Untuk ke Milan dari Paris

Untuk ke Milan dari Paris

Paris dan Milan mempunyai banyak persamaan. Kedua-duanya merupakan destinasi syurga fesyen, mempunyai reputasi yang sangat ekslusif untuk fesyen pakaian haute couture nya, ditambah orang-orangnya juga kacak dan cantik belaka. Selain itu, kedua-dua destinasi ini juga mempunyai seni bina dan bangunan yang hebat dan gah, sama ada puncak Gothic Notre-Dame atau menara Milano Duomo. Malah, bukan setakat itu sahaja. Masing-masing mempunyai keunikan citarasa masakan yang tersendiri, termasuk risotto safron dan baguette ranggup serta keju.

Boleh dikatakan bahawa setiap pelancong yang sukakan ibu kota Perancis pasti juga sangat menyukai ibu kota Lombard. Panduan ini khusus untuk mereka yang teringin untuk menyeberangi 400 batu di tengah-tengah Eropah Barat bagi melihat kedua-dua destinasi sebagai tempat wajib untuk dikunjungi. Artikel ini memberikan perincian yang menyeluruh berkenaan semua mod pengangkutan yang boleh anda pilih, dari kereta api berkelajuan tinggi hingga pesawat klasik. Bon Voyage!

PengangkutanMasaHargaTiket
Dari Paris ke Milan dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi7 jamRM140Tempah Online
Dari Paris ke Milan dengan menaiki kereta api malam11 jamRM140Tempah Online
Dari Paris ke Milan dengan menaiki kapal terbang1.5 jamRM130Tempah Online
Dari Paris ke Milan dengan menaiki bas13 jamRM130Tempah Online

Dari Paris ke Milan dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi

Dari Paris ke Milan dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi
Kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Paris dengan Milan semuanya adalah TGV © ClS / Shutterstock.com

Masa – 7 to 8 jam
Harga – RM140+
Tahap keselesaan – 5/5

Tidak ada perjalanan kereta api yang lebih menarik di bahagian Eropah ini daripada laluan 540 batu antara Paris dan Milan. Ia melintasi luas wilayah timur Perancis sebelum masuk ke pergunungan Alpen yang curam lalu kemudian melalui dataran rendah Lombardy. Setelah tujuh jam perjalanan, anda berpeluang melihat pemandangan gunung-ganang dan kebun anggur serta kawasan desa. Bagaimana pula dengan Gare de Lyon, di sini anda boleh menikmati croissant enak sebelum bertolak di waktu pagi.

Kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Paris dengan Milan semuanya adalah TGV. Ia adalah kelajuan terpantas yang ditawarkan rangkaian kereta api SNCF Perancis, dengan kelajuan maksimum sehingga 300 kph.

Anda hanya aka perlu menekan kelajuan pada laluan-lalun yang tertentu. Namun disebabkan kedudukan Alps di sebelah barat Lyon, kaki perlu dilepaskan sedikit dari pedal pemecut. Di dalam kapal, penumpang dapat menikmati susunan tempat duduk dua-dua pada bahagian Kelas Kedua dan beberapa tempat duduk dua-satu di bahagian Kelas Pertama, bersama dengan kemudahan katering dan penyaman udara yang sangat baik.

Dari Paris ke Milan dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi
Dengan menaiki kereta api TGV, penumpang dapat menikmati susunan tempat duduk dua-dua di Kelas Kedua © Little Adventures / Shutterstock.com

Kereta api TGV adalah cara yang paling pantas dan penuh gaya untuk membawa anda melintasi Eropah Barat antara Paris dan Milan.

Secara umumnya, terdapat tiga jaringan laluan setiap hari dari Paris. Paling awal berlepas pada jam 6.28 pagi dan akan tiba di Milan tepat sebelum jam 2 petang. Untuk pilihan tengah hari pula, ia bermula pada pukul 10.39 pagi, diikuti dengan perkhidmatan petang pada pukul 2.42 petang, dan akan tiba hampir pukul 10 malam. Laluan ini selesai dalam tempoh 7 jam 02 minit, tetapi jumlah perjalanan rata-rata antara tujuh hingga lapan jam.

Bagaimana, anda tertarik? Bagus … ini adalah cara yang paling efektif untuk melancong. Namun, anda perlu sentiasa ingat bahawa anda boleh dapatkan harga tiket yang rendah hanya pada masa yang terhad. Yang mana memang jelas, adanya perbezaan yang cukup besar RM390 dalam kos tambang jika melakukan pembelian awal atau tambang penuh. Oleh itu, apa kata sekarang juga anda ke 12Go.co dan buat tempahan sebaik sahaja anda mengetahui tarikh perjalanan anda. Tempat duduk yang mempunyai diskaun biasanya ditawarkan antara enam hingga tiga bulan sebelum berlepas.

Dari Paris ke Milan dengan menaiki kereta api malam

Dari Paris ke Milan dengan menaiki kereta api malam
Kereta api Thello bermula dengan harga sangat berpatutan iaitu 29 EUR (RM140) seorang © Eyesonmilan / Shutterstock.com

Masa – 11 jam
Harga – RM140+
Tahap keselesaan – 4/5

Kereta api Thello kini menjadi satu-satunya kereta pi malam yang menghubungkan anda dengan Kota Cahaya dan Kota Fesyen Itali. Ia dikendalikan secara eksklusif oleh Trenitalia (landasan kereta api nasional Itali) sebagai anak syarikat, dan pengganti kepada kereta api malam terdahulu. Kini operasinya dijalankan dengan usaha sama dari SNCF (landasan kereta api Perancis). Jadualnya sangatlah mudah: Anda akan bertolak dari Paris Gare de Lyon pada pukul 7.15 malam dan tiba di Milano Centrale pada jam 6 pagi keesokan harinya, dengan hanya satu perhentian di pertengahan Dijon. Mudah bukan.

Tidur ketika kereta api anda melintasi kawasan desa Perancis dan bangun ketika anda tiba di Milano Centrale keesokan paginya – itulah yang ditawarkan oleh Thello.

Tidak ada pilihan tempat duduk biasa di kereta api ini. Setiap penumpang perlu memilih dari tujuh kelas tempat tidur seorang. Yang paling murah adalah sofa empat dan enam tempat tidur, yang terbentuk dari katil keras dan di atasnya adalah alas tempat tidur dan bantal berjenama. Jika anda memilih kabin persendirian yang lebih mahal, anda boleh menikmati susunan tempat tidur tiga, dua, atau satu orang, tetapi kosnya lebih kurang tiga kali ganda. Pilihan yang paling mahal sekali adalah perkhidmatan kereta api dengan pancuran mandian dan tandas sendiri. Mereka turut mempunyai perkhidmatan pelayan dengan aneka makanan panas.

Kereta api Thello bermula pada harga 29 EUR (RM140) seorang. Apa yang anda dapat lihat, harganya cukup sesuai dengan TGV berkelajuan tinggi yang ditawarkan, malah anda juga dapat berjimat dari segi kos penginapan pada malam tersebut. Anda perlu membayar lebih banyak untuk kelas pengangkutan yang lebih selesa (kabin dua tempat tidur berharga lebih dari 100 EUR setiap malam). Untuk pengetahuan anda, harga akan meningkat ketika ia menghampiri tarikh berlepas. Oleh itu, dinasihatkan bagi anda yang suka tawar-menawar untuk ke 12Go.co bagi mendapatkan tiket dengan cara yang lebih bijak, walaupun tidak fleksibal tetapi ia paling murah.

Dari Paris ke Milan dengan menaiki kapal terbang

Dari Paris ke Milan dengan menaiki kapal terbang

Masa – 1.5 jam (penerbangan sahaja)
Harga – RM130+
Tahap keselesaan – 4/5

Terdapat lebih daripada 20 laluan penerbangan yang menghubungkan Paris ke Milan setiap hari. Ia tidaklah mengejutkan sama sekali memandangkan kedua-dua bandar tersebut mempunyai beberapa lapangan terbang dan dianggap sebagai hab penerbangan utama untuk negara Perancis dan Itali. Waktu penerbangan rata-rata mengambil masa sekitar 90 minit, tetapi mungkin boleh lagi cepat dari itu, atas beberapa faktor. Namun, itu tidaklah termasuk dengan masa tambahan yang perlukan untuk berpindah ke terminal dari kota Paris, melalui pemeriksaan keselamatan, dan kemudian masuk semula ke kota Milan di seberang sana. Secara keseluruhan, perjalanan biasanya memakan masa antara empat hingga enam jam.

Terdapat dua perkara utama yang perlu dipertimbangkan jika anda mahu menaiki penerbangan dari Paris ke Milan. Yang pertama ialah syarikat penerbangan yang anda gunakan. Yang kedua ialah lapangan terbang yang anda gunakan untuk berlepas dan tiba. Kedua-dua faktor ini sebenarnya ada kaitan antara satu sama lain, kerana syarikat penerbangan tertentu hanya beroperasi dari lapangan terbang tertentu. Sebagai panduan umum, bagi mereka yang melakukan perjalanan dari pusat kota Paris, anda memerlukan sekitar 35-40 minit untuk sampai ke Bandaraya Charles De Gaulle, sekitar satu jam untuk sampai ke Lapangan Terbang Orly, dan lebih dari 80 minit untuk sampai ke Beauvais.

Dari Paris ke Milan dengan menaiki kapal terbang
Mendarat di Lapangan Terbang Milan Linate dan bukannya Lapangan Terbang Malpensa Milan akan menjimatkan masa kira-kira satu jam

Penerbangan adalah cara paling cepat untuk bergerak dari bandar ke bandar, dengan mengambil masa dari Paris ke Milan selama 90 minit di atas langit.

Ryanair menawarkan harga tiket termurah. Malangnya, mereka hanya berlepas dari Lapangan terbang Paris Beauvais yang kedudukannya sangat jauh. EasyJet juga mempunyai tempat duduk dengan harga yang kompetitif, serta melakukan perlepasan dari dua hab utama di Paris: Charles De Gaulle dan Orly. Pilihan lain yang anda ada adalah penerbangan nasional bersama syarikat Alitalia dan Air France, yang membuat operasi servis berulang kali dari CDG ke ORY, tetapi harganya pasti lebih mahal.

Apabila memilih tempat untuk mendarat, kami syorkan anda memilih Milan Linate untuk memudahkan anda masuk ke pusat bandar. Milan Malpensa juga merupakan pilihan yang baik, tetapi anda perlu melakukan pemindahan sekitar satu jam setelah mendarat. Hab kos rendah yang besar di Orio al Serio terletak kira-kira 60 minit dari Milan juga, tetapi ia mungkin merupakan pilihan yang tepat jika anda ingin ke tasik Itali atau pergunungan selatan Alps yang indah.

Dari Paris ke Milan dengan menaiki bas

Dari Paris ke Milan dengan menaiki bas
Syarikat bas terkenal Flixbus menawarkan laluan perjalanan untuk malam dan siang © dvoevnore / Shutterstock.com

Masa – 13 jam
Harga – RM130+
Tahap keselesaan – 3/5

Anda boleh menaiki bas dari Paris ke Milan. Syarikat bas terkenal, Flixbus menawarkan laluan perjalanan dari malam dan siang, dengan perkhidmatan tanpa henti. Ia berlepas dari Stesen Besar Bercy Seine pada pukul dua belas tengah tengah malam, 8.40 pagi dan 8.30 malam, manakala yang lain berlepas dari Gallieni tepat sebelum pukul 10 malam. Secara keseluruhan, ia memakan masa 13 jam untuk menyelesaikan jarak 530 batu dari destinasi A ke destinasi B. Malah anda tidak perlu menukar kenderaan di sepanjang jalan, sebaliknya hanya mengikut perhentian berjadual untuk berehat atau mengambil penumpang lain.

Dari segi harga, pengangkutan bas menawarkan harga RM130 seorang. Memang ianya bagus, tetapi tidak terlalu bagus jika anda membandingkan kereta api TGV dengan menambah beberapa dollar untuk memilih pengangkutan berkenaan, dan penerbangan juga mungkin lebih murah! Bas mungkin tampak sebagai pengangkutan yang lebih moden dan bersih, dilengkapi dengan tempat duduk yang berkualiti dan penyaman udara, tetapi ia tidaklah begitu selesa seperti anda menaiki kereta api atau pengangkutan udara jika membuat perjalanan jarak jauh. Ringkasnya? Kami akan meletakkannya sebagai di antara pilihan pengangkutan yang baik jika anda tidak dapat mencari tiket yang berpatutan untuk menaiki kereta api atau penerbangan


Perjalanan dari Paris ke Milan adalah pengembaraan dari sebuah kota metropolitan Eropah yang penuh gaya ke sebuah kota metropolitan yang lain. Anda boleh melintasi kawasan Eropah yang luas untuk sampai ke pusat wilayah Itali utara, sama ada dengan menggunakan jalan raya (menaiki bas murah), kereta api (sama ada TGV berkelajuan tinggi atau kereta api malam) atau udara (syarikat penerbangan).


FAQ Dari Paris ke Milan

Apakah cara yang paling murah untuk ke Milan dari Paris?

Anehnya, penerbangan menjadi tawaran terbaik untuk perjalanan dari Paris ke Milan. Itu adalah tawaran dari syarikat penerbangan bajet seperti EasyJet dan Ryanair, yang kadangkala menawarkan tiket dengan harga di bawah RM130. Anda perlu menempah secepat mungkin di 12Go.co untuk mendapatkan tawaran seperti itu. Dengan cara itu, anda boleh mempertimbangkan kos pengangkutan berulang-alik dari lapangan terbang untuk kedua-dua buah destinasi.

Apakah cara yang paling pantas untuk ke Milan dari Paris?

Penerbangan adalah cara terpantas untuk pergi dari Paris ke Milan. Anda akan berada di udara hanya 1.5 jam atau lebih, dan menambah perjalanan lengkap sekitar empat hingga enam jam apabila anda merangkumkan sekali pemeriksaan keselamatan, serta proses memindah dan menurunkan beg.

Apakah cara yang terbaik untuk ke Milan dari Paris?

Kami mempunyai tempat yang sangat istimewa untuk kereta api TGV. Ia bukan sahaja pantas (seluruh perjalanan ke Milan dapat dilakukan dalam tujuh jam), tetapi ia juga menawarkan perjalanan melalui kawasan pergunungan Alpen Perancis yang indah. Di samping menawarkan suasana mesra alam, harganya juga hanya sekitar RM140 seorang apabila anda menempah lebih awal di 12Go.co.

Berapakah tiket kereta api dari Paris ke Milan?

Itu bergantung kepada waktu anda menempah tiket tersebut. Sekiranya anda bertindak cepat ke 12Go.co sebelum memulakan perjalanan, mungkin anda berpotensi untuk mendapatkan tambang murah yang hanya sekitar RM140 seorang. Ia akan meningkat dua kali ganda, tiga kali ganda, atau lebih banyak daripada nilai itu ketika anda mahu berlepas nanti, kerana tambang fleksibel penuh pada hari itu boleh melebihi RM460 setiap satu!

Berapa lamakah perjalanan jika menaiki kereta api dari Paris ke Milan?

Pada TGV zippy yang dikendalikan oleh rangkaian kereta api nasional Perancis, perjalanan dari Paris Gare de Lyon ke Milan memakan masa sekitar tujuh hingga lapan jam. Sekiranya anda menaiki kereta api Thello semalaman, dari malam hingga pagi, yang memakan masa sekitar 11 jam keseluruhannya.

Adakah perjalanan dengan menaiki kereta api dari Paris ke Milan menyajikan pemandangan yang cantik?

Sudah tentu. Bahagian pertama membawa anda melalui persekitaran bucolic di timur Perancis. Kemudian, anda akan melintasi Lyon dan melihat Pergunungan Jura dan Pergunungan Alpen di belakang. Semasa anda bergerak ke puncak, anda akan dihiasi dengan pemandangan puncak salji dan bandar peranginan Savoie yang menawan. Selepas itu, Itali pula hadir dengan kebun-kebun anggur dan gunung rendah sebelum anda melintasi dataran ketika dalam perjalanan ke Milan.

Adakah lebih baik memilih menaiki penerbangan dari Paris ke Milan atau menaiki kereta api sahaja?

Sekiranya anda dalam keadaan tergesa-gesa, lebih baik anda memilih penerbangan. Namun, kelebihan yang anda dapat dari penerbangan ini adalah dari segi masa sahaja. Sebaliknya jika menaiki TGV, pancaindera anda akan disajikan dengan pemandangan yang lebih baik,dan anda juga boleh menikmati makanan di dalam kereta api ketika melalui Alpen. Jadual perjalanan dengan kereta api mengambil masa sekitar tujuh jam, dan ini tidaklah begitu teruk. Bahkan, tiket kereta api juga boleh anda dapatkan dengan harga yang sangat murah serendah RM140 seorang jika anda berjaya menempahnya lebih awal menggunakan 12Go.co.