Ingin melepaskan diri dari kesibukan Bangkok dan menikmati pemandangan yang memukaukan dan udara segar di pantai Krabi? Ada banyak pilihan bagi anda! Perjalanan sejauh 800km boleh dilakukan menaiki kapal terbang, keretapi, bas atau bas mini dengan harga yang berbeza bagi setiap pilihan tersebut. Ia akan mengambil sekitar 1.5 jam hingga 13 jam sebelum anda dapat berehat di Pantai Railay atau meneroka Kuil Gua Harimau. Panduan ini akan memberi anda kesemua maklumat tentang cara-cara untuk bawa anda ke Krabi dari Bangkok supaya anda boleh memilih pengangkutan terbaik bagi perjalanan anda!
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Bangkok ke Krabi menaiki kapal terbang | 1.5 jam | RM120 | Tempah Online |
Bangkok ke Krabi menaiki keretapi (dan bas) | 11 jam | RM170 | Tempah Online |
Bangkok ke Krabi menaiki bas | 12 jam | RM83 | Tempah Online |
Bangkok ke Krabi menaiki bas mini | 11 jam | RM62 | Tempah Online |
Bangkok ke Krabi menaiki kapal terbang
Tempoh Masa – 1 jam 30 minit
Harga – RM120-RM330 satu hala
Keselesaan – 5/5
Cara terpantas untuk ke Krabi dari Bangkok adalah melalui penerbangan terus ke Lapangan Terbang Krabi (KBV). Penerbangan ke Krabi berlepas dari Lapangan Terbang Don Mueang (DMK) dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi (BKK) di Bangkok. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang melakukan penerbangan sepanjang minggu bagi perjalanan ini termasuk AirAsia, Bangkok Airways dan Vietjet. Harga berubah mengikut masa dalam setahun dan syarikat penerbangan dan tiket satu hala boleh dijumpai dengan harga serendah RM120 seorang.
Walaupun banyak syarikat penerbangan tempatan mementingkan harga murah berbanding keselesaan, tempoh perjalanan yang pendek itu berbaloi dengan tempat duduk yang agak sempit di atas kapal terbang! Dalam masa kurang dari 2 tahun anda akan keluar dari bandar dan nikmati pemandangan laut yang indah di Krabi. Anda perlu ingat bahawa tiket di saat-saat akhir adalah amat mahal, jadi belilah tiket anda lebih awal demi harga yang terbaik di 12Go.asia.
Bangkok ke Krabi menaiki keretapi (dan bas)
Tempoh Masa – 11-15 jam (perjalanan keretapi selama 9-12 jam dan 2-3 jam menaiki kenderaan lain)
Harga – RM170-340 (tiket keretapi RM140-RM240 dan tiket bas RM32-RM100)
Keselesaan – 4/5
Keretapi di Thailand merupakan satu pengalaman yang menarik jadi bagi mereka yang ingin menaiki keretapi, anda boleh dapatkan keretapi sebagai sebahagian perjalanan anda. Anda bergerak tinggalkan Stesen Hua Lamphong di Bangkok dan tiba di Stesen Surat Thani dalam masa 9-12 jam bergantung kepada jenis keretapi dan tempoh perjalanan. Jika boleh, dapatkan keretapi semalaman untuk menikmati perjalanan yang tenang dan menjimatkan sedikit wang bagi penginapan anda! Disebabkan tiada keretapi yang terus ke Krabi dari Bangkok, anda perlu bertukar pengangkutan di Stesen Surat Thani. Dari situ, anda masih mempunyai baki 2-3 jam sebelum anda tiba di pantai-pantai Krabi yang cantik! Baki perjalanan yang seterusnya boleh dilakukan dengan menaiki teksi, bas mini atau bas.
JIka anda menaiki teksi pastikan anda mendapatkan harga terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya pastikan ia merupakan teksi bermeter! Untuk mengelakkan kesukaran dan tawar-menawar dengan pemandu teksi, pilihan yang lebih baik adalah dengan menaiki bas atau van mini. Bas atau van mini dari Stesen Surat Thani menuju ke Krabi berharga sekitar RM33-RM200 seorang bergantung kepada jenis bas yang anda pilih.
Anda boleh membeli tiket secara terus di Surat Thani, kedai-kedai pengangkutan atau secara atas talian di 12Go.asia dan berasa tenang kerana sudah mendapatkan tempat anda!
Bangkok ke Krabi menaiki bas
Tempoh Masa – 12-13 jam
Harga – RM80-RM140 sehala, bergantung kepada jenis bas
Keselesaan – 4/5
Satu cara terkenal untuk ke Krabi dari Bangkok adalah dengan menaiki bas. Terdapat pelbagai bas yang tersedia dari yang bertaraf ekonomi hingga ke VIP. Bas VIP adalah lebih besar, luas, mempunyai lebih banyak kemudahan dan lebih selesa berbanding bas yang lain dengan harga yang lebih mahal sedikit. Kedua-dua bas ekonomi dan VIP menghabiskan perjalanan ke Krabi tersebut dalam masa 12 jam tetapi anda boleh gunakan masa ini untuk berehat. Ambil sahaja bas semalaman dan tidur sepanjang perjalanan itu di samping menjimatkan sedikit wang kerana anda tidak perlu membayar bagi penginapan malam itu!
Bas yang lebih besar mungkin tidak akan melakukan banyak persinggahan di kawasan rehat dan kadangkala terdapat tandas di dalam bas tersebut. Pastikan anda bawa snek dan air minuman untuk anda nikmati sementara anda menghabiskan masa di atas bas. Walaupun tiket bas boleh dibeli di lapangan terbang, stesen atau kedai-kedai pengangkutan di Bangkok, kami syorkan anda tempah terus tiket anda lebih awal melalui 12Go.asia.
Bangkok ke Krabi menaiki bas mini
Tempoh Masa – 11-12 jam
Harga – RM60-RM80 seorang, satu hala
Keselesaan – 2/5
Menaiki bas mini merentasi Thailand akan sentiasa menjadi suatu pengembaraan. Van-van in kebiasaannya lebih murah dan cepat berbanding menaiki bas yang lebih besar tetapi anda perlu bersedia untuk perjalanan yang berbonggol-bonggol dan ruang duduk yang sempit. Bas mini berlepas dari pelbagai lokasi di Bangkok termasuk terminal-terminal bas yang utama dan Jalan Khao San.
Walaupun ia merupakan cara yang murah dan digemari ramai untuk merentasi Thailand, kadangkala ia boleh menjadi sedikit leceh untuk mendapatkan tiket bas mini secara terus di Bangkok
Perjalanan menaiki bas mini boleh menjadi suatu cara yang baik untuk berjumpa dengan para pengembara yang lain dan jimatkan sedikit wang tetapi dengan tahap keselesaan yang kurang sedikit. Jika anda mengembara secara berkumpulan, anda boleh menyewa keseluruhan bas mini untuk perjalanan anda! Anda perlu ingat bahawa ruang di dalam bas mini adalah agak sempit dan tidak mempunyai tandas di dalam bas, jadi anda boleh jangkakan beberapa persinggahan dilakukan semasa dalam perjalanan bagi mendapatkan snek dan pergi ke tandas.
Tiket bas mini boleh dibeli di lapangan terbang, stesen keretapi, kebanyakan kedai pengangkutan dan penjual semula di Bangkok. Pastikan anda sentiasa tanya jika terdapat sebarang tawaran dan anda boleh cuba untuk tawar-menawar. Beberapa syarikat atas talian menawarkan cara yang lebih mudah untuk membeli tiket bas mini. Anda boleh lihat di laman sesawang seperti 12Go untuk pilihan-pilihan bas mini yang ada bagi tarikh perjalanan anda.
Sudah kemas beg anda? Tidak kira apa-apa pun cara anda pergi ke sana, kami harap anda akan bergembira dan mendapat perjalanan yang selamat dari Bangkok ke Krabi. Selamat menikmati pengembaraan anda!
FAQ Bangkok ke Krabi
Cara termurah untuk bergerak dari Bangkok ke Krabi adalah dengan menaiki bas mini. Pengembaraan ini berharga sekitar RM80 satu hala dan mengambil lebih kurang 11 jam. Bagi membandingkan pilihan yang ada dan dapatkan tiket lebih awal, lihat 12Go.asia untuk mencari pengangkutan terbaik bagi perjalanan anda.
Setakat ini, cara terpantas untuk ke Krabi dari Bangkok adalah dengan penerbangan. Anda boleh meninggalkan Bangkok demi kecantikan pantai Krabi dalam masa 1.5 jam sahaja. Harga tiket bergantung kepada syarikat penerbangan dan tarikh dalam setahun. Untuk menyemak tiket, pergi sahaja ke 12Go.asia dan pastikan anda membeli tiket lebih awal sebelum kesemuanya ditempah!
Pulau Phuket lebih dikenali ramai dan boleh jadi lebih sesak. Ini bermakna ia lebih mudah untuk dicapai dan mempunyai lebih banyak tempat tarikan seperti restoran, muzium dan aktiviti-aktiviti pelancongan. Krabi mempunyai pemandangan semula jadi dan boleh menjadi pilihan yang lebih baik untuk mengelak dari orang ramai. Kedua-dua destinasi tersebut mempunyai banyak perkara yang ditawarkan, jadi pilihan di antara Phuket dan Krabi bergantung kepada tujuan percutian anda.
Perjalanan dari Bangkok ke Krabi boleh dilakukan dengan menaiki kapal terbang, keretapi, bas dan teksi. Cara terpantas adalah dengan penerbangan 1.5 jam dan yang termurah adalah dengan menaiki bas mini. Pastikan anda mengkaji dan mencari pilihan pengangkutan yang terbaik bagi perjalanan anda! Bagi membantu anda membuat keputusan tersebut, pergi sahaja ke 12Go.asia untuk melihat kesemua pilihan dan harga bagi tarikh perjalanan anda.
Dapatkan keretapi di Stesen Hua Lamphong di Bangkok dan bergerak selama 10 jam menuju ke Stesen Surat Thani. Dari sana, ambil bas, bas mini atau teksi bagi baki perjalanan tersebut selama 2-3 jam untuk sampai ke Krabi yang indah! Bagi mengelakkan tiket habis ditempah dan anda sukar membelinya secara terus, lebih baik anda tempat tiket lebih awal di 12Go.asia.
Krabi terletak sejauh 800km di selatan Bangkok. Pantai-pantai dan pemandangan indah Krabi boleh dicapai dengan menaiki kapal terbang, keretapi, bas atau bas mini dengan tempoh perjalanan di sekitar 1.5 – 15 jam bergantung kepada pengangkutan pilihan anda. Tidak kira apa-apa pun pilihan anda, anda akan lihat bahawa Krabi berbaloi untuk dikunjungi! Sudah tentu lebih baik jika anda tempah lebih awal dengan penyedia-penyedia online seperti 12Go.asia untuk mencari tawaran terbaik dan bandingkan kesemua pilihan yang ada!
Krabi mengikut musim pelancongan yang sama dengan bahagian-bahagian Thailand yang lain dengan waktu paling sibuk adalah semasa musim sejuk di antara November dan Mac. Pada waktu itu, cuaca baik tetapi anda boleh jangkakan harga yang lebih mahal dan ada lebih ramai orang. April, Mei dan kadangkala Jun boleh jadi agak panas dan lembap di Thailand jadi pastikan anda hanya berada di kawasan pantai jika anda bercuti pada bulan-bulan ini. Musim monsun adalah dari Jun hingga Oktober. Jika anda bergerak pada waktu ini, bersedialah untuk merasai hujan lebat tetapi harga-harga dan jumlah pengunjung juga akan turun dengan banyak.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: