Kabus menutupi puncak gunung Hoang Lien Son. Sawah padi menunjukkan 10,000 tona warna hijau yang berbeza di lembah-lembah dengan rumah panjang dan kebun. Itulah Sapa, tempat trekking di utara Vietnam. Tinggal jauh dari bandar merupakan salah satu keistimewaan di sini tetapi jangan risau kerana terdapat pelbagai cara untuk ke sana dari ibu kota Hanoi.
Malahan, anda boleh merasai jarak 260 km itu dari bandar ke bukit-bukau dengan menaiki keretapi, teksi atau bas. Setiap satu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri apatah lagi harga yang berbeza sesuai untuk semua jenis bajet. Tambahan pula, anda akan mempunyai pilihan untuk mengembara semasa siang untuk dapatkan pemandangan atau sewaktu malam agar anda boleh bangun melihat sungai-sungai dan puncak gunung yang kehijauan. Jom kita bandingkan kesemua pilihan tersebut..
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Hanoi ke Sapa menaiki bas | 5.5 jam | RM41 | Tempah Online |
Hanoi ke Sapa menaiki keretapi | 9.5 jam | RM160 | Tempah Online |
Hanoi ke Sapa menaiki teksi | 5 jam | RM780 | Tempah Online |
Hanoi ke Sapa menaiki bas
Tempoh Masa – 5.5 – 6.5 jam
Harga – RM41+
Keselesaan – 3/5
Terdapat banyak bas yang berlepas menuju ke Sapa dari Hanoi. Ya, ada bas besar, bas VIP, bas semalaman dan van mini 14 orang yang bergerak pada waktu siang dan malam. Boleh katakan anda akan sentiasa mempunyai pilihan yang sesuai dengan jadual dan, yang lebih penting, bajet anda.
Bas dari Hanoi ke Sapa berbeza dari segi saiz dan keselesaan jadi pastikan anda semak sama ada pilihan ada mempunyai tempat duduk berbaring, tandas, dan penghawa dingin.
Apabila bercakap tentang bajet, bas merupakan pengangkutan termurah di antara Hanoi yang sibuk dan bukit-bukau Sapa yang berkabus. Perjalanan enam jam itu boleh dibuat dengan harga seredah RM40 jika anda tempah lebih awal melalui 12Go.asia. Jika anda memilih untuk bayar lebih anda boleh tingkatkan tahap keselesaan dengan bas semalaman yang mempunyai tempat tidur atau bas VIP yang mempunyai wifi dan berhawa dingin. Namun, van mini merupakan pilihan yang paling mahal antara kesemua itu. Ia membawa jumlah penumpang yang kurang berbanding bas besar, mempunyai tempat duduk berbaring dan lazimnya mempunyai kawalan suhu yang terbaik. Hanya tandas sahaja yang tidak terdapat dalam van mini.
Jalan yang diambil oleh bas di antara Hanoi dan Sapa bergerak ke arah barat laut dari ibu kota Vietnam tersebut. Tidak lama sebelum anda tinggalkan tanah rendah negara itu. Dalam masa sejam, pemandangan di luar tingkap setinggi 3000 meter di gunung Phu Luong berserta Sungai Merah mengambil alih. Syukurlah, penaiktarafan jalan baru-baru ini akan membenarkan anda memandu di atas lebuhraya yang lebih lebar dan moden. Ia menjadi perjalanan yang lebih selamat daripada sebelum ini!
Syarikat-syarikat terkenal dengan servis yang dinilai tinggi termasuk Grouptour yang menawarkan bas-bas besar & mini dan Sapa Express yang menawarkan kelas VIP. Sapa Dragon Express pula mempunyai bas semalaman yang berlepas pada jam 10 malam dari Hanoi dengan ketibaan di Sapa dijadualkan pada jam 4 pagi.
Hanoi ke Sapa menaiki keretapi
Tempoh Masa – 9.5 jam
Harga – RM160+
Keselesaan – 4/5
Ramai orang akan memberitahu anda bahawa tiada cara lebih baik untuk mengembara melalui tanah tinggi di utara Vietnam dari Hanoi menuju ke Sapa selain daripada keretapi. Betul terdapat sesuatu yang romantik tentang menukarkan ibu kota yang penuh dengan trafik dengan sawah padi di stesen bukit Perancis (Stesen Bukit Bà Nà) dengan melalui landasan keretapi sahaja. Tambahan pula, kesemua keretapi di antara kedua-dua tempat tersebut berlepas pada waktu malam bermakna anda boleh mendapatkan tidur cukup dan bangun pagi dengan semangat untuk memasuki kampung-kampung suku kaum yang terpencil.
Terdapat beberapa kekurangan apabila memilih keretapi. Pertamanya, harga adalah lebih mahal berbanding bas. Jangan terkejut jika anda perlu membayar tiga kali ganda harga tempat tidur bas VIP bagi mendapatkan tempat tidur dalam keretapi! Oh dan anda tidak turun betul-betul di Sapa. Malah, keretapi akan berhenti di stesen berdekatan Lau Cai. Dari sana, ia merupakan perjalanan menaiki bas mini yang berliku-liku selama 1.5 jam untuk ke destinasi terakhir anda.
Keretapi membawa anda dari Hanoi ke Lao Cai di mana anda perlu bertukar menaiki bas untuk ke Sapa.
Jika anda memilih untuk menaiki keretapi, anda perlu tahu sistem tempahannya yang unik. Hanya terdapat dua atau tiga keretapi yang tinggalkan Hanoi untuk ke tanah tinggi setiap hari. Waktu pelepasan yang paling digemari ialah 9:35 malam dan 10 malam. Kedua-duanya dikendali oleh Vietnam Railways. Namun, setiap gerabak disewa kepada syarikat pelancongan persendirian yang menawarkan tahap perkhidmatan dan harga yang berbeza.
Sebagai panduan umum, cari tiket berasma Fanxipan Express atau Pumpkin Express jika anda mahukan harga yang berpatutan dengan sama ada tempat tidur empat katil yang padat atau tempat tidur dua katil kelas pertama. Pilihan dengan harga sederhana dan gerabak berdinding kayu ditawarkan oleh Sapaly Express dan King Express. Bilik VIP kelas atas mempunyai katil yang empuk, tingkap yang luas dan juga minuman alu-aluan percuma ditawarkan oleh Chapa Express dan VIctoria Express yang lebih premium. Kesemua itu boleh ditempah lebih awal melalui 12Go.asia.
Hanoi ke Sapa menaiki teksi
Tempoh Masa – 5 jam
Harga – RM780-980
Keselesaan – 5/5
Masukkan beg-beg anda ke dalam bonet dan selesakan diri anda kerana teksi akan mengambil masa lima jam untuk membawa anda dari kesibukan Hanoi menuju ke sawah padi kehijauan di tanah tinggi sekitar Sapa. Namun, ia masih menjadikannya pilihan terpantas di antara yang lain. Anda tidak perlu menunggu penumpang lain dan tiada persinggahan yang dijadualkan bagi perjalanan ini. Mudah sahaja untuk bergerak dari A ke B tanpa sebarang kesusahan, pertukaran atau persinggahan.
Teksi boleh diatur untuk mengambil anda di mana-mana sahaja dalam ibu kota. Ia mungkin bermakna betul-betul di hadapan lobi hotel anda di Old Quarter yang lama atau juga di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai setelah anda turun dari penerbangan antarabangsa. Terpulan kepada anda. Setelah sampai di Sapa, anda boleh dibawa ke tempat yang anda pilih. Mudah sahaja.
Anda boleh bahagikan kos teksi dari Hanoi ke Sapa di antara ahli kumpulan anda untuk jadikannya lebih murah.
Menaiki teksi bukan sahaja mampu menjimatkan masa menuju ke Sapa. Anda juga perlu pertimbangkan tahap keselesaannya. Anda tidak perlu untuk tidur semalaman jika bergerak menaiki kereta. Seluruh perjalanan itu boleh dibuat dalam satu pagi atau petang sahaja, dilengkapi penghawa dingin, air percuma dan tempat duduk empuk sepanjang jalan.
Hargalah yang menjadi penghalang bagi menaiki teksi. Anda mungkin akan membayar di sekitar RM800 untuk setiap perjalanan. Tetapi ia adalah untuk seluruh kenderaan tersebut. Kongsikan dengan kumpulan empat orang atau lebih dan anda akan mendapat kos yang setimpal atau mungkin kurang berbanding keretapi. Anda juga mungkin boleh dapatkan tawaran lebih hebat jika anda menempah lebih awal di 12Go.asia.
Bersihkan kasut berjalan anda dan sediakan kayu hiking kerana Sapa merupakan bandar gunung Vietnam yang menakjubkan. Anda boleh melalui bukit-bukau menaiki keretapi atau bermalaman dalam bas VIP untuk ke sana. Ia merupakan destinasi pelancongan yang paling terkenal di sana jadi anda pasti akan dijaga dengan baik. Jumpa anda di sawah padi sana!
FAQ Hanoi ke Sapa
Jimatkan banyak dong Vietnam untuk ekspedisi hiking anda dan penginapan di Sapa dengan memilih untuk menaiki bas semalaman yang bergerak dari Hanoi. Itu merupakan pilihan yang paling murah tetapi bermakna anda akan tidur semasa ia melalui jalan-jalan gunung dalam gelap. Bas-bas lain yang bergerak waktu siang juga boleh menjadi agak murah terutamanya jika ditempah lebih awal melalui 12Go.asia.
Tingkatkan bajet anda sedikit dan dapatkan pengangkutan tersendiri menaiki teksi persendirian. Ia boleh menamatkan perjalanan ke Sapa dari Hanoi dalam masa lima jam sahaja. Tambahan pula, anda akan diambil dan diturunkan di mana-mana sahaja anda inginkan di kedua-dua tempat jadi anda tidak mampu mengeluh pun.
Sebenarnya ia merupakan pilihan di antara jalan raya atau landasan keretapi. Keretapi merupakan pilihan yang terkenal kerana ia memberikan suasana pengembaraan tetapi anda tidak akan turun di bandar Sapa. Bas lebih mudah, kerap dan murah. Teksi juga ada bagi mereka yang ingin tamatkan perjalanan dan mengikut landasan hiking secepat mungkin. Anda boleh banding dan bezakan kesemua ini di 12Go.
Ia bergantung kepada personaliti anda. Ada pengembara yang sukakan perjalanan menaiki bas malam. Anda akan dapat katil untuk diri sendiri dalam kabin seramai dua atau empat orang dan bangun pagi ketika anda memasuki kawasan gunung-ganang. Ada pengembara yang memilih bas kerana ia lebih murah dan kerap. Akhir sekali terdapat mereka yang memilih keselesaan dan kemudahan pengangkutan persendirian terus ke pintu hotel di Sapa.
Dengan penambahbaikan yang banyak di lebuhraya di antara Hanoi dan Sapa baru-baru ini, kebanyakan bas kini mampu menghabiskan perjalanan dalam masa lima jam sahaja. Ada yang mengambil lebih lama disebabkan persinggahan semasa dalam perjalanan. Namun, jarang sekali anda akan melakukan perjalanan selama tujuh jam secara keseluruhan. Piilhan semalaman pula adalah di sekitar enam jam dengan pelepasan pada 10 malam dan ketibaan pada 4 pagi. Kesemua ini boleh ditempah terus melalui 12Go.asia.
Pertama: pilih gerabak anda. Adakah ia kelas pertama dengan dua tempat tidur dan dinding kayu? Adakah ia kelas kedua yang dikongsi seramai empat orang? Kedua: tempah melalui 12Go pelepasan jam 9:35 malam dan 10 malam adalah yang paling banyak ditempah. Ingat bahawa keretapi akan membawa anda ke Lao Cai sahaja yang dekat dengan Sapa. Tiada keretapi yang terus masuk ke dalam Sapa. Ini bermakna anda perlu bertukar menaiki van mini dan lakukan pemanduan selama sejam untuk sampai ke bandar itu.
Perjalanan keretapi dari Hanoi ke Sapa mengambil sekitar lapan jam secara keseluruhan. Namun, ia bukanlah keretapi sahaja terus ke Sapa. Keretapi akan pergi sehingga Lao Cai sahaja dan itulah yang paling dekat. Anda perlu bertukar menaiki bas untuk tamatkan perjalanan yang menambah sekitar 45 minit hingga sejam ke dalam tempoh perjalanan.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: