Cara untuk ke Florence dari Milan

Cara untuk ke Florence dari Milan

Milan ke Florence merupakan perjalanan yang pasti akan memenuhi impian para pengembara. Pertama, anda akan pergi ke gereja-gereja yang mempunyai hasil karya Leonardo da Vinci dan nikmati risotto safron di kafe Italiano yang vintaj. Kemudian, anda akan pergi ke selatan menuju ke ibu kota Tuscany. Di sana, hasil-hasil senibina Renaissance bercampur dengan tinggalan-tinggalan yang tidak berharga dalam Galeri Uffizi di samping Sungai Arno yang mengalir menerusinya.

Perjalanan 240 km dari bandar ke bandar itu mudah untuk dilakukan dengan adanya keretapi laju Itali dan jalan-jalan yang bagus. Panduan ini membantu anda mengatur perjalanan anda menggunakan keretapi, bas atau kereta…

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Milan ke Florence menaiki keretapi laju1.5 jamRM140Tempah Online
Milan ke Florence menaiki keretapi biasa5 jamRM110Tempah Online
Milan ke Florence menaiki bas4 jamRM35Tempah Online
Milan ke Florence menaiki kereta3.5 jamRM300Tempah Online

Milan ke Florence menaiki keretapi laju

Milan ke Florence menaiki keretapi laju
Keretapi Frecciarossa milik Trenitalia mengambil penumpang di Stesen Keretapi Milano Centrale Β© Zigres / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1 jam 40 min
Harga – RM140+
Tahap Keselesaan – 5/5

Hari ini, anda boleh bergerak dari tulang belakang Italy di Mila ke Florence dalam masa yang sama untuk menghabiskan sebotol Piedmont Red dan sepinggan pasta. Ini disebabkan rangkaian keretapi laju Itali yang menawarkan keretapi laju dari ibu kota Lombardy ke ibu kota Tuscany dalam masa 1 jam 40 minit sahaja. Ia bergerak setiap masa di antara 5 pagi dan 11:20 malam dengan 60 perjalanan berbeza untuk dipilih.

Tempat duduk Kelas Kedua (Standard) dalam salah satu keretapi Frecciarossa milik Trenitalia
Tempat duduk Kelas Kedua (Standard) dalam salah satu keretapi Frecciarossa milik Trenitalia Β© Giovanni G / Shutterstock.com

Kuncinya di sini adalah untuk mencari tiket bagi keretapi Frecciarossa (model yang digunakan oleh syarikat keretapi nasional Trenitalia) atau AGV (digunakan oleh syarikat keretapi swasta Italo). Kedua-duanya mempunyai tahap keselesaan yang sama tetapi kebanyakan pengembara akan memilih Frecciarossa kerana terdapat lebih banyak perjalanan keluar dari Milan setiap jam. Tiket termurah adalah bagi Kelas Kedua, atau Smart Class seperti yang dikenali dalam keretapi Italo, yang akan sentiasa mempunyai ruangan duduk bermeja untuk dipilih dan berhawa dingin.

Keretapi laju Itali adalah hebat dan mampu membantu anda bergerak dari The Last Supper oleh da Vinci ke David oleh Michelangelo dalam masa kurang dari dua jam!

Perjalanan itu bermula dengan pergerakan merentasi bahagian selatan di Lembah Po yang luas. Ia merupakan salah satu tempat penghasilan bijirin di Itali, jadi anda boleh jangka untuk lihat pelbagai ladang dan padang gandum. Ia bertukar menjadi bukit yang dihiasi dengan gereja-gereja di atasnya apabila anda mendekati Bologna. Dari sana, anda perlu memasuki terowong menuju ke Tuscany melalui dalam Appenines. Secara keseluruhannya, ia mempunyai pemandangan yang indah dan banyak untuk anda nikmati.

Italo smart class
Smart Class merupakan tempat duduk termurah dalam keretapi EVO Italo Β© Sorbis / Shutterstock.com

Harga bagi keretapi laju boleh menjadi sukar untuk diagak dan tempahan adalah diwajibkan. Tempahan awal merupakan cara untuk dapatkan harga murah apabila tiket ekonomi dan super ekonomi masih dijual. Ia sepatutnya berada di sekitar RM140 tetapi boleh bertambah lebih daripada dua kali ganda selepas tempoh tawaran. Ingat bahawa tiket awal tidak membenarkan pertukaran tarikh perjalanan atau pembatalan tetapi itulah risiko yang anda perlu ambil jika anda inginkan harga murah.

Milan ke Florence menaiki keretapi biasa

Milan ke Florence menaiki keretapi biasa
Keretapi serantau memerlukan pertukaran sekurang-kurangnya sekali di Bologna di antara Milan dan Florence Β© Michael715 / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 3-7 jam
Harga – RM110
Tahap Keselesaan – 3/5

Di sebalik keretapi laju AGV dan Le Frecce yang bergerak melalui Lombardy menuju ke Tuscany, terdapat suatu jaringan keretapi yang lain yang mempunyai keretapi serantau. Ia jauh lebih perlahan berbanding pesaingnya yang sepantas 300 kph itu tetapi boleh menjadi pilihan simpanan yang bagus jika anda tempah lambat atau lebih menggemari perjalanan yang lebih perlahan. Ia akan mengambil lebih banyak masa daripada percutian anda dengan kebanyakan perjalanan mengambil di antara tiga dan tujuh jam dengan pertukaran yang hampir sentiasa diperlukan.

Keretapi serantau Itali adalah lebih perlahan tetapi lebih menenangkan apabila ia membawa anda ke bandar-bandar menarik di antara Milan dan Florence.

Masih inginkannya? Bagus, kerana terdapat beberapa kelebihan jika anda naiki keretapi serantau. Pertama, harganya tidak akan membuat anda terkejut. Tempat duduk dalam keretapi ini sentiasa berharga sama sahaja. Tidak kira jika anda tempah 90 hari lebih awal atau dua jam sebelum bergerak ke platform, anda akan membayar 25.50 EUR (RM110) bagi perjalanan itu. Tambahan pula, anda dapat melihat lebih banyak pemandangan di negara itu semasa anda bergerak. Pertukaran di Bologna, Prato atau Parma adalah suatu kebiasaannya dan anda mungkin mempunyai masa untuk keluar dari stesen demi secawan espresso di piazza.

Secara amnya, keretapi serantau adalah selesa tetapi bukanlah yang paling selesa. Ia mempunyai tingkap yang berfungsi, penghawa dingin (kebiasaannya berfungsi dalam kebanyakan gerabak), dan tempat duduk dengan ruangan kaki yang luas. Betul ia bukanlah yang terpantas tetapi itulah sebahagian dari tarikannya. Kami syorkan anda cari lebih awal di 12Go.co supaya anda boleh mendapat idea tentang bandar-bandar yang anda akan lalu di sepanjang perjalanan.

Milan ke Florence menaiki bas

Milan ke Florence menaiki bas
Flixbus tidaklah selesa seperti keretapi laju tetapi masih juga mempunyai penghawa dingin dan WiFi Β© Julia Kuznetsova / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 4 jam+
Harga – RM35+
Tahap Keselesaan – 3/5

Tidak boleh disangkalkan bahawa bas di antara Milan dan Florence merupakan pilihan yang murah bagi perjalanan tersebut. Harga terendah bagi syarikat-syarikat bas yang utama adalah sekitar RM35 seorang yang merupakan sebahagian sahaja daripada harga perjalanan menaiki kereta laju ke arah tenggara menuju ke rumah zaman Renaissance. Sudah tentu ia bermakna bahawa terdapat beberapa keburukan seperti tempoh perjalanan yang kebiasaannya dalam lingkungan 4-4.5 jam. Bas juga tidak mempunyai tahap keselesaan yang sama seperti keretapi laju tetapi masih mempunyai penghawa dingin dan WiFi, jadi ia tidaklah begitu teruk.

Menaiki bas bermakna perjalanan yang lebih lama tetapi juga lebih banyak wang yang dijimatkan untuk anda dapatkan gelato di Ponte Vecchio.

Kuncinya adalah untuk mencari dan menempah menggunakan 12Go.co. Terdapat lebih banyak bas yang bergerak dari Milan ke Florence daripada jumlah bola salji yang anda boleh goncang. Anda akan ingin dapatkan bas yang laju dan tidak mempunyai sebarang pertukaran. Jika tidak, anda akan mendapat perjalanan lama yang melebihi 11 jam di atas bas yang bergerak melalui Alps dan merentasi pantai Itali sebelum bergerak menuju ke Florence.

Anda juga perlu berikan perhatian lebih kepada lokasi stesen di kedua-kedua bandar tersebut. Katakan anda telah tempah bersama Flixbus (syarikat yang paling terkenal), anda akan mempunyai pilihan untuk memulakan perjalanan anda di Lampugnano di jauh di sebelah tenggara. Tempat ketibaan terbaik di Florence ialah Piazzale Montelungo yang terletak hanya beberapa langkah daripada hujung tengah bandar lama. Malangnya, kebanyakan bas bergerak ke Villa Costanza yang lebih jauh.

Milan ke Florence menaiki kereta

Milan ke Florence menaiki kereta

Tempoh Masa – 3 jam 40 min
Harga – Dari RM205 sehari bagi kereta sewa, tambahan RM90 bagi tol
Tahap Keselesaan – 4/5

Arah untuk ke Florence dari Milan mudah sahaja bagi para pemandu. Ikut sahaja lebuhraya A1 (E35) terus dari bandar ke bandar. Syukurlah, ini merupakan salah satu jalan yang paling dijaga rapi dan mudah di Itali. Terdapat banyak tempat berehat dan papan tanda yang bagus, jadi mudah sahaja untuk mencari persimpangan di Bologna. Anda perlu membawa tol yang boleh mengambil sehingga 20 EUR (RM90) bagi keseluruhan perjalanan tersebut.

Milan ke Florence menaiki kereta
Jalan raya di pegunungan Apuan Alps.

Jika anda tidak mempunyai kereta sendiri, RentalCars.com boleh membantu anda. Mudah sahaja untuk mencari dan mendapatkan tawaran-tawaran daripada syarikat-syarikat global yang terkenal seperti Budget, Goldcar dan Avis. Harga sewaan ulang alik adalah di sekitar RM205-RM265 bagi kereta berpintu tiga tetapi mungkin terdapat juga caj untuk meninggalkan kereta tersebut di bandar yang lain selain dari tempat yang anda mengambilnya. Namun, ia memberikan anda kebebasan untuk meneroka Itali sesuka hati anda. Terdapat pemandangan yang hebat dalam perjalanan di antara kedua-dua bandar terkenal itu sama ada anda menyukai pegunungan Apuan Alps atau bilik cubaan arak di Modena.

Modena
Kawasan luar bandar yang indah dengan rumput kering dan kampung era pertengahan Castelvetro di Modena.

Anda boleh lakukan perjalanan ke tenggara dari Milan menuju ke Florence itu dalam masa kurang dari dua jam jika anda mahu. Atau, anda boleh bergerak perlahan dan nikmati luar bandar Itali. Mana-mana sekalipun, destinasi anda ialah bandar terkenal di seluruh dunia yang indah dan penuh dengan karya seni.


FAQ Milan ke Florence

Apakah cara termurah untuk ke Florence dari Milan?

Bas merupakan pilihan yang teratas jika dibandingkan dengan pengangkutan dari Milan ke Florence yang lain dari segi harga. Ia amat murah dengan tiket bermula serendah RM35 seorang satu hala. Ia sebahagian sahaja daripada harga keretapi laju walaupun anda tempah lebih awal menggunakan 12Go.co.

Apakah cara terpantas untuk ke Florence dari Milan?

Keretapi laju sesuai dengan namanya bagi perjalanan dari Milan ke Florence. Ia bergerak dari tengah bandar ke tengah bandar dalam masa 1 jam 40 minit sahaja bermakna anda akan bergerak sepantas 300 kph dalam perjalanan itu. Kami syorkan anda tempah lebih awal menggunakan 12Go.co kerana tempahan adalah wajib dan tempat boleh habis dijual.

Apakah cara terbaik untuk ke Florence dari Milan?

Keretapi laju merupakan suatu pengalaman yang menarik. Ia di antara keretapi terpantas di Eropah dengan dalaman yang dilengkapi dengan gerabak makanan yang menyajikan wain Itali. Tambahan pula, ia boleh menjadi tawaran yang baik (sekitar RM140 seorang) jika anda tempah jauh lebih awal sebelum anda tiba di Itali menggunakan 12Go.co. Mereka juga boleh tamatkan perjalanan itu dalam masa 1 jam 40 minit sahaja!

Berapakah harga tiket keretapi dari Milan ke Florence?

Harga tiket keretapi dari Milan ke Florence berbeza-beza, sekurang-kurangnya begitulah bagi keretapi laju. Harga terendah adalah di sekitar RM140 seorang walaupun ia boleh meningkat sehingga dua kali ganda atau lebih jika anda tempah lewat. Keretapi serantau mempunyai model yang berbeza. Ia akan sentiasa berharga RM110 tidak kira jika anda beli pada hari perjalanan sekalipun.

Adakah terdapat keretapi laju ke Florence dari Milan?

Ya. Malah, keretapi laju dari Milan ke Florence merupakan keretapi yang banyak digunakan di negara itu. Ia membawa anda terus ke arah tenggara melalui Bologna dalam keretapi moden dan selesa yang dikendali oleh Italo atau Trenitalia.

Berapa lamakah perjalanan keretapi dari Milan ke Florence?

Tempoh masa anda berada di atas keretapi di antara Milan dan Florence bergantung kepada jenis keretapi yang anda pilih. Dapatkan keretapi Italo atau Trenitalia yang terpantas dan keseluruhan perjalanan itu boleh ditamatkan dalam masa kurang dari dua jam. Jimatkan sedikit wang dan dapatkan keretapi serantau dan tiada siapa boleh meneka tempoh perjalanannya. Ia mungkin tamat dalam masa tiga jam atau lima atau lebih. Perjalanan yang berbeza mengambil masa yang berbeza.

Adakah penerbangan atau keretapi yang lebih baik untuk ke Florence dari Milan?

Disebabkan tiada penerbangan terus dari Milan ke Florence, kami perlu jawabnya dengan keretapi. Walaupun mungkin terdapat penerbangan sebegitu, sukar untuk penerbangan itu mengatasi perjalanan 1 jam 40 minit yang dilakukan oleh keretapi laju Italo dan Le Frecce terutamanya jika dipertimbangkan sekali gerabak makanan dalam keretapi, tempat duduk yang selesa dan jejak karbon yang lebih rendah!

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: