Cara untuk ke London dari Amsterdam

Cara untuk ke London dari Amsterdam

Hanya 360 kilometer sahaja yang memisahkan London dan Amsterdam. Namun, jika anda lihat pada peta, terdapat Laut Utara dan keseluruhan Muara Thames di antara kedua-duanya. Ini bermakna bahawa perjalanan menaiki kereta untuk ke B dari A bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan.

Namun, anda boleh gantikan terusan abad ke-16 dan rumah bandar Flemish dengan pemandangan di Westminster dan teater terkenal di West End dalam masa beberapa jam sahaja. Ia bergantung kepada penerbangan, bas dan keretapi yang boleh membawa anda dari ibu kota Belanda itu ke ibu kota UK dengan mudah. Begini caranya…

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Amsterdam ke London menaiki kapal terbang1.5 jamRM140Tempah Online
Amsterdam ke London menaiki keretapi laju4 jamRM330Tempah Online
Amsterdam ke London menaiki keretapi dan feri12 jamRM230–
Amsterdam ke London menaiki bas8 jamRM100Tempah Online

Amsterdam ke London menaiki kapal terbang

Amsterdam ke London menaiki kapal terbang
Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol terletak sejauh 17 km di barat daya ibu kot Belanda itu © Elisabeth Aardema / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1 jam 20 minit
Harga – RM140+
Keselesaan – 4/5

Terdapat banyak penerbangan terus di antara Amsterdam dan London setiap hari. Anda melihat kepada lebih daripada 50 penerbangan! Ini bermakna penerbangan seawal 6 pagi boleh membawa anda ke London tepat pada waktu kerja bermula. Ini juga bermakna terdapat penerbangan tengahari, petang dan lewat malam dengan beberapa pesawat mendarat betul-betul mendekati tengah malam.

Secara amnya, penerbangan murah easyJet merupakan pilihan yang termurah. Kebiasaannya ia berharga sekitar RM140 dalam masa 90 hari sebelum penerbangan. Dengan itu, penerbangan bersama syarikat premium British Airways boleh menjadi serendah RM190. Pilihan termahal kebiasaannya syarikat KLM yang memegang bendera Belanda tetapi itu pun berharga sekitar RM310. Kesemua penerbangan tersebut mempunyai caj tambahan bagi simpanan bagasi, jadi anda mungkin akan menambah RM80-RM120 untuk membawa balik glob salji Amsterdam anda ke London.

Amsterdam ke London menaiki kapal terbang
Lapangan Terbang London City hanya sejauh 9.6 km dari tengah London © JMAV / Shutterstock.com

Terdapat pelbagai penerbangan di antara Amsterdam dan London yang dikongsi di antara tiga syarikat penerbangan besar di Eropah.

Kesemua penerbangan bermula dari Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol yang besar itu. Ia merupakan yang terbesar di Eropah dengan pelbagai kemudahan dari ruangan VIP hingga ke bar champagne. Namun, bukan semua penerbangan menuju ke lapangan terbang yang sama di London. Ini sesuatu yang penting dan anda perlu pilih tempat yang paling mudah bagi anda. EasyJet akan menuju ke Gatwick di selatan ibu kota itu selain Luton dan Stansted yang berada sekitar sejam dari tengah London. BA dan KLM pula akan membawa anda ke Heathrow atau London City yang bersambung dengan Paddington dan Canary Wharf.

Penerbangan itu kebiasaannya mengambil sekitar 1 jam 20 minit tetapi anda boleh mencari perjalanan yang sepantas 1 jam 10 minit atau selama 1.5 jam. Ia bergantung kepada lapangan terbang yang anda ingin tuju. Tempah awal merupakan cara untuk mendapatkan tawaran terbaik jadi pastikan anda melihat 12Go.co sebaik sahaja anda tahu tarikh perjalanan dari Amsterdam

Amsterdam ke London menaiki keretapi laju

Amsterdam ke London menaiki keretapi laju
Keretapi antarabangsa Eurostar di stesen Amsterdam Central © Hollandfoto / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 4 ke 5 jam
Harga – RM330+
Keselesaan – 5/5

Hari ini, terdapat jaringan keretapi laju yang bergerak dari Amsterdam ke London bermakna perjalanan keretapi boleh dipendekkan menjadi empat atau lima jam sahaja. Sebelum ini anda perlu bertukar di Brussels semasa dalam perjalanan itu. Namun, tidak lagi. Eurostar kini melakukan tiga perjalanan terus ke Stesen Antarabangsa St Pancras di London setiap hari. Dan yang paling menarik? Tiket berharga sama sahaja dengan sebelum ini.

Perjalanan ini akan melalui tepi pantai Belanda menuju ke arah barat daya dari Amsterdam. Sungai dan tanah lembap di South Holland memberikan pemandangan terlebih dahulu tetapi kemudian anda akan memasuki ladang-ladang di kawasan kampung di timur Belgium. Terdapat persinggahan sekejap di Brussel sebelum perjalanan ke utara Perancis dan pintu masuk Saluran Inggeris di Calais. Rentasan itu adalah di sekitar 30 minit membawa anda terus menuju ke King’s Cross di tengah-tengah London.

Eurostar Train Seating
Tempat duduk biasa dalam salah satu keretapi Eurostar

Bergerak dalam keadaan bergaya di atas keretapi Eurostar yang selesa menuju ke London dari Amsterdam.

Dengan tempoh perjalanan yang pendek dan tiada keperluan untuk membuat pertukaran, Eurostar yang laju itu menjadi pesaing bagi penerbangan. Ramai pengunjung memilih perjalanan itu kerana ia mengambil masa yang sama dengan penerbangan (termasuk waktu perjalanan ke terminal) tetapi anda akan terus memasuki tengah bandar besar itu. Tambahan pula, anda dapat menikmati keretapi Eurostar yang selesa dan moden. Ia berhawa dingin, mempunyai Kelas Premium yang luas bersama servis di meja dan gerabak makan.

Anda tentu perlu menempah tiket bagi keretapi laju itu jauh lebih awal. Harga yang berbeza bagi perjalanan ini bermakna harga yang rendah itu akan menjadi semakin mahal. Cuba dapatkan tempat beberapa bulan sebelum perjalanan tersebut menggunakan servis seperti 12Go.co dan anda jumpa harga sekitar RM330.

Amsterdam ke London menaiki keretapi dan feri

Amsterdam ke London menaiki keretapi dan feri
Selepas mengambil keretapi Intercity menuju ke Stesen Schiedam anda akan bertukar menaiki keretapi metro menuju ke jeti Hoek van Holland © S-F / Shutterstock.com

Tempoh Masa – Sekitar 12 jam
Harga – RM230
Keselesaan – 3/5

Kombo keretapi dan feri juga boleh membawa anda dari bandar yang dikenali sebagai Venice of the North itu ke bandar London. Ia merupakan cara yang lebih mencabar kerana ia mempunyai beberapa pertukaran di bahagian Belanda. Namun, ia lebih murah daripada keretapi laju Eurostar dan akan sampai ke tengah London setelah berehat semalaman di atas feri.

Pastikan anda menggunakan servis feri semalaman yang berlayar dari Hoek van Holland ke Harwich untuk melengkapkan perjalanan anda dari Amsterdam ke London.

Anda akan bermula dengan menaiki keretapi InterCity dari Amsterdam ke bandar kecil Schiedam. Kemudian, anda akan bertukar kepada keretapi metro untuk sampai ke jeti. Anda boleh mendapatkan feri Stena Hollandica yang luas dan selesa di sana yang menyediakan tempat tidur peribadi bagi setiap penumpang sama ada berkatil satu atau dua. Keesokan paginya, anda hanya perlu hanya perlu turun dari dek dan dapatkan keretapi sekali lagi bagi perjalanan menuju ke London Liverpool Street dari Harwich. Nah, anda akan keluar dari stesen itu di bawah bayang-bayang menara Gherkin pada jam 9 pagi.

Amsterdam ke London menaiki keretapi dan feri
Pandangan udara Stena Line Hollandica di jeti Hoek van Holland © Aerovista Luchtfotografie / Shutterstock.com

Boleh sahaja cari dan tempah kesemua tiket anda secara atas talian dan lebih awal bagi perjalanan ini. Ini merupakan idea yang bagus untuk mengurangkan kos di samping memudahkan urusan perjalanan dan pertukaran terutamanya apabila bertukar menaiki feri di jeti Hoek van Holland.

Amsterdam ke London menaiki bas

Amsterdam ke London menaiki bas
Jika anda mempunyai masa lebih, perjalanan bas merupakan pilihan termurah © Roman Yanushevsky / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 8 ke 13 jam
Harga – RM100+
Keselesaan – 3/5

Terdapat banyak syarikat bas yang boleh membawa anda dari daerah lampu merah Amsterdam ke Sungai Thames London. Mereka kebiasaannya melakukan perjalanan ini dengan persinggahan di bandar-bandar Belanda yang lain di sepanjang perjalanan jadi anda dapat melihat menara abad pertengahan Bruges dan bar-bar jazz di Antwerp. Kesemua bas moden dilengkapi dengan penghawa dingin, tandas dan tempat duduk berbaring, jadi tiada terlalu banyak perbezaan dengan keselesaan dalam keretapi.

Bas murah sahaja dengan harga serendah RM100 bagi keseluruhan perjalanan dari Amsterdam ke London.

Dengan itu, bas mengambil masa lebih lama berbanding dengan keretapi. Bas boleh mengambil sekitar 13 jam untuk bergerak dari bandar ke bandar menggunakan kombinasi perjalanan di atas jalan, keretapi atau feri. Ada yang akan ke England melalui Saluran Inggeris menuju ke Dover. Ada juga yang akan menggunakan feri North Sea dari jeti di pantai-pantai Belanda dan Belgium.

Jalan yang anda akan lalui bergantung kepada syarikat yang anda pilih dan ada banyak yang anda boleh pilih. Nama-nama terkenal termasuk syarikat tambang murah dan jarak jauh Eurolines, BlaBlaBus dan Rede Expressos dari Portugal. Ia merupakan idea yang bagus untuk membandingkan harga mereka menggunakan 12Go.co sebelum anda membuat tempahan. Anda boleh jangkakan harga murah bagi kesemua jenis pengangkutan yang disebut dalam panduan ini dengan tiket serendah RM100!

Apabila anda sudah siap menikmati kentang bersama mayonis dan melawat pameran Rijksmuseum, apa kata anda bergerak ke Laut Utara untuk merasai London pula. Mudah sahaja dengan adanya keretapi, kapal terbang, feri dan bas untuk membawa anda ke sana.


FAQ Amsterdam ke London

Apakah cara termurah untuk ke London dari Amsterdam?

Anda mungkin tidak akan mendapat keselesaan yang sama jika menaiki bas dari Amsterdam ke London sepertimana anda boleh dapat dalam kapal terbang atau keretapi tetapi anda boleh menjimatkan wang. Ini kerana harga bermula dari RM100 bagi bas-bas besar yang bergerak melalui utara Eropah menuju ke ibu kota UK. Semak dan tempah perjalanan anda sekarang menggunakan 12Go.co.

Apakah cara terpantas untuk ke London dari Amsterdam?

Penerbangan mungkin merupakan cara terpantas dari Amsterdam ke London. Akan tetapi, jangan lupakan keretapi kerana anda boleh dapatkan Eurostar menuju ke St Pancras dari Centraal dalam masa 4.5 jam. Ia lebih kurang tempoh penerbangan sahaja apabila anda menambah sekali perjalanan menuju ke terminal. Anda boleh bandingkan jadual dengan mudah bagi kedua-dua pengangkutan tersebut menggunakan alat carian di 12Go.co.

Adakah terdapat keretapi terus ke London dari Amsterdam?

Pada tahun 2020, ada. Sebelum ini Eurostar hanya pergi sehingga Brussels tetapi baru-baru ini mereka menambah Amsterdam kepada destinasi yang boleh dicapai secara terus dari Stesen St. Pancras di London. Ia merupakan berita yang baik kerana ia mengurangkan masa perjalanan dari bandar ke bandar kepada 4.5 jam sahaja. Anda sudah tentu perlu tempah lebih awal kerana tiket keretapi menjadi lebih mahal apabila mendekati hari perjalanan. Gunakan 12Go.co untuk itu.

Berapa lamakah perjalanan Eurostar dari Amsterdam ke London?

Sekitar 4.5 jam sahaja yang diambil untuk keretapi Eurostar bergerak dari terusan Amsterdam ke menara katedral Goth dan kawasan kecil London yang sibuk. Itu sebenarnya agak laju lebih-lebih lagi jika mengambil kira bahawa kapal terbang mengambil 1.5 jam dan bas sekitar 12 jam!

Berapakah harga tiket keretapi dari Amsterdam ke London?

Kami akan sentiasa memberitahu anda untuk menempah lebih awal jika anda ingin dapatkan keretapi terus dari Amsterdam ke London. Terdapat harga dinamik bagi perjalanan ini bermakna harga boleh turun dan meningkat terutamanya jika anda tempah lebih lewat. Tempahan 60 hari lebih awal di 12Go.co merupakan tindakan yang bagus kerana ketika itulah harga menjadi serendah RM330 seorang.

Adakah lebih baik terbang atau menaiki keretapi untuk ke London dari Amsterdam?

Apa kata anda kurangkan emisi karbon dan tetapi berada di daratan? Lagipun, keretapi Eurostar dari Amsterdam ke London hanya mengambil sekitar 4.5 jam (berbanding perjalanan pintu ke pintu menaiki penerbangan). Ia juga merupakan pilihan yang selesa dan moden dilengkapi dengan perkhidmatan makanan di atas keretapi. Tambahan pula, harga tiket boleh menandingi tiket dari syarikat penerbangan premium seperti British Airways dan KLM. Oh, jangan lupa pemandangan-pemandangan menawan dari Belgium dan utara Perancis yang anda boleh lihat.

Berapa lamakah perjalanan bas dari Amsterdam ke London?

Bas mungkin merupakan cara paling perlahan untuk bergerak dari ibu kota Belanda ke ibu kota UK itu. Anda melihat kepada 10 jam masa perjalanan di atas jalan dengan beberapa pilihan mengambil hingga 13 jam sebelum anda tiba di Stesen Bas Victoria. Sebaliknya, ia merupakan pilihan yang murah dengan harga serendah RM100 pada hari-hari tertentu!

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: