Cara untuk ke London dari Edinburgh

Cara untuk ke London dari Edinburgh

Jika anda telah menikmati hidangan haggis, Banda Lama dari era pertengahan dan tempat-tempat mencuba wiski di ibu kota Scotland dan ingin mencuba “fish and chips” London dan pemandangan menara Big Ben pula, panduan ini adalah benda yang anda cari. Ia mempunyai maklumat tentang kesemua cara bagi anda menggantikan satu bandar dengan bandar yang lain.

Ia melihat kepada perjalanan jarak jauh menaiki keretapi UK ke arah selatan menuju ke ibu kota England tersebut dan ia juga menunjukkan harga yang anda jangkakan bagi suatu penerbangan. Anda juga boleh melihat berapa lama setiap pengangkutan ambil masa untuk melakukan perjalanan sejauh 535km itu merentasi tulang belakang British.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Edinburgh ke London menaiki kapal terbang1.5 jamRM170Tempah Online
Edinburgh ke London menaiki keretapi4.5 jamRM140Tempah Online
Edinburgh ke London menaiki keretapi semalaman7.5 jamRM270Tempah Online
Edinburgh ke London menaiki bas11 jamRM62Tempah Online
Edinburgh ke London menaiki kereta7 jamRM790

Edinburgh ke London menaiki kapal terbang

Edinburgh ke London menaiki kapal terbang
Menaiki pesawat easyJet di Lapangan Terbang Edinburgh © Janusz Baczynski / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1.5 jam
Harga – RM170+
Keselesaan – 5/5

Lupakan keretapi Flying Scotsman, sudah semestinya kapal terbang yang menjadi juara jika dikira dari segi kelajuannya. Ya, penerbangan keluar dari Edinburgh menuju ke London merupakan pilihan terpantas bagi perjalanan ini. Anda boleh jangkakan penerbangan tersebut dilakukan selama 1.5 jam satu hala dan boleh tempoh keseluruhan perjalanan tersebut boleh menjadi sekitar tiga atau empat jam jika dikira sekali perjalanan menuju ke dan dari terminal lapangan terbang, masa mendaftar masuk bagasi dan berbaris di ruang pelepasan.

Syukurlah, terdapat pelbagai penerbangan yang anda boleh ambil. Malah, sebanyak 30 servis berlainan yang berlepas dari ibu kota Scotland itu menuju ke London setiap hari. Kebiasaannya ia dikongsi oleh dua syarikat penerbangan: British Airways dan syarikat tambang murah easyJet. British Airways lebih mahal tetapi kadangkala terdapat juga harga murah setanding dengan pesaingnya itu.

Penerbangan dari Edinburgh ke London merupakan cara terpantas untuk bergerak dari satu ibu kota ke ibu kota yang lain dalam masa beberapa jam sahaja.

Sebenarnya British Airways melakukan penerbangan paling banyak dan menawarkan perjalanan ke lapangan terbang yang lebih besar seperti Heathrow dan Gatwick. Mereka juga terbang menuju ke pilihan orang-orang yang sering berulang-alik iaitu Lapangan Terbang London City yang terletak betul-betul di tepi Canary Wharf. Manakala, easyJet pula melakukan penerbangan dari tengahari hingga ke lewat petang dan bergerak ke London Luton, hab penerbangan murah Stansted dan London Gatwick.

Edinburgh ke London menaiki kapal terbang
Lapangan Terbang London City hanyalah sejauh 9.6km dari tengah-tengah bandar London © JMAV / Shutterstock.com

Satu perkara yang anda perlu ingat ialah anda akan bergerak merentasi Pennines dan lembing-lembing untuk sampai ke London dari Scotland, jadi pastikan anda tempah lebih awal. Itu merupakan kunci bagi mendapatkan harga termurah di mana kebiasaannya anda boleh menempahnya di 12Go.co sekitar 60 – 90 hari sebelum tarikh penerbangan. Anda juga perlu bersedia untuk mengeluarkan wang tambahan jika anda membawa bagasi kerana British Airways dan easyJet mengadakan caj bagi bagasi.

Edinburgh ke London menaiki keretapi

Edinburgh ke London menaiki keretapi
Keretapi LNER Azuma © Serge Cornu / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 4 jam 20 minit
Harga – RM140+
Keselesaan – 4/5

Kebiasaannya terdapat keretapi yang bergerak meninggalkan platform Stesen Edinburgh Waverley setiap setengah jam. Terdapat keretapi yang akan membawa anda ke London Euston di Landasan Utama Pantai Barat. Tetapi anda mungkin ingin mendapatkan keretapi yang dikendali oleh LNER di Landasan Utama Pantai Timur. Ia lebih pantas dengan kadar sejam dan akan membawa anda ke Stesen King’s Cross yang besar dan sibuk di tengah-tengah London dengan jumlah persinggahan yang lebih rendah.

Keretapi LNER merupakan model Azuma yang moden. Ia mempunyai gerabak Kelas Pertama yang luas dan kerusinya yang berlapik disusun dengan susunan 2 – 1. Seterusnya terdapat Kelas Kedua juga. Kedua-dua jenis gerabak ini mempunyai akses ke bahagian dapur dan bar, tetapi Kelas Pertama mendapat layanan terus di meja makan dan wain. WiFI, penghawa dingin dan soket elektrik boleh didapati dalam kesemua kelas.

Northumberland
Northumberland merupakan pihak berkuasa bersatu dan daerah bersejarh di Timur Laut England

Keretapi bergerak merentasi pelbagai kawasan luar bandar England dan Scotland selama empat jam termasuk pelabuhan, pantai dan ladang-ladang.

Perjalanan itu sendiri menawarkan pemandangan yang indah. Lihat sahaja semasa anda bergerak ke arah selatan di tepi ombak-ombak pantai Northumberland di mana anda boleh juga melihat istana-istana dan tempat-tempat tinggalan sejarah. Seterusnya anda boleh melihat patung Angel of the North bergerak lalu semasa melalui Newcastle. Kemudian, anda akan memasuki tanah-tanah di daerah Durham dan ladang-ladang di Cambridgeshire apabila keretapi menghampiri London.

Seperti biasa, amat penting untuk anda menempah tiket Edinburgh-London seawal mungkin. Dalam bahasa yang mudah, perbezaan harga bagi tempahan awal dan lewat amat ketara. Lihat 12Go.co sekurang-kurangnya 90 hari sebelum anda bergerak untuk cuba dapatkan harga RM150 – RM200.

Edinburgh ke London menaiki keretapi semalaman

Edinburgh ke London menaiki keretapi semalaman
Bilik klasik dan Caledonian Double dalam keretapi selamalan Caledonian Sleeper © Peter Mugridge

Tempoh Masa – 7.5 jam
Harga – RM270 bagi tempat duduk, RM410+ bagi tempat tidur persendirian
Keselesaan – 5/5

Keretapi Caledonian Sleeper yang terkenal itu telah menyambungkan Edinburgh dan London sejak pertengahan tahun 90-an. Gerabak Mark 5 yang bertaraf tinggi dilengkapi dengan katil berkembar, sinki dalam bilik dan lampu malap pada tahun 2019 dan ini membawa yang pengalaman yang lebih menarik kepada pengembaraan ini. Hari ini, anda boleh menempahnya untuk membawa anda terus ke Stesen Euston dari Edinburgh atau sampai ke London dari tempat-tempat yang lebih dengan pilihan untuk melalui Edinburgh dari Great Glen of Fort William dan juga ibu kota tanah tinggi Inverness.

Dengan tiket pra-tempah berada di sekitar RM450 sebilik, tempat tidur tersebut tidaklah begitu murah. Akan tetapi, anda akan menuju ke London dalam keadaan yang sangat selesa. Landasan keretapi itu terkenal dengan pemandangan-pemandangannya. Anda boleh bergerak di sepanjang Landasan Utama Pantai Barat yang merentasi Tanah Rendah Scotland sebelum menerusi di antara Cumbrian Lake District dan Yorkshire Moors. Kelemahannya? Keretapi malam ini meninggalkan Edinburgh pada 1:30 pagi jadi sebahagian besar perjalanan itu adalah pada waktu malam.

Edinburgh ke London menaiki bas

Edinburgh ke London menaiki bas
Bas National Express di luar London © J_R Images / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 10 jam 50 minit
Harga – RM62+
Keselesaan – 3/5

National Express menjalankan sebanyak empat dari Edinburdh menuju ke London. Anda akan naik di Stesen Bas Edinburgh yang terletak di tengah-tengah bandar dan boleh dicapai dengan berjalan sekejap sahaja dari Edinburgh Waverly di timur Bandar Baru. Anda akan tiba di Stesen Bas London Victoria yang mempunyai sambungan yang bagus ke keretapi bawah tanah London Underground melalui Stesen Victoria (terletak sekitar 10 minit berjalan kaki dari tempat bas).

Bas dijadualkan untuk melengkapkan perjalanan tersebut dalam masa kurang dari 11 jam. Ini menjadikannya pilihan yang lebih perlahan berbanding dengan keretapi atau penerbangan. Oleh itu, kebanyakan bas akan bergerak pada waktu malam. Namun, anda pasti akan membayar harga yang murah. Malah, bas boleh berharga serendah RM62. Ini sepatutnya menjimatkan anda sedikit demi sepeket kentang dan berkelah di Taman Hyde.

Edinburgh ke London menaiki kereta

Edinburgh ke London menaiki kereta

Tempoh Masa – 7 jam minima
Harga – RM790 (anggaran kereta sewa)
Keselesaan – 4/5

Terdapat pengembaraan British bagi mereka yang ingin masukkan beg ke dalam kereta sendiri dan terus bergerak mengikut jalan raya ke arah selatan. Perjalanan dari Edinburgh ke London merentasi tempat-tempat yang cantik di negara tersebut dengan jarak sejauh 637 km dari Firth of Forth ke London.

Pilih untuk pandu sendiri dan anda akan melihat pantai-pantai di Laut Utara, tinggalan istana era pertengahan dan bandar bersejarah.

Anda boleh terus memandu dan lakukan perjalanan itu dalam tujuh jam sahaja dengan sedikit kelewatan dijangkakan di London jika anda tiba pada waktu puncak. Namun, itu agak merugikan. Kami sarankan anda jadikannya perjalanan lebih sehari. Anda mungkin boleh lakukan persinggahan di pantai Northumberland Coast AONB di mana terdapat Whitby Abbey dan Istana Lindisfarne yang misteri. terdapat juga North York Moors yang liar dan bandar York yang mempunyai banyak warisan sejarah dengan kisah-kisah Viking dan raja-raja England.

Jika anda tidak mempunyai kenderaan tersendiri, sewaan kereta boleh menjadi pilihan anda. Pergi ke RentalCars.com untuk semak harga sewaan. Anda mungkin melihat sekitar RM830 bagi sewaan 24 jam termasuk kos perjalanan satu hala dari Edinburgh ke London.


Edinburgh dan London mempunyai personaliti unik tersendiri. Di Scotland, anda boleh minum wiski Scotch yang kuat dan berjalan di istana-istana lama. Di London, anda akan melihat menara seperti Big Ben dan pergi melihat lampu-lampu di West End. Apa kata anda pergi lihat kedua-duanya? Perjalanan di antara kedua-duanya mudah sahaja dengan pelbagai pilihan yang ada.


FAQ Edinburgh ke London

Apakah cara termurah untuk ke London dari Edinburgh?

Bas merupakan cara termurah untuk ke London dari Edinburgh. Malah, ia lebih murah daripada memandu sendiri jika anda kira sekali harga minyak. Tiket bas dengan syarikat-syarikat seperti National Express bermula sekitar RM62 tetapi lebih baik jika anda tempah lebih awal menggunakan 12Go.co untuk dapatkan tawaran murah ini.

Apakah cara terpantas untuk ke London dari Edinburgh?

Pakai tali keledar dan nikmati penerbangan keluar dari ibu kota Scotland untuk menikmati London dalam masa 1.5 jam sahaja. Sudah tentu, itu bukanlah keseluruhan caranya kerana perjalanan anda termasuk perjalanan menuju ke dan dari lapangan terbang yang akan menambah tempoh perjalanan. Kelebihannya? Keretapi mungkin menjadi lebih laju terutamanya jika anda mendarat di Luton atau Stansted yang terletak sekitar sejam dari tengah London.

Berapa lamakah perjalanan keretapi dari Edinburgh ke London?

Keretapi dari Edinburgh ke London mengambil sekitar 4 jam 20 minit. Ia merentasi seluruh Landasan Utama Pantai Timur dari Scotland menuju ke selatan England. Terdapat juga alternatif yang mengambil enam jam melalui Landasan Utama Pantai barat. Anda boleh melihat kesemua jadual menggunakan alat carian di 12Go.co.

Berapakah harga tiket keretapi dari Edinburgh ke London?

Ia lebih murah jika anda tempat lebih awal. Malah, anda boleh membayar hanya sekitar RM135 jika anda tempah lebih dari 60 hari lebih awal. Kami syorkan anda lakukannya di 12Go.co jika anda sudah mengetahui tarikh perjalanan terutamanya kerana harga boleh mencecah RM620!

Adakah terdapat keretapi terus dari Edinburgh ke London?

Ya, banyak. Tiada pertukaran yang diperlukan tidak kira sama ada anda menaiki keretapi perlahan menuju je Stesen Euston atau keretapi laju menuju ke King’s Cross. Pastikan anda menempah tempat lebih awal kerana harga boleh melonjak naik apabila mendekati tarikh perjalanan. 12Go.co boleh bantu anda untuk itu!

Adakah terdapat keretapi laju dari Edinburgh ke London?

Keretapi di antara Edinburgh dan London boleh mencecah kelajuan 200 km/h. Ini menjadikannya agak laju tetapi bukanlah yang terpantas di Eropah. Ia masih boleh membantu anda lakukan perjalanan 530km itu dalam masa empat jam sahaja. Bagus, bukan?

Adakah lebih baik untuk terbang dari Edinburgh ke London atau menaiki keretapi?

Bagi keseimbangan, kami katakan keretapi! Tempoh perjalanan adalah lebih kurang dengan keretapi menjadi lebih pantas berbanding penerbangan dalam beberapa situasi. Terdapat kelebihan tambahan jika menaiki keretapi. Anda boleh dapatkan gerabak yang luas berhawa dingin dengan akses ke dapur dalam keretapi dan nikmati pemandangan yang indah menghadap kawasan luar bandar Scotland dan England semasa dalam perjalanan.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: