Cara untuk ke Berlin dari Paris

Cara untuk ke Berlin dari Paris

Ramai pengembara bergerak dari Paris ke Berlin setiap tahun. Sebabnya? Ia merupakan percutian yang membawa anda menikmati dua ibu kota yang paling menakjubkan di Eropah – eh, bahkan di dunia! Anda akan bermula dengan meneroka Louvre untuk mencari Mona Lisa dan berakhir dengan melihat Gerbang Brandenburg yang Neoklasik. Kemudian, anda akan tukarkan wain Bordeaux dengan bir Jerman di bar-bar sejuk Friedrichshain semasa dalam perjalanan.

Jangan terkejut dengan jarak 877km yang memisahkan kedua-dua metropolis itu. Mereka sebenarnya bersambung dengan baik dan panduan ini akan membantu anda mengatur perjalanan keretapi, kapal terbang atau bas murah yang diperlukan untuk membawa anda dari A ke B.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Paris ke Berlin menaiki penerbangan2 jamRM130Tempah Online
Paris ke Berlin menaiki keretapi laju8 jamRM180Tempah Online
Paris ke Berlin menaiki keretapi malam13 jamRM460Tempah Online
Paris ke Berlin menaiki bas17 jamRM92Tempah Online

Paris ke Berlin menaiki penerbangan

Paris ke Berlin menaiki penerbangan
EasyJet berlepas dari Lapangan Terbang Paris Orly (ORY) © Lukas Wunderlich / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1.75 jam (penerbangan sahaja)
Harga – Sekitar RM130
Keselesaan – 4/5

Satu cara paling jelas untuk bergerak dari Paris ke Berlin dengan cepat adalah melalui penerbangan. Disebabkan kedua-dua ini merupakan dua ibu kota terkenal di benua itu, anda tidak akan berasa susah untuk mencari penerbangan terus di antara mereka. Sudah semestinya penerbangan tambang murah EasyJet dan penerbangan premium Air France melakukan perjalanan ini sepanjang tahun. Kebiasaannya mereka mempunyai sebanyak 10 penerbangan setiap hari dengan yang terawal sekitar jam 6:05 pagi dan yang terakhir berlepas dari Paris pada jam 9:05 malam.

Perbezaan utama di antara pelbagai penerbangan ini ialah titik permulaan mereka. Terdapat penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Orly (ORY) yang terletak sekitar 15km di selatan Menara Eiffel. Penerbangan yang lain berlepas dari Lapangan Terbang Paris-Charles De Gaulle yang lebih besar di bahagian utara bandar itu. Lapangan Terbang Orly boleh dicapai dengan menaiki keretapi RER dan Orlyval dengan harga 12 EUR (RM60) seorang selama lebih kurang sejam secara keseluruhan. Lapangan Terbang Paris-Charles De Gaulle pula bersambung dengan stesen Gare du Nord di tengah-tengah Paris dengan menaiki metro antara bandar yang mengambil sekitar 30-35 minit dan berharga 9.50 EUR (RM47).

Paris ke Berlin menaiki penerbangan
Air France berlepas dari Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle, EasyJet pula menggunakan kedua-dua lapangan terbang tersebut. © EQRoy / Shutterstock.com

Ribuan orang terbang dari Paris ke Berlin setiap tahun menggunakan kemudahan penerbangan mampu milik di antara kedua-dua ibu kota ini.

Kebanyakan penerbangan yang anda boleh ambil untuk memasuki Berlin akan mendarat di Lapangan Terbang Tegel. Ia merupakan lapangan terbang utama di ibu kota Jerman itu dengan sambungan bas yang terus ke Alexanderplatz di pusat bandar dengan harga 2.80 EUR (RM14) sahaja. Anda boleh juga mendapatkan penerbangan ke Lapangan Terbang Berlin Schönefeld yang berada lebih jauh di selatan. Dari sana, anda akan bergerak menaiki S-Bahn selama 50 minit atau kurang daripada itu jika menaiki keretapi Ekspres Lapangan Terbang. Kedua-duanya berharga sekitar 3 EUR (RM15).

Harga tiket penerbangan amat tidak boleh dijangka. Kadangkala anda boleh menjumpai tawaran mega bagi penerbangan dari Paris ke Berlin yang berharga kurang dari RM80 seorang. Kadangkala harga akan melambung tinggi melebihi RM415 satu hala (kebiasaannya semasa waktu puncak musim panas dan sekitar Christmas). Tempahan awal melalui servis seperti 12Go.co merupakan salah satu cara untuk memastikan harga berada dalam kadar yang rendah tetapi lebih baik juga untuk tumpukan perhatian pada penerbangan tambang murah seperti EasyJet.

Paris ke Berlin menaiki keretapi laju

Paris ke Berlin menaiki keretapi laju
Keretapi laju DB ICE 3 digunakan di antara Paris dan Berlin © Chris Redan & travelview / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 8.25 jam
Harga – RM180+
Keselesaan – 5/5

Hari ini, terdapat landasan keretapi laju yang merentasi negara dari Paris ke Berlin dan lebih jauh dari itu. Mereka boleh membawa anda dari ibu kota ke ibu kota dalam masa sekitar lapan jam secara keseluruhan. Namun, tiada sebarang perjalanan terus jadi and anda perlu jangkakan pertukaran dan persinggahan di salah satu stesen semasa dalam perjalanan. Anda akan menggunakan landasan keretapi SNCH French dan DB German yang kebiasaannya tepat pada masanya dan selesa. Malah, mereka adalah di antara yang paling menepati masa dan selesa di Eropah!

Terdapat beberapa jalan berbeza yang boleh membawa anda ke timur menuju ke Berlin. Mereka sama ada menggunakan keretapi laju TGV Duplex atau German ICE untuk keluar dari Paris diikuti dengan DB ICE bagi baki perjalanan tersebut. Atau pun, ia boleh menjadi perjalanan di atas dua keretapi laju ICE. Perbezaannya ialah tempat yang anda akan lakukan pertukaran itu. Keretapi TGV yang berlepas awal pagi bergerak menuju ke Frankfurt Hauptbahnhof di mana anda akan bertukar keretapi ke Berlin yang akan sampai sebelum 3:30 petang. Cara-cara yang lain bertukar di Mannheim untuk tiba sebelum 6 petang. Atau pun, terdapat sambungan keretapi ICE di kedua-dua bandar itu. Kami syorkan anda gunakan alat carian di 12Go.co untuk membanding dan membezakan kesemua jadual perjalanan dan pilih yang terbaik bagi anda.

Paris ke Berlin menaiki keretapi laju
Keretapi dua tingkat TGV Duplex hanya bergerak separuh jalan sahaja menuju ke Berlin © olrat & Little Adventures / Shutterstock.com

Sambungan keretapi laju Jerman dan Perancis menawarkan perjalanan laju merentasi tengah Eropah dari Paris ke Berlin.

Berita baiknya adalah kesemua keretapi laju yang digunakan bertaraf tinggi. TGV Perancis mungkin mempunyai dua tingkat dengan tempat duduk Kelas Pertama yang mewah dan luas dengan aturan kerusi 2-1. Keretapi DB lebar dan cerah dengan campuran tempat duduk berpelan terbuka dan kompartmen. Kedua-duanya menawarkan makanan yang enak di atas gerabak, jadi anda boleh menikmati pemandangan luar bandar Jerman dengan segelas bir sejuk dan sepinggan makanan tempatan.

Beberapa pemandangan cantik yang anda pasti tidak mahu terlepas termasuklah perjalanan melalui Lembah Rhine dari Baden-Baden ke Mannheim di mana terdapat istana-istana di atas bukit. Kemudian, terdapat pemandangan merentasi daerah Lorraine dan Moselle sebelum merentasi sempadan Perancis-Jerman di mana sungai-sungai mengalir di bawah bukit-bukau yang hijau. Terpikat? Anda pasti ingin tempah awal kerana tiket bagi keretapi laju boleh meningkat apabila anda mendekati tarikh perjalanan. Namun, jika anda mendapatkan tawaran murah itu, anda akan membayar sebanyak RM180 sahaja bagi keseluruhan perjalanan ini!

Paris ke Berlin menaiki keretapi malam

Paris ke Berlin menaiki keretapi malam
Nighjet dikendali oleh Austrian Federal Railways (OBB) © Tobias Arhelger / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 13-14 jam
Harga – Dari RM445
Keselesaan – 4/5

Terdapat dua cara untuk anda gunakan keretapi malam untuk ke Berlin dari Paris. Cara pertama: Gunakan keretapi TGV pada sebelah petang untuk keluar dari ibu kota Perancis itu untuk merentasi sempadan Jerman dan turun di bandar Karlsruhe dan akhirnya dapatkan keretapi malam OBB yang selesa menuju ke Berlin. Cara kedua: Naiki keretapi Russian Railways Paris-Moscow Express dari Gare de l’Est secara terus. Kedua-duanya terdapat kelebihan dan kelemahan tersendiri…

Keretapi malam merupakan cara yang baik untuk mengembara kerana ia membantu anda kurangkan kos penginapan di hotel sementara melakukan perjalanan dari Paris ke Berlin itu.

Keseronokan mengembara tanpa sebarang pertukaran dalam perjalanan itu bermakna bahawa para pengunjung mungkin ingin merasai keretapi malam Russian Railways terlebih dahulu. Tidak diragui bahawa ia merupakan suatu pengembaraan dengan ramai pengembara mendapatkan perjalanan melalui Moscow untuk menikmati Landasan Keretapi Trans-Siberia! Anda perlu cari dan tempah tiket hanya untuk ke Berlin dan pilih di antara tempat tidur Kelas Pertama yang mewah bersama dua katil atau kabin berkatil empat yang lebih besar dan murah. Ingat bahawa keretapi ini hanya berlepas meninggalkan Paris sekali setiap minggu pada petang Khamis. Harga kebiasaannya bermula dari 120 EUR (RM600).

Paris to Berlin by night train
Keretapi malam Russian Railways mungkin berupaya membawa anda hingga ke Moscow, jadi lebih baik anda tetapkan jam loceng.

Cara yang lebih murah dan kerap adalah dengan menaiki keretapi TGV-DB. Ya, perjalanan ini ditawarkan setiap malam dan harganya boleh menjadi serendah 99 EUR (RM490) seorang jika anda gunakan 12Go.co untuk tempah kesemua perjalanan jauh lebih awal. Tambahan pula, keretapi-keretapi malam itu selesa terutamanya Austrian Nightjet yang mempunyai enam sofa katil atau kabin tidur yang khas. Anda akan tiba di Berlin sebelum 8 pagi dalam keadaan yang sedar dan sedia untuk mengembara.

Paris ke Berlin menaiki bas

Paris ke Berlin menaiki bas
Bas akan tiba di Zentraler Omnibusbahnhof Berlin (ZOB) © Vitalii Vitleo / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 17 – 22 jam
Harga – RM92+
Keselesaan – 2/5

Terdapat bas yang menyambungkan tempat asal Louvre dan Menara Eiffel itu dengan ibu kota Jerman tersebut. Malangnya, ia mengambil masa yang teramat lama bagi mana-mana pengembara sekalipun. Anda melihat kepada tempoh perjalanan sekurang-kurangnya 17 jam dengan kebanyakan perjalanan dari A ke B mengambil sekitar 20 jam termasuk satu pertukaran semasa dalam perjalanan. Namun, harga boleh menjadi serendah RM92 satu hala tetapi anda perlu tempah jauh lebih awal melalui 12Go.co untuk dapatkannya dan elakkan waktu puncak semasa musim panas untuk bergerak. Harga yang lebih biasa adalah di sekitar RM190-RM250.

Mereka yang memilih untuk menaiki bas perlu memberikan perhatian kepada tawaran daripada syarikat-syarikat utama di Eropah seperti Flixbus dan BlaBlaBus. Mereka kebiasaannya merupakan pilihan yang terkenal bagi perjalanan ini. Bas kebiasaannya berlepas dari stesen besar di Bercy Seine dalam Paris dan tiba di Zentraler Omnibusbahnhof Berlin (ZOB) yang terletak jauh di sebelah timur bandar itu berdekatan dengan stesen Messe Nord/ICC S-Bahn.


Ia merupakan pengembaraan rentas Eropah yang lama dari Paris ke Berlin. Ia akan pastikan anda tukarkan keajaiban Montmartre demi suasana tenang Friedrichshain tidak kira jika anda menaiki keretapi, keretapi malam, kapal terbang atau bas. Selamat menikmati perjalanan anda!


FAQ Paris Berlin

Apakah cara termurah untuk ke Berlin dari Paris?

Ia mungkin merupakan bas yang mempunyai tambang serendah RM92 seorang. Namun, anda perlu tempah jauh lebih awal melalui 12Go.co untuk dapatkan harga murah itu. Jika tidak boleh, kami syorkan anda melihat kedua-dua keretapi dan penerbangan yang kadangkala boleh menjadi semurah RM130!

Apakah cara terpantas untuk ke Berlin dari Paris?

Disebabkan kedua-dua ibu kota ini terpisah sejauh 877km, cara terpantas untuk bergerak di antara mereka adalah dengan menaiki kapal terbang. Penerbangan ditawarkan oleh kedua-dua EasyJet dan Air France yang mengambil sekitar 1.75 jam di udara. Ia merupakan perjalanan selama empat atau lima jam secara keseluruhan dari pusat bandar ke pusat bandar.

Apakah cara terbaik untuk ke Berlin dari Paris?

Bergantung kepada cara yang anda sukakan. 12Go.co kebiasaannya mempunyai tawaran yang baik bagi penerbangan yang merupakan cara terpantas untuk bergerak dari ibu kota ke ibu kota. Namun, terdapat juga keretapi malam yang boleh menawarkan perjalanan yang lebih bermakna dengan membawa anda melalui tempat-tempat menarik di Eropah barat dalam perjalanan yang indah selama 14 jam.

Berapakah harga tiket dari Paris ke Berlin?

Jika anda ingin dapatkan perjalanan di atas keretapi laju TGV dan ICE dari Paris ke Berlin, anda perlu tempah seawal mungkin melalui 12Go.co. Harga boleh turun serendah RM180 seorang jika anda lakukan sebegitu tetapi ia boleh meningkat dengan banyak jika anda lewat. Bagi keretapi malam, ia berharga sekitar RM455-RM540 bagi keseluruhan perjalanan itu tetapi ingat bahawa ia boleh menjimatkan anda kos bagi penginapan satu malam di hotel.

Berapa lamakah perjalanan keretapi dari Paris ke Berlin?

Pada waktu siang, ia mengambil sekitar 8 jam 15 minit untuk bergerak dari Gare de l’Est di Paris hingga ke Hbf Berlin tetapi hanya jika anda menggunakan keretapi laju TGV dan ICE. Jika anda memilih keretapi malam, anda melihat kepada perjalanan yang mengambil sekitar 12 hingga 14 jam secara keseluruhan.

Adakah terdapat keretapi laju dari Paris ke Berlin?

Ya. Syarikat keretapi Perancis dan Jerman telah bekerjasama untuk menawarkan perjalanan keretapi laju terus dari ibu kota ke ibu kota. Hanya pastikan anda mencari keretapi ICE dan TGV semasa mencari tiket di 12Go.co.

Adakah terdapat keretapi malam dari Paris ke Berlin?

Terdapat hanya satu keretapi malam yang bergerak secara terus setiap minggu. Ia dikendali oleh Russian Railways dan dijadualkan untuk merentasi keseleruhan Eropah semasa dalam perjalanannya menuju ke Moscow. Anda boleh menempah tiket untuk perjalanan Paris-Berlin menggunakan 12Go.co. Keretapi itu berlepas pada setiap Khamis dan berharga sekitar RM540 seorang.

Adakah lebih baik menaiki keretapi atau kapal terbang untuk ke Berlin dari Paris?

Ia bergantung jika anda ingin bergerak dengan cepat atau tidak. Para ahli perniagaan yang hanya ingin ke Berlin untuk bermesyuarat sebelum pulang semula ke Paris sudah tentu inginkan penerbangan. Namun, keretapi merupakan pengembaraan yang sebenar dan boleh menunjukkan bahagian-bahagian Eropah yang indah dari kawasan luar bandar Lorraine yang kelihatan lama hingga ke bukit-bukau romantis di Rhineland.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: