Bagaimana untuk ke Prague dari Amsterdam

Bagaimana untuk ke Prague dari Amsterdam

Selesai pengembaraan di Dam Square dan Voldelpark, anda pasti mencari lagi destinasi yang terbaik untuk diterokai di ibu kota Eropah. Peluang ini sememangnya sedang menunggu anda lebih dari 440 batu jauhnya, di seberang pinggir timur Eropah Tengah. Di situlah terletaknya Prague. Kedudukkan cukup strategik melintasi Sungai Vltava, dipenuhi dengan istana besar Pargue (salah satu yang terbesar di dunia), dipenuhi dengan ruang bir Slavia yang enak, dan dimeriahkan dengan muzium khusus yang dikhaskan untuk budaya Yahudi, Franz Kafka dan banyak lagi.

Ia tidaklah terlalu sukar untuk sampai ke sana dari Amsterdam. Artikel ini memberikan anda panduan dengan menggariskan semua pilihan yang anda ada. Hal ini termasuklah maklumat dari segi harga, masa perjalanan di pesawat, kereta api, dan bas, serta apa yang anda boleh bayangkan dalam perjalanan nanti. Jom, kita teruskan pengembaraan…

PengangkutanMasaHargaTiket
Dari Amsterdam ke Prague dengan menaiki kapal terbang1.5 jamRM150Tempah Online
Dari Amsterdam ke Prague dengan menaiki kereta api12.5 jamRM230Tempah Online
Dari Amsterdam ke Prague dengan menaiki bas13 jamRM180Tempah Online

Dari Amsterdam ke Prague dengan menaiki kapal terbang

Dari Amsterdam ke Prague dengan menaiki kapal terbang
Czech Airlines mengenakan cukai di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol © Mike Fuchslocher / Shutterstock.com

Masa – 1.5 jam (kapal terbang sahaja)
Harga – RM150+
Tahap Keselesaan – 4/5

Memilih untuk menaiki penerbangan untuk ke Prague adalah keputusan yang bijak kerana kedudukan geografi wilayah-wilayah di negara-negara rendah dan seluruh Jerman terletak di antara Amsterdam dan Prague. Biasanya terdapat lebih kurang 10 jaringan hubungan secara langsung bagi kedua-dua buah ibu kota setiap hari (Sekurang-kurangnya semasa musim panas terik). Ia mengambil masa hanya 1.5 jam untuk membuat perjalanan dari landasan ke landasan pacu, dan ini menjadikan penerbangan tersebut sebagai mod perjalana terpantas dalam senarai pengangkutan yang ada.

Dari segi penerbangan, anda boleh memilih tiga syarikat penerbangan yang berbeza. Contohnya seperti easyJet (yang berorietasikan budjet), Smartwings (anak syarikat Czech Airlines), dan KLM Royal Dutch yang merupakan pemegang bendera kebangsaan Belanda dan paling premium dengan tawaran pakej ekonomi dan ganjaran kesetiaan pelanggan. Bersama-sama itu, dijadualkan juga masa perlepasan dari Amsterdam sekitar setiap dua jam, bermula tepat sebelum jam 7 pagi dan berakhir setelah jam 9 malam.

Disebabkan Amsterdam dan Prague terletak jauh antara satu sama lain, menaiki penerbangan adalah cara yang paling pantas sekali untuk sampai ke sana.

Dari segi harga, easyJet adalah yang paling murah. Anda boleh membuat tempahan awal sekurang-kurangnya 60 hari sebelum terbang di 12Go.co dan anda mungkin boleh mendapatkan tawaran berjumlah RM150 setiap orang. Bagi KLM dan Smartwings pula, biasanya mereka menawarkan harga dua kali ganda. Semua pengangkutan akan mengenakan bayaran yang lebih dari segi servis pemeriksaan beg dan kelajuan kenderaan, oleh itu anda perlu bersiap sedia untuk membayar seitar 25 EUR (RM120)jika anda memerlukan servis tambahan seperti itu.

Dari Amsterdam ke Prague dengan menaiki kapal terbang
Pesawat KLM dari Amsterdam mendarat di Lapangan Terbang Prague © Rebius / Shutterstock.com

Semua penerbangan dari Amsterdam ke Prague bermula dari Lapangan Terbang Besar Schiphol. Ia terletak di sebelah pusat tenggara pula, tetapi dihubungkan dengan kereta api bandar dari Amsterdam Central yang berangkat setiap 15 minit sekali. Setelah tiba di Lapangan Terbang Prague, anda boleh memilih untuk menaiki Bas 119 ke Nadrazi Valeslavin, lalu kemudian menaiki metro, atau teksi/uber pula dengan harga 27 EUR/15 EUR (RM75-130).

Dari Amsterdam ke Prague dengan menaiki kereta api

Dari Amsterdam ke Prague dengan menaiki kereta api
Kerata api Deutsche Bahn InterCity (ICE) berlepas dari Stesen Amsterdam Central © SkandaRamana / Shutterstock.com & Chris Redan / Shutterstock.com

Masa – 12.5 jam+
Harga – RM230+
Tahap Keselesaan – 3/5

Sekiranya anda mahu pergembaraan anda lebih cenderung berfokus kepada perjalanan berbanding destinasi yang ingin dituju, maka memilih kereta api trans-benua antara Amsterdam dan Prague mungkin merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Ringkasnya – anda bukanlah seorang pengembara yang terlalu berfikir untuk cepat sampai dari destinasi A ke destinasi B. Sebalinya, anda lebih gemar utuk berjalan-jalan di seluruh Jerman, membuat pitstop di Berlin, dan menghabiskan masa sekitara 125 jam di atas jalan. Jom lihat dengan lebih mendalam…

Anda dapat melihat kawasan luar bandar Jerman dan melintasi kawasan-kawasan indah di sempadan Jerman-Czech dalam perjalanan di dalam kereta api.

Pengembaraan bermula di Stesten Amterdam Central. Waktu keberangkatan langsung pada pukul 7 pagi atau 9 pagi ke Berlin (anda perlu mendapatkan pilihan awal ini untuk memberi masa yang cukup untuk menghubungkan dengan waktu kereta api seterusnya ke Republik Czech pada waktu petang). Laluan ke ibu kota Jerman adalah antara enam hingga tujuh jam, melintasi luas Eropah utara. Perjalanan ini cukup indah, dengan kereta api Deutsche Bahn InterCity yang moden dan selesa serta kemudahan boot. Kemudian, anda perlu beralih ke perkhidmatan landasan Czech EuroCity (juga selesa) ke Pargue Hlavni, yang memakan masa 4.3 jam melalui kawasan luar biasa yang disebut sebagai Saxon Switzerland.

Berlin ke Prague menaiki keretapi
EC174 ialah keretapi EuroCity yang bergerak dari Berlin ke Prague

Sekiranya anda merancang perjalanan anda dengan betul, anda boleh menaiki kereta api awal untuk meninggalkan Amsterdam lalu Berlin, dan anda juga mungkin dapat menambahkan sedikit masa untuk berjalan-jalan atau bersiar-siar. Bagaimanapun, di Belrin Hbf anda hanya perlu berjalan kaki singkat ke Spree River dari Bangunan Reichstag dan Taman Tiergarten. Apa-apa pun, kami selalu mengesyorkan anda untuk membuat tempahan yang lebih awal di 12Go.co. Harga tambang mugkin bermula dari sekitar RM230 setiap seorang, tetapi harganya akan meningkat naik jika ia lebih mendekat dengan tarikh perjalanan.

Dari Amsterdam ke Prague dengan menaiki bas

Dari Amsterdam ke Prague dengan menaiki bas
Antara kekurangan menaiki bas di laluan ini adalah ia berakhir di Pusat Prague (Stesen Bas Praha Florenc) © Konrad Krajewski / Shutterstock.com

Masa – 13 jam
Harga – RM180+
Tahap Keselesaan – 2/4

Terima kasih kepada rangkaian seluruh benua yang dikendalikan oleh operator Flixbus, kini terdapat beberapa pautan bas langsung dari ibu negara Belanda ke ibu kota Czechia. Secara keseluruhan, perjalanan mungkin mengambil masa 13 jam atau lebih, bergantung pada faktor lalu lintas dan kelewatan lain semasa perjalanan. Anda boleh memilih untuk pergi pada waktu siang (bagi mereka yang suka melihat panorama dari tingkap) dengan bas yang berlepas pada pukul 10.20 pagi, atau memilih tidur sepanjang perjalanan dengan memilih waktu bertolak pada sebelah malam tepat sebelum pukul 10 malam, di mana anda akan tiba di Prague pada jam 10.40 pada keesokan harinya.

Memandangkan harga bas dari Amsterdam ke Pargue selalunya boleh meningkat tinggi daripada penerbangan dan tidak terlalu rendah dari kereta api, bas bukanlah pilihan yang popular dalam senarai pengangkutan pilihan yang ada. Namun, ia boleh menjadi cadangan pilihan yang baik ketika musim kemuncak yang sukar untuk mendapatkan tiket seperti musim panas. Anda boleh menaiki bas bermula dari pusat Amsterdam di Stesen Sloterdijk, atau di Lapangan Terbang Schiphol, dengan laluan ini ia memudahkan anda jika menaiki kapal terbang di Belanda dan ingin menuju terus ke Prague secapat mungkin.


Amsterdam adalah salah satu dari permata negara dengan bar dan kedai kopi serta muzium berkelas dunia. Prague pula mengagumkan dengan sejarah sastera yang memukau di tengah-tengah Eropah, bersama dengan ruang bir dan kedai pangsit Slavia. Panduan ini dapat membantu anda membuat pertimbang pilihan dan mengambarkan apa yang bakal anda rasakan sepanjang pergembaraan itu nanti, membawa anda dalam penerbangan cepat dari bandar ke bandar, atau bas jarak jauh yang lebih berpatutan.


FAQ Dari Amsterdam ke Prague

Apakah cara yang paling murah untuk ke Prague dari Amsterdam?

Membuat tempahan awal di 12Go.co seperti 60-90 hari awal – anda mungkin akan merasakan penerbangan anda juah lebih murah dari Amsterdam ke Prague. EasyJet khususnya yang menawarkan tiket anggaran dengan harga sekitar RM150, tidak termasuk beg. Sekiranya anda tidak mahu menaiki penerbangan, bas mungkin akan menjadi pilihan yang terbaik untuk wang anda. Harga yang perlu anda bayar sekitar RM180 seorang, tetapi anda harus bersedia untuk menghabiskan 13 jam di jalan raya sebelum tiba di Prague.

Apakah cara yang paling pantas untuk ke Prague dari Amsterdam?

Disebabkan jaraknya lebih dari 440 batu dengan seluruh Jerman antara Amsterdam dan Prague, perjalanan dengan kapal terbang memang menjadi cara terpantas untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju. Tempoh penerbangan adalah kira-kira 1.5 jam, yang mana ia sama dengan jumlah perjalanan kira-kira empat jam setelah anda menambah pemindahan dan daftar masuk yang lain.

Apakah cara yang terbaik untuk ke Prague dari Amsterdam?

Sudah tentu dengan menaiki penerbangan. Itu adalah yang paling pantas dan sering menjadi pilihan – jika anda mahu mendapatkan harga yang murah untuk ke Prague dari Amsterdam, anda perlu menempah awal di 12Go.co. Mungkin ada juga yang mengatakan menaiki kereta api tidak begitu efisyen untuk memulakan pengembaraan yang sudah tentu boleh memakan masa lebih daripada 10 jam. Tetapi anda perlu faham berada di tengah-tengah Jerman dan wilayah Saxony yang menakjubkan di timur memang sangat mempersonakan

Berapakah tiket kereta api dari Amsterdam ke Prague?

Anda memerlukan dua tikit jika mahu menaiki kereta api dari Amsterdam ke Prague. Tiket pertama adalah untuk kereta api ke Berlin, dn tiket kedua adalah untuk ke Czech Capital. Mahu mendapatkan harga yang murah, and boleh membuat tempahan awal di 12Go.co – bayaran yang dikenakan sekitar RM230 seorang.

Berapa lamakah perjalanan jika menaiki kereta api dari Amsterdam ke Prague?

Perjalanan ini akan membawa anda melintasi sempadan Belanda-Jerman dan melalui kawasan tengah Saxony-Anhalt sebelum masuk ke Berlin Hbf. Kemudian, anda akan menaiki kereta api lain yang menuju ke selatan melalui Saxony untuk ke Republik Czech. Perjalanan pertama memakan masa sekitar 6.5jam secara purata. Manakala yang kedua pula memakan masa sekitar empat jam. Secara keseluruhnannya, perjalanan mengambil masa sekitar 12.5 jam apabila anda menambah pertukaran di stesen.

Manakah yang lebih baik untuk ke Prague dari Amsterdam? menaiki kapal terbang atau kereta api?

Sekiranya anda memang dalam keadaan yang tergesa-gesa, buatlah tempahan awal di 12Go.co untuk mendapat pakej harga bajet. Penerbangan adalah satu-satunya kaedah pengangkutan yang akan membawa anda ke Prague dalam satu pagi atau petang dari Amsterdam. Sekiranya anda lebih suka pengembaraan dan perjalanan perlahan, kereta api pasti menjadi pilihan!

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: