Cara untuk ke Pattaya dari Bangkok

Cara untuk ke Pattaya dari Bangkok

Keriuhan tanpa henti di Bangkok mampu memenatkan anda dan percutian ke pantai Thailand merupakan satu cara untuk anda berehat. Ia terletak di pantai timur Teluk Thailand. Pattaya ialah syurga bagi para pencinta pantai yang menawarkan sesuatu bagi setiap orang. Rehat sahaja di pantai atau nikmati aktiviti-aktiviti air pada waktu siang dan teroka kehidupan malamnya di jalan-jalan yang sentiasa sibuk.

Hanya 145 km dari Bangkok, Pattaya merupakan destinasi resort pantai terdekat dari ibu kota yang riuh itu. Terdapat banyak pilihan pengangkutan bagi perjalanan terus ini dan kita akan melihat pilihan manakah yang paling laju dan selesa. Sama ada anda pilih untuk menaiki teksi, bas atau pengangkutan yang lain, anda boleh mencari cara terbaik untuk ke pantai syurga Thailand itu.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Bangkok ke Pattaya menaiki bass2 jamRM21Tempah Online
Bangkok ke Pattaya menaiki van mini2 jamRM25Tempah Online
Bangkok ke Pattaya menaiki keretapi3 jamRM4Tempah Online
Bangkok ke Pattaya menaiki teksi2 jamRM190Tempah Online
Bangkok ke Pattaya menaiki bas lapangan terbang2 jamRM17Tempah Online

Bangkok ke Pattaya menaiki bass

Bangkok ke Pattaya menaiki bass
Stesen bas Ekkamai © Narin Nonthamand / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 2-4 jam
Harga – tiket bermula dari RM21 dan boleh meningkat hingga RM54
Keselesaan – 4/5

Bas merupakan pilihan paling terkenal bagi perjalanan dari Bangkok ke Pattaya. Terdapat perjalanan bas seawal 5 pagi hingga 11 malam setiap hari dan bas berlepas setiap 30-60 minit. Tambahan pula, terdapat banyak terminal bas di serata Bangkok yang bergerak ke Pattaya dan anda boleh menaikinya di stesen yang paling mudah bagi anda. Ini memberi ruang bagi anda memilih waktu perjalanan anda menuju ke Pattaya.

Walaupun anda boleh membeli tiket di terminal bas, lebih baik anda membeli tiket secara atas talian untuk menjamin waktu terbaik bagi perjalanan anda. Lihat sahaja jadual dan harga bagi perjalanan tersebut di 12Go.asia untuk memilih cara yang terbaik bagi anda. Laman sesawang itu mempunyai banyak syarikat untuk dipilih termasuk Bell Travel Service, Tara Tour & Travel dan Roong Rueang Coach.

Menaiki bas merupakan salah satu cara paling murah untuk sampai ke Pattaya dengan harga tiket serendah RM20. Bagi tahap keselesaan tambahan dan perjalanan yang lebih cepat menuju ke Pattaya, anda boleh jangka untuk membayar lebih sedikit. Bas kelas kedua adalah lebih murah tetapi tidak begitu selesa dan boleh mengambil hingga empat jam untuk mencapai Pattaya. Anda boleh menikmati perjalanan yang menenangkan dalam bas kelas pertama yang boleh mencapai Pattaya dalam masa dua jam sahaja tetapi dengan harga tiket sekitar RM60.

Bangkok ke Pattaya menaiki van mini

Bangkok ke Pattaya menaiki van mini

Tempoh Masa – 2-2.5 jam
Harga – sekitar RM25-RM40
Keselesaan – 3/5

Anda boleh tiba di Pattaya lebih cepat dengan menaiki van mini berbanding dengan bas tetapi anda perlu membayar lebih sedikit bagi tiketnya. Perjalanan ini kebiasaannya mengambil dua jam tetapi trafik boleh memberi kesan kepada jumlah masa perjalanan. Disebabkan pemandu ingin memuatkan seramai penumpang yang boleh menuju ke Pattaya, maka ia boleh menjadi agak sempit dalam setiap van

Van kebiasaannya membawa 9-14 orang dan tiada ruang yang luas bagi bagasi. Jika anda membawa beberapa beg, anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk meletakkannya dalam van mini. Pemandu kebiasaannya akan bertanya tempat yang anda tuju di Pattaya dan ini amat berguna jika anda mengetahui destinasi anda dengan khusus. Anda perlu ingat bahawa pemandu tersebut mungkin tidak mengetahui bahasa inggeris. Oleh itu, sedikit pengetahuan dalam bahasa thailand amat berguna.

Walaupun anda boleh tawar-menawar harga tiket dengan pemandu di terminal, anda boleh juga tempah van mini lebih awal melalui 12Go. Anda boleh mengatur perjalanan dengan ramai penyedia termasuk 12Go Transport, Mama Travel & Tour, Pannipa Pattaya Tour dan T-Tour. Terdapat banyak van mini yang bertolak dari Stesen Makkasan tetapi pastikan anda semak di laman tempahan untuk mencari stesen yang paling mudah bagi anda. Harga bermula dari RM24 tetapi kebiasaannya menjadi sekitar RM40.

Bangkok ke Pattaya menaiki keretapi

Bangkok ke Pattaya menaiki keretapi
Ruang dalaman keretapi dari Bangkok ke Pattaya © Amnat Phuthamrong & Sumeth anu / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 3-4 jam
Harga – di antara RM4 dan RM20
Keselesaan – 4/5

Jika anda seorang yang bangun awal pagi, keretapi boleh menjadi yang terbaik bagi anda. Terdapat dua keretapi yang akan membawa anda ke Pattaya setiap hari dan kedua-duanya berlepas sebelum jam 7:30 pagi. Keretapi pertama berlepas pada 6:45 pagi dan yang kedua pada 6:55 pagi. Kedua-dua keretapi ini selalu mengalami kelewatan dan anda perlu pertimbangkan perkara ini jika anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk menunggu.

Kedua-dua keretapi berlepas dari stesen keretapi Hua Lamphong di Bangkok dan anda perlu tambah kos menuju ke stesen tersebut juga. Tiket tidak boleh dibeli secara atas talian tetapi sepatutnya mudah sahaja untuk membelinya di stesen. Harga adalah mengikut tahap keselesaan yang anda inginkan. Tiket Kelas Pertama berharga sekitar RM20, Kelas Kedua sekitar RM12 dan Kelas Ketiga sekitar RM4.

Ia merupakan perjalanan yang perjalanan dan anda akan membuat banyak persinggahan sebelum sampai ke Pattaya. Namun, keretapi ialah pilihan bagi mereka yang terikat dengan bajet dan tidak tergesa-gesa untuk sampai ke sana.

Bangkok ke Pattaya menaiki teksi

Bangkok ke Pattaya menaiki teksi
Hua Hin Cars boleh ditempah melalui 12Go.

Tempoh Masa – 2-2.5 jam
Harga – sekitar RM190-RM420
Keselesaan – 5/5

Mendapatkan teksi sudah tentu merupakan cara paling selesa untuk menuju ke Pattaya tetapi dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada pilihan-pilihan yang lain. Jika anda tidak kisah dengan harga mahal tersebut, tiada yang boleh menandingi pengalaman mempunyai pemandu anda sendiri ke pantai percutian yang terkenal it. Perjalanan itu kebiasaannya mengambil sekitar dua jam tetapi trafik boleh melambatkan perjalanan tersebut.

Harga berbeza-beza kerana terdapat banyak syarikat teksi bagi perjalanan dari Bangkok ke Pattaya. 12Go.asia mempunyai amat banyak syarikat di platform tempahan mereka. Anda boleh jangka untuk membayar sekitar RM180-RM400 bergantung kepada syarikat dan jenis kenderaan yang anda tempah. Di antara syarikat yang menawarkan perjalanan teksi ini termasuk BangkokTaxi24, Glassflower, Team Holiday, Hua Hin Cars, Kim Taxi Thailand dan Phuket Ground Services.

Anda boleh menempah teksi dari Lapangan Terbang Don Mueang, Lapangan Terbang Suvarnabhumi atau hotel anda di Bangkok. Anda juga boleh berunding harga teksi dengan pemandu tetapi anda perlu tahu kos keseluruhan perjalanan tersebut termasuk tol lebuhraya. Ini boleh membuatkan harga lebih mahal jika anda tidak mengira tol sekali. Bagi mengelakkan kesukaran ini, tempahan teksi di 12Go merupakan proses yang lebih mudah untuk mengatur perjalanan anda.

Bangkok ke Pattaya menaiki bas lapangan terbang

Bangkok ke Pattaya menaiki bas lapangan terbang
Bas milik Bell Travel Services dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi boleh ditempah melalui 12Go.

Tempoh Masa – sekitar 2 jam
Harga – RM17
Keselesaan – 5/5

Jika anda pilih untuk tinggalkan Bangkok dan terus ke Pattaya dari lapangan terbang, terdapat satu lagi cara bagi anda. Lapangan Terbang Suvarnabhumi menawarkan perkhidmatan bas yang membawa anda terus ke Pattaya selepas anda mendarat di Bangkok.

Bas bertolak setiap jam dan perjalanan ke Pattaya itu mengambil sekitar 2 jam. Tiket bagi perjalanan bas itu berharga sekitar RM20 dan anda akan turun di Pejabat Bas Thappraya atau hotel anda.

Proses tempahan atas talian ini mudah sahaja tetapi anda juga boleh membeli tiket di kaunter di tingkat 1 lapangan terbang. Terdapat ruang yang luas bagi bagasi anda di atas bas dan anda boleh menikmati perjalanan terus yang selesa menuju ke Pattaya.

Selepas mengetahui kesemua pilihan pengangkutan untuk ke Pattaya dari Bangkok, anda sudah bersedia untuk suatu perjalanan yang menyeronokkan ke salah satu bandar pantai Thailand yang terbaik.


FAQ Bangkok ke Pattaya

Apakah cara termurah untuk ke Pattaya dari Bangkok?

Cara termurah adalah untuk ke Pattaya dari Bangkok adalah dengan menaiki keretapi yang keluar dari stesen keretapi Hua Lamphong. Jika anda membeli tiket kelas ketiga dari stesen keretapi tersebut, ia hanya berharga RM4. Namun, hanya terdapat dua keretapi yang pergi ke Pattaya setiap hari dan kedua-duanya berlepas sebelum jam 7 pagi.

Apakah cara terpantas untuk ke Pattaya dari Bangkok?

Menempah teksi persendirian merupakan cara terpantas untuk ke Pattaya dari Bangkok tetapi ia juga merupakan pilihan yang paling mahal. Dengan trafik yang bagus, pemandu teksi kebiasaannya mampu membawa anda ke hotel anda di Pattaya dalam masa kurang dari dua jam. Anda boleh mengatur perjalanan teksi lebih awal melalui platform tempahan 12Go.asia.

Apakah cara untuk ke Pattaya dari Bangkok?

Walaupun teksi persendiri merupakan cara terpantas untuk ke Pattaya dari Bangkok, ia bukanlah pilihan yang murah. Anda boleh menjimatkan duit dengan menaiki bas, keretapi atau van mini dan terdapat banyak tempat pengambila di sekitar Bangkok. Terdapat banyak pilihan bagi pelbagai bajet yang berbeza apabila anda tempah tiket secara atas talian melalui 12Go.asia.

Berapakah harga teksi untuk ke Pattaya dari Bangkok?

Teksi merupakan cara paling selesa untuk ke Pattaya dari Bangkok tetapi dengan harga yang amat mahal. BangkokTaxi24, Team Holiday dan Kim Taxi Thailand adalah sebahagian daripada syarikat yang menawarkan perkhidmatan teksi dari Bangkok ke Pattaya dengan harga serendah RM180 hingga RM400. Jika anda tempah secara atas talian melalui 12Go.asia anda akan melihat pelbagai pilihan pengangkutan yang ada dan termasuk pengambilan di lapangan terbang atau hotel anda.

Berapakah harga keretapi dari Pattaya ke Bangko?

Walaupun keretapi bukanlah pilihan utama para pengunjung, ia menawarkan pilihan yang paling murah bagi anda. Tiket kelas pertama adalah yang paling mahal di sekitar RM20. Namun, kelas kedua hanya berharga sekitar RM12 dan kelas ketiga sekitar RM4. Jika anda boleh bangun awal dan boleh menerima perjalanan yang perlahan dan kemungkinan kelewatan berlaku, keretapi merupakan cara paling murah untuk ke Pattaya.

Berapakah harga bas dari Bangkok ke Pattaya?

Bas merupakan cara paling terkenal untuk ke Pattaya dari Bangkok disebabkan harga murahnya yang sesuai bagi pengembara yang mempunyai bajet kecil. Anda boleh mencari banyak syarikat bas yang melakukan perjalanan ke Pattaya dengan menempah secara atas talian di 12Go.asia dan anda akan lihat bas-bas tersebut bertolak dari pelbagai teminal yang berbeza. Bell Travel Service, Tara Tour & Travel dan Roong Rueang Coach adalah tiga daripada syarikat bas yang melakukan perjalanan dari Bangkok ke Pattaya dengan tiket serendah RM21 dan boleh meningkat hingga RM54.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: