Cara untuk ke Hallstatt dari Salzburg

Cara untuk ke Hallstatt dari Salzburg

Hallstatt ialah pekan kisah dongen yang sebenar. Ia dihiasi dengan puncak Salzkammergut yang hijau dan merupakan gabungan rumah-rumah gingerbread beratap curam dan balkoni kayu yang berada di tepi tasik yang seperti cermin.

Tidak sabar untuk mengembara? Bagus. Perjalanan dari bandar Salzburg yang berdekatannya mudah sahaja untuk dilakukan. Ia hanya sejauh 50km secara terus tetapi bertambah menjadi 70km mengikut jalan raya jika dikira sekali gunung-ganang dan padang-padang alpine yang berada dalam perjalanan. Panduan ini menunjukkan kesemua pilihan bagi anda termasuklah keretapi dan bas tempatan yang mempunyai pemandangan yang indah.

PengankutanTempoh MasaHargaTiket
Salzburg ke Hallstatt menaiki keretapi2.5 jamRM42+Tempah Online
Salzburg ke Hallstatt menaiki bas dan keretapi2 jamRM62+Tempah Online
Salzburg ke Hallstatt menaiki bas2 jamRM67Tempah Online
Salzburg ke Hallstatt menaiki kereta1.5 jamRM120Tempah Online
Salzburg ke Hallstatt mengikuti lawatan12 jamRM250Tempah Online
Salzburgh ke Hallstatt menaiki teksi1.5 jamRM790Tempah Online

Salzburg ke Hallstatt menaiki keretapi

Salzburg ke Hallstatt menaiki keretapi

Tempoh Masa – 2.5 jam
Harga – RM42+
Keselesaan – 4/5

Tiada yang lebih menarik daripada berada di atas landasan keretapi memasuki Alps Austria untuk melihat kampung-kampung kecil Hallstatt yang terletak di bawah gunung-ganang. Sudah tentu, pemandangan di luar keretapi yang menjadikannya perjalanan yang paling terkenal dari Salzburg. Bahagian kedua perjalanan menerusi hujung-hujung yang menakjubkan di bahagian, mengelilingi Sungai Traun dan hutan-hutan pain & tanah tinggi alpine semasa anda dalam perjalanan.

Menaiki keretapi bermakna anda akan melalui landasan utama dahulu sebelum bertukar menaiki servis tempatan bagi perjalanan memasuki Alps Salzburger.

Pemandangan bukanlah satu-satunya sebab untuk anda pertimbangkan menaiki keretapi. Harga tiket boleh menjadi serendah RM40 seorang. Untuk dapatkannya, pastikan anda tempat sekurang-kurangnya beberapa bulan lebih awal dari perjalanan alpine anda menggunakan 12Go.co ketika masih terdapat diskaun Sparschien. Oh, perjalanan keretapi itu juga selesa dengan menawarkan perjalanan di atas Railjet OBB yang indah dan perjalanan kedua menaiki keretapi tempatan melalui Attnang-Puchheim menuju ke Hallstatt Bahnhof.

Tempoh keseluruhan perjalanan itu adalah di sekitar 2.5 jam termasuk 10 minit masa menunggu di Attnang-Puchheim semasa pertukaran. Perlu kami ingatkan bahawa keretapi tempatan itu tidak akan membawa anda ke tengah Hallstatt. Ia bergerak ke stesen di sebelah hujung tasik di mana terdapat feri berharga 3 EUR (RM15) untuk menamatkan perjalanan tersebut. Ia boleh menjadi suatu yang baik kerana pemandangan menuju ke bandar dari atas air itu adalah yang terbaik.

Salzburg ke Hallstatt menaiki bas dan keretapi

Salzburg ke Hallstatt menaiki bas dan keretapi
Selepas perjalanan bas ke Bad Ischl, terdapat keretapi dan feri untuk membawa anda bagi bahagian terakhir perjalanan itu © Phuong D. Nguyen & Pajor Pawel / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 2 jam+
Harga – RM62+
Keselesaan – 4/5

Boleh sahaja anda gabungkan perjalanan keretapi dan bas melalui Salzkammergut yang indah untuk menciptakan perjalanan yang laju dan indah. Secara asasnya, anda ingin menikmati keseluruhan kemudahan jaringan bas di antara Salzburg dan bandar Bad Ischl dan kemudian menikmati keretapi biasa yang melalui sana menuju ke Hallstatt Bahnhof. Syukurlah, jadual perjalanan kedua-duanya dipadan dengan baik, jadi pertukaran dari atas jalan raya ke atas landasan keretapi tidaklah begitu sukar.

Perjalanan pertama membawa anda keluar dari Salzburg menuju ke timur mengikuti jalan 158 melepasi Fuschl dan St Gilgen di Wolfgangsee yang indah. Bas 150 melakukan perjalanan ini secara kerap bermula seawal 5.55 pagi (lebih lewat pada hari Ahad). Setelah anda tiba di stesen akhir di Bad Ischl, anda perlu berjalan terus melalui pintu masuk stesen menuju ke platform yang terdapat keretapi menuju ke Hallstatt. Ia mengambil sekitar 20 minit bagi perjalanan itu untuk tempat perhentian yang anda perlukan di mana anda akan menaiki feri tasik menuju ke bandar yang indah itu.

Salzburg ke Hallstatt menaiki bas

Salzburg ke Hallstatt menaiki bas
Bas 150 yang pertama akan membawa anda terus ke Bad Ischl © Rudiecast / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 2.2 jam
Harga – Sekitar RM65
Keselesaan – 3/5

Anda perlu menaiki tiga bas untuk bergerak dari Salzburg ke Hallstatt dalam satu perjalanan. Jangan risau kerana mereka mempunyai jadual perjalanan yang sudah dipadan dengan baik dan kesemuanya boleh dikira agak laju. Malah, walaupun terdapat tiga pertukaran, anad boleh lakukan kesemuanya dalam masa kurang dari 2 jam 20 minit (sudah tentu itu jika kesemua pertukaran dipadan dengan baik!). Tambahan pula, bas akan tiba di tengah Hallstatt, jadi anda tidak perlu menambah satu lagi perjalanan lain untuk dapatkan feri tasik di sana.

Anda boleh menikmati pemandangan indah dan jimatkan sedikit masa jika anda sanggup menaiki bas secara terus dari Salzburg ke Hallstatt.

Langkah pertama adalah dengan menuju ke Busbahnhof Salzburg yang terletak di sebelah stesen keretapi di sebelah utara pusat bandar. Di sana, anda akan mendapatkan bas 150 hingga ke akhir perjalanan iaitu di Bad Ischl. Langkah seterusnya ialah perjalanan ke stesen Hallstatt GosaumĂĽhle dengan menaiki Bas 542 diikuti dengan perjalanan terakhir selama 10 minit menuju ke Hallstatt Lahn (stesen yang terdekat dengan perkampungan itu). Anda mungkin akan melihat bahawa platform bagi setiap servis sambungan terletak secara bersebelahan, jadi ia tidaklah begitu sukar untuk bergerak dari satu platform ke platform yang lain.

Kami syorkan anda cuba dapatkan tempat di sebelah kiri bas lebih awal bagi perjalanan keluar dari Salzburg. Apabila bandar sudah kelihatan lebih jauh, anda akan melalui taman bunga seperti yang terdapat dalam The Sound of Music dan tasik alpine yang berkilauan seperti Fuschlsee dan Wolfgangsee. Ia memang merupakan kawasan luar bandar yang amat cantik dan anda pasti ingin dapat pemandangan yang terbaik!

Salzburg ke Hallstatt menaiki kereta

Salzburg ke Hallstatt menaiki kereta
Perjalanan ini membawa anda menerusi beberapa tempat yang paling cantik di Austria © l.lika / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1.25 jam
Harga – Sektiar RM125 sehari
Keselesaan – 5/5

Memandu merupakan suatu cara untuk lakukan perjalanan dari Salzburg ke Hallstatt yang pasti tidak boleh dilupakan. Perjalanan ini membawa anda menerusi beberapa tempat yang paling cantik di Austria. Anda akan melalui tasik-tasik alpine yang jernih dan kampung-kampung aneh yang dipenuhi dengan bougainvillea. Anda akan melihat lembu di ladang-ladang, padang-padang rumput yang cantik, puncak-puncak gunung yang ditutupi salji dan hutan-hutang pain dan cemara. Selain itu, ia merupakan cara terpantas untuk bergerak dari A ke B. Jika anda tidak mahu melakukan sebarang persinggahan, anda boleh lakukan perjalanan ini selama sejam sahaja dari awal hingga akhir.

Kereta boleh membawa anda meneroka kawasan Salzkammergut yang menakjubkan semasa dalam perjlanan ke Hallstatt.

Arah pemanduan ini senang sahaja. Anda mula di 158 ke arah timur untuk keluar dari bandar Salzburg. Ia menyusuri tepi Fuschlsee dan Wolfgangsee di mana anda boleh berhenti untuk berenang di puncak Bleckwand di Strobl, melalui Bad Ischl dan akhirnya ke selatan di atas 145 menuju ke Hallstatt. Lebih baik anda cari tempat letak kereta di terowong dan berdekatan stesen tapak kereta funikular semasa dalam perjalanan memasuki kampung itu yang terletak sekitar 5 minit waktu berjalan dari tengah bandar.

Salzburg ke Hallstatt menaiki kereta
Lebih baik anda cari tempat letak kereta di terowong semasa dalam perjalanan memasuki kampung tersebut © Wolfgang Simlinger / Shutterstock.com

RentalCars.com mempunyai beberapa tawaran terbaik jika anda tidak memiliki kenderaan tersendiri tetapi mahu memandu bagi perjalanan menuju ke Hallstatt ini. Anda melihat kepada sekitar RM125 sehari. Itu bagi pengambilan dan pemulangan kereta tersebut di Salzburg. Hallstatt terlalu kecil untuk mempunyai sebarang kiosk atau tempat sewaan kereta.

Salzburg ke Hallstatt mengikuti lawatan

Salzburg ke Hallstatt mengikuti lawatan
Welterbeblick Skywalk. Platform pemerhatian ini berada setinggi 350 meter di atas Hallstatt © Resul Muslu / Shutterstock.com

Tempoh Masa – Terdapat lawatan separuh hari atau sehari
Harga – Dari RM250 seorang
Keselesaan – 4/5

Menara-menara gereja Hallstatt, chapel bersenibina Barok dan rumah-rumah yang dihiasi bunga menjadi daya tarikan yang diminati oleh para pengunjung di Austria. Oleh itu, terdapat banyak syarikat yang menawarkan lawatan terancang ke bandar itu dari Salzburg yang merupakan bandar yang terdekat dengannya. Ia kebiasaannya dilakukan selama sehari atau separuh hari dan berharga di sekitar RM250 hingga RM1250 seorang. Pengangkutan yang disediakan kebiasaannya ialah van mini yang berhawa dingin.

Kebanyakan jadual lawatan termasuk sekurang-kurangnya beberapa masa lapang untuk bersiar-siar di tengah Hallstatt dan melihat kawasan berjalan kaki di tepi tasik. Tempat-tempat lawatan tambahan yang akan menambahkan harga lawatan termasuklah Welterbeblick Skywalk yang tinggi di mana terdapat panorama Tasik Hallstatt dan gunung-ganang di sekelilingnya dan Gua Ais Dachstein Giant di mana anda akan berjalan di sekitar stalaktit berkilauan yang terhasil daripada air beku jauh di bawah tanah.

Salzburgh ke Hallstatt menaiki teksi

Salzburgh ke Hallstatt menaiki teksi
Menaiki teksi dari Salzburg merupakan cara perjalanan yang termahal © Alexandros Michailidis / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1.25 jam
Harga – RM790+
Keselesaan – 5/5

Satu cara untuk menikmati perjalanan dari Salzburg ke Hallstatt tanpa perlu memandu sendiri adalah dengan menempah teksi. Ia tidak murah dengan harga yang bermula daripada RM790! Namun, ia cepat. Ia merupakan perjalanan pantas selama 1.25 jam dari bandar ke bandar di atas jalan Austria yang indah dan dijaga rapi.

Itu adalah sepantas yang mungkin sama seperti jika anda memandu sendiri kecuali teksi memberi kelebihan tambahan iaitu penurunan di tengah kampung di tepi tasik itu dan pengambilan dari mana-mana sahaja yang anda inginkan di Salzburg. Anda tidak perlu risau untuk mencari tempat meletak kereta dan tidak perlu risau tentang perjalanan ke stesen bas dari hotel anda untuk lakukan perjalanan ini.


Sesiapa sahaja yang pernah lihat poskad kampung kecil Hallstatt akan tahu mengapa ia merupakan destinasi yang terkenal. Dengan gunung-ganang tinggi di sekelilingnya, ia merupakan suatu percutian dari realiti dunia sebenar dengan rumah-rumah beratap curam, chalet-chalet cantik dan suasana syurga alpine yang sebenar. Ia pasti merupakan perjalanan yang anda tidak boleh lupakan dari Salzburg!


FAQ Salzburg ke Hallstatt

Apakah cara termurah untuk ke Hallstatt dari Salzburg?

Jika anda ingin jimatkan wang, kami syorkan anda mengambil keretapi dari Salzburg ke Hallstatt tetapi pastikan anda tempah jauh lebih awal. Cari dan beli tiket di 12Go.co sekurang-kurangnya 60 hari lebih awal sebelum anda tiba di bandar gunung itu dan anda boleh mendapat harga murah serendah RM40 sorang satu hala.

Apakah cara terpantas untuk ke Hallstatt dari Salzburg?

Pemanduan di atas jalan raya merupakan cara terpantas untuk ke Hallstatt dari Salzburg. Ia memberikan perjalanan yang terus menerusi kawasan Salzkammergut dengan jumlah jarak sejauh 70 km. Kelebihannya? Tempahan teksi atau pemanduan sendiri adalah cara yang terpantas berbanding pengangkutan yang lain kerana ia hanya mengambil 1.25 jam secara keseluruhan.

Apakah cara terbaik unutk ke Hallstatt dari Salzburg?

Ramai pengembara menikmati kombo bas-keretapi. Ia murah (tiket bagi keseluruhan perjalanan itu hanya berharga RM60 seorang) dan mudah dengan pertukaran yang telah dipadan dengan baik. Namun, perkara yang lebih penting ialah ia mempunyai pemandangan yang cantik. Anda akan melihat air biru kehijauan di Wolfgangsee berlalu pergi semasa di atas bas dan dapat merentasi Tasik Hallstatt dengan menaiki feri setelah anda turun daripada kertapi.

Berapakah harga tiket keretapi ke Hallstatt dari Salzburg?

Tempah awal bersama 12Go.co dan anda mungkin terkejut dengan kemurahan tiket keretapi itu. Anda boleh sahaja mendapatkan tiket serendah RM40 seorang jika ditempah lebih awal. Untuk melihat apakah tawaran yang baik, harga tersebut boleh meningkat hingga RM135 yang merupakan harga biasa tiket tersebut.

Berapa lamakah perjalanan keretapi ke Hallstatt dari Salzburg?

Ia bukanlah perjalanan satu keretapi sahaja tetapi dua. Perjalanan pertama ialah perjalanan keretapi Railjet dari bandar ke bandar yang ke arah timur menuju ke Attnang-Puchheim. Perjalanan kedua merupakan perjalanan menaiki keretapi tempatan Hallstatt sendiri. Secara keseluruhannya, kedua-dua itu boleh mengambil sekitar 2.5 jam termasuklah pertukaran di stesen-stesen. Anda boleh menempah kedua-duanya secara atas talian menggunakan 12Go.co hari ini.

Adakah terdapat bas ke Hallstatt dari Salzburg?

Tiada perjalanan terus menaiki bas dari Salzburg ke Hallstatt. Namun, ia masih mudah untuk menaiki bas dari A ke B bagi perjalanan ini kerana jadual perjalanan dirancang dengan baik untuk membantu para pengunjung melakukannya. Gunakan 12Go.co untuk tempah 3 tiket bas yang melalui Bad Ischl dan Hallstatt GosaumĂĽhle sebelum tiba di Hallstatt itu sendiri.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: