Bagaimana untuk ke Prague dari Munich

Bagaimana untuk ke Prague dari Munich

Munich dan Prague mungkin berjarak 295km dan berada di negara yang berbeza, namun tidak jauh perbezaannya. Kedua-duanya adalah negara penggemar bir – yang pertama terdapatnya pesta tahunan Oktoberfest, dan yang kedua ialah tempat tumpuan bagi yang sukakan Chezh pilsner. Kedua-duanya mempunyai daya tarikan abad pertengahan yang cantik dengan gereja-gereja besar. Masing-masing adalah antara bandar dalam senarai kunjungan di Eropah Tengah.

Panduan ini dapat membantu anda menyatukan semuanya dalam satu perjalanan. Ia menggariskan semua jalan popular yang boleh anda lalui dari Munich ke Prague, yang mengandungi maklumat mengenai harga, berapa lama masa yang diperlukan, dan cara yang paling selesa untuk melakukan perjalanan.

PengangkutanMasaHargaTiket
Munich ke Prague menaiki kereta api5.5 jamRM72Tempah Online
Munich ke Prague menaiki bas5 jamRM72Tempah Online
Munich ke Prague menaiki kapal terbang50 minitRM380Tempah Online

Munich ke Prague menaiki kereta api

Munich ke Prague menaiki kereta api
Keretapi Alex menunggu penumpang ke Prague di München Hauptbahnhof atau Munich Central Station © Winds / Shutterstock.com

Masa – 5.5 jam
Harga – Dari serendah RM72
Keselesaan – 4/5

Kini terdapat sehingga tujuh buah kereta api setiap hari dari Munich ke Prague. Ia dikendalikan oleh Rangkaian keretapi Länderbahn wilayah Bavaria bersama Czech Railways, dan membantu anda melintasi sempadan dari Jerman ke Republik Czech dari kediaman Oktoberfest ke tempat kelahiran Franz Kafka dalam tempoh lebih kurang 5.5 jam. Tidak perlu pertukaran kerata api sepanjang perjalanan. Ianya satu perjalanan terus dari stesen ke stesen dengan beberapa hentian di Regensburg dan Plzen.

Lokomotifnya dibuat daripada gabungan kereta api ALX (pemberian Länderbahn yang juga dikenali sebagai kereta api Alex) dan ruang tempat duduk CD (Keretapi Czech). Terdapat sedikit perbezaan, tetapi semuanya dilengkapi dengan penyaman udara, kemudahan seperti palam di tempat duduk, WiFi, dan perkhidmatan katering. Biasanya terdapat sekurang-kurangnya satu kabin Kelas 1 yang disediakan sebagai tambahan di bahagian ALX kereta api tersebut.

Kawasan bukit Bohemia yang subur dan hutan terpencil Bavaria adalah antara pemandangan yang dapat dilihat oleh penumpang yang menaiki kereta api dari Munich ke Prague.

Sekiranya anda ingin menikmati beberapa pemandangan cantik di Eropah Tengah, kereta api dari Munich ke Prague tidak akan mengecewakan. Perjalanan tersebut membawa anda melalui bahagian timur Bavaria yang cantik ke sempadan Czech. Sebaik sahaja anda melewati kota dongeng Furth im Wald yang cantik, anda akan dijamu dengan pemandangan hutan Bavaria yang lebat, diikuti oleh bukit-bukit hijau di Bohemia barat. Terdapat juga peluang untuk melihat bahagian dalaman Art Nouveau yang elegan dari stesen Plzen.

Munich ke Prague menaiki kereta api
Kereta api adalah gabungan antara kompartmen kereta api Alex dan petak Kereta Api Czech © Petr Svoboda / Shutterstock.com

Sekiranya perkara ini menarik perhatian anda untuk pergi ke Prague dari Munich menaiki kereta api , mari kita bincangkan mengenai kosnya. Ringkasnya: Membuat tempahan lebih awal adalah kunci untuk mendapatkan harga terbaik. Anda boleh mendapatkan tiket serendah RM72 seorang jiga anda rajin mencari di 12Go.co sekurang-kurangnya 90 hari sebelum melakukan perjalanan. JIka tidak, bersiap sedialah untuk membayar tambang biasa tikt Prague Special sebanyak 39 EUR (RM180).

Munich ke Prague menaiki bas

Munich ke Prague menaiki bas
Salah satu kebaikan memilih coach ialah anda boleh sampai ke destinasi anda terus di pusat bandar Prague (Stesen bas Praha Florenc) © Konrad Krajewski / Shutterstock.com

Masa – 4.5 ke 5.5 jam
Harga – Dari serendah RM72
Keselesaan – 3/5

Laluan daripada Munich ke Prague adalah laluan yang digunakan oleh ribuan backpacker setiap tahun. Sebilangan besar dari mereka tidak menggunakan kereta api dan sebaliknya menaiki bas. Salah satu sebabnya ialah harga coach yang cenderung jauh lebih murah dan kekal rendah berbanding harga kereta api. Dengan kata lain, anda masih boleh mendapat tawaran harga terbaik jika anda menempah melalui 12Go.co beberapa minggu sebelum tarikh perjalanan anda – nilai serendah RM72 adalah normal.

Bas adalah pilihan penggantian yang boleh dipercayai jika anda berpendapat kereta api terlalu mahal, kerana harganya yang tetap rendah, walaupun pada waktu menjelang keberangkatan.

Akan tetapi harga bukanlah satu-satunya pertimbangan. Bas juga konsisten dan boleh dipercayai. Pengendali utama yang paling popular di laluan ini ialah Flixbus. Ia menawarkan sehingga 12 pelepasan setiap hari (walaupun pada musim panas puncak) dari tempat yang berlainan di Munich. Sebahagiannya berkelajuan normal, dan ada yang ekspres. Semuanya membawa anda ke ibu negara Republik Czech antara 4.5 hingga 5.5 jam, tanpa perlu menukar pengangkutan atau menunggu sambungan ke bas lain di sepanjang perjalanan.

Salah satu perkara hebat dalam memilih coach ialah anda mendapat pelbagai titik bertolak yang berbeza. Stesen bas pusat Munich (rasminya dipanngil ZOB Munich) ialah tempat yang paling sesuai untuk bertolak – Ia terletak betul-betul di seberang jalan dari stesen kereta api Munich Hbf.

Namun, anda juga boleh pergi dari Munich Fröttmaning, yang terletak di sebelah utara bandar, berdekatan lapangan terbang. Untuk ketibaan, terdapat perkhidmatan ke Prague ÚAN Florenc (stesen utama di Prague), Prague Zličín berdekatan Lapangan Terbang Václav Havel, dan stesen keretapi.

Munich ke Prague menaiki kapal terbang

Munich ke Prague menaiki kapal terbang
Pesawat Lufthansa Airbus A319 di Lapangan Terbang Antarabangsa Munich © Lukas Wunderlich / Shutterstock.com

Masa – 50 minit (penerbangan sahaja)
Harga – Dari serendah RM380
Keselesaan – 4/5

Dengan jarak kurang 300 kilometer yang memisahkan Prague dari Munich, pilihhan untuk menaiki penerbangan dari satu bandar ke bandar yang lain mungkin kelihatan sedikit berlebihan. Walau bagaimanapun, penerbangan tetap terbukti popular bagi pelancong yang perlukan penerbangan jarak jauh untuk keluar dari Lapangan Terbang Václav Havel di Prague, pelancong perniagaan yang masuk, penerbangan pelancongan ke Czechia, dan pelancong jauh yang tidak suka masanya dibazirkan melihat pemandangan. Sebabnya? Dengan masa penerbangan pendek 50 minit dan akses pantas ke kedua-dua lapangan terbang, pesawat biasanya merupakan kaedah paling cepat untuk pergi dari A ke B…

Anda boleh memendekkan masa perjalanan sesingkat empat jam jika anda memilih untuk membuat perjalanan cepat dari Munich ke Prague.

Anda boleh menjangkakan jumlah masa perjalanan hingga sekitar empat jam atau lebih. Ini adalah disebabkan laluan kereta api laju yang dapat membawa anda ke terminal dari pusat bandar Munich dalam tempoh 50 minit (kos: RM55 setiap orang) dan tempat pendaftaran yang cekap di lapangan terbang MUC. Setelah mendarat, perjalanan dengan teksi dari lapangan terbang ke Old Town yang bersejarah di Prague mengambil hanya masa 35 minit (kos: sekitar RM130 untuk keseluruhan kereta kereta).

Lapangan Terbang Munich mempunyai keretapi berkelajuan tinggi yang menghubungkannya ke pusat bandar
Lapangan Terbang Munich mempunyai keretapi berkelajuan tinggi yang menghubungkannya ke pusat bandar © Markus Mainka / Shutterstock.com

Lufthansa – syarikat penerbangan nasional Jerman – kini merupakan satu-satunya pengendali dalam laluan tersebut. Mereka adalah syarikat penerbangan bertaraf tinggi, dengan pesawat moden dan rekod keselamatan yang bagus. Tetapi, tambang asas Lufthansa tidak lagi termasuk bagasi, Oleh itu, anda mempunyai pilihan untuk menaik taraf dari Economy Light atau membuat sedikit bayaran 25 EUR (RM120) untuk menambahkan beberapa bagasi ke dalam penahan. Secara umumnya, membuat tempahan lebih awal dapat membantu mengekalkan kos yang rendah – kami cadangkan agar terus mencari tiket di 12Go.co sekurang-kurangnya 60-90 hari sebelum berlepas.


Tiada cara yang dekat untuk bergerak dari Munich ke Prague. Sama ada anda terbang di langit Eropah Tengah atau memilih jalan kereta api yang indah di seberang sempadan Czech, anda akan menikmati perjalanan yang penuh dengan bir berbuih, Slavic dumpling, dan pemandangan salah satu istana terbesar di dunia. Selamat menikmati!


Soalan Lazim Munich ke Prague

Apakah cara termurah untuk melakukan perjalanan dari Munich ke Prague?

Biasanya harga bas mengatasi semua harga. Tetapi, nasihat kami pastikan menggunakan 12Go.co untuk membuat perbandingan kos untuk semua mod pengankutan. Mungkin terdapat banyak tawaran penerbangan yang ditawarkan, atau mungkin juga anda boleh menjadi antara yang terawal mendapatkan tiket kereta api dengan harga serendah RM72 seorang. Anda tidak akan tahu selagi belum membuat semakan.

Apakah cara terpantas untuk melakukan perjalanan ke Prague dari Munich?

Penerbangan masih merupakan cara terpantas untuk melakukan perjalanan dari Munich ke Prague. Ini kerana kereta api yang tersedia tidak berkelajuan tinggi, ianya mengambil masa lebih dari lima jam, sementara menaiki bas ekspres mengambil masa lebih dari 4.5 jam. Namun menaiki kapal -terbang, hanya memerlukan 50 minit di udara untuk membawa anda ke tanah Czech, dengan menambah keseluruhan waktu perjalanan selama 3,5-4 jam pada kebanyakan kesempatan.

Apakah cara terbaik untuk melakukan perjalanan dari Munich ke Prague?

Ada sesuatu yang istimewa mengenai kereta api. Pemandangan luar bandar Bavaria dan Bohemia ditawarkan kepada pelancong yang menaiki trek yang bergerak ke arah timur laut dari Munich ke Prague. Di samping itu, kereta apinya selesa, mempunyai penyaman udara dan katering (termasuk bir Czech). Ia juga mengeluarkan sedikit pelepasan karbon dioksida seperti kapal terbang.

Berapakah harga tiket kereta api dari Munich ke Prague?

Kos untuk tiket berbeza bergantung pada tarikh anda membuat tempahan. Dapatkan di 12Go.co sekurang-kurangnya 60 hari sebelum anda melakukan perjalanan untuk peluang mendapatkan tiket serendah RM30 seorang. Sekiranya terlewat, mungkin anda perlu mebayar sebanyak RM180 untuk harga tiket standard.

Berapakah perjalanan menaiki kereta api dari Munich ke Prague?

Lebih dari 5.5 jam dari awal hingga akhir perjalanan. Perlu diingat bahawa tempoh tersebut mengira keseluruhan perjalanan dari pusat bandar ke pusat bandar yang lain. Tidak perlu melakukan pemindahan panjang dari terminal lapangan terbang di hujung terminal ini. Tidak perlu menempuh perjalanan jauh dari terminal lapangan terbang untuk ke tempat ini. Cukup hanya menaiki metro atau berjalan-jalan dari platform dan anda boleh sampai ke hotel anda dengan mudah.

Adakah lebih baik memilih menaiki penerbangan dari Munich ke Prague atau menaiki kereta api sahaja?

Kami mungkin memilih menaiki kereta api. Ya, penerbangan memang cepat, tetapi kelajuaan bukanlah segalanya, terutamanya apabila terdapat kawasan pedalaman Bohemia yang indah dan hutan Jerman liar yang boleh disaksikan sekiranya anda melakukan perjalanan di darat.untuk melihat apakah anda melakukan perjalanan ke darat. Itu belum lagi menyentuh mengenai pengurangan pelepasan karbon dan harganya, yang boleh menjadi serendah RM72 apabila menggunakan jalan kereta api (dengan syarat anda menempah awal di 12Go.co).

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: