Cara untuk ke Siem Reap dari Bangkok

Cara untuk ke Siem Reap dari Bangkok

Jika anda bercuti di sekitar Asia Tenggara, anda pasti ingin melawat destinasi-destinasi pelancongan yang utama seperti Bangkok, Thailand dan Siem Reap, Kemboja. Ia mungkin sedikit sukar untuk bergerak di antara kedua-dua tempat tersebut jika anda tidak biasa dengan kawasan itu. Anda mempunyai banyak pilihan dan setiap pilihan menawarkan kelebihan tersendiri bergantung kepada apa-apa yang penting bagi anda sama ada ia adalah kelajuan, keselesaan, harga dan lain-lain. Inilah perkara-perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum memilih pilihan pengangkutan anda untuk melakukan perjalanan sejauh 405 km itu supaya anda tiba dengan selamat dan bersedia.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Bangkok ke Siem Reap menaiki bas10 jamRM83Tempah Online
Bangkok ke Siem Reap menaiki kapal terbang1 jamRM290Tempah Online
Bangkok ke Siem Reap menaiki teksi8 jamRM410Tempah Online
Bangkok ke Siem Reap menaiki keretapi dan bas/teksi9 jamRM62Tempah Online
Bangkok ke Siem Reap dengan lawatan persendirian24 jamRM1200Tempah Online

Bangkok ke Siem Reap menaiki bas

Bangkok to Siem Reap by bus
Bas-bas Giant Ibis yang selesa boleh membawa anda dari Bangkok ke Siem Reap

Tempoh Masa โ€“ kurang dari 10 jam
Harga โ€“ sekitar RM80-RM120
Keselesaan โ€“ 2/5

Perjalanan menaiki bas di antara Bangkok dan Siem Reap dipilih ramai disebabkan satu perkara sahaja iaitu kerana ia murah.

Bas terus tidak memerlukan anda bertukar bas semasa merentasi sempadan Thailand-Kemboja. Di antara penyedia bas terus ialah Nattakan dan Giant Ibis. Kedua-dua syarikat ini mempunyai bas besar dan harga tiket sekitar RM115 (Nattakan) dan RM130 (Giant Ibis) dengan bayaran minima jika anda menempah secara awal berbanding dengan membeli secara terus semasa hari perjalanan. Namun, disarankan agar anda menempah secara atas talian kerana ia menjaminkan tempat anda dalam bas.

Glassflower Minibus
Jika anda bergerak menaiki bas mini anda perlu merentasi sempadan sendiri

Bas mini merupakan satu lagi pilihan untuk bergerak di antara Bangkok dan Siem Reap. Bas mini memerlukan anda bertukar menaiki bas lain semasa di sempadan bermakna pilihan ini lebih sukar berbanding dengan bas terus dan anda mungkin perlu tunggu sehingga 3 jam semasa berada di sempadan. Bukan sahaja anda perlu mencari bas seterusnya tetapi disebabkan ia lebih murah daripada bas, jadi ia boleh menjadi agak sempit. Harga bas mini berbeza-beza tetapi anda boleh jangka untuk membayar tidak lebih daripada RM80 bagi keseluruhan perjalanan anda. Tiket bas mini perlu dibeli sendiri di sana dan ia berlepas dari Terminal Bas Utara (Stesen Mo Chit) di Bangkok.

Walaupun perjalanan dari Bangkok ke Siem Reap dengan menaiki bas adalah murah dan dipilih ramai disebabkan itu, ia bukanlah pilihan yang selesa. Jangkakannya menjadi situasi yang agak sempit. Namun, anda akan menikmati peluang untuk melihat pemandangan yang indah dari tempat duduk anda sepanjang perjalanan tersebut.

Bangkok ke Siem Reap menaiki kapal terbang

Bangkok to Siem Reap by plane
Air Asia kebiasaannya mempunyai penerbangan termurah di antara Bangkok dan Siem Reap ยฉ Kevin Hellon / Shutterstock.com

Tempoh Masa โ€“ sekitar sejam
Harga โ€“ di antara RM290 dan RM1200
Keselesaan โ€“ 3/5

Apabila bercakap tentang penerbangan di antara Bangkok dan Siem Reap, terdapat empat syarikat penerbangan yang anda boleh pilih. Walaupun penerbangan merupakan cara paling mahal untuk bergerak di antara kedua-dua tempat tersebut, ia merupakan yang terpantas. Tambahan pula, jika anda tidak biasa mengembara menaiki pengangkutan awam seperti bas dan keretapi di luar negara, penerbangan boleh jadi pilihan yang lebih selesa bagi anda kerana caranya adalah sama sahaja di mana-mana sahaja.

Syarikat-syarikat penerbangan yang terbang di antara kedua-dua tempat tersebut termasuk Bangkok Airways, Cambodia Angkor Air, Thai Smile dan Air Asia dengan pilihan untuk keluar dari dua lapangan terbang Bangkok iaitu Suvarnabhumi dan Don Mueang. Harga tiket penerbangan bermula dari RM290 tetapi boleh mencecah hingga ke RM1200 bergantung kepada tarikh tempahan dan syarikat penerbangan pilihan anda. Anda perlu ingat bahawa beberapa syarikat penerbangan membuat caj tambahan bagi bagasi. Cuba dapatkan Air Asia bagi penerbangan termurah. Penerbangan boleh dibeli dari pengagregat (seperti Hotwire) atau secara terus melalui laman sesawang syarikat penerbangan.

Walaupun penerbangan di antara Bangkok dan Siem Reap merupakan pilihan yang mudah dan selesa jika anda merupakan seorang yang selalu terbang, namun penerbangan di antara kedua-dua tempat tersebut kadangkala tidak boleh dijangka dengan adanya kelewatan dan pertukaran jadual penerbangan.

Bangkok ke Siem Reap menaiki teksi

Bangkok to Siem Reap by taxi

Tempoh Masa โ€“ kurang dari 8 jam
Harga โ€“ sekitar RM410
Keselesaan โ€“ 4/5

Jika anda lebih suka untuk bergerak di antara Bangkok dan Siem Reap di atas jalan tetapi tidak ingin berkongsi kenderaan dengan penumpang lain dalam bas yang sesak, anda boleh pertimbangkan servis teksi persendirian.

Seperti bas mini juga, anda perlu bertukar menaiki teksi lain apabila anda tiba di sempadan Thailand-Kemboja. Setelah merentas sempadan, anda boleh berjalan tinggalkan sempadan bagi mendapatkan harga teksi yang lebih rendah dan semakin jauh anda berada dari sempadan semakin murah harga teksi itu.

Teksi di antara Bangkok dan Siem Reap mengambil sekitar lapan jam dengan harga lebih mahal daripada bas atau keretapi tetapi lebih murah berbanding dengan penerbangan.

Namun, anda perlu ingat bahawa anda lebih terdedah kepada penipuan kerana pemandu teksi boleh cuba untuk mengenakan harga yang lebih mahal walaupun semasa pertengahan perjalanan walaupun ia merupakan pilihan yang memberikan privasi dan anda hanya boleh teruskan perjalanan atau keluar dari teksi tersebut. Sebaliknya, jika anda mendapat pemandu teksi yang mementingkan kepuasan penumpang, anda akan berasa senang sahaja dengan mereka dan anda mungkin boleh berbincang untuk melakukan persinggahan bagi mendapatkan makanan atau berehat sebentar dalam perjalanan lapan jam itu.

Teksi boleh ditempah lebih awal melalui 12Go.asia.

Bangkok ke Siem Reap menaiki keretapi dan bas/teksi

Bangkok to Siem Reap by train
Keretapi tiba di stesen keretapi Aranyaprathet ยฉ AtomLineAran / Shutterstock.com

Tempoh Masa โ€“ Sekitar 9 jam
Harga โ€“ RM60-250
Keselesaan โ€“ 3/5

Jika anda ingin mencuba pengangkutan selain teksi dan bas menuju ke Siem Reap, anda boleh dapatkan keretapi menuju ke sempadan (lebih tepat, Aranyaprathet) dan kemudian bertukar menaiki sama ada bas atau teksi. Terdapat dua keretapi setiap hari dari Bangkok ke Aranyaprathet, satu di sebelah pagi dan satu lagi di sebelah petang. Perjalanan keretapi ini mengambil sekitar enam jam.

Keretapi bukanlah pilihan yang paling selesa tetapi ada orang yang menikmati pengalaman tersebut kerana ia merupakan sesuatu yang perlu dirasai dan terdapat banyak pemandangan indah untuk dilihat. Tambahan pula, terdapat keretapi yang amat bersih dan selamat. Anda boleh membeli tiket keretapi semasa hari perjalanan dan harganya hanyalah beberapa ringgit sahaja.

Apabila anda tiba di Aranyaprathet, anda boleh mengambil tuk-tuk menuju ke sempadan (sekitar RM12), kemudian merentas sempadan itu dan menaiki bas atau teksi di Poipet Tourist Passenger International Terminal. Dari sana, perjalanan bas mengambil sekitar tiga jam dan RM41 dan teksi mengambil sekitar tiga jam dan RM210.

Bangkok ke Siem Reap dengan lawatan persendirian

Bangkok to Siem Reap by private tour
Lawatan persendirian bersama online-bangkok.com dari Bangkok ke Siem Reap kebiasaannya mengambil masa empat hari.

Tempoh Masa โ€“ 2-4 hari, bergantung kepada pilihan anda
Harga โ€“ RM1200+
Keselesaan โ€“ 5/5

Akhir sekali, jika anda tidak terikat dengan bajet dan tumpuan utama anda adalah keselesaan, anda boleh bersama syarikat lawatan persendirian untuk bawa anda dari Bangkok ke Siem Reap. Ini merupakan pilihan yang bagus jika anda ingin pulang semula ke Bangkok selepas tamat bercuti di Siem Reap. Ini merupakan pilihan paling murah dan selesa, tetapi ia juga merupakan yang termahal.

Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini seperti Viator. Secara umumnya, lawatan persendirian ini akan membawa anda pintu ke pintu dari satu hotel ke satu hotel dengan banyak persinggahan ke tempat-tempat pelancongan yang utama semasa dalam perjalanan. Kebiasaannya anda mendapat seorang pemandu pelancong yang boleh membantu anda bergerak supaya anda hanya perlu rehat dan nikmati perjalanan tersebut.


Apa-apa pun cara yang anda pilih untuk bergerak di antara kedua-dua tempat yang kaya dengan nilai kebudayaan dan tempat pelancongan ini, ia pasti akan menjadi suatu pengembaraan!


FAQ Bangkok ke Siem Reap

Apakah cara termurah untuk ke Siem Reap dari Bangkok?

Cara yang paling murah untuk ke Siem Reap dari Bangkok adalah dengan menaiki bas atau kombo keretapi-bas. Perjalanan bas boleh ditempah melalui 12Go.asia, tetapi tiket keretapi hanya boleh dibeli di stesen sahaja. Walaupun perjalanan keretapi adalah selamat dan terdapat pemandangan yang cantik, jangan jangkakan keselesaan yang tinggi. Sama juga bagi perjalanan bas kerana bas boleh menjadi agak sempit dan kelewatan boleh terjadi.

Apakah cara terpantas untuk ke Siem Reap dari Bangkok?

Setakat ini cara terpantas untuk ke Siem Reap dari Bangkok adalah dengan menaiki penerbangan. Empat syarikat penerbangan lakukan perjalanan ini: Bangkok Airways, Cambodia Angkor Air, Thai Smile dan Air Asia. Namun, penerbangan bagi perjalanan ini boleh menjadi agak mahal. JIka anda ingin jimatkan wang, anda boleh tempat pengangkutan lain di antara kedua-dua tempat tersebut melalui 12Go.asia.

Apakah cara untuk ke Siem Reap dari Bangkok?

Terdapat beberapa cara untuk bergerak di antara Bangkok dan Siem Reap termasuk bas, bas mini, teksi persendirian, lawatan persendirian, keretapi dan kapal terbang. Kebanyakan dari pilihan-pilihan ini boleh ditempah dengan mudah dan murah melalui 12Go.

Adakah terdapat keretapi untuk ke Siem Reap dari Bangkok?

Tiada keretapi yang bergerak terus di antara Bangkok dan Siem Reap, tetapi terdapat keretapi dari Bangkok ke sempadan Thailand-Kemboja. Dari sana, anda boleh mengambil bas atau teksi menuju ke Siem Reap. Bas dan teksi boleh ditempah melalui 12Go.asia.

Berapa lamakah perjalanan bas dari Bangkok ke Siem Reap?

Perjalanan bas boleh mengambil hingga 10 jam bergantung kepada kelewatan dan tempoh masa berada sempadan Thailand-Kemboja. Perjalanan bas di antara kedua-dua tempat tersebut murah sahaja dan boleh ditempah sekarang di 12Go.

Berapa hari yang patut saya duduk di Siem Reap?

Selama mana yang mungkin! Siem Reap merupakan bandar resort yang terkenal dan dikira sebagai gerbang ke tapak tinggalan Angkor.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: