Cara untuk ke Kanchanaburi dari Bangkok

Cara untuk ke Kanchanaburi dari Bangkok

Ia terletak di tebing Sungai Kwai dan menjadi terkenal disebabkan filem perang “Bridge over the River Kwai”. Kanchanaburi merupakan destinasi pelancongan yang terkenal. Ia terletak sejauh 107 km dari Bangkok tetapi tidak mempunyai lapangan terbang bagi pengunjung untuk terbang masuk.

Namun, perjalanan darat adalah lebih jauh sekitar 125 km dan amat berbaloi untuk menikmati jarak tambahan tersebut. Perjalanan itu membawa anda keluar dari kesibukan Bangkok, dan melalui hutan-hutan yang menenangkan, tebing-tebing sungai dan daratan hijau yang meluas.

Jika itu kelihatan seperti perjalanan yang sesuai untuk anda, teruskan membaca bagi melihat 4 cara yang selalu digunakan untuk bergerak dari Bangkok ke Kanchanaburi.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Bangkok ke Kanchanaburi menaiki keretapi3 jamRM12Tempah Online
Bangkok ke Kanchanaburi menaiki bas/van mini3 jamRM12Tempah Online
Bangkok ke Kanchanaburi menaiki bas pelancongan3 jamRM33Tempah Online
Bangkok ke Kanchanaburi menaiki teksi3 jamRM410Tempah Online

Bangkok ke Kanchanaburi menaiki keretapi

Bangkok ke Kanchanaburi menaiki keretapi
Keretapi The Eastern and Oriental Express menyeberangi jambatan Sungai Kwai © Pratan Saetang / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 3 jam
Harga – tiket bermula dari RM8-RM12
Keselesaan – 4/5

Disebabkan gelarannya “Death Railway” dan filem “Bridge over the River Kwai” yang merupakan daya tarikan yang utama di Kanchanaburi, sudah tentu ramai pengunjung memilih untuk ke sana menaiki keretapi. Terdapat 2 keretapi setiap hari. Pelepasan waktu pagi adalah pada pukul 7:50 pagi dan pada waktu petang adalah pada pukul 1:55 petang. Anda perlu ingat bahawa keretapi itu berlepas dari Stesen Thonburi di Bangkok (atau juga dikenali sebagai Stesen Bangkok Noi) dan bukannya di stesen utama.

Tiket boleh dibeli pada hari perjalanan tanpa sebarang tempahan dan hanya RM12 satu hala. Hanya pastikan anda tiba awal untuk dapatkan tempat duduk di tepi tingkap. Walaupun keretapi itu hanya sekadar asas sahaja dengan tempat duduk kelas ketiga, tetapi perjalanan itu selesa dan mempunyai tempat duduk yang luas. Tiada ruang makanan walaupun para penjual berjalan dalam gerabak menjual buah pomelo yang segar, minuman ringan, bir dan makanan berbungkus.

Pemandangan pinggir bandar Bangkok adalah menakjubkan dan ramai berpendapat bahawa keretapi merupakan cara terbaik untuk ke Kanchanaburi.

Keretapi pelancongan yang bergerak sepanjang ‘Death Railway’ dilakukan pada hujung minggu dan cuti umum. Ia merentasi jambatan yang terkenal itu sebelum terus ke Nam Tok Sai Yok Noi di mana ia akan berhenti selama 3 jam. Semasa waktu ini, anda boleh melawat air terjun Nam Tok Sai Yok Noi yang terkenal. Tiket bagi servis ini boleh dibeli lebih awal dari stesen dan berharga sekitar RM16 bagi tiket Kelas Ketiga atau RM28-RM32 bagi tiket Kelas Kedua berhawa dingin. Keretapi akan berlepas pada 6:30 pagi dan para penumpang boleh melakukan perjalanan itu sehingga habis atau turun di Kanchanaburi.

Bangkok ke Kanchanaburi menaiki bas/van mini

Bangkok ke Kanchanaburi menaiki bas/van mini
Bas mini di terminal bas Kanchanaburi © tateyama / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 3 jam
Harga – Tiket berharga sekitar RM12-RM28
Keselesaan – 4/5

Terdapat beberapa syarikat pelancongan yang menawarkan bas atau van mini untuk ke Kanchanaburi dari Bangkok. Kebanyakannya bergerak dari Terminal Lama Selatan (Sai Tai Kao) di Bangkok tetapi van Monsiri Travel berlepas dari Terminal Van Baharu Mochit. Dengan 5 perjalanan setiap hari dengan van berhawa dingin dan mampu memuatkan 14 orang, Monsiri merupakan antara pilihan yang termurah dan kerap. Tiket bagi perjalanan ini berharga sekitar RM20 satu hala.

Syarikat-syarikat lain lebih mahal sedikit walaupun beberapa syarikat akan menawarkan servis pengambilan di hotel yang tidak memerlukan anda mencari stesen bas. Sudah tentu pekerja di kebanyakan hotel dan penginapan di Bangkok boleh bantu aturkan perjalanan anda ke Kanchanaburi. Selain itu, anda boleh layari 12Go.asia untuk melihat pelbagai syarikat dan bandingkan harga sebelum menempah tiket anda.

Tidak kira syarikat mana yang anda pilih, kebanyakan bas mini dan van mini adalah moden berhawa dingin dan mempunyai tempat duduk yang selesa. Namun, anda boleh juga mendapat kenderaan lama yang boleh jadikan perjalanan anda berbonggol dan sedikit bising. Kebanyakan servis akan berhenti di pertengahan perjalanan bagi menambah minyak. Anda bolehlah luruskan kaki, pergi ke tandas atau beli makanan pada waktu ini.

Bangkok ke Kanchanaburi menaiki bas pelancongan

Bangkok ke Kanchanaburi menaiki bas pelancongan
Tara Travel merupakan syarikat pelancongan terkenal yang melakukan lawatan di antara Bangkok dan Kanchanaburi

Tempoh Masa – sekitar 3 jam 20 minit
Harga – tiket bermula dari RM32 jika anda beli lebih awal
Keselesaan – 4/5

Khao San Tara Travel merupakan penyedia utama bagi bas pelancongan di antara Bangkok dan Kanchanaburi. Mereka menawarkan bas ekspres dua tingkat berhawa dingin yang bergerak dua kali sehari. Bas pelancongan ini kebiasannya mengambil masa lebih sedikit daripada bas mini dan lebih mahal sedikit. E-tiket boleh dibeli lebih awal melalui 12Go dan berharga sekitar RM32.

Para pengembara daftar masuk di tempat daftar masuk Khao San Tara Travel yang terletak di Samsen 2 Alley. Mudah sahaja untuk anda cari tempat penginapan kerana terdapat banyak pilihan dalam jarak 5 minit berjalan. Para penumpang akan dibawa ke stesen bas utama dengan menaiki van mini di mana mereka akan bertukar menaiki bas pelancongan yang lebih besar dan selesa.

Bas pelancongan yang berhawa dingin boleh menawarkan tahap keselesaan yang lebih tinggi berbanding pengangkutan yang lain walaupun orang yang agak tinggi akan merasa agak sempit. Namun, secara amnya, bas pelancongan lebih luas berbanding dengan van/bas mini.

Bangkok ke Kanchanaburi menaiki teksi

Bangkok ke Kanchanaburi menaiki teksi
Salah satu teksi persendirian BangkokTaxi24 yang boleh ditempah melalui 12Go.

Tempoh Masa – 2.5 jam
Harga – RM400-600
Keselesaan – 5/5

Demi keselesaan yang paling tinggi, anda boleh pilih untuk bergerak dari Bangkok ke Kanchanaburi dengan menaiki Teksi. Walaupun ini merupakan pilihan paling mahal, terdapat beberapa syarikat teksi yang menawarkan perjalanan jarak jauh ini.

Kebanyakan syarikat akan mengambil anda terus dari hotel dan turunkan anda di mana-mana sahaja yang anda inginkan di Kanchanaburi. Walaupun kebanyakan syarikat teksi anggarkan sekitar 3.5 jam untuk perjalanan itu, anda boleh juga sampai ke destinasi anda lebih cepat. Anda boleh tempah teksi melalui hotel anda atau secara atas talian di 12Go.

Ini mungkin merupakan cara terbaik jika anda bergerak dalam kumpulan yang kecil kerana anda boleh bahagikan kos atau jika anda ingin bawa peralatan-peralatan mahal seperti alat-alat fotografi. Kelebihan yang lain adalah anda boleh buat persinggahan untuk berehat atau lalui tempat lain semasa dalam perjalanan. Pastikan anda beritahu pemandu lebih awal bahawa anda ingin lakukan persinggahan.

Tidak kira apa-apa pun cara untuk anda bergerak dari Bangkok ke Kanchanaburi, kami harap anda akan menikmati perjalanan tersebut!


FAQ Bangkok ke Kanchanaburi

Apakah cara termurah untuk ke Bangkok dari Kanchanaburi?

Secara amnya, cara termurah untuk ke Kanchanaburi dari Bangkok adalah dengan menaiki keretapi. Kebiasaannya tiket berharga 100 baht, iaitu bersamaan sekitar RM13. Namun, beberapa van mini menawarkan harga serendah RM13. Anda boleh lihat di 12Go.asia untuk mencari harga terendah.

Apakah cara terpantas untuk ke Kanchanaburi dari Bangkok?

Kebiasaannya, cara terpantas untuk ke Kanchanaburi dari Bangkok adalah di atas jalan raya dan bukanlah di landasan keretapi. Walaupun kebanyakan servis atas talian menganggarkan tempoh perjalanan sehingga 3.5 jam bagi van mini dan teksi, ia boleh juga tiba lebih awal. Jika tiada banyak kereta di atas jalan, van mini boleh mengambil hanya 2.5 jam dan teksi mengambil sekitar 2 jam. Bagi menjimatkan masa, lebih baik anda tempah servis yang boleh mengambil anda terus dari tempat penginapan anda. Lihat kesemua pilihan anda di 12Go.asia.

Apakah cara untuk ke Kanchanaburi dari Bangkok?

Terdapat banyak cara untuk ke Kanchanaburi dari Bangkok. Cara paling terkenal adalah dengan menaiki keretapi kerana ramai pelancong ingin melawat ‘Death Railway’ dan ‘Bridge over the River Kwai’. Namun, anda boleh juga bergerak menaiki bas, van mini atau teksi. Anda boleh semak kesemua pilihan anda dan bandingkan harga di 12Go.asia. Jika anda ingin memandu sendiri, jalan 323 merupakan jalan yang paling terus.

Apakah cara untuk ke Kanchanaburi dengan menaiki keretapi?

Untuk menaiki keretapi ke Kanchanaburi dari Bangkok, anda perlu menuju ke Stesen Thonburi di Bangkok (juga dikenali sebagai Stesen Bangkok Noi). Anda tidak perlu menempah tiket lebih awal dan ia boleh dibeli di stesen dengan harga RM12-RM16. Terdapat 2 keretapi setiap hari yang berlepas pada 7:50 pagi dan 1:55 petang. Jika anda perlu bergerak pada waktu yang lain, anda boleh lihat pilihan-pilihan yang lain di 12Go.asia.

Berapakah harga keretapi dari Bangkok ke Kanchanaburi?

Keretapi dari Bangkok ke Kanchanaburi berharga 100 bhat iaitu bersamaan RM13. Keretapi itu menawarkan tempat duduk Kelas Ketiga sahaja tetapi ia adalah luas dan selesa. Anda tidak perlu beli tiket lebih awal dan anda boleh terus membelinya dari Stesen Thonburi di Bangkok di mana keretapi itu berlepas. Selain itu, terdapat servis pelancongan pada hujung minggu dan cuti umum. Tiket berharga sekitar RM16 bagi Kelas Ketiga atau RM30 bagi Kelas Kedua. Tiket bagi servis hujung minggu perlu dibeli lebih awal.

Berapakah harga teksi dari Bangkok ke Kanchanaburi?

Perjalanan dari Bangkok ke Kanchanaburi dengan menaiki teksi merupakan pilihan yang paling fleksibel dan selesa, tetapi ia juga yang paling mahal. Harga kebiasaannya bermula di sekitar RM400 tetapi boleh meningkat hingga RM620 bergantung kepada tempat pelepasan dan tempat penurunan termasuklah sebarang persinggahan semasa dalam perjalanan. Terdapat beberapa syarikat teksi yang menawarkan pilihan ini dan anda boleh bandingkan harga dan kemudahan mereka di 12Go.asia.

Berbaloikah untuk ke Kanchanaburi?

Kanchanaburi amat berbaloi untuk dilawat terutamanya bagi mereka yang minat sejarah moden. Bandar ini terkenal dengan ‘Death Railway’ dan ‘Bridge Over the River Kwai’ yang menjadi terkenal disebabkan buku dan filem yang mempunyai nama yang sama. Bandar itu juga mempunyai banyak muzium Perang Dunia Ke-2. Lawatan ke Kanchanaburi dari Bangkok merupakan peluang yang baik untuk keluar dari bandar itu dan lihat pemandangan pinggir bandar yang menakjubkan.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: