Cara untuk ke Paris dari London

Cara untuk ke Paris dari London

London dan Paris merupakan dua ibu kota di Eropah Barat. Satu mempunyai Sungai Thames, Menara London yang bersejarah, sehinggalah Istana Westminster yang bersenibina Goth. Satu lagi pula dihiasi dengan Menara Eiffel yang ditempa daripada besi, kafe-kafe yang cantik, karya-karya seni dan khazanah-khazanah yang tidak ternilai (Louvre, kami memandang anda!).

Masa kini, mudah sahaja jika anda ingin bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Anda boleh menaiki keretapi di London dan turun di Gare du Nord di Paris dalam masa kurang dari 2.5 jam. Jarak perjalanan ini adalah lebih sedikit dari 341 kilometer dalam satu garis lurus dengan adanya sambungan dari selatan England untuk merentasi lautan melalui Saluran Inggeris.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
London ke Paris menaiki keretapi2.5 jamRM220Tempah Online
London ke Paris menaiki kapal terbang1.5 jamRM130Tempah Online
London to ParLondon ke Paris menaiki bas8 jamRM62Tempah Online
London ke Paris menaiki kereta7 jamRM410–

London ke Paris menaiki keretapi

London ke Paris menaiki keretapi
Eurostar mempunyai keretapi yang bergerak dari London ke Paris hampir setiap jam Β© TungCheung / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 2.5 jam+
Harga – RM220+
Keselesaan – 5/5

Terima kasih kepada kejuruteraan terowong saluran itu yang amat bagus dan menakjubkan, anda boleh bergerak dari London ke Paris secara terus menaiki keretapi sejak tahun 1994. Pada tahun 2007, jalan tersebut telah disiapkan dengan kelajuan Eurostar yang boleh membawa anda dari Big Ben ke Menara Eiffel dalam masa dua jam sahaja.

Terdapat sehingga 15 waktu pelepasan setiap hari dengan yang terawal keluar meninggalkan London pada jam 6 pagi yang kebiasaannya digunakan oleh mereka yang berulang-alik. Selepas itu, servis biasanya diadakan setiap jam kecuali semasa hari Natal kerana tiada keretapi yang bergerak pada waktu itu. Anda akan bergerak keluar dari stesen London St. Pancras yang luas dan bersambung dengan jaringan bawah tanah King’s Cross Underground dan mudah dicapai dari setiap penjuru London.

Tempat duduk biasa dalam keretapi Eurostar
Tempat duduk biasa dalam keretapi Eurostar

Keretapi ialah pilihan yang laju, selesa dan dipercayai yang bergerak melalui terowong Saluran Inggeris menuju ke Paris.

Salah satu keseronokan bergerak keluar dari London ke Paris menaiki keretapi adalah anda dapat menaiki salah satu keretapi terpantas di Eropah. Anda boleh bergerak dengan kelajuan yang boleh mencecah 300km/jam semasa di bahagian luar bandar dalam perjalanan tersebut. Anda akan melihat bukit-bukau Kent yang menghijau dahulu. Kemudian, anda akan masuk ke dalam Saluran Inggeris selama 20 minit untuk merentas dari Dover ke Calais. Di sebelah Perancis pula, perjalanan itu akan terus ke tenggara menuju ke Lille dan seterusnya ke selatan menuju ke Paris. Anda akan melalui ladang-ladang di Hauts-de-France dan seterusnya lembah-lembah sungai di Oise.

Tambahan kepada kelajuan dan keselesaannya, keretapi Eurostar juga telah menjadi salah satu pengangkutan dengan harga yang mampu milik bagi perjalanan menuju ke Paris. Namun, untuk dapatkan tawaran terbaik, anda perlu tempah lebih awal di 12Go.co. Tambang yang ditempah awal kebiasaannya berharga sekitar RM220. Ia boleh meningkat sehingga RM540 jika semakin hampir dengan tarikh perjalanan.

London ke Paris menaiki kapal terbang

London ke Paris menaiki kapal terbang
Air France mempunyai penerbangan yang paling selesa menuju ke Lapangan Terbang Charles De Gaulle Β© EQRoy / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1 – 1.5 jam (penerbangan sahaja)
Harga – RM130
Keselesaan – 4/5

Terdapat banyak penerbangan menuju ke ibu kota Perancis itu dari London. Berpuluh kapal terbang berlepas dari kesemua lapangan terbang besar di London. Ia mungkin mengambil sekitar 1 jam 15 minit atau 1.5 jam di udara sebelum anda akan mendarat di Paris-Charles de Gaulle yang merupakan lapangan terbang antarabangsa yang paling besar dan sibuk di negara tersebut.

Terdapat pelbagai syarikat penerbangan yang melakukan perjalanan ini. Tiket yang paling murah kebiasaannya ialah tiket dari syarikat penerbangan tambang murah seperti easyJet dan Vueling tetapi anda boleh juga keluarkan sedikit wang tambahan dan dapatkan penerbangan yang lebih premium bersama Air France atau BA (British Airways). Mereka boleh mempunyai tawaran yang bagus bagi elaun bagasi dan ruangan kaki yang lebih luas. Anda mungkin dapat jimatkan sedikit dengan tiket sebegini jika anda membawa banyak bagasi.

Kebanyakan penerbangan dari London akan membawa anda ke Charles De Gaulle yang terletak di Roissy dan berada sekitar 30 minit masa pemanduan dari tengah-tengah Paris..

Selain daripada syarikat penerbangan yang anda boleh pilih, perkara utama yang anda perlu pertimbangkan ialah lapangan terbang bagi perjalanan keluar anda. Anda boleh terbang keluar dari Heathrow atau Gatwick yang lebih besar dan mudah dicapai dari tengah bandar atau anda boleh juga berlepas dari Lapangan Terbang Southend atau Stansted di mana terdapat banyak penerbangan tambah murah tetapi memerlukan anda menaiki bas dari Stesen Victoria selama sejam.

Tempahan awal merupakan kunci kepada tawaran-tawaran hebat bagi penerbangan di antara London dan Paris. Harga boleh melonjak apabila menghampiri tarikh perjalanan anda. Gunakan servis seperti 12Go untuk dapatkan tempat anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum tarikh penerbangan dan anda akan menjumpai tambang-tambang termurah sekitar RM130 (tanpa elaun bagasi).

London ke Paris menaiki bas

London ke Paris menaiki bas
Menaiki bas merupakan pilihan yang paling murah jika anda mempunyai masa yang lebih Β© Kavalenkau / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 8 – 10 jam
Harga – RM62
Keselesaan – 3/5

Dengan harga tiket bermula serendah RM62 satu hala, sukar untuk menyangkal dakwaan bahawa bas merupakan cara termurah bagi perjalanan ini. Namun, terdapat beberapa keburukan yang anda perlu lalui. Pertama, perjalanan tersebut boleh mengambil hingga 10 jam dengan ruangan kaki yang sempit dan tahap keselesaan seperti kapal terbang atau keretapi. Anda juga tidak boleh menyangka bahawa WiFi akan sentiasa berfungsi dan anda perlu bersedia untuk bergegas untuk dapatkan tempat duduk terbaik semasa menaiki bas di London.

Tapi, siapa yang mampu menolak perjalanan RM62 untuk merentasi Saluran Inggeris menuju ke Paris? Anda akan mengikuti jalan yang sama jika anda pilih untuk bergerak menaiki kenderaan anda sendiri. Anda akan tinggalkan London menuju ke Dover di bahagian selatan untuk mendapatkan keretapi Eurotunnel atau feri biasa. Mereka mengambil sekitar 0.5-1.5 jam untuk sampai ke Perancis. Kemudian, anda akan bergerak ke selatan menerusi bandar-bandar era pertengahan di Arras dan seterusnya melalui lebuhraya A1 menuju ke ibu kota. Kesemua itu merupakan jarak perjalanan sejauh 470km.

Bas dari London menuju ke Paris bergerak dari Victoria dan boleh mengambil sekitar lapan hingga 10 jam.

Kebanyakan bas menuju ke Paris dari London bergerak keluar dari Stesen VIctoria. Ia terletak di hujung jalan raya dari pintu keluar utama landasan bawah tanah Victoria Underground yang berada di antara daerah Chelsea dan Pimlico. Syarikat-syarikat seperti Megabus dan Eurolines adalah di antara yang terkenal bagi eprjalanan ini. Pastikan anda cari dan tempah tiket-tiket tersebut lebih awal melalui 12Go.co bagi menjimatkan sedikit wang.

London ke Paris menaiki kereta

London ke Paris menaiki kereta
Transmanche Ferries menyambungkan Newhaven di United Kingdom dengan pelabuhan Perancis di Dieppe Β© Maloff / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 7 jam+
Harga – RM410+
Keselesaan – 4/5

Terima kasih kepada jumlah feri kereta dan pengangkutan Eurostar yang banyak, anda boleh menaiki kereta dan bergerak menuju ke Paris. Secara keseluruhan, anda akan mengambil masa selama lima atau enam jam memandu. Namun, itu tidak termasuk tempoh rentasan melalui Saluran Inggeris yang kebiasaannya menambah masa sejam atau dua kepada tempoh perjalanan.

Paris boleh diakses melalui jalan raya dan feri atau keretapi dari London, tetapi terdapat juga jalan yang penuh dengan pemandangan cantik yang berbaloi dengan masa tambahannya.

Sebenarnya, sebab utama kebanyakan pengembara memilih untuk menaiki kereta adalah demi pengembaraan itu sendiri. Oleh itu, kami syorkan anda tinggalkan rentasan menuju ke Calais dan bergerak melalui Newhaven menuju ke Dieppe (sekitar RM150) yang merupakan sebuah bandar dengan pantai Normandy yang berangin dan dipantau oleh istana dari abad ke-15 yang tinggi. Anda boleh juga pergi ke Arras untuk melihat senibina UNESCO yang indah atau Rouen, yang terkenal dengan gereja-gereja bersenibina Goth.

Dari segi kos, anda akan melihatnya berada di sekitar RM400-RM800 bagi perjalanan ini. Namun, anda perlu ingat bahawa ia adalah untuk sebuah kereta. Anda boleh membuat persinggahan sesuka hati anda di mana sahaja anda inginkan dan anda boleh bawa kesemua ahli keluarga anda bagi percutian tersebut. Anda hanya perlu berwaspada dengan kesesakan jalan raya Paris dan pastikan anda menukar bahagian pemanduan anda semasa di Perancis! (Mereka memandu di sebelah kanan jalan)


Wain Loire Valley, keju-keju biru yang main, menara Notre Dame, kubah-kubah Sacre Coeur yang romantis, Menara Eiffel dan Louvre yang penuh dengan nilai kebudayaan adalah di antara perkara yang menunggu anda di Paris. Rancang dan tempah perjalanan anda sekarang menggunakan tip-tip perjalanan di atas.


FAQ London ke Paris

Apakah cara termurah untuk ke Paris dari London?

Syarikat-syarikat bas seperti Megabus dan Eurolines merupakan juara dari segi kos. Mereka menawarkan perjalanan menuju ke Paris dengan harga serendah RM62 satu hala. Yang menariknya, harga tersebut boleh berserta rentasan feri atau keretapi jadi anda tidak perlu risau untuk mengeluarkan duit tambahan bagi bergerak dari England ke Perancis. Setakat ini cara terbaik untuk dapatkan tawaran hebat adalah dengan menempah lebih awal melalui 12Go.co.

Apakah cara terpantas untuk ke Paris dari London?

Dengan kebolehan untuk bergerak dari London ke Paris dengan kelajuan sekitar 300km/jam, Eurostar sudah tentu merupakan pilihan terpantas. Ia lebih pantas dari penerbangan menuju ke lapangan terbang Charles De Gaulle kerana anda tidak perlu sampai lebih awal bagi mendaftar masuk bagasi dan anda akan dibawa terus ke Gare du Nord di tengah-tengah ibu kota Perancis itu.

Berapakah harga keretapi dari London ke Paris?

Lihat di 12Go.co seawal mungkin untuk dapatkan tiket keretapi dari London ke Paris jika anda ingin dapatkan harga murah. Dengan harga yang sering berubah, anda boleh membayar serendah RM250 bagi tiket tersebut tetapi ia boleh juga melonjak hingga RM605 jika dibeli pada saat-saat akhir. Banyak baguette dan wain merah yang boleh dibeli dengan harga tersebut!

Berapa lamakah perjalanan keretapi dari London ke Paris?

Hanya sekitar dua jam sahaja yang diambil bagi melompat dari London ke Paris menaiki keretapi. Ia lebih cepat berbanding penerbangan dengan tiada keperluan untuk perjalanan menuju ke dan dari lapangan terbang di kedua-dua belah. Disebabkan itulah ia merupakan pilihan yang digemari ramai, jadi pastikan anda menempah lebih awal melalui 12Go.co.

Perjalanan dari London ke Paris menaiki keretapi atau kapal terbang yang lebih murah?

Ia bergantung kepada tawaran yang anda dapat cari! Kami syorkan anda cari lebih awal di 12Go.co. Tiket yang ditempah awal secara atas talian boleh berharga serendah RM245 bagi keretapi dan RM160 bagi penerbangan tetapi anda boleh jangka bahawa harga tersebut akan meningkat apabila ia semakin dekat dengan tarikh perjalanan anda.

Berapakah harga tiket penerbangan dari London ke Paris?

Harga penerbangan di antara London dan Paris adalah di sekitar RM135 hingga RM705. Harga termurah kebiasaannya adalah daripada syarikat penerbangan tambang murah seperti easyJet yang berlepas dari lapangan terbang seperti Southend atau Stansted. Tiket yang lebih mahal merupakan penerbangan yang lebih premium bersama syarikat seperti British Airways yang kebiasaannya berlepas dari Gatwick atau Heathrow.

Berapakah harga bas dari London ke Paris?

Bas dari London yang menuju ke Paris merupakan pilihan terbaik jika anda ingin jimatkan sedikit euro demi wain merah di Terusan Saint-Martin. Ia boleh berharga serendah RM62. Namun, anda kemungkinan besar anda akan membayar lebih sedikit di sekitar RM115 – RM160. Itu jauh lebih murah berbanding dengan keretapi atau penerbangan, jadi pastikan anda lihat sekarang di 12Go.co.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: