Cara untuk ke Bruges dari Brussels

Cara untuk ke Bruges dari Brussels

Bersedialah untuk berasa kagum dengan Bruges. Apabila anda tinggalkan kesibukan bandar besar Brussel, anda akan memasuki alam bak kisah dongeng dengan gereja-gereja dan menara-menara yang memukaukan temasuklah jalan-jalan berbatu dan terusan yang berbelok-belok. Ia dianggap sebagai salah satu tempat era pertengahan di seluruh Eropah yang dijaga rapi dengan gerai-gerai frite Belgium dan pub-pub Ireland (ingat filem In Bruges?) di sebelahnya.

Syukurlah, terdapat beberapa pengangkutan yang mudah di hujug jari anda bagi membawa anda melalui 90 kilometer yang memisahkan kedua-duanya. Panduan ini mempunyai kesemua maklumat yang anda perlu tahu untuk menempah pengangkutan-pengangkutan tersebut…

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Brussels ke Bruges menaiki keretapi1 jamRM64Tempoh Online
Brussels ke Bruges menaiki bas1.5 jamRM31Tempoh Online
Brussels ke Bruges menaiki teksi1.5 jamRM660Tempoh Online
Brussels ke Bruges dengan mengikuti lawatan8 jamRM210Tempoh Online
Brussels ke Bruges menaiki kereta1.5 jamRM210Tempoh Online

Brussels ke Bruges menaiki keretapi

Brussels ke Bruges menaiki keretapi
SNCB ialah syarikat keretapi nasional Belgium. Di sini, keretapi tiba di Stesen Keretapi Brugge Β© Phuong D. Nguyen / Shutterstock.com

Tempoh Masa – <1 jam
Harga – RM64
Keselesaan – 4/5

Keretapi merupakan pilihan yang terkenal untuk bergerak dari Brussels ke Bruges. Ia dikendali oleh SNCB di atas keretapi InterCity yang laju dan dipercayai. Anda akan bergerak dari platform di Brussels Midi ke Stesen Brugge dalam masa kurang dari sejam. Ini merupakan bas yang dilakukan secara kerap setiap setengah jam atau sejam yang singgah di Ghent semasa dalam perjalanan. (Jangan ambil bas yang kurang kerap dan bergerak melalui bandar Roesalere kerana ia dua kali ganda lebih perlahan!).

Disebabkan ini merupakan perjalanan yang terkenal bagi para pengembara bergerak melalui Belgium, anda akan menjumpai banyak waktu pelepasan setiap hari. Ia bermula awal, mungkin seawal sebelum jam 1 pagi! Ia berakhir lewat. Anda boleh dapatkan perjalanan selepas jam 11 malam jika anda ingin. Semasa waktu puncak pada sebelah pagi dan petang, ia boleh menjadi agak sibuk tetapi sepatutnya terdapat servis tambahan yang disesuaikan mengikut kesibukan tersebut.

Dalaman keretapi SNCB
Dalaman keretapi SNCB Β© SophieOst / Shutterstock.com

Ramai pengembara pilih untuk mengikut landasan keretapi ke arah barat daya melalui Belgium untuk ke Bruges yang mengambil masa kurang dari sejam bagi perjalanan tersebut.

Sedikit mengejutkan, tempahan awal tidak menawarkan harga yang lebih rendah. Anda akan sentiasa membayar tambang biasa iaitu RM64 bagi perjalanan tersebut tidak kira sama ada anda beli berbulan lebih awal atau di stesen itu sendiri. Oleh itu, gunakan 12Go.co untuk membeli secara atas talian sebelum anda tiba di Brussels. Ia boleh bantu anda elakkan diri daripada perlu beratur panjang semasa di kiosk. Anda perlu ingat bahawa para pengembara yang merancang untuk ke Bruges terus dari Eurostar boleh dapatkan tiket bagi mana-mana stesen-stesen di Belgium termasuklah kos bagi perjalanan mereka menuju dari Brussels.

Anda boleh jangkakan pemandangan yang indah. Perjalanan itu bergerak ke arah timur laut melalui Kerajaan Tanah-Tanah Rendah menuju ke pelabuhan-pelabuhan di Laut Utara. Terdapat ladang-ladang dan hutan-hutan di samping kampung-kampung dan kincir-kincir angin Belgium semasa dalam perjalanan itu. Pastikan anda mencari menara berbatu merah yang tinggi apabila anda memasuki stesen Ghent.

Brussels ke Bruges menaiki bas

Brussels ke Bruges menaiki bas
Flixbus merupakan syarikat Jerman yang beroperasi di serata Eropah Β© Roman Yanushevsky / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1 ke 2 jam
Harga – RM31+
Keselesaan – 3/5

Harga merupakan satu-satunya sebab untuk anda pertimbangkan perjalanan bas berbanding keretapi untuk bergerak ke Bruges. Bas mengambil masa yang lebih lama, tidaklah begitu selesa dan boleh berlaku kelewatan semasa dalam perjalanan keluar dari ibu kota terutamanya semasa waktu sibuk pada sebelah pagi dan petang. Dengan harga tiket awal berharga serendah RM30, anda mungkin boleh mempertimbangkannya.

Terdapat satu perkara yang menjadikan bas di antara Brussels dan Bruges pilihan pengangkutan yang utama iaitu harganya.

Syarikat-syarikat seperti Flixbus kebiasaannya menjadi tumpuan orang ramai. Mereka mempunyai jaringan yang luas di serata Eropah dengan bas-bas moden berhawa dingin dan mempunyai kerusi berbaring yang mampu membawa anda ke bandar UNESCO tersebut dalam keadaan yang selesa. Perjalanan itu akan mengikut lebuhraya E40 ke arah barat laut melepasi Ghent (jangan terkejut jika terdapat persinggahan sebentar di sana untuk mengambil para penumpang) sebelum anda tiba di Bruges. Pemandangan semasa dalam perjalanan mungkin tidaklah amat cantik tetapi anda dapat melihat tanah rata Kerajaan Tanah-Tanah Rendah.

Anda perlu ingat bahawa harga tiket, yang merupakan kelebihan utama bagi bas di antara Brussels dan Bruges, berubah mengikut masa. Ia menjadi lebih sukar untuk anda dapatkan tiket murah apabila mendekati tarikh perjalanan. Oleh itu, tempahan bagi tempat anda dalam salah satu bas ini bagi percutian anda menggunakan 12Go.co merupakan suatu idea yang amat baik.

Brussels ke Bruges menaiki teksi

Brussels ke Bruges menaiki teksi
Menaiki teksi akan memberikan fleksibiliti kepada perjalanan anda Β© EQRoy / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1.5 jam
Harga – Sekitar RM660
Keselesaan – 5/5

Jika anda sanggup mengeluarkan wang tambahan bagi perjalanan dari Brussels ke Bruges, terdapat teksi persendirian dalam pilihan bagi anda. Ia kebiasaannya berharga sekitar RM620 hingga RM700 bagi keseluruhan perjalanan tersebut dengan teksi yang berhawa dingin dan mempunyai ruang kaki yang luas. Perjalanan itu mengambil sekitar sejam dua secara keseluruhan tetapi ia bergantung kepada trafik. Kelebihan yang paling utama ialah anda boleh atur untuk diambil dan diturunkan di mana-mana sahaja yang anda ingin, menjadikannya pilihan yang paling sesuai bagi mereka yang mempunyai banyak bagasi atau sekumpulan pengembara yang boleh membahagi kos tersebut di antara mereka.

Brussels ke Bruges dengan mengikuti lawatan

Brussels ke Bruges dengan mengikuti lawatan

Tempoh Masa – Sepanjang hari
Harga – Dari RM210
Keselesaan – 5/5

Disebabkan Brussels dan Bruges amat dekat sahaja (hanya 88km) tidak hairanlah terdapat banyak lawatan sehari untuk dipilih. Mereka sesuai bagi para pengembara yang sukakan warisan dan ingin masuk dan keluar dari bandar Tapak Warisan Dunia UNESCO seterusnya melihat tapak perkuburan yang luas dan senibina Flemish yang menakjubkan dalam sekali lalu. Ini merupakan pilihan bagi anda jika anda ingin melihat budaya dan tempat tarikan sebanyak yang mungkin.

Berita baiknya ialah lawatan ke Bruges kebiasaannya termasuk dengan pengambilan di mana-mana sahaja yang anda inginkan. Ia boleh jadi di hotel anda berdekatan dengan mercu-mercu tanda yang hebat di Grand Place. Ia boleh jadi di lapangan terbang. Ia boleh jadi stesen keretapi Brussels Midi. Terpulang kepada anda. Dari sana, anda akan bergerak keluar dari ibu kota tersebut dan mula meneroka. Lawatan yang berbeza mempunyai aktiviti-aktiviti yang berbeza tetapi tarikan yang biasa termasuklah bandar lama Ghent yang kelihatan Goth dan berjalan di sekitar Bruges Markt.

Brussels ke Bruges menaiki kereta

Brussels ke Bruges menaiki kereta
Bandar Ghent terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Brussels dan Bruges

Tempoh Masa – 1.5 jam
Harga – Dari RM210
Keselesaan – 5/5

Mereka yang tidak sabar untuk terus ke Bruges dari Lapangan Terbang Brussels atau sesiapa sahaja yang ingin meneroka Belgium mengikut rentak sendiri boleh dapatkan kereta sewa. Ia membolehkan anda melakukan perjalanan tersebut dalam masa 1.5 jam sahaja sama seperti teksi. Namun, ia juga akan memberi anda kebebasan untuk berhenti di mana-mana sahaja dan melencong, jadi mengapa hadkan diri anda untuk terus ke B dari A? Perjalanan ini mengikut lebuhraya E40 yang moden, dijaga rapi dan memberi peluang kepada anda untuk singgah di bandar Ghent yang hidup atau tempat yang kurang sibuk seperti Aalst dan Beernem.

Anda mungkin akan mengeluarkan sekitar RM410 bagi sewaan sehari dengan caj tambahan bagi meninggalkannya di Bruges dan bukan di Brussels kembali. Namun, pastikan anda lihat RentalCars.com bagi tawaran-tawaran terbaik yang kebiasaannya termasuk diskaun bagi sewaan beberapa hari.


Brussels ke Bruges merupakan perjalanan 88 kilometer merentasi barat laut Belgium. Tambahan pula, ia merupakan cara untuk ke salah satu bandar era pertengahan Eropah yang paling menakjubkan di mana anda akan minum bir Trappist dalam bilik arak yang telah berkurun lama dan melalui terusan-terusan di antara rumah-rumah Flemish.


FAQ Brussels ke Bruges

Apakah cara termurah untuk ke Bruges dari Brussels?

Bas merupakan pilihan paling murah. Namun, itu sahajalah yang ada padanya. Tempoh perjalanan boleh menjadi sehingga dua jam dan tahap keselesaannya tidaklah seperti keretapi. Walau bagaimanapun, jika anda tempah awal melalui 12Go.co dan anda akan melihat tawaran terbaik untuk ke bandar zaman pertengahan Bruges dari ibu kota Belgium.

Apakah cara terpantas untuk ke Bruges dari Brussels?

Sebenarnya keretapi lebih laju daripada pengangkutan yang lain. Ia boleh membawa anda memasuki stesen di Bruges dalam masa kurang dari sejam. Cari sahaja servis yang menuju ke Oostende yang anda boleh tempah secara atas talian melalui 12Go.co.

Berapakah harga keretapi untuk ke Bruges dari Brussels?

Keretapi dari Brussels ke Bruges mempunyai harga tetap iaitu sebanyak RM64. Itu merupakan berita yang baik bagi para pengembara yang tidak begitu hebat dalam merancang perjalanan mereka kerana tiket akan berharga sama sahaja pada hari perjalanan dengan harganya dalam tiga bulan lebih awal. Namun, kami syorkan anda beli secara atas talian melalui 12Go.co untuk memudahkan urusan anda..

Berapa lamakah perjalanan keretapi dari Brussels ke Bruges?

Keretapi berlepas dengan kerap menuju ke Bruges dari Brussels Midi. Kebanyakannya mengambil sekitar sejam tetapi yang terpantas boleh membawa anda dalam masa kurang dari sejam. Tiada keretapi yang akan mengambil lebih lama daripada 1 jam 10 minit kecuali servis Roesalere yang lebih perlahan dan lebih baik dihindari.

Mudahkah untuk ke Bruges dari Brussels?

Teramat amat mudah. Betul, perjalanan itu akan mengambil masa sepantas anda memakan wafel Belgium (baiklah, mungkin tidak sepantas itu). Ini disebabkan jaringan keretapi laju yang mengambil masa sejam sahaja. Jika anda terlepas mendapatkan keretapi? Jangan risau. Terdapat juga bas (pilihan termurah), teksi persendirian (sesuai bagi kumpulan yang ramai) dan lawatan yang boleh membawa anda dari A ke B.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: