Cara untuk ke Berlin dari Amsterdam

Cara untuk ke Berlin dari Amsterdam

Sama ada anda pengembara yang dalam perjalanan menaiki Interrail yang memenuhi senarai wajib atau pengembara perniagaan yang ingin ke bilik mesyuarat di syarikat penjana ekonomi Jerman, perjalanan dari Amsterdam ke Berlin merupakan suatu yang mungkin anda ingin lakukan. Kedua-dua bandar ini mungkin bersebelahan sahaja tetapi ia masih dipisahkan oleh 580 km sungai-sungai Lawer Saxon, bukit-bukau Westphalian dan hutan-hutan Brandenburger. Untuk meliputi jarak itu, anda boleh pilih keretapi jarak jauh, bas murah atau pandu sendiri. Mana-mana cara sekalipun, panduan ini mempunyai kesemua maklumat yang anda perlukan apabila mengatur perjalanan dari ibu kota ke ibu kota…

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Amsterdam ke Berlin menaiki keretapi6.5 jamRM190Tempoh Online
Amsterdam ke Berlin menaiki kapal terbang1.5 jamRM190Tempoh Online
Amsterdam ke Berlin menaiki bas8 jamRM120Tempoh Online
Amsterdam ke Berlin menaiki kereta6 jamRM820Tempoh Online

Amsterdam ke Berlin menaiki keretapi

Amsterdam ke Berlin menaiki keretapi
Keretapi laju Deutsche di stesen Amsterdam Centraal © CatwalkPhotos / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 6.5 jam
Harga – RM190-RM370
Keselesaan – 5/5

Keretapi di antara Amsterdam dan Berlin merupakan pilihan yang baik bagi pelbagai pengembara disebabkan ia adalah mesra alam, menenangkan dan mengambil masa kurang dari tujuh jam secara keseluruhan. Terdapat enam pelepasan setiap hari bagi perjalanan ini. Pada hari minggu, pelepasan terawal adalah pada jam 5 pagi. Pelepasan yang terakhir pula meninggalkan Amsterdam Central pada 3 petang tetapi terdapat keretapi tambahan pada jam 5 petang bagi petang Ahad.

Secara keseluruhannya, perjalanan ini mengambil 6 jam 22 minit. Namun, jangan biarkannya patahkan semangat anda kerana ia merupakan pengembaraan yang sebenar. Landasan keretapi memasuki kawasan pedalaman di ibu kota Belanda itu, ladang-ladang dan padang rumput. Apabila melepasi sempadan Jerman, anda akan melalui ibu kota Lower Saxon (Hannover) yang bersejarah dan paya-paya di Westhavelland sebelum memasuki Hauptbahnhof Berlin yang berbentuk seperti UFO.

Seating in intercity 2nd class
Tempat duduk Kelas Kedua dalam keretapi Deutsche Bahn menuju ke Berlin dari Amsterdam © Chris Redan / Shutterstock.com

Nikmati pemandangan apabila anda bergerak dari Amsterdam ke Berlin di atas keretapi kerana ia meliputi pemandangan Belanda dan Jerman!

Terdapat banyak untuk dinikmati di atas keretapi semasa dalam perjalanan. Kesemua keretapi dikendali oleh Deutsche Bahn (DB). Ia mempunyai dalaman berhawa dingin dengan tempat duduk bermeja dan berpasangan. Terdapat juga pilihan kelas pertama bagi mereka yang sanggup mengeluarkan wang lebih. Ia memberikan akses kepada ruangan tertutup yang memuatkan enam orang dalam satu masa. Kesemua kelas mempunyai gerabak makanan di mana terdapat bir gandum, sosej Bavaria, telur hancur dalam menu yang sekurang-kurang cukup sebagai alas perut sebelum tiba di gerai-gerai currywurst di Berlin.

Tiket bagi keretapi di antara Amsterdam dan Berlin kebiasaannya mula dijual sekitar enam bulan sebelum tarikh perjalanan. Kami syorkan anda beli seawal yang mungkin. Tempahan awal melalui servis seperti 12Go.co bermakna akan boleh dapatkan harga murah di sekitar RM190 satu hala. Harga penuh tiket kebiasaannya di sekitar RM350 satu hala.

Amsterdam ke Berlin menaiki kapal terbang

Amsterdam ke Berlin menaiki kapal terbang
Pesawat easyJet mendarat di Lapangan Terbang Berlin Schönefeld © Markus Mainka / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1.5 jam (penerbangan sahaja)
Harga – RM190-450
Keselesaan – 5/5

Saiz Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sahaja menunjukkan bahawa terdapat pelbagai cara untuk bergerak dari ibu kota Dutch ke Jerman melalui penerbangan. Ia akan bergerak terus di udara dan mendarat sama ada di Lapangan Berlin-Tegel atau Berlin Schönefeld dengan tempoh masa 1.5 jam daripada pelepasan hingga mendarat. Ia merupakan satu-satunya pilihan yang paling laju untuk bergerak dari A ke B dalam perjalanan ini.

Kedua-dua syarikat penerbangan premium dan tambang murah boleh dipilih. Bagi tiket termurah, cuba tumpukan perhatian anda kepada tiga penerbangan harian bersama easyJet yang murah. Ia berlepas pada awal pagi dan dua kali semasa waktu petang dengan harga RM165 satu hala. KLM Royal Dutch juga mempunyai penerbangan selama 1.25 jam yang mendarat di Berlin-Tegel sekitar waktu petang tetapi ia berharga sekitar RM415. Kedua-dua harga asas ini termasuk bagasi di atas pesawat. Anda perlu keluarkan di antara RM100-RM200 bagi kemudahan pendaftaran masuk bagasi.

Penerbangan boleh menjadi cepat dan mudah. Hanya pastikan anda tempah awal dan pilih lapangan terbang yang anda ingin pergi di Berlin.

Keseluruhan tempoh perjalanan akan menambah sekitar lima atau enam jam apabila anda kirakan sekali keperluan untuk ke lapangan terbang awal dan perjalanan dari tengah bandar ke terminal (dan sebaliknya). Di sebelah Belanda, terdapat keretapi terus yang anda boleh gunakan dari stesen Centraal untuk ke Schiphol. Dari Lapangan Terbang Schönefeld, S-Bahn merupakan cara yang baik untuk ke bandar. Dari Lapangan Terbang Tegel, pilihan terpantas adalah di antara teksi atau Bas Ekspress TXL.

Penerbangan akan sentiasa menjadi lebih murah apabila ditempah awal. Servis seperti 12Go boleh membantu anda. Anda akan melihat harga bertambah naik dalam beberapa minggu sebelum tarik perjalanan. Harga termurah pula kebiasaannya terdapat sekitar 90 hari sebelum penerbangan.

Amsterdam ke Berlin menaiki bas

Amsterdam ke Berlin menaiki bas
Bas Flixbus bersedia untuk bertolak di Amsterdam © DutchMen / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 8-10 jam
Harga – RM120
Keselesaan – 3/5

Sudah semestinya terdapat bas yang menyambungkan dua bandar di Eropah Barat yang menyeronokkan ini. Ada yang mungkin memerlukan pertukaran semasa dalam perjalanan sementara ada yang lain melakukan perjalanan itu dalam bas yang sama dari awal hingga akhir. Ia bukanlah perjalanan yang sekejap dengan jarak melebihi 560 km untuk direntasi. Namun, ia merupakan perjalanan yang terkenal. Oleh itu, anda sepatutnya mempunyai beberapa syarikat berbeza untuk dipilih termasuklah Flixbus yang murah dan BlaBlaBus yang dinilai tinggi.

Perjalanan bas di antara Amsterdam dan Berlin mungkin melakukan beberapa persinggahan di bandar-bandar menarik di Jerman semasa dalam perjalanan.

Kebiasaannya bas membuat beberapa persinggahan semasa dalam perjalanan di antara Amsterdam dan Berlin. Jangan terkejut jika anda memasuki bandar Hanover, melihat menara-menara Goth di Bremen dan berhenti seketika di stesen di Hamburg kerana kesemua itu berada dalam perjalanan menuju ke ibu kota Jerman. Kebanyakan perjalanan itu adalah di atas lebuhraya autobahn moden yang mempunyai had laju tetapi ia mempunyai pemandangan yang cantik terutamanya di sebelah barat Belanda dan tanah lembap di timur Wolfsburg.

Sentiasa beli tiket bas anda lebih awal. Tempahan secara atas talian bersama 12Go.co membolehkan anda menggunakan e-tiket dalam telefon anda semasa hari perjalanan. Ia juga memastikan harga yang rendah terutamanya semasa musim sibuk seperti musim panas dan sekitar Christmas.

Amsterdam ke Berlin menaiki kereta

Amsterdam ke Berlin menaiki kereta

Tempoh Masa – 6-7 jam
Harga – RM820+
Keselesaan – 4/5

Jangan ingat anda boleh dapatkan sewaan kereta dengan harga kurang daripada RM825. Walaupun anda hanya memerlukan enam atau tujuh jam untuk ke Berlin melalui autobahn, anda masih perlu membayar harga penuh bagi sewaan sehari dan tidak dikira sekali caj tambahan bagi merentas sempadan antarabangsa dan perjalanan satu hala.

Namun, ia bermakna anda mendapat kebebasan di atas jalan dan banyak masa untuk menikmatinya! Anda boleh lakukan persinggahan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda inginkan di antara kedua-dua ibu kota itu. Mungkin lencongan ke istana-istana romantis di Rhineland? Mungkin anda ingin memakai but mendaki di padang Belziger Landschaftswiesen di timur Berlin?

Terdapat suasana pengembaraan apabila anda mempunyai kereta tersendiri untuk ke Berlin dari Amsterdam.

Jalan-jalan di Jerman dan Belanda mempunyai kualiti yang tinggi lebih-lebih lagi bagi autobahn di mana kadangkala tiada had laju pun dan mempunyai kemudahan yang bagus untuk memudahkan perjalanan tersebut. Tambahan pula, mudah sahaja untuk mengikuti jalan itu. Bergerak keluar dari Holland menuju ke timur di atas A2 dan kemudian ikuti Bundesautobahn 2 hingga ke Potsdam. Dari sana, jalan nombor 10 boleh membawa anda hampir ke semua tempat yang anda ingin pergi di Berlin.


Terdapat tempat pelancongan yang wajib dilawat di kedua-dua Amsterdam dan Berlin. Pergi di setiap satu dan anda boleh penuhkan masa anda dengan terusan-terusan dari abad ke-16 yang diiktiraf UNESCO dalam satu hari dan lihat Gerbang Brandenburg pada keesokannya. Selamat mengembara…


FAQ Amsterdam ke Berlin FAQ

Apakah cara termurah untuk ke Berlin dari Amsterdam?

Sudah tentunya dengan menaiki bas. Tiket bersama syarikat-syarikat terkenal seperti BlaBlaBus dan Flixbus bermula serendah RM120 apabila ditempah awal melalui 12Go.co. Ia teramat murah jika dibandingkan dengan penerbangan yang boleh melebihi RM410 dan sewaan kereta yang berharga dua kali ganda daripada itu! Sudah tentu bas bukanlah cara yang terpantas kerana anda perlu bersedia untuk bergerak selama 10 jam atau lebih!

Apakah cara terpantas untuk ke Berlin dari Amsterdam?

Penerbangan merupakan cara terpantas untuk bergerak dari Red Light District ke jalan-jalan yang cantik di Mitte dan Gerbang Brandenburg. Penerbangan terpantas (ditawarkan oleh KLM) melakukan perjalanan tersebut dalam 85 minit. Penerbangan yang lain seperti penerbangan tambang murah bersama easyJet mendarat di Berlin selepas 1.5 jam berada di udara. Sudah tentu anda perlu kira sekali tempoh masa untuk bergerak menuju ke dan dari lapangan terbang di samping masa menunggu di balai pelepasan di sebelah Amsterdam.

Adakah terdapat keretapi terus dari Amsterdam ke Berlin?

Malah, terdapat beberapa kali sehari. Ia berlepas sama ada setiap jam atau setiap dua jam dari Stesen Centraal yang besar di Amsterdam. Keretapi ini dikendali oleh DB yang merupakan syarikat keretapi nasional Jerman menggunakan keretapi moden dan selesa. Anda boleh dapatkan tiket seawal 180 hari sebelum perjalanan itu, jadi pastikan anda mula mencari tawaran di 12Go.co secepat mungkin.

Berapakah harga tiket untuk ke Berlin dari Amsterdam?

Cuba dapatkan tempat anda dalam keretapi DB dari Amsterdam ke Berlin jauh lebih awal daripada percutian Eropah anda. Anda mungkin mampu mendapatkan tiket awal yang dijual sekitar RM190 jika anda membuat sedemikian. Jika tidak, anda pasti melihat harga penuh berada di sekitar RM330-RM415. Tidak pasti di mana anda boleh membuat tempahan? 12Go.co boleh membantu anda untuk dapatkan tiket.

Berapa lamakah perjalanan keretapi dari Amsterdam ke Berlin?

Hanya kurang daripada 6.5 jam. Ia termasuk perjalanan merentasi tengah Jerman dan pemandangan indah melalui Belanda barat. Anda akan melalui bandar-bandar terkenal seperti Hannover dan Wolfsburg semasa dalam perjalanan itu dan dapat melihat kawasan luar bandar Eropah berlalu pergi. Di samping itu, perjalanan itu menjadi lebih selesa dengan adanya gerabak-gerabak moden berhawa dingin dan gerabak makanan.

Adakah terdapat keretapi laju dari Amsterdam ke Berlin?

Tiada perjalanan keretapi laju dari Amsterdam. Namun, keretapi InterCity yang menyambungkan ibu kota Belanda dan ibu kota Jerman itu mempunyai kelebihan di atas landasan model yang membolehkannya bergerak sepantas 195 kph. Bersedialah untuknya selepas anda tinggalkan Wolfsburg.

Berapa lamakah perjalanan bas dari Amsterdam ke Berlin?

Bas kebiasaannya mengambil sekitar 8-10 jam untuk sampai ke Berlin dari Amsterdam. Ia mungkin menjadi lebih lama jika terdapat banyak persinggahan atau anda gunakan bas semalaman yang mungkin mengambil selama 13 jam. Anda boleh semua kesemua waktu pelepasan dan ketibaan secara atas talian menggunakan alat carian di 12Go.co.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: