Apabila anda telah menikmati sosej putih dan kugiran Oompah dan bir Oktoberfest, sudah tiba masanya untuk anda rancang perjalanan seterusnya di Eropah Tengah. Dari ibu kota Bavaria, hanya satu hala sahaja untuk anda bergerak iaitu selatan. Di situlah terdapatnya Alps yang meninggi dan menutupi tasik-tasik berkilauan dan istana-istana misteri. Ia juga menutup bandar Salzburg yang menarik di mana anda akan mendengar lagu Mozart dimainkan di dewan-dewan konsert dan babak-babak dari The Sound of Music dimain semula. Panduan ini mempunyai kesemua maklumat yang anda perlukan untuk melakukan perjalanan sejauh 115 kilometer yang memisahkan dua bandar itu…
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Munich ke Salzburg menaiki keretapi | 1.5 jam | RM91 | Tempah Online |
Munich ke Salzburg menaiki bas | 2 jam | RM23 | Tempah Online |
Munich ke Salzburg menaiki teksi | 2 jam | RM1300 | Tempah Online |
Munich ke Salzburg mengikuti lawatan | – | RM210 | Tempah Online |
Munich ke Salzburg menaiki keretapi
Tempoh Masa – 1.5 jam
Harga – RM91
Keselesaan – 4/5
Terdapat dua jenis keretapi yang menyambungkan ibu kota Bavaria yang penuh dengan bir dan tempat asal Mozart yang beristana di Austria. Ia dilakukan setiap jam, jadi anda tidak akan kekurangan pilihan apabila memilih waktu pelepasan. Satu keretapi itu lebih pantas daripada yang satu lagi, jadi carilah EuroCity yang mampu menamatkan perjalanan ini dalam masa 1 jam 28 minit sahaja. Keretapi tempatan Meridian pula membuat beberapa persinggahan tambahan dan mengambil 1 jam 47 minit secara keseluruhan.
Namun begitu, kita tidak boleh menolak Meridian dengan cepat. Mengapa? Ia boleh menjadi lebih murah berbanding pesaingnya dan boleh ditempah pada hari perjalanan dengan harga RM140 sahaja seorang. Keretapi EuroCity pula mempunyai harga dinamik. Ini bermakna anda boleh mendapatkan harga semurah RM90 satu hala tetapi anda perlu tempah jauh lebih awal (kebiasaannya sekurang-kurangnya 60 hingga 90 hari awal) menggunakan 12Go.co.
Pilihlah keretapi untuk menikmati pemandangan indah terhadap Alps Bavarian di atas landasan di antara Munich dan Salzburg.
Kedua-dua keretapi itu selesa tetapi yang lebih cepat itulah yang terbaik. Kebiasaannya ia merupakan keretapi OBB RJX Austria yang laju dilengkapi dengan gerabak makanan, tingkap yang luas untuk menikmati pemandangan (kelebihan bagi perjalanan indah dari A ke B ini) dan ruang kaki yang luas. Kesemua keretapi bergerak dari Stesen Munich Central berdekatan Karlsplatz dan tiba di Salzburg Hauptbahnhof yang terletak sekitar 20 minit berjalan kaki dari pusat bandar.
Ia dikira sebagai salah satu perjalanan tercantik untuk dilakukan di Jerman. Anda akan bergerak ke tenggara dari Munich menerusi ladang-ladang dan di antara tasik-tasik semasa mendekati Alps Austria. Pada hari yang cerah, pemandangan terbaik adalah di sebelah kanan keretapi walaupun pemandangan di kedua-dua belah masih lagi cukup indah
Munich ke Salzburg menaiki bas
Tempoh Masa – 2 jam
Harga – RM23
Keselesaan – 3/5
Jika anda sudah menghabiskan bajet bagi bir Oktoberfest atau perlu berjimat untuk lawatan Sound of Music, bas ialah pilihan yang anda cari. Ia merupakan pilihan termurah di antara Munich dan Salzburg. Namun, ia masih selesa dengan syarikat-syarikat besar seperti Flixbus yang berada di seluruh Eropah dan Normago yang dinilai tinggi menawarkan bas moden berhawa dingin dan dilengkapi dengan kerusi berbaring untuk membawa anda dari bandar ke bandar.
Bas menjuarai dari segi harga dengan tiket yang berharga sebahagian sahaja daripada harga kereatpi.
Kebanyakan perjalanan bermula dari stesen ZOB Munich yang berbentuk seperti UFO. Ia terletak di sebelah stesen keretapi utama bandar itu bermakna anda boleh ke sana dengan mudah dengan menaiki metro atau tram. Dari sana, bas akan ke selatan dan seterusnya ke timur di atas jalan 8 mengelilingi Alps dan merentasi sempadan berdekatan Bad Reichenhall. Stesen destinasi berbeza-beza tetapi kemungkinan besar sama ada Salzburg Lastenstrasse (lebih sesuai untuk memasuki tengah bandar) atau P + R Salzburg South (jauh sedikit dari tempat pelancongan utama).
Jangka untuk membayar sekitar RM20 bagi perjalanan itu di atas bas yang paling murah. Itu merupakan harga awal yang kebiasaannya terdapat semasa sebulan atau dua bulan sebelum hari perjalanan melalui 12Go.co. Harga tiket akan meningkat apabila mendekati waktu pelepasan tetapi jarang sekali bas berharga semahal keretapi menjadikannya pilihan yang bagi bagi pengembara yang terikat dengan bajet.
Munich ke Salzburg menaiki teksi
Tempoh Masa – 2 jam
Harga – RM1300
Keselesaan – 5/5
Keindahan sebenar perjalanan teksi dari Salzburg ke Munich ialah kemudahannya. Anda boleh pilih untuk diambil di mana-mana sahaja dalam ibu kota Bavaria itu, tidak kira sama ada di hotel di tengah-tengah Altstadt, rumah-rumah kampung di kawasan English Garden atau di terminal Lapangan Terbang Munich. Anda akan berada di atas jalan ke tenggara menuju ke Salzburg sebelum anda sempat menghabiskan bir dan pretzel.
Bahagikan harga teksi dari Munich ke Salzburg untuk mendapatkan perjalanan mudah bagi semua kru ke tenggara menuju ke gunung-ganang Austria.
Dari segi keselesaan, teksi sudah tentu selesa. Ia akan membuatkan anda selesa dan segar sepanjang perjalanan tersebut dengan penghawa dingin semasa musim panas dan pemanas semasa musim sejuk Bavaria. Ia juga merupakan perjalanan peribadi tanpa berkongsi tempat dengan penumpang lain. Tambahan pula, teksi boleh singgah di mana-mana sahaja yang anda inginkan semasa dalam perjalanan sama ada untuk ke tandas atau melihat pemandangan Alps Austria yang cantik.
Sudah tentu, keburukan pilihan ini ialah harganya. Harga bagi teksi di antara Munich dan Salzburg berada di sekitar RM1320 bagi sebuah teksi. Ia merupakan pilihan bagi para pendaki (semasa musim panas) dan peluncur (semasa musim sejuk) yang menuju ke resort Alpine di kawasan Salzkammergut. Bukan sahaja mereka boleh membahagikan kos perjalanan di antara mereka, tetapi mereka mendapat cara yang mudah untuk membawa peralatan mereka teruk ke hotel di gunung.
Munich ke Salzburg mengikuti lawatan
Tempoh Masa – Sepanjang hari
Harga – Sekitar RM205 seorang
Keselesaan – 4/5
Anda boleh gabungkan perjalanan anda dari Munich ke Salzburg dengan pengembaraan kecil bersama lawatan terancang. Pakej yang mengambil masa sehari ini bukan sahaja membawa anda ke bandar Baroque di Sungai Salzach tetapi ia juga menawarkan pelbagai maklumat mengenai sejarah dan budaya di sepanjang perjalanan itu. Jadual perjalanan kebiasaannya termasuk pengambilan di hotel anda di Munich diikuti dengan perjalanan van mini atau bas ke Salzburg, lawatan berjalan kaki bersama pemandu pelancong di pusat bandar, lawatan ke Istana Mirabell dan Kubu Hohensalzburg yang hebat. Anda juga mungkin menjumpai pakej yang singgah di pangkalan Nazi di Eagle’s Nest dalam Obersalzberg.
Alps menutupi ufuk di Munich. Ia memanggil para pengembara dan pencinta alam dengan tebing-tebingnya dan salji. Ia juga menutup bandar besar Austria iaitu Salzburg di mana anda akan menikmati schnapps buah-buahan yang pekat di atas piazza berbatu dan belajar mengenai Mozart di bawak puncak-puncak gunung dan istana-istana.
FAQ Munich ke Salzburg
Bas menawarkan tawaran terbaik untuk ke Salzburg di mana kadang-kadang anda boleh mendapatkan tempat duduk dari stesen ZOB Munich ke Salzburg dengan harga RM20 setiap satu, jika anda menempah tiket lebih awal menggunakan laman web 12Go.co. Kami mengesyorkan mencari pengendali bas yang berlesen dan diuji seperti Flixbus untuk kadar terendah dan kekerapan yang paling kerap.
Kereta api boleh membawa anda dari Stesen Pusat Munich di seberang pinggir utara Alps ke Salzburg dalam masa 1.5 jam sahaja. Anda perlu mencari kereta api RJX yang dikendalikan oleh OBB untuk perjalanan yang pantas, kerana perkhidmatan Meridian adalah tidak begitu pantas.
Bagi kebanyakan pelancong, pastinya kereta api kerana harganya yang berpatutan dan kekerapan yang tinggi. Namun, ada yang lebih memilih untuk menggunakan perkhidmatan teksi yang ditempah terlebih awal. Ya, harganya lebih tinggi, tetapi teksi adalah mod terbaik bagi kumpulan pemain ski dan pejalan kaki yang memiliki banyak peralatan dan ingin terus ke resort gunung.
Harga tiket yang berbeza-beza dapat dilihat di laman web 12Go.co bergantung kepada tarikh perjalanan anda. Sekiranya anda membuat tempahan dengan lebih awal, anda hanya perlu membayar RM90 seorang untuk kereta api pantas EuroCity. Sekiranya tidak, anda mungkin perlu membayar harga tiket sehala sebanyak RM140 untuk laluan Meridian. Namun demikian, anda dapat menjimatkan sejumlah wang dengan membeli tiket Bayern, yang mempunyai potongan harga yang baik untuk keluarga dan kumpulan besar yang ingin bergerak di sekitar Bavaria dan ke Salzburg.
Terdapat banyak kereta api terus dari Munich ke Salzburg. Kereta api tersebut berangkat lebih dari sekali setiap sejam dari Stesen Pusat Munich, yang memakan masa dalam 1.5 jam sahaja untuk perjalanan sepanjang 145 kilometer. Anda mungkin ingin menempah tiket lebih awal menggunakan laman web 12Go.co. Walaupun demikian, kereta api boleh menjadi sibuk terutama pada waktu perjalanan puncak dan waktu sibuk.
Tiada kereta api berkelajuan 300 kph di laluan ini, tetapi ada kereta api EuroCity yang agak cepat yang dapat membantu anda menyelesaikan keseluruhan perjalanan dalam hanya 1.5 jam. EuroCity adalah cara terpantas untuk pergi dari Munich ke Salzburg, dan sangat popular. Pastikan anda menempah tempat anda lebih awal menggunakan laman web 12Go.co.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: