sekitar 3 jam untuk mengelilingi keseluruhan Teluk Phang Nga. Apabila tiba di Krabi, anda perlu sampai ke pelabuhan dengan menaiki tuk-tuk atau songthaew (mini bas tempatan yang dikongsi) untuk bersambung dengan feri biasa dan bergerak ke selatan merentasi Laut Andaman.

Perjalanan ini melibatkan pertukaran pengangkutan, tetapi anda mungkin boleh menjimatkan sedikit wang. Dengan itu, perbezaan kos adalah sedikit jadi ia amatlah tentang pengembaraan ketika dalam perjalanan itu. Anda akan mendapat peluang untuk melihat pulau-pulau yang jauh seperti Koh Jum dan pelabuhan perikanan Krabi yang sibuk dalam perjalanan ke Phi Phi, walaupun perjalanan itu akan mengambil masa 8 jam atau lebih.

Perjalanan ke kepulauan Phi Phi merupakan suatu yang mesti untuk mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Siam. Pulau-pulau yang mengagumkan ini dikenali dengan gunung-gunung berbatu mereka dan pasir yang putih bak kapas. Perjalanan anda dari Phuket sepatutnya mudah sahaja untuk diatur dengan pelbagai feri dan kapal termasuk kedua-dua yang besar dan kecil yang bergerak di antara kedua-dua tempat tersebut.


FAQ Phuket ke Koh Phi Phi

Apakah cara paling murah untuk sampai ke Phi Phi dari Phuket?

Secara tegas kami katakan, anda mungkin dapat jimatkan beberapa ringgit dengan memilih untuk menaiki bas tempatan, tuk-tuk dan feri di sekitar pesisiran pantai untuk ke sana melalui Krabi. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa selama 8 jam jadi dari segi masa terluang dan duit yang dibelanjakan, cara termurah antara Phuket dan Koh Phi Phi sudah tentunya servis feri yang biasa. Ia mungkin berharga serendah RM58 sehala apabila anda menempah lebih awal melalui 12Go.asia.

Apakah cara terpantas untuk sampai ke Phi Phi dari Phuket?

Bot laju. Seperti yang terdapat dalam namanya, ia menawarkan perjalanan paling laju dari jeti-jeti Phuket ke Koh Phi Phi. Perjalanan itu sendiri mengambil 1-1.5 jam. Tetapi anda boleh juga menjimatkan masa semasa perjalanan ke pelabuhan kerana bot laju berlayar keluar dari pelbagai pelabuhan di pesisiran timur pulau Phuket. Anda boleh mencari pilihan yang paling mudah untuk anda di 12Go.asia.

Bagamaina untuk pergi ke Koh Phi Phi dari Phuket?

Sudah tentu dengan menaiki kapal! Dengan ketiadaan lapangan terbang di pulau syurga Phi Phi atau apa-apa jalan darat untuk masuk ke sana, anda perlu merentasi laut untuk sampai ke kepulauan terkenal itu. Syukurlah, terdapat pelbagai pilihan. Feri berlayar setiap jam pada waktu pagi dari jeti-jeti di Phuket. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan bot laju dan habiskan keseluruhan perjalanan itu dalam masa yang lebih kurang sama untuk memasak Pad Thai.

Berapakah harga feri untuk ke Phi Phi dari Phuket?

Kadar biasa untuk feri berkelajuan biasa antara Phuket dan Koh Phi Phi bermula sekitar RM58. Ia boleh berubah semasa bulan-bulan musim sibuk (Disember hingga Mac) dan berbeza mengikut syarikat. Kami sentiasa mengesyorkan anda menempah tiket seawal mungkin melalui 12Go.asia yang mempunyai alat carian yang bagus dan mampu membantu anda mencari kapal termurah di antara kesemua yang ditawarkan.

Berapa lamakah perjalanan menaiki kapal dari Phuket ke Phi Phi?

Jangan risau, anda tentu tidak akan berada di atas air melebihi tiga jam apabila bergerak di antara Phuket dan Koh Phi Phi. Feri-feri yang paling perlahan juga menghabiskan perjalanan dalam tempoh masa yang lebih kurang. Manakala, bot laju boleh bergerak merentasi Laut Andaman dari jeti ke jeti dalam linkungan masa sejam sahaja tetapi ia berharga lebih mahal sedikit.

Pukul berapakah feri terakhir berlayar dari Phuket ke Phi Phi?

Disebabkan feri tidak berlayar selepas hari gelap dan ia mengambil masa sekitar tiga jam untuk menamatkan perjalanan, anda mungkin melihat masa pelepasan terakhir di sekitar jam 3 petang. Ia boleh berubah dari bulan ke bulan apabila jadual yang baharu dikeluarkan. Dengan itu, waktu pelepasan biasa oleh syarikat-syarikat terkenal seperti Andaman Wave Master dan Seatran menunjukkan feri terakhir berlayar Jeti Rassada pada jam 1:30 tengahari dengan masa ketibaan di Phi Phi sekitar 4:30 petang.

Bagaimana untuk ke pulau Phi Phi dari Lapangan Terbang Phuket?

Mudah sahaja jika anda telah menempah tiket kombo perjalanan feri melalui 12Go.asia. Keluar sahaja pintu balai ketibaan dan anda akan menjumpai seseorang yang memegang nama anda (hebat, bukan?). Mereka akan membawa terus ke Jeti Rassada untuk menaiki kapal yang bergerak ke Phi Phi. Sudah tentu, anda boleh pergi ke sana sendiri, tetapi pastikan anda menggunakan kaunter teksi pra-bayar di dalam Lapangan Terbang Phuket. Oh dan kadar biasa untuk ke jeti tersebut adalah sekitar 700THB (RM87)!

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: