Cara untuk ke Rom dari Paris

Cara untuk ke Rom dari Paris

Bergeraklah di antara dua bandar romantis, berseni dan bersejarah di Eropah dengan perjalanan dari ibu kota Perancis ke ibu kota Rom. Ia merupakan perjalanan yang menggantikan langit yang ditutupi oleh Menara Eiffel dan Sacre Couer bersama tujuh bukit di Rom yang mempunyai Basilika St Peter dan Colosseum kuno.

Tertarik? Panduan ini wajib dibaca. Ia mempunyai maklumat tentang kesemua cara untuk anda bergerak di antara kedua-dua bandar tersebut termasuklah perincian tentang keretapi malam, penerbangan pendek dan bas murah yang boleh merentasi jarak 1095 yang memisahkan kedua-dua bandar yang wajib dilawati itu.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Paris ke Rom menaiki keretapi laju8.5 jamRM270Tempah Online
Paris ke Rom menaiki keretapi malam13.5 jamRM270Tempah Online
Paris ke Rom menaiki penerbangan2 jamRM160Tempah Online
Paris ke Rom menaiki bas20 jamRM150Tempah Online

Paris ke Rom menaiki keretapi laju

Paris ke Rom menaiki keretapi laju
Keretapi laju TGV akan membawa anda ke Turino di mana anda akan pertukaran keretapi. © Leonid Andronov / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 8.5 jam
Harga – RM270+
Keselesaan – 5/5

Keretapi laju TGV dan Frecciarossa ialah cara terpantas untuk membawa anda dari Paris ke Rom iaitu dalam masa kurang dari 10 jam sahaja. Terdapat pertukaran di Turin semasa dalam perjalanan itu. Anda juga boleh merancang perjalanan anda untuk memberikan beberapa jam bagi melihat menara Mole Antonelliana yang terkenal dan istana-istana diraja sebelum menaiki keretapi sekali lagi dan bergerak ke selatan menuju ke Eternal City itu sendiri. Mana-mana cara sekalipun, ia merupakan perjalanan rentas Eropah yang sebenar.

Pertama sekali, anda akan keluar dari ibu kota Perancis itu dengan menaiki salah satu daripada empat keretapi TGV yang menuju ke Turin Porta Susa. Keretapi itu adalah moden, berhawa dingin, mempunyai tempat duduk Kelas Pertama dan Kedua yang luas dan dilengkapi dengan kerusi empuk dan tingkap yang lebar. Ia berguna apabila anda merentasi Burgundy dan memasuki Savoie di mana terdapat puncak-puncak Alps yang bersalji meninggi di sekitar bandar ski Chamonix yang terkenal dan Brides-les-Bains.

Paris ke Rom menaiki keretapi laju
Keretapi Frecciarossa daripada Trenitalia bergerak sepantas 300 km/j © Polonio Video / Shutterstock.com

Rentasi Eropah Barat dan lihat Alps yang menakjubkan apabila anda meninggalkan Perancis di atas keretapi laju.

Selepas itu, anda akan bergerak di bawah gunung-ganang melalui Terowong Frejus Rail (pernah menjadi terowong terpanjang di dunia!) dan keluar di lembah-lembah Oulx, hutan-hutan pain dan bandar-bandar Alpine yang terletak di bawah puncak-puncak yang kasar. Akhirnya, anda akan tiba di Turin Porta Susa. Ingat bahawa anda perlu turun di sana kerana ia bukanlah destinasi terakhir. Namun, ia merupakan tempat pertukaran yang mudah untuk mendapatkan Frecciarossa laju yang ke arah selatan. Ia mengambil masa kurang dari tiga jam dan terdapat sebanyak 30 perjalanan setiap hari. Ia sama selesa seperti pesaingnya dari Perancis itu menjadikannya pilihan yang bagus untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Alps dan merentasi tengah Itali melalui Piedmont, Tuscany dan Umbria.

Tempat duduk Kelas Kedua (Standard) dalam salah satu keretapi Frecciarossa milik Trenitalia
Kelas Biasa merupakan tempat duduk paling murah di atas keretapi Frecciarossa Trenitalia © Giovanni G / Shutterstock.com

Tempahan awal amat penting bagi pilihan ini. Betul, kami amat menekankannya. Harga melonjak naik apabila anda mendekati tarik perjalanan. Mereka yang mencari di 12Go.co jauh lebih awal daripada perjalanan dari Paris ke Rom mungkin melihat bahawa mereka hanya membayar RM270. Mereka yang tidak melakukannya akan membayar tiga kali ganda atau lebih!

Paris ke Rom menaiki keretapi malam

Paris ke Rom menaiki keretapi malam
Keretapi malam bergerak dari Paris sama ada ke Milan atau Venice © Eyesonmilan / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 13.5 jam+
Harga – RM270+
Keselesaan – 4/5

Disebabkan Paris dan Rom terpisah sejauh 1095 km, ia mungkin lebih baik untuk menggunakan sebahagian besar perjalanan ini dengan tidur. Di sinilah datangnya keretapi malam Thello. Ia bergerak di antara ibu kota Perancis dan bandar-bandar di seluruh utara Itali sekali setiap hari. Kebanyakan orang akan menaiki keretapi ini terus ke Milan atau Venice tetapi anda boleh lakukan pertukaran untuk menaiki Frecciarossa sebagai perjalanan sambungan ke selatan menuju ke Colosseum dan Vaticano.

Dari segi keselesaan, Thello tidaklah sama seperti TGV. Betul anda dapat ruangan tidur. Namun, katil-katil tersebut adalah sempit dan asas sahaja. dengan itu, ia membantu untuk menjimatkan harga semalam di hotel semasa anda mengembara. Ia juga tidaklah begitu mahal kerana tiket awal bagi perjalanan ini bermula serendah RM130. Ini memberikan anda tempat di dalam salah satu bilik berkatil enam yang lebih besar. Bagi kompartmen tempat tidur persendirian yang paling mewah, harga boleh meninggi sekitar RM2000!

Katil-katil di dalam salah satu bilik berkatil enam di atas keretapi malam Thello
Katil-katil di dalam salah satu bilik berkatil enam di atas keretapi malam Thello

Keretapi malam Thello akan membawa anda sehigga ke Milan di mana anda akan dapatkan keretapi lain menuju ke Rom pada waktu pagi.

Anda perlu korbankan pemandangan-pemandangan yang indah di sekitar Alps kerana keseluruhan perjalanan ini dilakukan dalam semasa gelap. Anda meninggalkan Paris sekitar jam 7:15 malam. Anda tiba di stesen Milan Centrale yang cantik itu sekitar jam 6 pagi. Masa yang tinggal hanyalah 1.5 jam sebelum anda bertukar menaiki keretapi Frecciarossa menuju ke Rome Termini, jadi anda bolehlah melihat ladang-ladang anggur Tuscany dan puncak Apennine Itali daripada tempat duduk anda. Anda boleh jangka untuk tiba di ibu kota itu sekitar jam 10:40 pagi.

Pastikan anda menempah awal untuk dapatkan harga Smart bagi keretapi malam Thello itu. Ia lebih murah daripada separuh harga penuh tiket itu. Oh, jangan lupa untuk pra-tempah perjalanan keretapi menuju ke Rom dari Milan seawal mungkin kerana itu sudah tentu akan mengambil wang yang banyak jika dibeli lewat. Anda boleh cari dan tempah kedua-duanya menggunakan portal atas talian 12Go.co.

Paris ke Rom menaiki penerbangan

Paris to Rome by plane
easyJet kebiasaannya mempunyai penerbangan termurah dari Paris ke Rom © NickolayV / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 2 jam (penerbangan sahaja)
Harga – RM160+
Keselesaan – 4/5

Mencari penerbangan dari Paris ke Rom sepatutnya semudah mencari baguette rangup dan sebotol Bordeaux merah di ibu kota Perancis itu. Terdapat sebanyak enam syarikat penerbangan yang menawarkan perjalanan terus di antara kedua-dua bandar itu. Terdapat sebanyak 15 penerbangan setiap hari. Ia bermula awal pagi dengan yang pertama ada sekitar jam 6:40 pagi dan berakhir lewat petang, jadi anda boleh terbang pada jam 10 malam jika perlu.

Namun bukan kesemua penerbangan itu sama. Terdapat penerbangan yang terbang keluar dari Paris-Charles de Gaulle yang besar. Terdapat penerbangan lain yang berlepas dari Paris Orly termasuk juga hab tambang murah iaitu Lapangan Terbang Beauvais. Pilihan anda akan mempengaruhi tempoh transit anda. Ini disebabkan Charles de Gaulle boleh dicapai dalam masa 35 minit dari Gare du Nord manakala yang lain boleh mengambil masa di antara 60-80 minit.

Penerbangan merupakan satu-satunya cara untuk ke Rom dari Paris dalam satu pagi atau petang yang sama.

Anda juga perlu memilih syarikat penerbangan yang anda ingin ikuti. Bajet akan memainkan peranan di sini kerana syarikat penerbangan seperti easyJet, Ryanair dan Vueling menawarkan harga termurah tetapi servis mereka adalah tanpa sebarang kelebihan tambahan. Membayar lebih bagi perjalanan bersama Air France atau Alitalia bermakna anda akan disajikan makanan di atas kapal terbang, simpanan bagasi yang lebih murah dan penerbangan dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle yang mudah dicapai.

Tempoh penerbangan adalah di sekitar dua jam dan hampir kesemua perjalanan Paris-Rom, tidak kira bermula dari mana, akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Leonardo da Vinci di Fiumicino. Itulah tempat yang bersambung baik dengan Eternal City melalui keretapi laju menunggu untuk membawa anda terus ke Rome Termini setiap 15 minit.

Paris ke Rom menaiki bas

Paris to Rome by bus
Tiket bas bersama BlaBlaBus murah sahaja © Chris93

Tempoh Masa – 20-25 jam
Harga – RM150+
Keselesaan – 2/5

Jangan pilih bas untuk ke Rom dari Paris tanpa sebab yang bagus kerana perjalanan itu mengambil masa 20 jam atau lebih dari awal hingga akhir! Ini menjadikannya perjalanan paling lama dari ibu kota ke ibu kota Namun, di sebalik perjalanan lama itu adalah potongan harganya. Ya, tiket bas boleh dijual dengan harga serendah RM150 apabila anda tempah awal.

Bas ke Rom merupakan pilihan murah dengan harga tiket yang rendah tetapi tempoh perjalanan yang melebihi 20 jam satu hala!

Perjalanan ini kebiasaannya mengikut jalan Perancis yang laju ke arah barat daya menuju ke Alps. Kemudian, anda akan melalui terowong ke Itali selepas persinggahan di resort ski Chamonix menuju ke Turin. Kebiasaannya terdapat pertukaran di sana menaiki servis ke arah selatan menuju ke Rom di mana anda akan hanya sampai setelah menurunkan para penumpang di tempat-tempat seperti Florence dan Pisa.

Seats in a BlaBlaBus bus
Tempat duduk dalam bas milik BlaBlaBus amat selesa bagi harganya

Hari ini, bas kebiasaannya selesa dan bersih dengan penghawa dingin yang bagus dan mungkin juga snek percuma bagi beberapa perjalanan. Namun, kami syorkan anda hadkan kepada nama-nama yang dipercayai seperti Flixbus dan BlaBlaBus. Selain itu, sentiasa gunakan 12Go.co untuk bandingkan harga bas, kapal terbang dan keretapi di antara Paris dan Rom. Mungkin harga tidaklah begitu berbeza tetapi ia merupakan perubahan yang banyak dari segi keselesaan jika anda memilih untuk menaiki keretapi atau kapal terbang.

Jarang perjalanan dari A ke B termasuk dua tempat yang wajib dilawat seperti ini. Dalam satu perjalanan anda boleh menikmati Menara Eiffel dan Colosseum, hasil seni di Louvre dan Muzium Vatican. Anda hanya perlu tempah.


FAQ Paris ke Rome

Apakah cara termurah untuk ke Rom dari Paris?

Secara amnya, bas jarak jauh masih merupakan pilihan termurah bagi perjalanan ini tetapi sukar untuk membenarkan tempoh perjalanannya selama 20 jam itu. Kami sentiasa katakan untuk menyemak harga penerbangan melalui 12Go.co terlebih dahulu sebelum memilih bas. Ia kadangkala boleh menjadi lebih murah dan hanya mengambil 1.5 jam sebelum sampai di Rom.

Apakah cara terpantas untuk ke Rom dari Paris?

Penerbangan. Betul, tiada cara lain untuk anda lakukan perjalanan ini dalam masa beberapa jam sahaja. Jumlah tempoh perjalanan adalah sekitar empat atau lima jam termasuk dua jam di udara. Ia jauh lebih cepat berbanding dengan menikmati semalaman di atas keretapi akan 20 jam di atas bas.

Berapakh harga tiket keretapi untuk ke Rom dari Paris?

Tempah awal melalui 12Go.co dan anda mungkin akan terkejut dangan harga keretapi laju TGV dan Frecciarossa yang melalui Perancis dan Itali. Harga awal bagi kedua-duanya boleh menjadi sekitar RM230 sahaja. Jika anda tempah lebih lewat, harga boleh mula menjadi amat mahal sekitar RM830 atau lebih.

Berapa lamakah perjalanan keretapi Paris ke Rom?

Ambil keretapi laju TGV di sebelah Perancis dan bertukar menaiki keretapi Frecciarossa di Itali. Bingo: masa anda di atas landasan keretapi Eropah dari Pari ke Rom boleh jadi sepantas 8.5 sahaja. Itulah yang anda dapat daripada keretapi yang boleh mencecah kelajuan 300 km/j! Pilihan lain seperti keretapi semalaman Thello mungkin mengambil sekitar 13-15 jam sebelum ia sampai di Rome Termini.

Adakah lebih baik untuk terbang atau menaiki keretapi dari Paris ke Rom?

Ingin bergerak dengan cepat? Penerbangan jawapannya kerana ia lebih pantas dan kebiasaannya lebih murah. Jika anda mempunyai masa lebih ambillah keretapi. Perjalanan keretapi ialah suatu pengembaraan yang sebenar. Pemandangan Alps Haute Savoie dan puncak-puncak bersalji menunggu apabila anda merentas dari Perancis ke Itali. Kemuda anda mengikut landasan keretapi The Boot di mana ladang-ladang anggur dan kampung-kampung lama berlalu pergi di ufuk di sepanjang Tuscany dan Umbria. Ia mungkin merupakan perjalanan keretapi yang paling cantik di benua itu.

Berapakah harga tiket penerbangan dari Paris ke Rom?

Ia bergantung kepada syarikat penerbangan yang anda pilih dan lapangan terbang yang anda mula. Namun, kebiasaannya anda akan membayar sekitar RM150-RM340 bagi tiket satu hala ke Eternal City. Ia sudah tentu akan menjadi lebih mahal apabila mendekati tarikh perjalanan, jadi pastikan anda pergi ke 12Go.co sebaik sahaja anda pasti ingin melawat Colosseum tahun ini.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: