Cara untuk ke Brussels dari London

Cara untuk ke Brussels dari London

Terdapat banyak cara yang laju dan menyeronokkan untuk ke Brussels dari London. Ada di antaranya yang membolehkan anda menikmati fish and chips di bawah Big Ben pada waktu tengahari dan menjejakkan kaki ke dalam Grand Place bersama wafel coklat dalam tangan sebelum jam 4 petang. Ada di antaranya yang lain yang membawa anda terbang menuju ke ibu kota Belgium itu. Ada sebahagian yang lain lagi yang merupakan perjalanan yang lebih perjalanan menggunakan feri dan keretapi yang lebih menekankan pengembaraan itu dan bukan hanya destinasinya sahaja.

Mana-mana sahaja yang sesuai bagi anda, panduan ini mempunyai kesemua maklumat yang diperlukan untuk menempah tiket dan memulakan perjalanan 305 kilometer itu menuju ke tempat bir dan frites.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
London ke Brussels menaiki keretapi2 jamRM220Tempah Online
London ke Brussels menaiki keretapi dan kapal17 jamRM540Tempah Online
London ke Brussels menaiki penerbangan1.25 jamRM230Tempah Online
London ke Brussels menaiki bas7 jamRM66Tempah Online

London ke Brussels menaiki keretapi

London ke Brussels menaiki keretapi
Dua keretapi Eurostar menunggu di platform London St. Pancras © Pieter Beens / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 2 jam
Harga – Dari RM220
Keselesaan – 5/5

Landasan keretapi London ke Brussels menjanjikan perjalanan yang laju dan menarik merentasi London menuju ke bandar terbesar di Belgium. Ia mengambil sekitar 2 jam di atas keretapi laju Eurostar yang mampu bergerak sepantas 300 kph bagi beberapa bahagian dalam perjalanan tersebut. Ya, jangan letakkan kepala anda di luar tingkap!

Perjalanan anda akan bermula di tengah-tengah London iaitu di stesen keretapi antarabangsa St. Pancras. Cuba sampai ke atas sekurang-kurangnya sejam, sebelum waktu perjalanan anda kerana anda memerlukan 30 minit untuk melengkapkan prosedur pendaftaran masuk antarabangsa. Bahagian pertama perjalanan ini bergerak ke selatan menuju ke White Cliffs di Dover yang, malangnya, anda tidak dapat melihatnya sebelum memasuki Saluran Inggeris bagi rentasan menuju ke Perancis. Kemudian, anda akan ke timur melalui ladang-ladang gandum dan dan hutan-hutan selama sejam, menerusi Lille dan merentasi sempadan menuju ke Brussels Midi.

Eurostar Train Seating
Tempat duduk biasa dalam salah satu keretapi Eurostar

Eurostar merentasi Eropah utara untuk melakukan perjalanan ke Brussels dalam masa 2 jam sahaja.

Ingat bahawa stesen ketibaan anda bukanlah betul-betul di tengah ibu kota Belgium itu. Namun, kebiasaannya tiket Eurostar termasuk perjalanan keretapi percuma menuju ke stesen Brussels Central (mengambil 5 minit sahaja) yang terletak dalam jarak berjalan kaki dari Grand Place yang diminati ramai. Dari segi keselesaan, anda boleh jangkakan dalaman keretapi yang kemas di sepanjang perjalanan dengan tempat tidur yang luas, tempat duduk berpelan terbuka dan meja-meja besar termasuklah dua gerabak makanan dan minuman.

Harganya? Agak sukar untuk ditentukan. Para penumpang yang menempah awal mungkin boleh mendapatkan tiket serendah RM220 sehala. Tawaran ini tidak dilakukan dengan lama dan harga akan meningkat dengan banyak jika anda tempah pada hari kejadian. Bagi perjalanan dalam Kelas Business dan Premium, tiket bermula dari RM565 dengan ruang kaki yang lebih luas dan kerus yang lebih selesa.

London ke Brussels menaiki keretapi dan kapal

London ke Brussels menaiki keretapi dan kapal
Stena Line Hollandica di pelabuhan Hoek van Holland © Aerovista Luchtfotografie / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 17 jam+
Harga – RM540+
Keselesaan – 4/5

Kadangkala anda lebih ingin menikmati perjalanan itu sendiri dan disebabkan itulah anda mungkin ingin pertimbangkan perjalanan yang lebih lama menuju ke Brussels. Bagi perjalanan ini, anda akan gantikan Saluran Inggeris dengan feri vintaj yang bergerak di antara Essex dan Belanda. Anda boleh samakan perjalanan itu dengan keretapi menuju ke pelabuhan dari London dan keretapi untuk melalui Belanda dan timur Belgium.

Terdapat suasana pengembaraan bagi perjalanan yang membawa anda di atas feri merentasi Laut Utara menuju ke Belanda sebelum menuju ke Brussels.

Sedikit peringatan: Ia bukanlah cara terpantas bagi perjalanan ini. Malah, perjalanan ini mungkin mengambil sekurang-kurangnya 17 jam. Namun, ia tidaklah begitu teruk kerana sebahagian besar perjalanan itu dihabiskan di atas feri mewah Stena Line yang bergerak dari Harwich ke Hoek van Holland. Ia menawarkan bilik double yang dilengkapi dengan katil dan TV bagi kesemua penumpang, jadi anda boleh tiba di Eropah dengan segar dan bersedia.

Dari segi keretapi, anda boleh dapatkan perjalanan menuju ke Harwich International agak lewat dari London. Selepas perjalanan feri itu, anda akan mendapatkan keretapi metrol menuju ke stesen Schiedam di mana keretapi berlepas menuju ke Brussels. Dengan beberapa perjalanan yang diperlukan, tempahan awal tiket bagi setiap bahagian perjalanan ini menggunakan 12Go.co ialah cara yang bagus. Dari segi harga, anda melihat kepada sekitar RM535 bagi kesemuanya termasuk kabin persendirian di atas feri.

London ke Brussels menaiki penerbangan

London ke Brussels menaiki penerbangan
Brussels Airline di Lapangan Terbang Heathrow © pim pic / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1.25 jam
Harga – RM230+
Keselesaan – 4/5

Terdapat sekurang-kurangnya dua syarikat penerbangan premium yang melakukan penerbangan dari London ke Brussels. Pembawa bendera UK iaitu British Airlines dan Brussels Airlines milik Belgium. Kedua-duanya meninggalkan terminal London Heathrow di sebelah barat daya bandar itu dan tiba di Lapangan Terbang Brussels sekitar 1.25-1.3 jam kemudian. Sudah tentu jumlah tempoh perjalanan adalah lebih lama sedikit daripada itu dengan masa menunggu selama sejam bagi pelepasan, pendaftaran masuk bagasi dan perjalanan ke terminal (gunakan Heathrow Express jika boleh!).

Harga asas bermula daripada RM255 bagi tempahan awal. Maka, anda perlu cari seawal 60-90 hari sebelum penerbangan anda untuk mendapatkan tawaran terbaik. British Airways dan Brussels Airlines kini mengenakan caj tambahan bagi bagasi. Kebiasaannya ia berharga sekitar 40 EUR (RM175) satu hala walaupun anda boleh juga memilih kelas berlainan yang termasuk makanan dalam pesawat, ruangan kaki yang lebih luas dan elaun bagasi.

London ke Brussels menaiki bas

London ke Brussels menaiki bas
BlaBlaBus mengendalikan perjalanan bas di seluruh Eropah © NeydtStock / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 7-15 jam+
Harga – RM66+
Keselesaan – 3/5

Ya, terdapat bas dari London menuju ke Brussels. Ia merupakan pilihan termurah bagi para pengembara yang ingin lakukan perjalanan ini dengan murah. Harga boleh menjadi serendah RM65 bagi keseluruhan perjalanan itu. Ia termasuk bagasi (kebiasaannya satu beg besar dan satu kecik bagi seorang) dan jaminan tempat duduk dalam bas. Malangnya, ia tidak termasuk perjalanan yang laju menuju ke tempat bir dan coklat kerana yang terpantas pun mengambil masa sehingga tujuh jam.

Kami syorkan anda semak di 12Go.co bagi kesemua pilihan yang anda sebelum anda tempah. Terdapat perbezaan yang ketara dari segi masa di antara kesemua pilihan yang ada. Contohnya, Flixbus yang terkenal mempunyai tiket yang murah tetapi perjalanannya termasuk persinggahan di Paris-Charles De Gaulle bermakna ia akan mengambil sekurang-kurangnya 15 jam sebelum anda tiba di Brussels. BlaBlaBus pula adalah lebih cepat dengan perjalanan terus menerusi Kerajaan Tanah-Tanah Rendah apabila bas meninggalkan feri.

Stesen Bas  Victoria di London
Stesen Bas Victoria di London © Chrispictures / Shutterstock.com

Secara amnya, bas merupakan pilihan yang selesa dan bagus. Ia mempunyai kerusi berbaring dan ruang kaki yang luas, bagus jika anda ingin lakukan perjalanan ini semalaman (BlaBlaBus mempunyai pelepasan dari Stesen Bas Victoria pada jam 10 malam yang tiba di Brussels pada jam 6:15 pagi. Terdapat juga tandas di atas bas, WiFi dan penghawa dingin yang bagus.


Sebelum anda tinggalkan ale Inggeris dan mula meminum bir Trappist Belgium atau tukarkan Katedral Westminster untuk Parlimen EU, anda perlu menempah tiket ke Brussels dari London. Syukurlah, terdapat banyak pilihan untuknya daripada penerbangan ke keretapi laju.


FAQ London ke Brussels

Apakah cara termurah untuk ke Brussels dari London?

Bas yang bergerak keluar dari London Victoria menuju ke Brussels mungkin merupakan cara termurah bagi perjalanan ini. Namun, anda perlu pertimbangkan harga rendahnya itu dengan tempoh perjalanan yang mengambil sekurang-kurangnya tujuh jam satu hala. Jika anda memilih untuk menaiki bas, pastikan anda tempah lebih awal melalui 12Go.co untuk mendapatkan tawaran terbaik.

Apakah cara terpantas untuk ke Brussels dari London?

Keretapi sebenarnya merupakan cara terpantas untuk ke tempat bir dan coklat iaitu ibu kota Belgium. Dengan adanya keretapi laju Eurostar, anda boleh gunakannya untuk bergerak dari bandar ke bandar dalam masa dua jam sahaja. Harga berbeza-beza dengan kadar yang banyak, jadi cuba dapatkannya lebih awal dengan tempahan melalui 12Go.co.

Apakah cara terbaik untuk ke Brussels dari London?

Terpulang kepada anda. Kebanyakan pengembara paling menikmati perjalanan di atas Eurostar. Pertama sekali, ia hanya mengambil masa dua jam untuk bergerak dari A ke B. Ia adalah selesa dan dilengkapi dengan gerabak makanan, jadi anda boleh bersedia untuk berehat dan nikmati perjalanan itu. Oh, harganya juga agak berpatutan terutamanya jik anda mampu dapatkan tiket awal melalui 12Go.co.

Bolehkah saya menaiki keretapi dari London ke Brussels?

Ya. Eurostar merupakan pilihan yang seringkali dipilih oleh kebanyakan penumpang. Ia melalui Saluran Inggeris menuju ke utara Perancis sebelum melalui Lille dan menuju ke Brussels dalam masa dua jam sahaja. Terdapat juga perjalanan keretapi-feri-keretapi. Ia mengambil masa semalaman tetapi sudah pasti merupakan suatu pengembaraan yang tersendiri.

Berapakah harga keretapi untuk ke Brussels dari London?

Harga bagi keretapi utama dalam kalangan Eurostar dari London ke Brussels adalah sekitar RM220 seorang. Ia agak berpatutan jika dibandingkan dengan penerbangan terutamanya jika dikira sekari caj tambahan bagi bagasi. Anda perlu berhati-hati kerana harga boleh naik melebihi dua kali ganda jika anda membelinya pada saat akhir. Oleh itu, kami sentiasa syorkan anda pergi ke 12Go.co dan tempah seawal yang mungkin.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: