Cara untuk ke Berlin dari Frankfurt

Cara untuk ke Berlin dari Frankfurt

Anda mungkin tidak mengetahuinya tetapi Frankfurt bersaiz sama besar dengan Berlin. Ia merupakan kawasan metro yang mempunyai populasi sekitar enam juta.Ia juga merupakan modal kewangan negara itu dan rumah kepada lapangan terbangnya yang terbesar. Ia bermakna perjalanan di antara kedua-duanya ialah perjalanan di antara dua tempat utama di Jerman.

Anda akan bergerak dari hab perniagaan yang sibuk di mana menara meninggi di sekeliling kedai-kedai bir ke tempat muzik tekno yang bohemia dan bangunan Reichstag. Panduan ini akan menunjukkan bagaimana untuk melakukan perjalanan sejauh 425 kilometer yang memisahkan dua bandar itu dengan menaiki keretapi, kapal terbang, bas dan banyak lagi.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Frankfurt ke Berlin menaiki keretapi4 jamRM46Tempah Online
Frankfurt ke Berlin menaiki penerbangan1 jamRM290Tempah Online
Frankfurt ke Berlin menaiki bas7 jamRM41Tempah Online
Frankfurt ke Berlin menaiki kereta5 jamRM83Tempah Online

Frankfurt ke Berlin menaiki keretapi

Stesen Frankfurt Hauptbahnhof
Stesen Frankfurt Hauptbahnhof © Melander / Shutterstock.com

Tempoh Masa – Sekitar 4 jam
Harga – Dari RM46
Keselesaan – 4/5

Keretapi mungkin merupakan cara paling lazim untuk ke Berlin dari Frankfurt. Ia digunakan oleh para pengembara dan penduduk tempatan demi memenuhkan masa lapang atau tujuan perniagaan. Mengapa? Terdapat banyak sebab: Ia selesa, berlepas dengan kerap dan mengambil sekitar empat jam secara keseluruhan. Namun, sebab yang paling utama mungkin ialah harganya yang hampir sentiasa lebih murah berbanding dengan penerbangan dan boleh mengalahkan bas dengan adanya keretapi bajet yang baharu. Jom kita lihat perjalanan ini…

Ia bermula di stesen Frankfurt Hauptbahnhof yang cantik. Cuba sampai awal di sana untuk menikmati luaran Renaissance Revival dan sayao Neoklasik yang gah dari penghujung tahun 1800-an. Selepas bertolak, anda akan menuju ke barat laut melalui tengah-tengah Jerman, melepasi ladang-ladang dan bukit-bukau di Hesse dan kemudian selatan Lower Saxony. Jangkakan perhentian sebentar di tempat-tempat seperti Wokfsburg dan Göttingen tetapi tiada pertukaran yang diperlukan jika anda memilih perjalanan terus (ada banyak).

Frankfurt ke Berlin menaiki keretapi
Syarikat DB milik kerajaan Jerman menawarkan perjalanan keretapi laju Intercity Express (ICE) © Chris Redan & lonndubh / Shutterstock.com

Kebanyakan pengembara yang menuju ke Berlin dari Frankfurt akan memilih keretapi atas pelbagai alasan…

Terdapat dua jenis neretapi bagi perjalanan ini. Yang paling lazim ialah keretapi oleh syarikat DB milik kerajaan Jerman. Ia berlepas secara kerap sepanjang hari tetapi anda perlu cari dan tempah perjalanan yang tiada pertukaran melalui 12Go.co dengan harga bermula dari RM90. Terdapat juga Flixtrain yang sudah pasti lebih murah dengan tempahan awal hanya berharga RM46 satu hala.

Kebiasaannya perjalanan ini mengambil sekitar empat jam secara keseluruhan. Ia akan membawa anda ke tengah ibu kota Jerman di Stesen Berlin Central. Ia terletak hanya sejauh beberapa jalan dari Bangunan Reichstag yang ikonik, taman Tiergarten dan kawasan membeli belah Mitte. Akan tetapi, ia juga bersambung dengan landasan S-Bahn dan U-Bahn secara terus jika anda in ke tempat lain dalam bandar besar itu.

Frankfurt ke Berlin menaiki penerbangan

Frankfurt ke Berlin menaiki penerbangan
Lapangan Terbang Frankfurt ialah hab utama Luthansa © Nate Hovee / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1 jam 10 minit (penerbangan sahaja)
Harga – RM290
Keselesaan – 4/5

Disebabkan Lapangan Terbang Frankfurt ialah yang terbesar di Jerman dan di antara yang terbesar di Eropah, tidak hairanlah terdapat penerbangan kerap yang terus menuju ke Berlin. Ia digunakan oleh para penumpang yang tiba dari penerbangan yang lama untuk keluar atau masuk negara itu tetapi tidak begitu lazim digunakan oleh para pengembara. Inj disebabkan jumlah tempoh perjalanannya adalah sama atau lebih lama daripada keretapi. Oleh itu, mengapa susahkan diri anda untuk mendapatkan penerbangan dan mendaftar masuk bagasi jika anda boleh dapatkan keretapi sahaja?

Terdapat pelbagai penerbangan setiap hari dari Frankfurt ke Berlin yang ditawarkan oleh syarikat Luthansa yang bercorakkan bendera Jerman.

Namun, jangan terus tinggalkan penerbangan. Ia masih merupakan cara yang selesa dan menawarkan perjalanan dari bandar ke bandar dalam masa empat arah lima jam sahaja. Ia merupakan pilihan simpanan yang bagus jika anda tidak menjumpai waktu pelepasan yang sesuai bersama keretapi. Tambahan pula, ia merupakan pilihan yang bagus jika anda tidak mahu memasuki Berlin tetapi ingin ke pantai-pantai terpencil Baltic dan tanah lembab Tasik Uckermark di utara ibu kota itu.

Sudah tentu tiada kekurangan penerbangan. Sebanyak 16 penerbangan menyambungkan dua bandar itu setiap hari dengan menuju ke terminal besar di Lapangan Terbang Berlin Brandenburg Airport. Ia dilakukan oleh Luthansa bermula seawal 6:15 pagi dan berakhir selewat 8:15 malam. Harga boleh berubah banyak bagi perjalanan ini. Yang pasti ia menjadi lebih tidak tentu apabila mendekati tarikh perjalanan itu. Oleh itu, anda perlu dapatkan tempat seawal mungkin menggunakan 12Go.co.

Frankfurt ke Berlin menaiki bas

Frankfurt ke Berlin menaiki bas
Flixbus di Stesen Frankfurt Central atau Busbahnbkf ZOB © gopixa / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 7-12 jam
Harga – RM41+
Keselesaan – 3/5

Walaupun keretapi lebih murah dan pantas, masib terdapat bas untuk ke Berlin dari Frankfurt. Ia didominasi oleh syarikat Flixbus. Mereka melakukan perjalanan murah di serata Eropah dengan pelbagai perjalanan di antara bandar-bandar besar Jerman. Namun, perjalanan ke bandar yang terletaknya Reichstag itu akan mengambil sekurang-kurangnya tujuh jam, jadi ini bukanlah pilihan yang sesuai jika anda ingin merasai currywurst dengan cepat!

Salah satu kelebihan bas ialah ia akan berhenti di beberapa tempat sekitar Frankfurt sebelum menuju ke Berlim. Anda boleh naik di Busbahnhof ZOB (di selatan Frankfurt Hauptbahnhof) atau pergi ke terminal Lapangan Terbang Frankfurt (lihat jika perjalanan anda melalui sini). Di ibu kota itu, anda boleh menaiki bas di Alexanderplatz yang sibuk, Stesen Central atau Lapangan Berlin Brandenburg Airport. Dengan itu, harga bagi perjalanan bas ini adalah lebih mahal berbanding keretapi bajet Flixtrain, walaupun tempahan awal di 12Go.co boleh menunjukkan tiket serendah RM40 seorang.

Frankfurt ke Berlin menaiki kereta

Frankfurt ke Berlin menaiki kereta

Tempoh Masa – 5 jam
Harga – RM80 sehari
Keselesaan – 4/5

Jalan raya Jerman adalah di antara yang terbaik di benua itu. Ia sedap untuk dipandu di atasnya (terutamanya autobahn yang luas itu) dan boleh membuatkan anda menamatkan perjalanan dari Frankfurt ke Berlin itu dalam masa lima jam sahaja. Ia merentasi 545 kilometer melepasi kawasan-kawasan yang menarik seperti Thuringia dan Hesse. Apa ila difikirkan, anda mungkin ingin memandu dengan perlahan selama beberapa hari untuk meneroka tempat-tempat menarik di antara dua bandar besar itu. Itulah kebebasan yang anda dapat dengan membawa kereta tersendiri.

Tempat-tempat yang anda mungkin ingin singgah termasuklah bandar Weimer yang penuh dengan budaya, mercu-mercu tanda berkaitan European Enlightenment atau hutan-hutan Taman Negara High Fläming. Bagi pemanduan kereta sewa selama 72 jam bersama RentalCars.com, anda akan membayar sekitar RM245 dengan caj tambahan untuk perjalanan satu hala. Anda boleh juga atur tempat pengambilan kereta tersebut di pusat bandar Frankfurt supaya anda tidak perlu ke lapangan terbang sebelum memasuki lebuhraya.


Pilih mana-mana sahaja pengangkutan di atas untuk bergerak di antara dua bandar terbesar dan tersibuk di Jerman. Ia pasti akan membuat anda kagum dengan kawasan-kawasan bank, bangunan kerajaan yang gah, bar bir dan tugu-tugu bandar yang ikonik!


FAQ Frankfurt ke Berlin

Apakah cara termurah untuk ke Berlin dari Frankfurt?

Kemunculan kereta api kos rendah Flixtrain yang berharga hanya RM46 untuk satu tiket ialah cara termurah untuk ke Berlin. Terdapat juga bas yang berharga hanya RM40 (tetapi perjalanan adalah sekurang-kurangnya selama tujuh jam). Cara terbaik untuk memeriksa mod pengangkutan yang terbaik adalah dengan mendapatkan carian di laman web 12Go.co.

Apakah cara terpantas untuk ke Berlin dari Frankfurt?

Kemungkinan besar adalah melalui kereta api kerana penerbangan akan memakan masa lebih lama apabila anda mengambil kira pemindahan ke terminal dan pemeriksaan keselamatan. Dengan kereta api, perjalanan hanya memakan masa selama empat jam, di mana anda terus turun di daerah Mitte di pusat bandar Berlin. Mudah.

Apakah cara terbaik untuk ke Berlin dari Frankfurt?

Kebanyakan pelancong akan memilih kereta api. Ia mudah dan menawarkan harga yang berpatutan – selagi mana anda menempah tiket dengan lebih awal menggunakan laman web 12Go.co. Kereta api hanya mengambil masa sekitar empat jam untuk pergi dari bandar ke bandar dan menawarkan pemandangan Jerman tengah yang cukup indah.

Berapakah harga tiket kereta api dari Frankfurt ke Berlin?

Terdapat dua pilihan dengan dua harga yang berbeza. Tiket yang paling murah adalah melalui perkhidmatan Flixtrain yang berharga sekitar RM46. Kereta api DB adalah lebih selesa dan mempunyai kekerapan yang tinggi, tetapi harga tiket bermula dari RM90 setiap orang. Salah satu cara untuk membuat pilihan dan menimbang tara kos tambang adalah dengan memasukkan tarikh anda dan membandingkan harga tiket di 12Go.co.

Berapa lama perjalanan kereta api dari Frankfurt ke Berlin?

Kereta api terbaik yang menghubungkan Stesen Frankfurt ke Stesen Pusat Berlin mengambil masa hanya dalam 4 jam 12 minit. Kereta api ini melakukan perhentian di sepanjang perjalanan, di bandar-bandar seperti Göttingen dan Wolfsburg. Anda disyorkan menempah tiket lebih awal menggunakan laman web 12Go.co jika kereta api adalah cara yang anda inginkan kerana harga akan terus meningkat.

Adakah lebih baik untuk menaiki pesawat atau menaiki kereta api dari Frankfurt ke Berlin?

Waktu perjalanan kereta api adalah lebih kurang sama atau sedikit lebih cepat daripada menaiki pesawat, tetapi kereta api adalah lebih mudah dan biasanya lebih murah. Namun begitu, penerbangan dapat membantu anda menjangkau kawasan pedalaman timur laut Jerman, dan sangat selesa untuk pelancong yang melalui Frankfurt dan ingin tiba di Berlin dengan segera.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: