Cara untuk ke Vienna dari Prague

Cara untuk ke Vienna dari Prague

Perjalanan sejauh 275 kilometer dari Prague ke Vienna akan membawa anda menerusi Eropah Tengah. Hutan-hutan pain Bohemia bertukar menjadi bukit-bukau kehijauan di Moravia semasa anda bergerak ke selatan dari menara-menara istana Goth di ibu kota Czech. Kemudian, hujung timur Alps akan memasuki ufuk. Ia melihat ke arah bandar yang mempunyai istana-istana yang indah, rumah-rumah opera, kafe-kafe dan rumah-rumah agam Baroque: Vienna.

Panduan ini menunjukkan kesemua cara bagi perjalanan anda dengan maklumat tentang sambungan keretapi dan bas murah.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Prague ke Vienna menaiki keretapi4 jamRM74Tempah Online
Prague k Vienna menaiki bas4.5 jamRM62Tempah Online
Prague ke Vienna menaiki penerbangan1 jamRM530Tempah Online
Prague ke Vienna menaiki kereta3.5 jamRM1100Tempah Online

Prague ke Vienna menaiki keretapi

Prague ke Vienna menaiki keretapi
RegioJet mempunyai kedua-dua keretapi dan bas yang bergerak dari Prague ke Vienna

Tempoh Masa – Lebih sedikit dari 4 jam
Harga – Dari RM74
Keselesaan – 5/5

Terdapat sesuatu yang menyeronokkan apabila menaiki keretapi untuk ke Vienna dari Prague. Ia bergerak keluar dari stesen Praha Hlavní Nádraž yang besar dan anda akan melalui bahagian selatan Republik Czech di mana kawasan Bohemia bertemu dengan kawasan Moravia. Ia dikenali dengan bukit-bukau yang cantik dan kontur yang lembut dengan beberapa hutan pain yang mengelilingi ladang-ladang. Ia merupakan suatu yang menakjubkan.

Bagi pelepasan, anda mempunyai pelbagai keretapi Vienna untuk dipilih. Keretapi Railjet adalah yang paling biasa. Ia bermula seawal 4:44 pagi dan bergerak setiap dua jam selepas itu sehingga jam 6:44 petang. Terdapat suatu servis yang lebih baharu dikenali sebagai RegioJet dan ini bermakna terdapat lagi empat keretapi yang bergerak pada 5:20 pagi, 9:20 pagi, 1:20 tengahari dan 4:20 petang.

Regiojet Standard Seating
Tempat duduk biasa dalam keretapi RegioJet adalah agak selesa

Tempat duduk biasa dalam keretapi RegioJet adalah agak selesa

Terdapat beberapa perbezaan yang anda perlu ingat di antara gaya keretapi itu sendiri. Keretapi RailJet dikendali oleh Czech Railways dan OBB. Ia hanya mempunyai dua kelas: Pertama dan Kedua. Kedua-duanya termasuk gabungan tempat duduk dua hala bermeja dan berkerusi dua dan akses ke bar dalam keretapi yang menyajikan bir tempatan Czech. RegioJet mempunyai kelas tambahan dari biasa hingga ke business yang berharga lebih mahal tetapi juga menawarkan kopi pelengkap Illy, WiFi dan servis di meja. Terdapat juga gerabak khas bagi kanak-kanak dilengkapi dengan permainan interaktif dan TV.

Secara keseluruhannya, perjalanan menaiki keretapi dari Prague ke Vienna mengambil masa lebih sedikit sahaja dari empat jam. Ia boleh dibandingkan dengan penerbangan dari bandar ke bandar apabila dikira sekali perjalanan menuju ke lapangan terbang dan masa menunggu di balai pelepasan. Ia juga merupakan pilihan yang mudah kerana anda boleh tempah kesemuanya lebih awal. Gunakan 12Go.co untuk menempah tiket dengan mudah dan anda boleh jangka untuk membayar sekitar RM74 bagi Kelas Kedua dan tambang asas.

Prague k Vienna menaiki bas

Prague k Vienna menaiki bas
Bas RegioJet dari Praguee ke Vienna boleh ditempah melalui 12Go.co © Kagan Kaya / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 4.5 jam
Harga – RM62+
Keselesaan – 4/5

Bas mungkin merupakan cara paling murah bagi perjalanan di antara Prague dan Vienna. Dengan harga tiket bermula serendah RM60, ia sesuai bagi para pengembara yang ingin berjimat untuk mendapatkan bir Austria dan membeli belah di Naschmarkt. Ia sudah tentu lebih baik jika anda tempah lebih baik. Tiket boleh terjual habis dengan laju terutamanya semasa musim panas. Namun, kita akan bercakap lebih lanjut tentang itu kemudian…

Dari segi masa, ia tidaklah jauh lebih teruk berbanding dengan keretapi. Malah, bas hanya mengambil sekitar 5 jam sebelum memasuki sama ke dalam Vienna International Busterminal (VIB sebagai singkatan) di Erdbergstrasse atau Stesen Vienna Centra yang berdekatan dengan Südtirolerplatz. Kesemua bas akan berlepas dari Stesen Bas Florenc Central yang terletak sekitar 20 minit masa berjalanan dari Bandar Lama Prague atau 15 minit menaiki bas 207.

Terdapat beberapa syarikat bas yang anda boleh pilih tetapi ramai pengunjung akan memilih sama ada RegioJet atau Flixbus. RegioJet merupakan pengendali dengan bas yang bergerak keluar dari Prague pada jam 7 pagi, 11 pagi, 3 petang dan 6 petang. Anda boleh tempah tiket jauh lebih awal bersama mereka melalui 12Go. Flixbus pula mempunyai jaringan di seluruh benua itu dengan bas-bas moden yang bergerak di antara kebanyakan bandar Eropah yang anda perlu pergi.

Prague ke Vienna menaiki penerbangan

Prague ke Vienna menaiki penerbangan
Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna terletak sejauh 18 kilometer di tenggara tengah-tengah Vienna © Tomas Palsovic / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 50 minit (penerbangan sahaja)
Harga – RM530+
Keselesaan – 5/5

Menara-menara Istana Prague dan tiang-tiang gah Viennese Hofburg mungkin hanya terpisah sejauh 4.5-5 jam pemanduan tetapi Austrian Airlines masih menawarkan penerbangan terus di antara kedua-duanya (malah, terdapat empat penerbangan setiap hari). Penerbangan itu mengambil masa 55 minit sahaja. Sudah tentu anda akan melihat jumlah tempoh perjalanan menjadi lebih lama dari itu dengan masa menunggu di lapangan terbang dan perjalanan ke dan dari terminal. Namun, ia masih merupakan cara yang selesa untuk bergerak dari ibu kota ke ibu kota.

Penerbangan dari Prague ke Vienna mengambil masa kurang dari sejam untuk mendarat di ibu kota Austria tersebut tetapi anda akan membayar lebih dan perlu merancang perjalanan ke lapangan terbang di kedua-dua belah.

Keburukan utamanya ialah kos. Dengan harga purata berada di sekitar RM535 bagi penerbangan di antara Prague dan Vienna. Ini mungkin bukanlah pilihan bagi anda jika anda pengembara yang terikat dengan bajet. Dengan itu, anda kebiasaannya boleh mendapatkan tawaran yang menarik apabila menempah sekurang-kurangnya 90 hari lebih awal. Lakukan itu dengan menggunakan 12Go.co dan masukkan tarikh perjalanan anda dan cari. Untuk ke lapangan terbang di sebelah Prague, anda boleh menaiki mana bas yang bersambung dengan landasan metro C dan B (tiket bagi keseluruhan perjalanan itu adalah di sekitar RM10. Walau bagaimanapun, menaiki teksi akan menjadikan perjalanan itu lebih selesa dan mudah kerana ia berharga RM100-RM120 dari Bandar Lama. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna, dapatkan keretapi yang bergerak terus ke stesen Wien Mitte. Tiekt berharga lebih sedikit daripada RM16 bagi perjalanan itu.

Prague ke Vienna menaiki kereta

Prague ke Vienna menaiki kereta

Tempoh Masa – 3.5 jam
Harga – RM95 bagi tol, RM1070 bagi sewaan kereta
Keselesaan – 5/5

Terdapat sambungan lebuhraya yang laju dan mudah yang menyambungkan Prague dengan ibu kota Austria itu. Ia terbentang ke arah tenggara dari Prague di atas lebuhraya E50 melalui gunung-ganang yang pendek dan lembah-lembah berkayu sejauh 190 kilometer sebelum tiba di bandar kedua Brno. DI sana, perjalanan itu akan bertukar menuju ke arah selatan di atas E461 yang terus ke sempadan. Apabila anda memasuki Austria, boleh sahaja mengikut lebuhraya A5 menuju ke Vienna. Sepatutnya dia asa menunggu di sempadan tersebut kerana kedua-dua negara tersebut adalah sebahagian daripada Zon Schengen yang bebas perjalanan.

Memandu dari Prague ke Vienna memberikan anda peluang untuk mengembara di tempat-tempat tersorok dan menarik di bahagian selatan Republik Czech.

Dari awal hingga akhir, pemanduan itu boleh menjadi sepantas 3.5 jam sahaja. Akan tetapi, anda perlu ingat bahawa itu adalah dengan ketiadaan sebarang persinggahan. Kelebihan utama memandu sendiri ialah anda boleh berhenti dan nikmati pemandangan bila-bila sahaja yang anda ingin. Kami amat syorkan and mengambil sedikit masa untuk meneroka ladang-ladang anggur di Moravia Selatan, istana Neo-Goth UNESCO di Lednic dan bandar Brno yang penuh dengan para pelajar di sepanjang jalan. Bagi mereka yang lakukan perjalanan ini, mudah sahaja untuk anda jadikannya perjalanan seharian melalui tempat-tempat terpencil dan tersorok di Eropah Tengah.

Jika anda tidak mempunyai kereta tersendiri untuk bergerak ke Czechia, anda perlu menyewa kereta. Ia boleh dilakukan secara atas talian melalui RentalCars.com. Hanya ingat bahawa anda perlu membayar caj tambahan di samping kadar sewaan harian untuk merentas sempadan antarabangsa dan meninggalkan kereta itu di tempat yang selain dari tempat anda mengambilnya. Anda juga perlu membeli vignet untuk menunjukan bahawa anda telah membayar tol bagi lebuhraya di kedua-dua Austria dan Republik Czech. Selamat memandu!


Perjalanan dari Prague ke Vienna sejauh 275 kilometer itu merentasi lapisan-lapisan Eropah dari ladang-ladang anggur, tanah-tanah ladang dan forest pokok pain yang melebar di ufuk. Ia juga bermakna anda akan tukarkan ibu kota yang penuh dengan bir ke ibu kota lain yang dipenuhi sejarah Habsburg dan mempunyai istana-istana gah dari abad ke-18. Ia merupakan perjalanan yang anda tidak akan mudah lupakan!


FAQ Prague ke Vienna

Apakah cara termurah untuk ke Vienna dari Prague?

Para pengembara yang terikat dengan bajet mungkin ingin dapatkan perjalanan bas di antara Prague dan Vienna. Tiket termurah bagi perjalanan tersebut adalah serendah RM60 tetapi anda boleh jangka untuk membayar lebih semasa pertengahan musim panas, tarikh-tarikh percutian yang terkenal dan servis premium. Satu cara yang bagus untuk mengetahui anda akan dapat suatu tawaran bagi perjalanan bas adalah dengan menyemak di 12Go.co di mana mudah sahaja untuk anda bandingkan harga pengangkutan di atas jalan raya dan landasan keretapi.

Apakah cara terpantas untuk ke Vienna dari Prague?

Penerbangan hanya mengambil masa 55 minit untuk terbang di atas ladang-ladang anggur Moravian dari Prague ke Vienna. Akan tetapi, anda perlu ingat bahawa penerbangan termasuklah 1.5 jam di balai pelepasan dan sekitar sejam bagi perjalanan ke dan dari terminal-terminal. Kelebihannya? Keretapi mungkin menjadi lebih pantas daripada itu. Ia boleh membawa anda dari Istana Prague ke kaki bukit Alps Austria dalam masa empat jam sahaja. Bagi mendapatkan harga dan jadual pelepasan terbaik, pergi ke 12Go.co.

Berapa lamakah perjalanan keretapi dari Prague ke Vienna?

Empat jam di atas landasan keretapi ialah tempoh perjalanan untuk bergerak di antara Prague dan Vienna. Dan ia merupakan empat jam yang menyeronokkan! Terdapat ladang-ladang anggur dan kawasan luar bandar Czech untuk dinikmati di luar tingkap anda. Terdapat bir tempatan Czech dan Austria untuk dirasai dari dapur keretapi. Sukar sekali ia menjadi perjalanan yang bosan…

Berapakah harga tiket keretapi ke Vienna dari Prague?

Harga tempat duduk anda dalam keretapi bergantung kepada tarikh perjalanan, kelas dan keretapi yang anda pilih untuk naiki. Anda boleh banding dan bezakan kesemua itu menggunakan 12Go.co. Secara amnya, tiket bermula sekitar RM74 bagi Kelas Kedua dalam keretapi Czech Railways dan OBB. Namun, anda akan membayar lebih daripada tiga kali ganda bagi tempat duduk dalam Kelas Business keretapi RegioJet.

Adakah terdapat pemandangan indah dalam perjalanan keretapi dari Prague ke Vienna?

Sudah tentu ada. Kami syorkan anda bersedia dengan kamera sebaik sahaja anda tinggalkan Prague kerana kawasan luar bandar Czech akan mengambil alih pemandangan anda dan anda akan melihat ladang-ladang jagung, rumput hijau, strobil dan hutan-hutan liar. Lebih jauh anda bergerak ke selatan, lebih banyak ladang jagung yang anda akan lihat. Ketika itulah anda tahu bahawa anda telah memasuki kawasan Moravia Selatan yang merupakan tempat yang dikhaskan bagi wain. Merentasi sempadan Austria, anda mungkin boleh melihat Vienna Woods dan kaki bukit Alps di sebelah barat.

Adakah terdapat keretapi laju untuk ke Vienna dari Prague?

Tidak. Bahagian Eropah ini tidak mempunyai servis sepantas TGV di Perancis lagi. Akan tetapi, itu merupakan berita yang baik. Ia memberikan anda lebih banyak masa untuk menikmati pemandangan luar bandar Czech dan menikmati bir dalam keretapi. Tambahan pula, perjalanan menaiki keretapi tidaklah begitu lama. Anda boleh janga tempoh perjalanan menjadi sekitar empat jam sahaja sebelum anda memasuki stesen Vienna Hauptbahnhof yang besar.

Berapa lamakah perjalanan bas dari Prague ke Vienna?

Bas mengambil masa tambahan selama sejam berbanding keretapi untuk bergerak di antara Prague dan Vienna. Oleh itu, anda hanya akan berada di atas jalan selama lima jam jika anda memilih untuk menaiki bas. Anda juga masih dapat menikmati pemandangan indah di luar tingkap dan anda mungkin juga dapat menjimatkan sedikit wang di sepanjang perjalanan itu. Pergi ke 12Go.co untuk banding dan bezakan harga tiket bas. Anda juga boleh menempahnya secara atas talian berbulan lebih awal dari tarikh perjalanan anda.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: