Paris dan Brussels terletak bersebelahan sahaja. Mereka dipisahkan oleh Flanders Fields dan sungai-sungai dari hutan Ardennes merentasi 255 kilometer di Eropah Utara. Pelbagai jenis pengembara lakukan perjalanan ini dengan ahli-ahli perniagaan bergaul dengan pengembara bajet di atas keretapi, kapal terbang dan kereta semasa dalam perjalanan.
Panduan ini wajib dibaca jika anda mengikuti mereka dalam perjalanan dari wafel coklat ke Menara Eiffel dan koleksi seni yang mengagumkan di Louvre.
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Brussles ke Paris menaiki keretapi laju | 1.5 jam | RM130 | Tempah Online |
Brussels ke Paris menaiki keretapi biasa | 3 jam | RM150 | Tempah Online |
Brussles ke Paris menaiki keretapi bajet | 2 jam | RM41 | Tempah Online |
Brussels ke Paris menaiki kapal terbang | 1 jam | RM620 | Tempah Online |
Brussels ke Paris menaiki bas | 4 jam | RM62 | Tempah Online |
Brussles ke Paris menaiki keretapi laju
Tempoh Masa – 1 jam 22 minit
Harga – RM130+
Keselesaan – 5/5
Keretapi menjadi pilihan utama bagi perjalanan dari Brussels ke Paris. Terdapat keretapi laju yang akan membawa anda keluar dari Gare du Nord ke Paris selepas 1.4 jam sahaja di atas landasan. Ia tidak memberikan masa yang cukup untuk menikmati bir Belgium yang dijual di bar kafe dalam keretapi tetapi kami rasa anda mungkin boleh dapatkan satu apabila anda bergerak merentasi sempadan ke ladang-ladang jagung dan bukit-bukau hijau di kawasan Pas-de-Calais.
Keretapi laju ke Paris merupakan pilihan utama bagi perjalanan ini dengan tempoh perjalanan kurang dari 1.5 jam dan gerabak yang laju.
Perjalanan keretapi laju ini dilakukan oleh Thalys. Ia berlepas dari Brussels Midi di Saint-Gilles dan tidak membuat sebarang persinggahan sebelum tiba di Paris. Anda boleh pilih daripada pelbagai waktu pelepasan setiap hari yang berlepas setiap jam atau setengah jam. Namun, anda perlu tempah awal. Bukan sahaja kerana tempahan diwajibkan tetapi kerana terdapat permintaan yang tinggi bagi mendapatkan tempat kerana Thalys lebih pantas daripada penerbangan.
Tempahan awal adalah penting dari segi bajet. Model harga yang dinamik bermakna harga keretapi Thalys boleh melonjak naik apabila mendekati waktu pelepasan. Anda perlu ke sana secepat mungkin untuk dapatkan harga RM125 itu. Jika tidak, anda perlu mengeluarkan lagi RM415 bagi tempat duduk Kelas Biasa yang sama.
Brussels ke Paris menaiki keretapi biasa
Tempoh Masa – 3-4 jam
Harga – RM150+
Keselesaan – 4/5
Anda tidak perlu menggunakan Thalys untuk ke Paris dari Brussels. Namun, tiket awal keretapi biasa sebenarnya berharga lebih mahal, jadi ia merupakan pilihan yang patut dipertimbangkan hanya jika tempat dalam keretapi laju itu dijual habis. Ataupun jika anda membawa pas Eurail dan tidak ingin mengeluarkan caj tambahan RM100 apabila menggunakan keretapi laju.
Keretapi tempatan ialah hadiah bagi pemegang Eurail dan InterRail yang boleh mengelakkan caj tambahan RM100 yang berkait dengan Thalys.
Ia sudah tentu tidaklah begitu mudah dalam keretapi biasa. Ia merupakan perjalanan serantau bermakna ia direka untuk melalui bandar-bandar kecil di Belgium dan Perancis di antara kedua-dua ibu kota tersebut. Jadi, anda akan melakukan pertukaran sekurang-kurangnya tiga kali. Pertamanya di bandar Mons di kawasan Walloon. Kemudian, anda akan merentasi sempadan menuju ke Aulnoye. Seterusnya, anda akan mengambil perjalanan terus menuju ke Gare du Nord.
Secara keseluruhan, pengembaraan dari bandar ke bandar seperti ini mengambil masa empat jam. Namun, anda boleh pastikan perjalanan itu disamakan kerana hanya terdapat dua keretapi yang berlepas dari Brussels dan tidak dikira sekali pilihan yang terhad menuju Aulnoye. Secara amnya, keretapi tempatan bersih dan selesa tetapi jangan impikan kerusi berbaring dan gerabak makanan gourmet yang anda lihat di atas Thalys.
Brussles ke Paris menaiki keretapi bajet
Tempoh Masa – Sekitar 2 jam
Harga – Dari RM41
Keselesaan – 3/5
Terdapat satu lagi syarikat pengendali keretapi yang patut dikenali bagi perjalanan dari Brussels ke Paris iaitu Izy. Ia merupakan pilihan tambang murah berbanding Thalys dan keretapi tempatan dengan harga serendah RM41. Untuk dapatkan tambang murah itu anda perlu tempah lebih awal (kami syorkan sekitar 60 hari). Oh dan anda kurangkan jangkaan anda bagi keselesaannya…
Izy merupakan syarikat keretapi tambang murah yang mempunyai tiket murah di sekitar RM40 bagi perjalanan dari Brussels ke Paris.
Keretapi Izy ialah TGV yang telah diubah semula untuk menyamai model keretapi tambang murah. Pemegang tiket asas sama ada perlu berdiri atau mendapat tempat duduk berlipat. Anda boleh keluarkan wang lebih untuk dapatkan kerusi keretapi yang biasa tetapi harga akan menjadi sekitar RM155, jadi baik anda dapatkan sahaja Thalys yang laju itu.
Anda perlu berhati dengan waktu pelepasannya yang pelik. Terdapat beberapa pelepasan di antara 8 pagi dan 9 pagi diikuti dengan pelepasan pada 3:28 petang dan 3:52 petang. Ia bertukar setiap musim, jadi anda boleh jangkakan jumlah Izy berkurangan semasa musim pelancongan berakhir di penghujung musim panas.
Brussels ke Paris menaiki kapal terbang
Tempoh Masa – 55 minit
Harga – RM600-1200
Keselesaan – 4/5
Bagi perjalanan singkat dari bandar ke bandar ini, penerbangan tidak begitu masuk akal dari segi masa dan harga. Ia mahal dan hampir sudah pasti lebih perlahan berbanding dengan keretapi Thalys apabila anda kira sekali perjalanan ke dan dari terminal. Dengan itu, ia merupakan pilihan yang sesuai bagi mereka yang ingin ke Paris untuk dapatkan penerbangan sambungan atau mereka yang ingin memasuki bandar untuk ke kawasan yang lebih besar di utara tengah Perancis.
Terdapat hanya satu syarikat penerbangan bagi perjalanan ini iaitu Brussels Airlines. Mereka mempunyai harga sekitar RM1250 bermakna ia bukanlah pilihan bagi pengembara yang terikat dengan bajet. Penerbangan ini meninggalkan Lapangan Terbang Brussels (BRU) menuju ke Charles de Gaulle (CDG) dalam masa 55 minit sahaja. Kebanyakannya berlepas pada awal pagi, jadi boleh jangka untuk berkongsi ruangan kabin bersama ramai penumpang perniagaan.
Brussels ke Paris menaiki bas
Tempoh Masa – 4-6 jam
Harga – RM62+
Keselesaan – 4/5
Jarak Paris dan Brussels yang dekat itu bermakna anda boleh bergerak di atas jalan raya dan tidak perlu berbelah bahagi untuk dapatkan pilihan yang mengambil beberapa hari. Kebanyakan bas yang melakukan perjalanan itu akan membawa anda memasuki bandar di bawah Menara Eiffel dalam masa sekurang-kurangnya lima jam sementar pilihan yang lebih pantas akan menghabiskan perjalanan itu dalam masa kurang dari empat jam.
Bas ialah pilihan murah bagi perjalanan dari Brussels ke Paris dengan tiket yang boleh dibeli lebih awal dengan harga RM62.
Syarikat terkenal seperti Flixbus dan BlaBlaBus bergabung untuk memberikan 20 pelepasan setiap hari. Mereka mempunyai bas yang bergerak pada waktu pagi, petang dan malam supaya anda boleh naik pada jam 2 pagi dan jimatkan kos penginapan semalaman dan tiba di Paris sekitar 6 pagi. Kesemua jadual dan harga tiket bersama syarikat yang berbeza boleh dibandingkan di 12Go.co.
Perkara utama yang anda perlu pilih ialah stesen permulaan anda di Brussels. Bas menuju ke sama ada Gare de Bruxelles-Nord atau Stesen Brussels-South (juga dikenali sebagai Brussels Midi) yang terletak di hujung berbeza dalam bandar itu. Tempat ketibaan yang sama termasuklah Bercy Seine yang terletak di selatan Ile de la Cite yang terkenal (tempat pelancongan Paris yang utama) dan perhentian Universiti Saint-Denis yang mempunyai sambungan ke Paris Metro.
Pergi bersiar-siar di Sungai Seine dan membeli belah sehingga anda penat di Champs Elysée, masuk ke dalam Louvre utnuk melihat Mona Lisa dan nikmati croissant di kafe dalam Latin Quarter. Senarai Paris ini boleh bertambah lagi dan lagi. Ya, terdapat pelbagai sebab untuk anda tempah tiket dari Brussels itu hari ini!
FAQ Brussels ke Paris
Pengangkutan kereta api tambang murah yang dioperasi oleh Izy merupakan pilihan termurah untuk bergerak dari Brussels ke Paris. Anda perlu menempah tiket lebih awal, meskipun tambang untuk tempat duduk atau berdiri adalah lebih kurang RM41 sehala.
Kereta api Thalys bergerak dengan kelajuan 300 kpj dari Brussels ke Paris dan mampu bergerak antara dua bandar tersebut selama hanya 1 jam 22 minit. Tiket untuk mod pengangkutan kereta api ini medapat permintaan yang sangat tinggi, jadi pastikan untuk melayari laman sesawang 12Go.co dan tempah tiket secepat mungkin.
Harga tiket kereta api kos rendah Izy adalah serendah RM40. Walau bagaimanapun, kereta api Thalys yang berkelajuan normal dan berkelajuan tinggi biasanya berharga sedikit mahal. Kedua-duanya bermula dengan harga lebih dari RM155, tetapi anda perlu membuat tempahan lebih awal menggunakan 12Go.co untuk mendapatkan harga istimewa tersebut.
Kereta api Thalys dapat melintasi sempadan Belgium-Perancis dan membawa anda ke Gare du Nord hanya dalam 1 jam 22 minit. Wah! Kereta api yang lain tidak sepantas Thalys, contohnya kereta api kos rendah Izy yang memerlukan masa lebih dari dua jam.
Kereta api adalah pilihan yang lebih baik daripada penerbangan. Penerbangan akan menyumbang kepada kos yang tinggi kepada perjalanan anda (harga tiket purata antara RM820 hingga RM1200!). Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi Thalys jauh lebih cepat, terutamanya jika bergerak dari pusat bandar ke pusat bandar. Tambahan lagi, pengangkutan kereta api akan mengurangkan pelepasan gas CO2 dan menawarkan pemandangan kawasan luar bandar Perancis yang cantik yang dapat anda lihat.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: