Bagaimana untuk ke Berlin Dari Hamburg

Bagaimana untuk ke Berlin Dari Hamburg

Hamburg adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda kunjungi jika anda teringin ingin melakukan perjalanan ke Eropah, jauh dari berhadapan dengan daerah Reeperbahn yang berpasir, dan pelaburan tertua di Jerman. Sebaik sahaja anda selesai minum di Brahms dan bir sejuk di tepi Sungai Elbe, anda pasti menemukan cara yang paling mudah untuk terus pulang ke Berlin.

Kedua-dua metropolis utama ini mungkin dipisahkan sejauh 260 kilometer dengan beberapa sempadan negara Jerman, walaupun sebenarnya kedua-duanya saling berhubung antara satu sama lain. Pengangkutan seperti kereta api terus, lebuh raya cekap uber, dan bas, pastinya akan membantu anda dalam perjalanan nanti. Artikel ini akan memberikan anda informasi dan panduan yang cukup praktikal, terbaik, cepat, dan termurah…

PengangkutanMasaHargaTiket
Dari Hamburg ke Berlin dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi2 jamRM130+Tempah Online
Dari Hamburg ke Berlin dengan menaiki kereta api biasa2 jamRM120+Tempah Online
Dari Hamburg ke Berlin dengan menaiki bas3.5 jamRM47+Tempah Online
Dari Hamburg ke Berlin dengan menaiki kereta3.5 jamRM280+Tempah Online

Dari Hamburg ke Berlin dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi

Dari Hamburg ke Berlin dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi
Kereta api berkelajuan tinggi ICE dari Hamburg ke Berlin © Y. Pieper / Shutterstock.com

Masa – 2 jam
Harga – RM130+
Tahap keselesaan – 5/5

Kereta api berkelajuan tinggi pasti merupakan pengangkutan yang sangat popular digunakan untuk ke Berlin dari Hamburg (dan sebaliknya). Sebenarnya, landasan kereta api yang bergerak di antara dua pusat ini adalah yang pertama di negara ini dan dinaik taraf sepenuhnya untuk mencapai kelajuan paling tinggi. Ia mencapai kelajuan 290 kilometer dan menjadi peneraju kepada beberapa kereta api lain di penjuru Eropoh ini (kelajuan rata-rata di atas 190 kph). Apa manfaatnya bagi anda? Anda pastinya tidak akan kekurangan jaringan laluan jika menaiki kereta api…

Semua perkhidmatan dijalankan oleh rangkaian DB Jerman sendiri, jika anda ingin menempah mana-mana kereta api ICE. Mereka adalah kumpulan terpantas yang mampu mencapai 310 kph di beberapa laluan – dan hanya mengambil masa 1 jam 45 minit untuk bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain. Hanya ada satu perhentian sahaja yang menjadi perantara di sepanjang jalan iaitu di Berlin-Spandau pinggir barat kotanya.

Kereta api berkelajuan tinggi Jerman beroperasi beberapa kali sehari antara Hamburg dan Berlin, dan ia hanya mengambil masa perjalanan kurang dari dua jam!

Kereta api bukanlah pengangkutan yang mampu menyajikan pemandangan paling indah, tetapi jika anda berada di sebelah tingkap, anda boleh memandang terus ke luar. Tarikan utama perjalanan yang ada di dalam kereta api lebih kepada laluan tanah lembap rendah dan paya di Taman Alam Lembah Mecklenburg Elbe dan titik di mana kereta api melintasi pinggir hutan desa dan sungai-sungai Taman Alam Westhavelland yang berhampiran dengan Berlin. Semua kereta api yang disediakan adalah baru dan sangat selesa, dengan kemudahan WiFi, katering, dan kabin yang luas mengikut kelasnya yang tersendiri.

ICE train seating
Tempat duduk kelas kedua mempunyai susunan dua-dua manakala gambar di sebelah kanan tempat duduk kelas pertama yang mempunyai susunan dua-satu di dalam kereta api ICE © Chris Redan / Shutterstock.com

Tempahan awal tidak diperlukan jika anda menggunakan landasan kereta api DB. Walau bagaimanapun, anda pasti akan diminta untuk membayar lebih sekiranya anda memutuskan untuk membeli tiket pada hari yang sama dengan perjalanan anda. Itulah sebabnya kami mengesyorkan anda untuk ke 12Go.co dan buat tempahan sebaik sahaja anda mempunyai tarikh dan masa yang sesuai untuk bertolak dari Hamburg ke Berlin. Dengan itu, anda dapat memiliki tiket yang murah dengan harga hanya RM130 seorang.

Dari Hamburg ke Berlin dengan menaiki kereta api biasa

Dari Hamburg ke Berlin dengan menaiki kereta api biasa
Kereta api EuroCity bertolak dari Hamburg ke Prague di Republik Czech © MartinMojzis / Shutterstock.com

Masa – 2 jam+
Harga – RM120+
Tahap keselesaan – 4/5

Bukan hanya kereta api berkelajuan tinggi yang boleh menyusuri laluan dari Hamburg ke Berlin. Rangkaian kereta api nasional Jerman, DB, juga menawarkan banyak servis yang standard dan tidak memerlukan masa yang lama. Mereka yang menaiki kereta api EuroCity, mengambil masa sekitar dua jam untuk pergi dari satu stesen ke stesen yang lain. Faktor yang paling utama perlu anda ingat adalah ini merupakan perkhidmatan antarabangsa ke Republik Czech, jadi anda sebenarnya perlu mencari kereta api untuk ke Prague. Perhentian di sepanjang jalan nanti akan menemukan anda dengan pelbagai tempat yang menarik bukan sahaja stesetn utama di ibu negara: Berlin HBF tetapi juga Wittenberge dan Büchen.

Kereta api EC tidak begitu moden dan hebat seperti model ICE yang lain. Walaupun begitu, ia tetap selesa. Anda boleh memilih kelas-kelasnya sama ada premium atau standard, dan anda boleh menikmati kemudahan seperti tempat suis pengecas di tempat duduk, tandas, dan kawalan iklim di seluruh ruang. Bercakap tentang harga pula, sering kali anda akan menemukan masalah untuk mendapatkan tawaran diskaun yang lebih awal. Walau bagaimanapun, anda masih dapat menjimatkan sejumlah dolar dengan membuat tempahan awal menggunakan 12Go.co. Peringatan: Tiket boleh dikeluarkan sehingga enam bulan sebelum perjalanan.

Dari Hamburg ke Berlin dengan menaiki bas

Dari Hamburg ke Berlin dengan menaiki bas
Bus Flix di Stesen Bas ZOB Hamburg © Bjoern Wylezich / Shutterstock.com

Masa – Sekitar 3.5 jam
Harga – RM46+
Tahap keselesaan – 3/5

Syarikat bas terkenal di Eropah iaitu Flixbus adalah yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan ini. Mereka menjalankan servis tersebut hampir setiap 30 minit semasa musim panas, bermula seawal 7.45 pagi dan berakhir pada waktu petang. Perjalanan dari satu stesen ke stesen yang lain mengambil masa sekitar 3 jam 35 minit dan melibatkan perjalanan terus ke autobahn tanpa perlu menukar kenderaan di sepanjang jalan.

Bas ini memberikan sedikit kelonggaran ketika memilih destinasi untuk anda turun apabila tiba di Berlin nanti.

Yang bagusnya, pengembaraan anda dengan menaiki bas memberi manfaat keseimbangan dari segi tahap keselesaan dan kos yang perlu dikeluarkan. Lebih baik anda beli tiket lebih awal (sekitar 30 – 50 hari) melalui 12Go.co dan anda mungkin hanya perlu membayar RM47 untuk perjalanan penuh. Apa yang anda dapat dengan harga itu, adalah tempat duduk boleh baring, penghawa dingin, dan WiFi. Menarik bukan?

Kelebihan lain yang boleh anda peroleh dengan menaiki bas adalah fleksibiliti dan tujuan. Sebahagian besar akan bertolak meninggalkan Hamburg dari Stesen Bas Utama ZOB. Anda boleh lihat bahagian timur Hauptbahnhof dan di pinggir timur pusat bandar. Anda juga boleh memilih ke mana anda mahu pergi. Walau bagaimanapun, laluan bas menghubungkan Zentraler Omnibusbahnhof Berlin (di sebelah barat bandar), Alexanderplatz (pusat bandar), dan juga lapangan terbang di Schönefeld dan Brandenburg.

Dari Hamburg ke Berlin dengan menaiki kereta

Dari Hamburg ke Berlin dengan menaiki kereta

Masa – 3.25 jam
Harga – RM280+
Tahap keselesaan – 4/5

Bundesautobahn 24 adalah jantung utama yang menghubungkan bandar-bandar Hamburg dan Berlin. Ia adalah salah satu dari lebuh raya utama di negara ini, dengan laluan tanpa had kelajuan. Ia digunakan secara berkala oleh penumpang dan pelancong dari Eropah, serta mempunyai latar belakang yang cemerlang dalam menyediakan laluan yang terbaik sepanjang masa. Sekarang ini, anda mungkin sedang berfikir untuk memandu menyusuri ibu kota. Secara keseluruhannya, perjalanan akan memakan masa lebih dari tiga jam jika anda tidak berhenti, di tambah dengan pelbagai akses utama di kawasan pinggir bandar dan di sekitar Berlin sendiri.

Istana Schwerin
Istana Schwerin

Memilih untuk menaiki kereta untuk melakukan pengembaraan sendiri mungkin boleh menjadi pilihan yang terbaik untuk menjelajahi pusat bandar Jerman. Banyak tempat yang boleh anda berhenti untuk berehat dan merengangkan kaki di sepanjang perjalanan. Dari kawasan luar bandar Mecklenburg-Western Pomerania yang indah, ke Sungai Elbe yang tenang hingga ke istana Flemish-Renaissance yang hebat di Schwerin, anda pastinya tidak akan berasa bosan. Jika anda sudah menyaksikan semuanya ini, jangan terkejut jika anda memerlukan perkhidmatan kereta itu untuk beberapa hari lagi kerana anda tidak puas berada di situ. Untungnya, tawaran dengan syarikat kereta sewa RentalCars.com memberikan anda peluang tersebut dengan tawaran harga RM280 untuk 48 jam, ditambah dengan bayaran tambahan jika anda hanya melakukan perjalanan satu arah.


Pusat perindustrian Hamburg dan pemandangan pada waktu malam mungkin sudah cukup menyibukkan anda sepanjang perjalanan nanti, walaupun kebanyakkan pelancong akan gemar berkunjung ke autobahn di Berlin. Semuanya pasti mudah bagi anda – hanya gunakan panduan ini dan perjalanan anda akan berjalan dengan sangat lancar.


FAQ Dari Hamburg ke Berlin

Apakah cara yang paling murah untuk ke Berlin dari Hamburg?

Bas menawarkan pengangkutan yang paling menjimatkan untuk ke Berlin dari Hamburg. Tiket yang murah boleh anda beli melalui 12Go.co dengan syarikat seperti Flixbus, yang menjalankan banyak jaringan laluan setiap hari ke stesen yang berlainan di ibu negara. Anda mungkin sedang mencari sesuatu yang murah sekitar RM50-70 untuk harga keseluruhannya!

Apakah cara yang paling pantas untuk ke Berlin dari Hamburg?

Sudah tentu kereta api berkelajuan tinggi. Tidak ada penerbangan yang melintasi Jerman dari Hamburg ke Berlin. Oleh sebab itu, cara yang ada hanyalah dengan menaiki kereta api ICE yang boleh bergerak selaju 310 kph, ini sangat sesuai untuk penumpang yang terburu-buru untuk sampai ke destinasi. Jumlah masa perjalanan yang diambil hanyalah sekitar 1.75 jam.

Apakah cara yang terbaik untuk ke Berlin dari Hamburg?

Kereta api ICE berkelajuan tinggi benar-benar menguasai laluan ini. Sepantas kilat, dengan jumlah perjalanan hanya 1 jam 45 minit. Ia juga menawarkan harga yang berpatutan, selagi mana anda membuat tempahan awal di 12Go.co dan dapatkan tempat duduk sekurang-kurangnya 60 hari sebelum perjalanan.

Berapakah tiket kereta api dari Hamburg ke Berlin?

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan laluan kereta api ICE berkelajuan tinggi yang selesa dan pantas dari Hamburg ke Berlin, maka cadangan kami anda perlu membuat tempahan seawal yang boleh. Klik ke 12Go.co dan pilih beberapa bulan tempahan sebelum anda melakukan perjalanan. Anda akan dapati tiket yang terpapar adalah sangat murah dengan hanya sekitar RM130 seorang.

Berapa lamakah perjalanan jika menaiki kereta api dari Hamburg ke Berlin?

Sekiranya anda berjaya mendapat tempat duduk di antara penumpang di barisan berkelajuan tinggi (keretapi ICE yang dikendalikan oleh DB), maka anda boleh lihat masa transit yang ambil sekitar 1 jam 45 minit. Dalam masa yang sama juga, kereta api antarabangsa EuroCity yang berhenti di Hamburg dan Berlin tidaklah terlalu jauh ketinggalan di belakang. Ia mengambil masa sekitar 2 jam 04 minit untuk pergi dari stesen ke stesen yang lain. Pengangkutan ini mungkin boleh menjadi senarai pengangkutan pilihan yang baik.

Berapa lamakah perjalanan jika menaiki bas dari Hamburg ke Berlin?

Hanya mengambil masa sekitar 3.5 jam untuk ke Berlin dari Hamburg dengan menaiki bas. Walau bagaimanapun, laluan bas yang menghubungkan anda dari Hamburg ke Lapangan Terbang Berlin atau daerah luar mungkin mengambil masa lebih lama. Cara terbaik untuk anda buat pemeriksaan dengan tepat adalah pergi ke 12Go.co dan masukkan tarikh perjalanan anda.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: